❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 5, 2011

Seri Ayu. Ayu hari ini, esok dan selamanya. ^_^


Kalau duduk di rumah nie, bukan saja seronok, tapi duaronok dan beronok-ronok sangat sangat. ^_^. Saya baru sahaja selesai berdiskusi dengan Puan Emak tentang juadah berbuka hari ini. Setelah kami berdua penat berjalan-jalan di MyResipi.Com, maka, dapatlah dua jenis resepi yang sangat sangat membantu kami berdua yang dalam kebuntuan nak masak apa. Hihi. Macam sweet sweet je kan bila megoggle resepi dengan Puan Emak.

Okeh, untuk melayan napsu sarakah saya, Seri Ayu menjadi pilihan. Dan Ayam bakar golek pulak untuk melayan napsu kami seisi sekeluarga. Resepi dah di tangan tinggal nak membukak langkah saja untuk bersilat di dapur.

Tadi ayah pulang dengan membawa seplastik siput sedut. Oh My Gucci !!!! Siput sedut kottt. Kalau buat masak lomak cili padi, perhhhh!!! Sungguh tak tertahan. Pasti terawih pun nampak bayang bayang sajaa. Haha.

Lepas tu, hari nie Puan Emak berkunjung ke rumah jiran tetangga dan membawak pulang segenggam daun cekur. Ulam cekoq la orang kedah kata. Dan ulam nie kalau di buat kerabu. Perhhhhh. Memang terangkat lah. Semalam punya la berpusing-pusing satu pasar mencari daun cekoq nie untuk di buat kerabu. Tapi tak jumpa, last-last dapat nangka saja, so buatlah kerabu nangka. Tapi takpa. Semua yang ada sangkut paut dengan kerabu nie memang i loike lah.




Lagi mengseronok kan hati, semalam berPasar dengan puan emak, kemudian mata terlekat pada bungkusan rebung yang harganya dua ringgit setengah kot kalau tak silap. Jadi, apa lagi, menggoda la Puan emak dengan sehabis daya supaya membeli. So, hari nie boleh la berbuka dengan Gulai Daging Rebung ya kawan-kawan. Nyum nyum.

Kan saya dah kata. Duduk di rumah sangat heaven lah. Cakap saja perut nak apa, order dengan Puan Emak, terus dapat. ^_^ Tapi order order jugak, Puan Emak tukang menumis saja tau. Hat prepare bahan segala bagai, sila buat sendiri. !!

Eh, macam mana tajuk entry tak selaras dengan isi nie. Sungguh tersasar jauh kalau berbicara hal hal juadah berbuka nie ^_^. Okeh, demi tidak mengecewakan Sang Penggoggle yang mencari RESEPI SERI AYU, meh sini saya kasi. Jom kita try sama-sama. Tata.







Bahan-bahan ( 40biji-60biji )

  • 3 biji telur
  • 240gram gula pasir
  • 240ml santan@susu cair
  • 1 camca perisa pandan/pandan emulco
  • 270gram tepung gandum
  • 1 camca ovalatte
  • BAHAN2 UNTUK KELAPA:1 camca tepung kanji/ubi.1/2 biji kelapa parut(ambil yg putih sj).dan garam

Cara-cara

  1. 1-sapukan sedikit minyak pada acuan,dan ketepi kan
  2. 2-gaulkan kelapa parut td bersama garam dan tepung ubi/kanji,gaul rata dan ketepikan
  3. 3-pukul telur dan gula, hngga kembang&ringan. Lepas tu masukkan ovallate...pukul lg dgn klajuan tggi.
  4. agak2 telur td da kembang(di angkat x jatuh) masukkan,santan dan tepung sambil di pukul rata
  5. "CARA2 MASAK APAM GEBU INI" -ambil sedikit kelapa td,dn tekan kn ke dlm acuan hngga padat -tuangkan adunan ke ats kelapa td -kukus selama 15 minit -angkat dan hidang kan
  6. PERINGATAN!!!! Panaskan pengukus dgn api sederhana panas,sementara sediakan adunan










PdanS : Hari nie je lah boleh mengseronok-seronok. Esok? sampai ke khamis? Selamat berbuka dengan juadah di Bazaar. Hurmmm. Mesti akan terindu-rindu la ayert tangah Che Sayang saya nie.

No comments: