❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 6, 2011

Setiap sedutan pasti terangkat !!


Alhamdulillah. Dah berbuka pun. Dah selamat bersolat terawih walaupun dalam keadaan nak mamai mamai sikit sebab effect dari makan yang terlalu-lalu sewaktu berbuka tadi. So, mesti akan mengantuk la kan. Lepas tu ada la pulak morey pulut durian. Hadoiyaii. Murah sungguh rezeki perut saya hari nie.

Untuk juadah petang nie semuanya sangat terangkat angkat dan sungguh mabeles. Ya lah, dah ayer tangan Puan Emak, mesti la enak berkrim disukai ramai. Cuba aku yang masak, alamatnya tak ada orang sentuh dan terpaksalah bungkus pergi letak kat masjid untuk di jadikan santapan morey bagi jemaah jemaah yang sudah selesai terawih. Haha. Ya, dah buat pun tadi. Mak cakap licin derang makan. Orang tengah lapaq, bagi biskut patsegi saja pun dia kata sedap kan.



Photobucket

Kerabu nangka yang dimeriahkan lagi dengan kerang. Bila tengok Puan Emak buat, owh, macam tu je, semudah itu. Tapi kalau suruh buat balik. Errrr. Kompem tak hingat kan. ^_^



Photobucket

Kerabu daun Cekoq dan daun selom. Ya, saya sangat kekampungan. Suka makan ulam yang di terjemahkan dalam bentuk kerabu. Lagi, saya suka kerabu pucuk paku rawan. Tahu pucuk paku rawan bagaimana? Sila google sendiri. Kerabu jantung pisang. Kerabu pelam. Pendek kata apa-apa saja yang adik beradik kerabu semua saya balun tak ingat dunia punyaaa. ^_^





Photobucket

Siput sedut A.K.A siput pait yang di masak dengan batang keladi. Takmo cakap banyak pasal juadah nie, nak bagi tagline yang paling sesuai untuk menggambarkan ke enakkan masakan nie saja. "Setiap sedutan membawa nikmat hingga pasti terangkat!" Tangline pesyen apa nie, panjang sangat.





Photobucket

Nie ayam golek buatan Puan Emak, mentang-mentang semalam buat, dan rasa sangat sedap, hari nie terus di order oleh Puan Emak kepada Incik ayah waktu dia kepasar bagi membeli sekoq lagi ayam!! Lepas siap masak tadi, dok puji-puji diri sendiri, "Nie, mai tengok ayam mak nie, kalah ayam kat Bazar tuh" Errr. Baheklah puan emak. Nasib baek saya sempat menasihati Puan Emak agar pergi masuk bakul dan angkat sendiri. Kehkehkeh.




Photobucket

Nie lah wajah seri ayu saya yang langsung tak ayu. Hadoi, penat dididik dengan lemah lembut lagi gemalai. Tak ayu ayu jugak. Last-last potong dan di bawak ke masjid bagi di jadikan menu morey malam nie. Huhu. Bijak kan. Mungkin seri ayu nie agak sedikit keras sebab acuan kot. Engkau tengok la, guna loyang buat kek, memang bapak segala besar la. Mungkin sebab nie la kot dia tak boleh nak masak dengan elok dan sedikit terbantut. Dah acuan kecik comel lotey tak ada. Terpaksa la bok buat kreatif guna loyang kek. Tapi lain pulak jadinya. Hurm. Tak pa la. Next time kita buat kat bazaar ramadhan cukup lah. Tak payah susah-susah dah. ^_^




Photobucket

Walaupun hari nie hanya berbuka empat beranak saja, iaitu saya, adik laki dan mak ayah, tapi sapa kata sunyi sepi. Dah dua hari kami sekeluarga berbuka berteman kan skype. Ya la, asal nak bebuka saja, kakak abang di kolumpo dengan melaka sana nuh sibuk call suruh On kan Skype. Sengaja di suruh on kan untuk sesi tunjuk menunjuk derang boleh bebuka awal. Sungguh cisss kan. Tapi tak pa, kami layankan saja, sekurang-kurangnya, walaupun berbuka 4 beranak, tapi riuh rendahnya macam ada pat puluh orang anak. Suap satu mulut, tokwan dok sibuk lambai tangan kat cucu, suap satu mulut, tok dok kalut panggil nama cucu. Hadoi. Tak senang sungguh nak makan.




Photobucket

Tahu kah anda, apa yang sedang di perbuat oleh budak kecik, gumuk, bulat lagi rendang nie? Ofkos la sedang kerabat(panjat) meja. Sungguh hebat sekali. Tanpa bantuan sesiapa, mahupun lori kecik dia, dia berjaya mengkerabat meja sampai ke atas permukaan meja dengan menggunakan tangan debab dia saja. Kalau balik raya nanti, mesti budak nie yang akan mengepalai kekecohan dalam rumah. Haha. Yang lain dah besar, tunjuk hanger saja, diam la derang, tapi yang nie, tunjuk hanger, lagi dia telompat lompat nak hanger tuh ada. Hadoiiii.





Photobucket

Terhibur hati saya bila tengok gelagat tok dan tokwan. Happy saja dapat tengok muka cucu teptiap hari. Kalau skype nak dekat-dekat bebuka saja, mesti ada sesi lawan menayang makanan sapa paling lazat dengan cucu cucu. Tok wan la paling pulun sekali, semua jenis makanan atas meja dia angkat tunjuk, tak cukup lagi tuh, dalam peti ais yang tak masak lagi pun dia pi angkat bok keluaq nak tayang. Hadoiii. Ayah sapa la tuhhh.









No comments: