❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 16, 2011

Shutttttt... Diam!!!!



Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:



"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat AT-TARMIZI )




Madah Dari Hukama:


Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang..


Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.





Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Adakah diam itu juga di angggap sombong? Saya seperti sedikit diam di arena Facebook. Tidak menegur kenalan yang rapat, jarang membalas komen mereka, jarang bertegur sapa, jarang menyapa atau mencelah di mana-mana. Errrr. Tak mengapakan. Perasaan malas yang teramat sangat, tapi masih menyayangi mereka sama seperti selalu . Bila masa berlalu, kadang-kadang, semua dah tak boleh nak sama macam dulu. Kita kena terima yang itu.

Diam? Saya pendiam? Saya diam bila mengantuk, buat kerja dan mood telah hilang tidak dapat di kesan. Selain pada waktu itu, sila layan percakapan saya. ^_^









PdanS : Dalam-dalam sibuk tak cukup masa, kaki tangan, sempat lagi engkau berbelog ya. Syoh syoh pergi siapkan kerja, kejap lagi kita layan Ramadhan Terahir ya. i loikeeee!! ^_^


No comments: