❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, September 20, 2011

Cerita howt!! Terkini dari lorong Haji Saiman!!


Hep. Saya bersiaran dari perkarangan Lorong Haji Saiman. Ya, itu bermakna saya sudah di Parit Raja KECHINTAAN ku!!! Okeh banyak benda nak di kongsikan malam nie.




FIRST

Tuan rumah sewa saya baru je meninggal dunia semalam. Saya pun baru dapat kabar berita petang tadi sewaktu berborak ramah mesra bersama kejiranan lelaki. Ya kejiranan lelaki sahaja. Nampak macam sangat gatal kan. Hahaha. Tidaklah menggatal dengan kejiranan lelaki sebenarnya, tetapi mereka yang datang menghulurkan bantuan tak kala saya dan housemate cuba menukarkan tayar kereta yang pancit dengan tayar spare. Sumpah saya tatau macam mana nak tukar. Tapi still ada perasaan nak try and error jugak. Di sebabkan kami macam riuh rendah begelak je lebih tapi tayar tak tecabut cabut jugak, kejiranan lelaki yang berborak di luar rumah pun perasan lalu menghulurkan bantuan. Itu lah kisahnya.

Okeh. Kembali kepada kisah orang meniggal dunia tadi. Haha. Jauh sungguh melencong. Tu la, sangat tak sangka, tadi lalu depan rumah dia nampak jugak orang ramai-ramai tengah masak kat luar, dalam hati nie, yeay!! malam nie ada open house!! Mesti makan sedap!! Sampai sampai rumah terus tanya housemate kot kot ada di jemput ke open house malam nie. Kehkeh. Ada hati sungguh kan. Bila dah berborak borak dengan kejiranan lelaki yang sumanya suami orang, baru la mereka kabarkan yang Wak Aji tu dah meninggal dan sila la pergi merewang apa yang patut, ada tahlil malam nie. Errrrr. Tak mengapa lah. ^_^

Saya macam sedikit terkilan jugak la dengan berita nie, baru je minggu lepas jumpa dan berborak. Dah la 1st time jumpak hari tu. Tub tub hari nie dah dengar kabar yang sedih pulak. Hurmmm.





SECOND

Adakah anda tahu yang depan rumah saya ada McD!! Ya McD yang jual burger mabeles gila tuh sampai sanggup lupakan hal diet semata mata GCB bermutu tinggi dia. Bunyi macam sangat canggeh bukan?? Kelassss kau jahhh!! Depan rumah ada McD!!

Kemudian, adakah anda tahu jugak yang belakang rumah saya ada ladang kelapa sawet??? Tatau bukan?? Okeh. Betul, bukak je pintu dalam 3 meter boleh lihat pokok kelapa sawet yang hidup segar bugar.

Adakah anda tahu jugak. kejadian yang baru sebentar tadi berlaku, sedang housemate saya berjalan pulang dari kelas malam yang baru habis jam 10pm, tiba tiba beliau terlihat satu kelibat besar seperti tetttttttt yang mana idung dia tepenyek dan badan dia besar macam anak kerbau, serta mengeluarkan bunyi seperti orang sedang mengerohhhh (bunyi orang tidor nyenyak). Dapat teka binatang itu??? Haaaa!!!!!! Canggeh bukan rumah saya. Ada binatang serupa itu lagi.

Kemudian si housemate apa lagi, lari macam tak cukup tanah la dia. Saya hat dalam rumah nie, tiba tiba dengar bunyi orang tengah lari. Tiba tiba lagi "akakkk bukak pintuuu.. bukak pintu cepattt" sambil mengetuk pintu sampai sikit lagi boleh luruh je pintu tu.. Cuak seyyyy. Hingatkan kena kejar ngan hantu ke hapa. Ya la, kan Wak aji depan rumah tu baru je meninggal. So cerita hantu dalam rumah nie semacam agak hot laaa.

Jadi... Apamacam??? Strategik tak kawasan rumah baru saya, depan ada McD dan belakang ada kerbau pendek (cuba untuk menjadi sopan)





(Ehsan Google)

Ini lah rupa McD yang digembar gemburkan depan rumah tuh. Padahal nak pergi kena betapak sampai bepeluh ketiak dulu, baru sampai. ^_^ Baru pergi sekali dah nak riuh satu dunia.








PdanS : Bila esok nak mula kelas jeee, mesti malam tu nak sakit kepala la, nak deman laaaa. Mengada sungguh.

No comments: