❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 3, 2011

Sekali kita berbuat baik,berpuluh kali tuhan balas.



Sebelum nie kerisauan sangat bersarang di hati..


Macam mana nie nak mengajar di bulan posa nanti.. kena pulak hari yang ada kelas pagi ngan petang.. bulan tak posa pun aku dah semput.. nanti mesti tak larat lagi kan.. hurmmm


Ya, itu yang selalu saya risaukan sebelum nie.

Hari nie, hari yang di tunggu itu datang tiba. Kelas pagi dan petang itu pun dah berlalu.

Tak larat menerpa ke jiwa? Letih menghinggap di minda?

Owh, sangat lah tidak. Aku sangat berEnergy sekali hari nie. Di kelas petang bertambah dan semakin bertambah energy aku. Macam panjang pulak bebelan aku hari nie. Haha. Nasib laaa student ooiii.. Tu semua untuk bagi kamu berjaya. Nie tidak aset main jeeee. Banyak sungguh main-main. Suruh buat report pun buat tah apa-apa. Meniru je tau. bagi kuiz mula la nak mengelabah. Okeh dah. Kat sini pun tidak perlu sambungan seri bebel membebel tuh. Haha. Kadang-kadang aku sangat perasan, aku adalah seorang yang kuat membebel. Maaf yang Incik Jodoh. ^_^

Alhamdulillah untuk semua nie. Tak seperti yang aku jangkakan. Malah lebih indah dari yang penah dilalui. Selalunya hari Rabu adalah hari yang stress sebab pagi petang aku ada kelas. Jadi akan terkejar sana sini. Dengan slide nya yang kena prepare, tulis buku rancangan mengajar, dan bla bla. Kerja lebih banyak dari hari hari lain. Tapi semua nie Sebelum berpuasa laaa.

Bila dah tiba bulan puasa nie, rasa sangat sangat lain. Walaupun aku tak prepare sangat bahan pengajaran aku, tapi kelas masih lagi berjalan dengan lancar.

Kemudian, walaupun aku buat lambat-lambat semua kerja, menangguh itu ini sampai last minit baru nak buat, tapi aku masih punya masa yang banyak. Terasa seperti tuhan sengaja melambatkan waktu yang bergerak untuk aku settle kan semua kerja itu. Selalu aku akan terkejan-kejan ke kelas. Masa sangat tak cukup di kala hari Rabu. Tapi hari nie, sejam sebelum kelas bermula, aku still lagi bertafakur dalam bilik. Fikir apa yang nak dibuat kan sementara menunggu jam 3. Hurmm. Ajaib bukan. Semua nie kuasa tuhan.

Satu saja yang aku pegang. Kalau kita sentiasa melebihkan tuhan, insyaallah nanti untuk hal hal lain pun tuhan akan melebihkan kita.

Macam la hal hari nie jugak, mungkin bila aku dah berpuasa, aku dah tunaikan ibadat yang tuhan suruh, jadi balasannya, di ringankan sedikit stress aku. Kalau baca entry sebelum sebelum nie, asal nak ke hujung minggu je mesti aku akan post cerita kepala sakit la, badan tak sihat la, telan penadol laa.. Tapi Alhadulillah, untuk bulan puasa nie, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang dah meringankan banyak beban tugas aku.

Kemudian, hari isnin yang lalu, pun ada satu kejadiaan yang buat aku terfikir tentang janji Allah.

Di sebabkan hati sangat kasihan melihat seorang OKU tidak berkaki meminta derma di tepi jalan, jadi aku pun sedekahkan RM 1 ke hamba Allah itu. Sepuluh menet lepas tu, bila berjalan menuju ke kedai, aku terjumpa pulak wang kertas RM5 yang tak tahu milik sapa. Tersadai di tepi jalan. Ya Allah !!! rezeki apakah ini??? SubhanAllah, janji tuhan itu benar belaka, tidak perlu di tunggu di akhirat sana, di dunia ini pun Tuhan boleh beri cash. Dalam sekelip mata je, kita dapat lihat ganjaran atas perbuatan baik kita. Sekali kita berbuat baik, sepuluh kali tuhan balas.

Tapi, ada sesetengah orang menanti dan terus menanti ganjaran tuhan dalam bentuk yang sama yang telah mereka baktikan. Tak semestinya bila kita sedekah seringgit tuhan akan balas balik dengan sejumlah wang yang nilainya lebih dari itu. Tidak. Kadang-kadang, tuhan beri sesuatu ganjaran itu dalam keadaan yang kita tak nampak. Mungkin anak-anak yang berjaya, mungkin keluarga yang bahagia, mungkin hati yang tenang, mungkin juga kesihatan yang baik. Ganjaran tuhan diturunkan dalam pelbagai bentuk. Terletak atas kesedaran kita untuk melihatnya sebagai apa.

Jadi, tak perlu di nanti kenaikan pangkat kerna rajin bekerja. Usah dipohon, gaji yang melimpah ruah atas segala penat lelah. Berbuatlah dengan hati yang ihklas, InsyaAllah, setelah penat melaksanakan, akan ada hadiah yang lebih indah dari yang kita impikan di hujung penantian itu. ^_^









PdanS : Macam syoq pulak deactive facebook kali nie. Suka-suka. Hati lebih tenang. Okeh kita try lagi untuk masa yang lebih panjang...


No comments: