❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, September 19, 2011

Ketuk ketuk..... September... ^_^


Alhamdulillah, dah selamat menyimpan rezeki tuhan ke dalam perut gelebeh saya. Lauk hari nie ketam masak lemak. Bila berada di rumah kakak makanan tak lagi bertemakan telur goreng or telur masak sambal or sup telur. Pastinya setiap malam akan menjamah lauk pauk yang agak berbeza dan lebih sedap sikit.

Duduk bujang bujang nie, nak masak sedap sedap tak best sangat. Ye la, kat dapur mana ada bahan bahan canggeh. Nak cari kulit kayu manis ngan rempah ratus pun susah kat dapur tuh. Cam mana nak buat kari bermutu tinggi. Yang mampu di masak setiap hari ofkoslah sardin bertemankan telor goreng jee. Ngeeee ^_^

Saya suka bab bab masak memasak nie. Tapi kepakaran tu macam kurang. Ya la, baru belajar belajar nak suka masak setahun dua tahun nie. Dulu degree duduk hostel. Nak masak apanya, semua makanan made in cafe student tepi blok je. Kalau suruh masak telor goreng dalam rice cooker hebat la. Benda lain yang canggeh canggeh sikit sumpah aku tatau. Kemudian, mempunyai kakak yang bersepah jugak salah satu sebab saya macam lambat sikit nak minat masak memasak nie. Ada kesedaran pun bila umur dah di bangku nak menjadi bini orang dan di kala semua kakak dah jadi bini orang. So, yang akan bertanggung jawab di dapur tak lain dan tak bukan ofkos lah saya kan. Kakak kakak semua dah mengikut laki memasing, sapa lagi yang nak bersilat di dapur??

Kalau ditanya suka masak apa? Hurmm.. Memasak saya adalah mengikut napsu nak makan apa, yang tu la yang saya akan buat. Tapi buat masa sekarang nie, kepakaran saya mungkin lebih kepada puding memuding. Saya suka makan puding dan ofkoslah akan berusaha mencuba setiap puding yang menggoda hati apabila terpandang di dada internet.

Saya suka buat semua jenis makanan, baik biskut, masakan berlauk, pencuci mulut or wat ever lah. Tapi tak semuanya saya amat terre. Masih merangkak-rangkak lagi. Eh, bukan merangkak, tapi baru belajar nak menerap. Huhu. Selalu berangan, nanti bila dah bekerjaya, ada pitih sendiri, nak pergi belajar memasak lah. Nak belajar buat kek dengan biskut. Kalau masak masakan kampung nie belajar dengan Chef Emak sudah lah. Resepi beliau lebih kena dengan jiwa. Tapi selalunya kalau belajar dengan Chef Emak akan belajar jarak jauh je. Jarang di beri mandat dan kepercayaan untuk memasak sampai siap. Sebab tu kalau masak lauk lauk nie macam agak gagap sikit. Masak 2, 3 menet sibuk nak telipon Puan Emak untuk tanya step yang seterusnya. Comel sungguh kan. ^_^

Tapi yang bestnye kalau masak lauk nie boleh nak di modified. Kalau kurang sedap, boleh tambah sos sikit, garam sikit, air sikit, gula sikit. Jadi la sesedap rasa. Kalau buat kek or biskut nie macam leceh sikit. Kalau telebih letak, habis lingkup, nak nak yang tak pandai nak modified balik macam aku nie. Kompem akan lempar dalam parit jer macam raya hari tu. Ilmu membuat biskut raya yang saya ada sungguh cetek sekali. Kepada kaum hawa sekalian, cooking chocolate yang di masak dengan cara double boiler hanya boleh di tambah minyak/planta/butter sahaja. Jangan pandai pandai or tunjuk kreatif dengan pi tambah air hokeh. Air dan minyak tidak boleh bersatu. Jadi bila engkau menambah kedua dua bahan itu, akan terhasillah coklat yang seakan akan pasir yang di masak dengan air. Berketul ketul, yang mana ahirnya, parit belakang rumahlah yang menjadi destinasi utama!! ^_^

Saya tak tahu kenapa hati akan jadi sangat enjoy bila memasak. Saya perasan, bila terasa otak sangat stress dengan kerja kerja pelajaran, kemudian, kedapur dan memasak sesuatu yang bekenan di hati. Stress yang bersarang di otak tadi terus akan jadi kurang. Tapi bila yang di masak tidak menjadi saya akan jadi stress pulak. Hadoi. Begemana nie? ^_^














Selalunya kalau nak cari resepi saya akan ke link link kat bawah nie. Try try la terjah. Semoga membantu. ^_^











2 comments:

Cik Suheela said...

comelnya kumbang tuu..pandainya kamu masakk :)

Liyana As'ari said...

akak! nana nak recipe!.~ cupcakes cute tu....... nak blja topping dier.. sbb badan die sy dah tau. salu wat cupcakes takde topping..sian tak sian tak? takkan tanak ajo kot..

pm me kat fb.. kat blog tak alert sgt la kak.. hehe~