❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 16, 2011

Anak kecil saya.



Pejam celik pejam celik, cepat sungguh masa berlalu. Rasanya macam baru semalam aku temankan my sister pergi labor room nak beranak. Pagi pagi buta pulak tu. jam 2, 3 pagi kot. Sampai tidur pun terpaksa bertilamkan kerusi keras. Selang 30 puluh menet dengar bunyi baby nangis yang mana kadang-kadang aku terkompius jugak, eh bunyi anak kucing mana plak tu malam-malam cam gini. Sumpah nak sama weh.

Tapi hari nie? Baby yang di tunggu-tunggu keluar tu dah besar gajah da pung. Dah macam-macam ragam. Tak larat nak layan. Walaupun baru berusia 1 tahun 9 bulan, tapi akal macam orang tua. Belagak sungguh kan.

Anak kecil saya ini, pantang di sogok dengan perkataan JOM!!! pasti akan terus bangun dan berjalan ke tempat simpan kunci sambil telompat-lompat cuba untuk dicapai kunci moto sepeti beliau sangat kenal bebenau yang mana satu kunci moto dan yang mana satu kunci store.

Tak pun, kalau pintu tak di tutup dan tiba-tiba beliau hilang entah kemana. Tak payah la susah susah nak di cari kat dalam kolah ke, dalam jamban ke, dalam almari ke, tak payah ya. Cuma perlu pergi mencari kat mana moto di parking kan, dan cubalah skodeng perlahan-lahan. Mesti ada kelibat budak kecik yang gumuk dan pendek di situ.




Beliau sangat hebat. Mampu memPanjat moto tanpa bantuan sesapa pun.






Gaya turun pun sangat hebat. Cuma perlu terjun sesuka hati macam gambar diatas tanpa perlu memikirkan akan jatuh tegolek lalu muka pun bedarah. Ya Tuhan. Mengucap je aku tengok dia terjun time nie. Nak tolong pegang tak kasi. Apa punya budak la, tak ada kesedaran sivik langsung.


Beliau jugak akan menjadi penyibuk tepi kain orang bila melihat sesapa saja yang mahu menyapu sampah. Terus nak berebut penyapu dengan kita.




Kecik-kecik dah boleh nampak ketokohan untuk menjadi Imam Muda.Asal kita orang nak sembahyang saja, mesti Sang Penyibuk nie akan datang dan cuba menghuru harakan orang yang sedang sembahyang.






Anak kecil saya nie jugak adalah peminat setia Thomas and Friends. Tak hairan lah kalau dia hanya tau sebut 3 perkataan saja, iaitu Mak, Ayah dan THOMAS. Owh, besar sungguh pengaruh Thomas dalam hidup beliau. Macam bapak angkat dia je, padahal Thomas tu hanyalah sebijik keretapi yang bules cakap dan selalu membantu kenderaan yang lain. Itu jer kerjanya. Tapi nama THOMAS jugak lah yang dia berjaya sebut. Peliks sungguh. Nampak sangat Mokteh dia tak menarik perhatian langsung. Haha.


Disaat beliau sedang menonton Thomas and Friends, jangan sesapa la berani untuk cuba suka-suka hati pi tutup laptup ke hapa. Pasti kejap lagi rumah akan jadi macam ada anak dara kena hesteria. Dah la mengamok pelik pada orang. Kalau baby baby lain mengamuk hentak hentak kaki, tapi budak debab nie, kalau mengamok akan hentak kepala kat lantai. Duduk macam tengah sujud lepas tu hentak hentak kepala kat lantai sekuat hati. Pesyen apa tu? Tak ke bahaya namanya.








Tengok Thomas/Upin Ipin pun exsperesi kena macam sedang menonton Final Destination. Hadoi. Tak paham sungguh apa yang ngeri sangat tuh dalam cita Upin Ipin nie







Sedang mempamerkan lagak samseng setelah berjaya memanjat kerusi tanpa bantuan sesiapa. Lepas tu akan ada adegan terjun dari kerusi pulak. Memang calon-calon gengster mithali lah.





Beliau jugak, pantang di beri buku yang terkandung wajah wajah THOMAS, pasti rumah yang huru hara tadi dapat di tenteramkan sekelip mata je.












Adegan sebegini memang wajib ada sewaktu sesi makan makan. Tak payah suruh. Memang dengan sendirinya akan dibuat. Pengaruh kaca tivi sungguh.








No comments: