❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 13, 2011

Teman, TOLONG BACA!!!



Haip. I baru habis kelas lab. Nasib baek hari niepunya lab partner sorang lagi yang banyak explain kat class. I tambah sikit sikit jah. Ringan kerja. Alhamdulillah... Minggu depan? Minggu depan lagi alhamdulillah, sudah last dan lepas tu latihan mengajar akan tamat. Yeayyyyy!!!!

Okeh. Saya baru sahaja melihat sesutu yang buat saya sangat sangat sedih tentang insan-insan di sekeliling saya. Kenapa jadi macam nie. Cepatnya berubah. Hurmmm. Jadi saya nak mengulas sikit tentang sesuatu perkara boleh? Okeh. Mari.

Kita cakap kita sayang mak dan ayah kita, hati kita pulak cakap "Cinta" pada mereka. Kalau mereka tak cukup duit nak makan kita bantu. Malaupun jumlahnya sikit kita bagi jugak. Walaupun kita sendiri pun makannya berkais-kais. Kita cuba untuk hulurkan jugak. Sebab? Kita tak nak lihat mak dan ayah hidup dalam keadaan susah bukan?

Lagi. Kalau kita tengok mak ayah kita sakit sikit jeee, terasa nya dah sampai kat kita kan. Ayah baru batuk saja, kita dah gelisah macam dapat sakit cancer. Bimbang kita terlalu lalu. Kenapa? Sebab kita sayangkan mak ayah kita. Kita tak nak tengok mereka sakit.

Kemudian, bila kita lihat ada yang cuba mengatakan sesuatu yang buruk-buruk pada mak ayah kita, kita sedaya upaya akan cuba halang. Tepis. Kita sanggup bertegang mulut dengan kaum itu, kita sanggup di bawa ke mahkamah untuk membela mak ayah kita dan kadang-kadang ada yang pendek akalnya sangguh membawa parang pisau untuk selesaikan segala masalah yang melibatkan mak ayah mereka. Macam-macam daya usaha yang kita buat untuk menjada mereka. Begitu kasih kita pada mereka.

Tapi. Kita pernah tak terfikir, segala perbuatan buruk kita akan memberi kesan kepada hidup mereka sekali.

Kita cakap kita sayang sangat mak ayah kita, tapi kenapa kita sanggup membiarkan mak dan ayah kita menanggung segala dosa-dosa kita? Dosa-dosa yang mungkin kerana aurat kita yang tidak di jaga, pergaulan kita yang tidak ada batasnya, solat kita yang tidak di laksanakannya dan banyak lagi segala suruhan tuhan yang cuba di remeh temehkan oleh kita..

Kita cakap kita kasih pada mereka dengan tidak ada penghujungnya. Tapi kita sanggup pula melihat mak ayah kita di siksa begitu dasyat dengan api neraka yang panas, dengan patukan ular yang bisanya sampai berats tahun.. Kita sanggup lihat? Mana kasih sayang yang kita kata kan tadi?????

Semua ini kerana dosa-dosa kita. Dalam kelalaian, kita membuat dosa, bila ada yang menegur kita cakap "Biarlaaa, dosa aku, bukan engkau pun yang nak kena tanggung". Ya, betul, tapi kita lupa, dosa-dosa kita itu juga akan di tanggung oleh mak ayah yang kita cakap, kita "Sayanggggggg" sangat sangat tuh. Yang kita kata, kita cintaaaaaa dalam dalam tuh. Jadi, sekarang, mana bukti kasih sayang kita tu?

Kemana kesedaran kita? Sensitiviti kita? Fikir-fikir kan, renung renung kan dan ambil tindakkan yang sepatutnya!!!!!

Saya bukanlah seorang yang perfect. Kata-kata di atas pun semuanya untuk diri saya, peringatan untuk saya jugak. Saya bukanlah insan yang suci dari segala dosa. Dalam-dalam saya mengingatkan tentang dosa-dosa orang, masih banyak dosa yang saya lakukan dalam setiap hari saya. Dosa mengumpat saya, dosa berpakaian saya, dosa mata saya dan banyak lagi. Saya manusia biasa yang tak boleh lari dari kelalaian. Pasti akan membuat dosa juga. Tapi, saya akan cuba kurangkan. Biarlah orang nak mengata, budget solehah ke, nak memunjuk ke? Tak kisah. Yang penting tuhan tahu niat saya. Saya tahu apa yang saya perbuatkan.

Kamu tahu. Sharing is loving. Bila kita berkongsi ilmu yang kita ada insyaAllah ilmu itu akan sentiasa lekat di dada. Kita pun dapat pahala bukan. Sebab tu kadang-kadang apa saja yang saya terjumpa dari hasil jalan-jalan saya di laman web hamba Allah yang lain, yang saya rasa terkesan untuk diri saya, saya akan kongsikan dengan yang lain. Tapi, saya tahu, mungkin akan ada mulut-mulut insan yang tidak menggunakan anggota badan mereka itu ke jalan yang betul akan memperkatakan sesuatu tentang tidak tanduk saya. Biasalah, manusia akan sentiasa mengkritik kita, tidak ada satu perkara pun yang dapat memuaskan hati semua orang. Berbuat baik pun masih akan di kata, Kalau berbuat jahat tu, lagi lagi lah di kutuknya sampai ke mati. Jadi, biarlah, nanti, bila dah letih mengata, diamlah mulut tuh. Pekakkan saja.



No comments: