❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 30, 2011

Setahun yang lalu.



Seminggu dua nie kalau di jenguk kat mana-mana U mesti musim berkonvo kan. Sama jugak dengan UMP dihati ku [cewahh.. dihatiku la bila dah habis.. time study dulu?di kakiku? kehkeh] Yups, tempat mengaji saya yang dulu tengah berkonvo sehari dua nie. Saim-saim saya waktu berlajar dulu pun rasa nya tengah berdebar-debar nak naik stage terima scroll ijazah mereka. TAHNIAH kamu kamu semua!!! ^_^

Naik stage sangat kena hati hati. Bukan takut jatuh tergolek ke hapa, yang tu memang mintak jauh la kan, memang sangat jarang berlalu kot. So, kebarangkalian nak tegolek atas stage tu sangat rendah la peratus dia. Yang sangat di bimbang kan ayer muka kita dalam gamar konvo yang nak di pelekat kat dinding rumah nanti.

Gambar konvo saya time diploma and degree sangat lah tidak bermutu tinggi. Waktu diploma, yang bagi scroll dah senyum kacak bergaya, tapi yang terima scroll tu tetido pullok dah. Sungguh tak begaya kan.

So, untuk elakkan pisang bebuah 2 kali, bila nak grad untuk degree, haruslah bersiap sedia dengan macam macam tips supaya tampil menawan di atas stage. Jalan harus control, tapi jangan terlalu lalu. Senyum seikhlas hati. Doa. Dan hasilnya, gambar konvo saya adalah seperti di bawah.



Apamacam? Kacak begaya tak? Haha. Saya pun tatau la kenapa kena suka sangat. Senyum pun sampai nak ke telinga. Pemurah senyuman betoi la. Tapi sungguh tak berpuas hati bila Tengku Mahkota Pahang boleh pulak tidoq. Aku punya la control habis untuk mencantikkan panorama gambar konvo ni. Tub tub.. Hadoiyaii.. Tak mengapa lah. Tahun depan masih mempunyai peluang untuk menaiki stage konvo sekali lagi. Kita berusaha untuk yang itu pulak ya. ^_^


Actually, entry nie di bina untuk menayang gambar konvo saya yang setahun lalu dan dah basi dah pun. Haha. Semalam dok belek sorang sorang, lalu dalam hati sungguh ada kerinduan yang teramat-amat. Cepat sungguh setahun tu berlalu kan. Hurmmm. Kalau lah masa boleh di patah balik, nak pause kan dekat time konvo tu jeee. Boleh konvo lama-lama dengan riang gumbiranya besama-sama kechintaan saya. ^_^







SESI MENAYANG GAMBAR!! HAHA






Okeh. Nie 1st day sampai Kuantan. Petang tu terus keluar photoshoot dengan 2 orang rakan saya di Teluk Cempedak. Sebab tak sabar sangat nak bergedik depan lensa, di paksa jugak Sang Photographer untuk shoot gambar kami bertiga even tak cukup korem lagi, yang lain lain tak sampai Kuantan lagi.


Photobucket



Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket







Nie, 2nd day saya di Kuantan. Dah habis rehearsal konvo, terus ke Bukit Gambang Resort untuk photoshoot yang kedua, Pra-Konvo. Time nie pun tak cukup lagi sorang saim saya. Beliau boleh pulak pergi mandi kat Wet World Bukit Gambang tuh. Hadoiyaii. So ada 6 orang je la.


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket







Dan nie hari last di UMP, hari kemuncak setelah 3 tahun saya bertungkus lumus mensiapkan Degree. Ahirnya berKonvo jugak. ^_^


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

My 7 Wonders











Thursday, September 29, 2011

Menanti lagi.



Mari menulis di kala pagi pagi buta tapi aku masih belum membuta!!! hihi

Penantian itu sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat satu penyiksaan. Tambah tambah menanti Canon 600D turun dari langit. Satu yang sangat tidak akan jatuh, tapi terus menanti, menanti dan menanti. Errr. Apa yang cuba engkau sampai kan nie Muna? Mamai dah ke?

Bukan, tadi berjanji temu dengan Encik SV saya. Janji jam 2.30 petang. dan dia pun cakap OK. Dah pergi bilik beliau alih alih PA beliau cakap, beliau ada kelas? Haaa??? Tak mengapa lah. Tunggu lah, kot kot PA dia tersilap bagi info ke, tunggu punya tunggu sampai sejam, pun tak kunjung tiba. Membawa lah diri ke PC Fair secara alone alone. Kemudian terjumpa dengan 2 orang sahabat di sana. Dia pun menyapa

"Eh, sorang je ke?"
"A'a, sorang je"
"Dakpe, orang cantik dakpe jalan sorang-sorang"

Haa?? Apa kaitan orang cantik dan jalan sorang sorang??? Ada kolebrasi ke?? Haha. Wat ever lah. Janji ada pekataan Orang cantik tuh dah mampu membuatkan stress saya tadi berkurangan. Haha,


Dah la nak jumpa dengan SV lama dah, bila dah bersedia nak jumpa, tub tub beliau pulak tak dak. Tunggu berejam pulak tuh. Memang harus stress lah.

Lagi- lagi bertambah stress bila kat PC fair tu ada jual DSLR yang sangat mencairkan jiwa muda remaja aku. Adus Adus Adus. Bedetup kencang gua cakap luuuu. Kacak sungguh Canon 600D itu. Mau angkat satu, tapi bapak la segala mahal. RM2799. Errrrr. PTPTN aku pun tak setara tuh. Cukuplah dengan berangan, pada suatu masa nanti, salah satu barang hantaran yang dipersembahkan kepada saya dari Sang Suami yang berhati mulia adalah sebijik DSLR itu. Cukup lah sekadar itu!! Saya tak mintak lebih!! ^_^ (Semoga jodoh saya yang bakal tiba itu akan baca tang ini sebelum mengkawen. Dan take action. -JodohMuYangBerharap-)



















PdanS : Macam harus ada satu entry menceritakan hobi saya yang ini.... Dah nama pun BELOG SAYA. Memang lah cerita berunsurkan apa yang saya buat. apa yang saya suka. Kalau menyapah tak payah layan!!! Tetiba perlu emo? Gila ka hapa?


Wednesday, September 28, 2011

Wordless Wednesday





♥ My 7 Wonders








2012 ? 25 tahun? Kahwin?



Assalamualaikum. Hai blog, hai anda. Hai dan hai.

OMJayyy! Baru saja nak menitipkan sebutir dua ayat dah menguap lima nam kali. Apa cer nie? Hurm. Tak pa takpa. Kita cuba tulis sampai terlelap kat atas keyboard. Macam comel jugak kan. haha.

Okey, hari nie hari last saya berpuasa enam. Lepas magrib nie boleh sambut raya. Tapi nak raya apa Jah oi Syawal dah habis. Bila berlabuhnya Sang mentari pada senja nanti, maka, tamatlah Syawal untuk bulan ini. Cepat sungguh masa berlalu. Lepas tu, kita akan menghitung hari pulak untuk ke Raya Haji. Sebulan dan 9 hari saja lagi.

Hurm. Rasa baru je minggu lepas sambut raya raya nie. Tub tub dah habis? Betapa cepat dan makin cepat bumi nie berputar. Betapa pantas masa berlalu. Kadang kadang saya tak suka menanti dan menghitung raya nie. Memang la nak raya cepat, bila dah sampai ke tarikh yang tunggu tu, seronok bukan kepalang. Tapi acctually, dalam kita tak sedar umur kita pun dah berubah. Semakin meningkat dan bertambah. Kita seronok menghitung, menunggu, tapi umur kita yang berlalu pergi tu? bertambah dari setahun ke setahun tu? Macam berlalu pergi begitu je. Sayang kan.

Sekarang 25. Macam sungguh tak percaya. Lagi lima tahun akan ke angka 30!! Ya TIGA PULUH!! angka di mana kamu bukan lagi bergelar anak anak remaja yang comel, boleh bersuka ria sesuka hati dan membuat kerja kerja gila. Hidup di waktu itu perlu lebih matang kerna sudah dewasa. Dan lima tahun pun akan datang dengan sangat pantas. Pecaya la. Pejam celik pejam celik dah bulan 10 sekarang nie. Lagi 3 bulan akan masuk ke 2012. See, betapa pantas masa tu berlalu.

Eh, bercakap tentang angka 2012 teringat pulak akan cita cita saya mahu membina masjid di kala dekad itu. Hik hik. Entah berjaya atau tidak. Entah entah hanya menjadi angan angan. Tapi tidak mengapalah. Saya pun langsung tidak mengharapkan apa-apa. Tak perlu di kejar angka angka cantik itu semua. Tak perlu di lumba siapa yang kawin dulu siapa yang paling lambat. Yang penting Si Pendamping hidup kita itu. Biarlah lambat, asalkan yang di dipertemukan itu betul betul boleh membimbing kita. Yang tu yang lebih bernilai. Saya percaya pada takdir tuhan. Sebelum kita di lahirkan lagi sudah tertulis siapa jodoh kita, panjang mana hayat kita. Semua tu dah tercatat. Memang ada. Jadi, katakan pada hati, jangan bimbang. Tuhan dah simpan untuk kita. Cuma menanti masa. Bila waktunya sudah tiba, ditempat yang telah ditetapkan, kita akan ketemu jua. ^_^

Okeh. Mari tidur!!






And, one more thing, kalau ada jodoh tak kemana. ^_^
Berdoalah semoga Tuhan simpankan hatinya untuk kamu, dan di dekatkan hatimu denganNYA.






Friday, September 23, 2011

Sungguh Perempuan lah kamu nie.


Di saat saya menulis entry ini, lagu Terhenti di Sini by Asfan sedang berkumandang di dada laptop. Jadi macam menarik je kalau di link kan lagu tu sebelum mengkomer semua baca next cerita kan. Okeh sila picit butang play. Tunggu sampai keluar bunyi lagu baru boleh sambung baca yer. Jangan begedil!!!! ^_^




So? Agak agak dah tahu apa yang saya nak cerita?? Apa? Nora Elena? Owh.. Tidak lah.. Haha. Tapi mungkin ada sipi sipi jugak. Tak mengapa. Mari kita teruskan pembacaan.

Mengsukai bunga adalah perkara biasa untuk setiap wanita. Jadi, tidaklah terlalu pelik kalau saya katakan saya peminat tegar bunga-bungaan. Dah perempuan tulen. Memang haruslah nak minat bunga membunga ini. Tapi, pelis ya, tolong jangan kaitkan dengan cerita Nora Elena. Sebelum Nora Elena keluar lagi saya dah suka bunga. Sangat suka akan tubuhan hijau ini.


Suka berkebun seawal di bangku sekolah lagi. Pantang nampak pokok yang berkenan di hati, pasti tangan nie laju je memetik sebab nak tanam kat rumah. Selalu curi pokok kaktus kat sekolah sebab pokok kaktus dia sangatlah comel. Dekat RnR pun ada jugak saya ambik. Pendek kata, kat mana yang saya jumpa dan hati tergoda, mesti akan di cuit sikit supaya boleh di cucuk tanam kat rumah. Sekarang nie, pokok pokok tu semua dah besar panjang. Sampai tak terjaga pulak.

Kemudian, time sekolah sekolah jugak, kalau ke rumah kawan-kawan mata mesti menilau dok usha pokok pokok keliling rumah dia. Dengan tak malunya akan mintak sikit nak balik tanam. Kehkeh. Sungguh tatau malu kan.

Memang zaman tu sangat menggila la bercucuk tanam, sampaikan waktu lepas PMR, penah berangan nak ambik kos agriculture bila sambung form 4 nanti. Tapi alih alih pi tanda Kejuruteraan Awam, dan bila dah dapat Civil, mengada pulak nak pi mintak tukar ke agriculture. Tak mengapalah. Bagus jugak tak tukar. Kalau tak, mesti perjalanan hidup saya tak seindah ini. ^_^

Waktu kat U dulu, selalu beli dan tanam pokok kat bilik. Kalau meja orang lain penuh dengan buku buku, tapi saya tak. Kat atas meja tulis ada kaktus comel, ada bonsia cute, ada pokok yang hidup dalam air tuh, apatah nama. Tapi semua pokok pokok tu ada nama mereka sendiri. Kalau orang lain, bela kura-kura, letak nama ahmad la, Dafi la, pokok poko saya semua tu pun tak terkecuali. Ada nama timang timangan masing-masing. ^_^

Tapi tu kisah lama. Dah lama saya tak bercucuk tanam. Dalam hati tu memang lah tersangat sangat nak. Cuma tempat dan masa je yang tak sesuai.

Bila tengok cerita Nora Elena, sangat membuatkan saya teringat balik semua kesukaan ini. Dan sekarang nie macam suka gila tengok lavender. Owh my goshh!! Kalau lah lavender tu boleh hidup subur kat Parit Raja nie dah lama saya tanam.




Bunga ros tak payah cakap laaa. Tunggu masa orang ajak je pergi Cameron tuh. Kompem tak ada tolak menolaknya. Serius nak pergi weh. Tolong la ajak!!!!




Mengsuka saya bukan hanya untuk bunga-bungaan yang segar dari ladang saja. Kalau diberi bunga plastik pun saya dah boleh teloncat loncat suka macam kera dapat bunga. Serius shit. Melawat kedai bunga sangat menterapi jiwa dan raga saya. Kalau dah masuk tu, ya amponnnnn, rasa macam nak beli satu kedai tu. Semua yang pandang, semuanya nak!!!

Tapi apa boleh buat. Masuk ke kedai bunga bertemankan wang yang sekankang kera saja. Duit yang ada nak beli daun pun tak lepas, ini kan pulak untuk dapatkan bunga yang merimbun banyaknya itu. Tak mengapalah. Nanti bila dah bekerjaya, dah duit pun penuh poket, kita sambung balik hobi yang satu nie yerr.



Sebab saya suka bunga dan sedang lapar kek secara gila gila, Jadi haruslah di selitkan sekeping gambar ini. Hahaha. OMJayyyyy!!! Serius kena cari secret recipe jap lagi.












PdanS : Jom siap siap untuk pergi mengedate di JB!! Nyum nyum ^_^


Saturday bluessss...



Hai warga pembaca. Selamat berhari Sabtu. Hari untuk bermalas-malas. Tapi saya pagi cukup rajin!! Haha. Sekali sekali masuk bakul angkat sendiri ok apa kan. Haha.

Bangun di kala sembila lebih dan kemudian, basuh baju, sidai baju, lipat baju, kemas bilik, sapu sampah. Lagi.. ingat nak basuh kereta. Tapi paip yang ada macam pendak dan tak sampai je. Lalu di tangguhkan dulu niat di hati itu. Nanti lepas balik dari JB saya beli la paip bagi panjang sikit. Boleh basuh kereta kat dapan rumah dengan hati yang riang. Upsss, balik dari JB????

Hihi. Saya nak ke JB petang nanti. Mahu menziarah wanita kegemaran yang seorang itu. Sudah lama tidak ketemu sama beliau. ^_^

Lagi. Hurmm. Nak cerita apa lagi ek?? haha. Aku macam kering idea pulak menulis dikala agak pagi jugak nie.

Okeh. Mahu menutup entry ini. Macam ada cerita menarik yang mahu di kongsi !!! ^_^




Menanti.



Tak tunggu sapa sapa. Cuma menanti Subuh yang lagi 11 menet. Macam ajaib kan? Menanti Subuh? Bagusnya. Haha.

Seharusnya menjadi bagus bila tidur di kala tak pukul 9 malam lagi. Lepas tu jam 3 pagi dah kalut tejaga and tak boleh tidur dah. Jadi berbuat lah sedikit kerja kerja PS saya. Perbaiki yang mana patut. Lepas tu bersahur. Bersahur pun ada 2 fasa. Canggeh kan?

Mula mula terjaga di kala jam 3 sengah pagi, terus ke dapur, makan nasik dengan asam pedas buatan housemate yang cukup mabeles. Atas kesedaran yang sangat terpancar di dada, berbuatlah kerja kerja belajar sedikit. Kemudian, hati terdetik untuk pergi bersahur lagi!! Sebab teringat roti yang di beli 2 hari lalu. Tak di sentuh langsung pun. Kalau tak makan, esok lusa dah expired. Sayangkan. Jadi, pergilah ke dapur secara pelan pelan macam nak mancuri rumah orang jer. Ya la, semua penghuni rumah sedang kusyuk tidur, kang dok buat bising tejaga pulak mereka mereka itu.

Okeh. Azan Subuh dah berkumandang. Jom semayang jom!!!








Thursday, September 22, 2011

Saya sudah rajin!!


Hai kamu di sana. Saya di sini. Kamu di sana tak nak kesini ke. Mari la berpening pening lalat dengan saya mengsiapkan kerja kerja PS nie. Dah lama tak bukak cerita PS PS nie kan. 5 bulan yang lalu mungkin kamu dah muak di hidangkan dengan kisah kisah PS saya saja. Di setiap hari, setiap kali update, tak ada kisah lain dah. PS PS PS dan PS. Haha.

Dan dengan masuknya hari ni, cerita tak best itu akan mula berkumandang di dada blog ini. Sila jangan stress sangat. Saya yang mengadap nie lagi lagi stress. Tolong paham. Kat sini saja yang boleh saya luahkan agar stress PS tu dapat berkurangan.

Malam nie punya kesedaran yang sangat tinggi selepas memburnkan 2 minggu belajar berlalu begitu saja tanpa membukak apa apa pun hal hal PS nie. Semacam tak ambik PS 2 saja aku nie. Nasib baik, sewaktu di kelas Md Noor tadi, beliau banyak memberi kata kata semangat supaya jangan tangguh tangguh lagi. Buat cepat. Masa dah tak cukup sebab perlu di Viva pada week ke 14, mean dalam lingkungan 21-24 December ini. Errrr. Tiga bulan lagi !!! Mampukah saya membereskan segala kerja kerja ini. Ya Allah. Tolongin hamba mu ini.

Mulai malam ini dan saat ini saya akan buat betul betul. Even dah beratus kali dah selalu ulang ayat ini, malam nie mau ulang lagi. Semoga ianya betul betul menjadi. Hahaha.

Esok mau menapak di Library sampai ke rasa nak muntah duk library. Jom lepak sekali !!!! Kita duduk kat bilik thesis ya!!! ^_^ Tata. Jumpa di sana!!!










PdanS : Pada kelas Md Noor tadi jugak, beliau aset bercakap hal hal makanan, suruh membayangkan kek lapis la, bagaimanakan kesedapan kek lapis, apa warna kek lapis, dan bla bla bla yang mana semuanya adalah mengenai makan sahaja. Tapi cerita kek lapis yang paling lama kami bincangkan. Lalu saya yang bercita cita untuk kurus dan nak diet nie pun tergoda dek kerana terlalu menghayati sangat pengajaran yang beliau sampaikan. Owh my Gosh!!! Serius aku nak makan kek, dah 2, 3 hari mengidam kek. Tapi mengidam kek yang ayer tangan sendiri. Hurmmmmmmm....


Wednesday, September 21, 2011

Owh My Gucci !!!!


Love the way her dresses





























Fashion fashion jugak. Jangan lupa yang ini. ^_^


NOTE TO MY SELF actually!!!!







NOTE : Menjadi peng-Stalker kepada fashionista fashionista seperti di atas sangat tidak baik kepada kesihatan duit di dalam bank. Menjadi sungguh pemboros. Beli baju itu ini, kasut, hand beg, shawl and bla bla bla, yang mana, yang dah ada pun kadang kadang tak terpakai. Beli sebab konon ikut trend. Hahaha. Sila bersara dari menjadi stalker tegar dan belajar belajarlah menjadi kedekut untuk diri sendiri. Faham!!! <---Note to myself.






Tuesday, September 20, 2011

Cerita howt!! Terkini dari lorong Haji Saiman!!


Hep. Saya bersiaran dari perkarangan Lorong Haji Saiman. Ya, itu bermakna saya sudah di Parit Raja KECHINTAAN ku!!! Okeh banyak benda nak di kongsikan malam nie.




FIRST

Tuan rumah sewa saya baru je meninggal dunia semalam. Saya pun baru dapat kabar berita petang tadi sewaktu berborak ramah mesra bersama kejiranan lelaki. Ya kejiranan lelaki sahaja. Nampak macam sangat gatal kan. Hahaha. Tidaklah menggatal dengan kejiranan lelaki sebenarnya, tetapi mereka yang datang menghulurkan bantuan tak kala saya dan housemate cuba menukarkan tayar kereta yang pancit dengan tayar spare. Sumpah saya tatau macam mana nak tukar. Tapi still ada perasaan nak try and error jugak. Di sebabkan kami macam riuh rendah begelak je lebih tapi tayar tak tecabut cabut jugak, kejiranan lelaki yang berborak di luar rumah pun perasan lalu menghulurkan bantuan. Itu lah kisahnya.

Okeh. Kembali kepada kisah orang meniggal dunia tadi. Haha. Jauh sungguh melencong. Tu la, sangat tak sangka, tadi lalu depan rumah dia nampak jugak orang ramai-ramai tengah masak kat luar, dalam hati nie, yeay!! malam nie ada open house!! Mesti makan sedap!! Sampai sampai rumah terus tanya housemate kot kot ada di jemput ke open house malam nie. Kehkeh. Ada hati sungguh kan. Bila dah berborak borak dengan kejiranan lelaki yang sumanya suami orang, baru la mereka kabarkan yang Wak Aji tu dah meninggal dan sila la pergi merewang apa yang patut, ada tahlil malam nie. Errrrr. Tak mengapa lah. ^_^

Saya macam sedikit terkilan jugak la dengan berita nie, baru je minggu lepas jumpa dan berborak. Dah la 1st time jumpak hari tu. Tub tub hari nie dah dengar kabar yang sedih pulak. Hurmmm.





SECOND

Adakah anda tahu yang depan rumah saya ada McD!! Ya McD yang jual burger mabeles gila tuh sampai sanggup lupakan hal diet semata mata GCB bermutu tinggi dia. Bunyi macam sangat canggeh bukan?? Kelassss kau jahhh!! Depan rumah ada McD!!

Kemudian, adakah anda tahu jugak yang belakang rumah saya ada ladang kelapa sawet??? Tatau bukan?? Okeh. Betul, bukak je pintu dalam 3 meter boleh lihat pokok kelapa sawet yang hidup segar bugar.

Adakah anda tahu jugak. kejadian yang baru sebentar tadi berlaku, sedang housemate saya berjalan pulang dari kelas malam yang baru habis jam 10pm, tiba tiba beliau terlihat satu kelibat besar seperti tetttttttt yang mana idung dia tepenyek dan badan dia besar macam anak kerbau, serta mengeluarkan bunyi seperti orang sedang mengerohhhh (bunyi orang tidor nyenyak). Dapat teka binatang itu??? Haaaa!!!!!! Canggeh bukan rumah saya. Ada binatang serupa itu lagi.

Kemudian si housemate apa lagi, lari macam tak cukup tanah la dia. Saya hat dalam rumah nie, tiba tiba dengar bunyi orang tengah lari. Tiba tiba lagi "akakkk bukak pintuuu.. bukak pintu cepattt" sambil mengetuk pintu sampai sikit lagi boleh luruh je pintu tu.. Cuak seyyyy. Hingatkan kena kejar ngan hantu ke hapa. Ya la, kan Wak aji depan rumah tu baru je meninggal. So cerita hantu dalam rumah nie semacam agak hot laaa.

Jadi... Apamacam??? Strategik tak kawasan rumah baru saya, depan ada McD dan belakang ada kerbau pendek (cuba untuk menjadi sopan)





(Ehsan Google)

Ini lah rupa McD yang digembar gemburkan depan rumah tuh. Padahal nak pergi kena betapak sampai bepeluh ketiak dulu, baru sampai. ^_^ Baru pergi sekali dah nak riuh satu dunia.








PdanS : Bila esok nak mula kelas jeee, mesti malam tu nak sakit kepala la, nak deman laaaa. Mengada sungguh.

Monday, September 19, 2011

Apa guna??




“Apa guna jadi lelaki KACAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkak .

Apa guna jadi perempuan CANTIK, kalau Pukul 12.00 T.Hari pun tak celik-celik .

Apa guna umur BESAR PANJANG, kalau Fardhu Ain Asas pun lintang pukang .

Apa guna Allah bagi HIDAYAH, kalau nak SOLAT pun sikit punya PAYAH .

Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur Allah bagi kita SIA-SIA .

Apa guna HARTA MELIMPAH, kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun SUSAH .

Apa guna pangkat BESAR, kubur dah dekat pun masih tak SEDAR.”




Ketuk ketuk..... September... ^_^


Alhamdulillah, dah selamat menyimpan rezeki tuhan ke dalam perut gelebeh saya. Lauk hari nie ketam masak lemak. Bila berada di rumah kakak makanan tak lagi bertemakan telur goreng or telur masak sambal or sup telur. Pastinya setiap malam akan menjamah lauk pauk yang agak berbeza dan lebih sedap sikit.

Duduk bujang bujang nie, nak masak sedap sedap tak best sangat. Ye la, kat dapur mana ada bahan bahan canggeh. Nak cari kulit kayu manis ngan rempah ratus pun susah kat dapur tuh. Cam mana nak buat kari bermutu tinggi. Yang mampu di masak setiap hari ofkoslah sardin bertemankan telor goreng jee. Ngeeee ^_^

Saya suka bab bab masak memasak nie. Tapi kepakaran tu macam kurang. Ya la, baru belajar belajar nak suka masak setahun dua tahun nie. Dulu degree duduk hostel. Nak masak apanya, semua makanan made in cafe student tepi blok je. Kalau suruh masak telor goreng dalam rice cooker hebat la. Benda lain yang canggeh canggeh sikit sumpah aku tatau. Kemudian, mempunyai kakak yang bersepah jugak salah satu sebab saya macam lambat sikit nak minat masak memasak nie. Ada kesedaran pun bila umur dah di bangku nak menjadi bini orang dan di kala semua kakak dah jadi bini orang. So, yang akan bertanggung jawab di dapur tak lain dan tak bukan ofkos lah saya kan. Kakak kakak semua dah mengikut laki memasing, sapa lagi yang nak bersilat di dapur??

Kalau ditanya suka masak apa? Hurmm.. Memasak saya adalah mengikut napsu nak makan apa, yang tu la yang saya akan buat. Tapi buat masa sekarang nie, kepakaran saya mungkin lebih kepada puding memuding. Saya suka makan puding dan ofkoslah akan berusaha mencuba setiap puding yang menggoda hati apabila terpandang di dada internet.

Saya suka buat semua jenis makanan, baik biskut, masakan berlauk, pencuci mulut or wat ever lah. Tapi tak semuanya saya amat terre. Masih merangkak-rangkak lagi. Eh, bukan merangkak, tapi baru belajar nak menerap. Huhu. Selalu berangan, nanti bila dah bekerjaya, ada pitih sendiri, nak pergi belajar memasak lah. Nak belajar buat kek dengan biskut. Kalau masak masakan kampung nie belajar dengan Chef Emak sudah lah. Resepi beliau lebih kena dengan jiwa. Tapi selalunya kalau belajar dengan Chef Emak akan belajar jarak jauh je. Jarang di beri mandat dan kepercayaan untuk memasak sampai siap. Sebab tu kalau masak lauk lauk nie macam agak gagap sikit. Masak 2, 3 menet sibuk nak telipon Puan Emak untuk tanya step yang seterusnya. Comel sungguh kan. ^_^

Tapi yang bestnye kalau masak lauk nie boleh nak di modified. Kalau kurang sedap, boleh tambah sos sikit, garam sikit, air sikit, gula sikit. Jadi la sesedap rasa. Kalau buat kek or biskut nie macam leceh sikit. Kalau telebih letak, habis lingkup, nak nak yang tak pandai nak modified balik macam aku nie. Kompem akan lempar dalam parit jer macam raya hari tu. Ilmu membuat biskut raya yang saya ada sungguh cetek sekali. Kepada kaum hawa sekalian, cooking chocolate yang di masak dengan cara double boiler hanya boleh di tambah minyak/planta/butter sahaja. Jangan pandai pandai or tunjuk kreatif dengan pi tambah air hokeh. Air dan minyak tidak boleh bersatu. Jadi bila engkau menambah kedua dua bahan itu, akan terhasillah coklat yang seakan akan pasir yang di masak dengan air. Berketul ketul, yang mana ahirnya, parit belakang rumahlah yang menjadi destinasi utama!! ^_^

Saya tak tahu kenapa hati akan jadi sangat enjoy bila memasak. Saya perasan, bila terasa otak sangat stress dengan kerja kerja pelajaran, kemudian, kedapur dan memasak sesuatu yang bekenan di hati. Stress yang bersarang di otak tadi terus akan jadi kurang. Tapi bila yang di masak tidak menjadi saya akan jadi stress pulak. Hadoi. Begemana nie? ^_^














Selalunya kalau nak cari resepi saya akan ke link link kat bawah nie. Try try la terjah. Semoga membantu. ^_^