❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 16, 2011

Adakah perempuan kentut??


Macam biasa. Malam ini sangatlah bosan. Tidak tahu untuk berbuat apa. Semua laman sesawang sudah diterjah, semua contest telah di sertai, semua gosip sudah di khatam, semua youtube telah di mainkan, tapi, perasaan bosan masih lagi bertahta di hati. Apa lagi yang boleh buat nie?

Hurm. Nuffnang. Dah lama tak dibukak. Jadi di tulis ID, dimasukkan password, SIGN IN !!!! Kemudian jugak, tangan mengklik butang kata kekunci. Dari situ dapatlah saya lihat apa yang manusia-manusia googlekan yang boleh sampai ke blog saya. Lalu screen pun mula memaparkan result seperti di bawah..






Apa??? Ada manusia google "adakah perempuan kentut"??????????? hahahahaha.. apa masalah engkau nie. Soalan macam nie pun kena google ke???? Tatau ke??? Ke datang dari planet Pluto.

Tak mengapalah, meh sini aku nak tolong jawabkan. Semua orang samada lelaki atau perempuan akan kentut. Even binatang pun kentut hokeh. Kentut tu dalam erti kata lain, adalah lebihan gas yang terdapat dalam perut atau usus. Kentut merupakan proses penting dalam kesihatan. Jadi janganlah malu malu kucing untuk kentut dan cuba menahan kentut. Kentut lah dengan penuh adab sopan seperti pergi tempat orang tak ada baru cuba keluarkan lebihan angin itu. Bukan di lepaskan dengan bangganya di khalayak ramai.

Semua orang kentut dan kalau anda tidak kentut bermakna kesihatan anda sedang dilanda masalah. Bawak-bawak lah berjumpa doktor yer. Ini bukan lawak. Tapi satu fakta!!!!!




No comments: