❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 28, 2011

2012 ? 25 tahun? Kahwin?



Assalamualaikum. Hai blog, hai anda. Hai dan hai.

OMJayyy! Baru saja nak menitipkan sebutir dua ayat dah menguap lima nam kali. Apa cer nie? Hurm. Tak pa takpa. Kita cuba tulis sampai terlelap kat atas keyboard. Macam comel jugak kan. haha.

Okey, hari nie hari last saya berpuasa enam. Lepas magrib nie boleh sambut raya. Tapi nak raya apa Jah oi Syawal dah habis. Bila berlabuhnya Sang mentari pada senja nanti, maka, tamatlah Syawal untuk bulan ini. Cepat sungguh masa berlalu. Lepas tu, kita akan menghitung hari pulak untuk ke Raya Haji. Sebulan dan 9 hari saja lagi.

Hurm. Rasa baru je minggu lepas sambut raya raya nie. Tub tub dah habis? Betapa cepat dan makin cepat bumi nie berputar. Betapa pantas masa berlalu. Kadang kadang saya tak suka menanti dan menghitung raya nie. Memang la nak raya cepat, bila dah sampai ke tarikh yang tunggu tu, seronok bukan kepalang. Tapi acctually, dalam kita tak sedar umur kita pun dah berubah. Semakin meningkat dan bertambah. Kita seronok menghitung, menunggu, tapi umur kita yang berlalu pergi tu? bertambah dari setahun ke setahun tu? Macam berlalu pergi begitu je. Sayang kan.

Sekarang 25. Macam sungguh tak percaya. Lagi lima tahun akan ke angka 30!! Ya TIGA PULUH!! angka di mana kamu bukan lagi bergelar anak anak remaja yang comel, boleh bersuka ria sesuka hati dan membuat kerja kerja gila. Hidup di waktu itu perlu lebih matang kerna sudah dewasa. Dan lima tahun pun akan datang dengan sangat pantas. Pecaya la. Pejam celik pejam celik dah bulan 10 sekarang nie. Lagi 3 bulan akan masuk ke 2012. See, betapa pantas masa tu berlalu.

Eh, bercakap tentang angka 2012 teringat pulak akan cita cita saya mahu membina masjid di kala dekad itu. Hik hik. Entah berjaya atau tidak. Entah entah hanya menjadi angan angan. Tapi tidak mengapalah. Saya pun langsung tidak mengharapkan apa-apa. Tak perlu di kejar angka angka cantik itu semua. Tak perlu di lumba siapa yang kawin dulu siapa yang paling lambat. Yang penting Si Pendamping hidup kita itu. Biarlah lambat, asalkan yang di dipertemukan itu betul betul boleh membimbing kita. Yang tu yang lebih bernilai. Saya percaya pada takdir tuhan. Sebelum kita di lahirkan lagi sudah tertulis siapa jodoh kita, panjang mana hayat kita. Semua tu dah tercatat. Memang ada. Jadi, katakan pada hati, jangan bimbang. Tuhan dah simpan untuk kita. Cuma menanti masa. Bila waktunya sudah tiba, ditempat yang telah ditetapkan, kita akan ketemu jua. ^_^

Okeh. Mari tidur!!






And, one more thing, kalau ada jodoh tak kemana. ^_^
Berdoalah semoga Tuhan simpankan hatinya untuk kamu, dan di dekatkan hatimu denganNYA.






No comments: