❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan Terakhir?


Anda pasti ini bukan Ramadhan anda yang terakhir? Hurmm. Entah la, Tuhan saja yang Maha Mengetahui. Doa kita, kalau ini adalah Ramadhan yang terahir buat kita, biarlah penghujungnya itu akan disudahi dengan elok sekali. Amin.

Okeh. Bukan nak cakap hal itu actually. Iklan saja. Hihi. Mari ke isi penting.

Hep, anda tengok tak cerita Ramadhan Terahir? Saya tengok!!!! Suka-suka. Menarik cerita nie. Pelakon dia pon best. Tambah-tambah Puan Mazni AKA adik Fauziah Ahmad Daud tuh. Bila tengok rasa nak lempang je lelaju. Annoying sungguh. Kejap macam dah insaf, kejap-kejap lagi macam hantu. Terjerit sana sini, marah maid, marah suami. Dah la tak puasa, makan sesuka hati, makan depan orang puasa, suruh maid yang puasa masak untuk breakfast laa. Haishh. Memang sangat sangat menjadi lah jahat dia tuh. Dan sebab lakonan dia yang menarik tu jugaklah saya terus melekat kat depan kaca tv. Biarpun mata dah tahap kena gam gajah tak boleh nak celik, ya la, dah jam 10.30 malam, mengantuk la wey, tapi sanggup tunggu jugak tuh. Huhu.

Tapi yang tak bestnya 30 menet je cerita nie di tayangkan??? penat den tunggu. Sanggup postpone tidur pulak tuh. Lepas tu cerita 3 menet, iklan 7, 8 menet. Haishh. Ada jugak stesyen tivi yang nak kena bakooo nie.








Satu lagi, Saya jugak suka dengan cerita Kias Ramadhan. Kata-kata Zainal Ariffin tu semuanya sangat penuh dengan message yang berguna, tapi perlu di fikir-fikir dan di renung-renungkan.

Dan episod semalam, yang ada perempuan mengumpat dalam Teksi tuh. Hurmm. Memang mengena batang hidung sendiri lah. Sangat teringat pada diri saya. Kadang-kadang, dalam tidak sedar, dan dalam sedar sekali pun, saya masih buat benda yang salah tuh. Dah tahu akan dosanya, tapi bila dah sedap mengumpat nie, tak boleh nak kata apa dah. Iman saja yang dapat menghalang. Tapi iman ku? Hurmmm.



No comments: