❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 4, 2011

Sudah 4.


Pejam celik pejam celik, rupanya dah empat hari kita selamat berpuasa kan. Cepat pulak masa berlalu. Rasa macam semalam je 1st day puasa. Tub tub, eh empat hari dah? wahhh.

Untuk 4 hari nie, Alhamdulillah, puasa saya masih penuh, terawih masih belum ada lompang, cuma tak mampu nak buat sampai 20, 8 je yang mampu. Hihi. Ok la kan.

Hari nie terawih di masjid kat kampung ku. Orang dah kurang. Saft kat luar tinggal 2 baris je, tak macam mula-mula hari tuh, penuh macam sembahyang raya jer. Kereta pun senang nak parking. Kalau tak, kena betapak sampai ujung mesjid sana nuh, baru dapat parking.

Tapi, ada sedikit rasa tidak gemar dengan beberapa jemaah di masjid tadi. Bila dah sembahyang berjemaah nie, saf harus lah dalam keadaan lurus dan rapat. Barulah boleh sempurna sesuatu solat jemaah itu. Baru lah mengikut sunnah nabi. Tapi nie tak, ada 4,5 orang jemaah tu sanggup biar ada ruang kosong dalam satu barisan. Satu barisan ada 2 kelompok. Tak ke pelik? Ruang tengah yang memisah kan 2 kelompok nie ada la dalam 3 meter.



Semua nie sebab nak berada di bawah kipas. Hurm. Mana boleh macam tu makcik dan kakak kakak. Sepatutnya kena di rapatkan dan di beratkan ke sebelah kanan. Mana boleh pentingkan diri sendiri. Kalau macam tu tak sampailah hikmah di sebalik solat berjemaah itu sendiri, untuk menjadikan umat islam bersatu padu. Tak berpecah belah. Tapi kalau hal mengadap tuhan pun ada yang bersifat begini. Apa lagi hal hal yang untuk duniawi. Hurmmm.






No comments: