❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 15, 2011

Kuih raya, ABC, Pasemboq, mana yang dah kurus? Haha


Hai. Selamat berpuasa bagi yang masih tidak di beri cuti oleh tuhan. Kehkeh. Sungguh indah hari ini. Ya, di indahkan dengan kerja yang banyak. Semakin nak tamat LI bukan semakin nak relax, tapi semakin banyak benda yang perlu di bereskan. Errrrr. Sakit otak kalau nak di fikirkan semua hal hal itu. Tak pa lah. Kita rest kejap dengan menaip sesuatu yang menghiburkan hati.

Hep, kuih raya i yang di order dengan rakan sepejabat telah di terima baru sekejap tadi. Jugak, ada lagi ya, haha, kuih itu juga selamat di simpan ke dalam perut gue. Kehkeh. Mentang mentang port tempat engkau duduk nie adalah sangat baek punya. 2 orang saja dalam satu bilik. So, pandai engkau pergunakannya bukan. Bagus-bagus, cuti yang di beri tuhan guna sebaik mungkin. Operasi harus di jalankan dibawah meja ya. Sambil tu, selalu-selalu buat pemantauan pada pintu bilik. Takut ada yang menterjah dengan tiba-tiba. Hoho.

Lagi, untuk pengetahuan saudara dan saudari sekalian, saya sudah 3 hari tidak menjamah nasik. Hebat bukan menjadi saya. Hahaha. Serius. Dah 3 hari juada berbuka saya adalah pasemboq. Saya pun tatau kenapa perlu mengsukainya terlalu-lalu. Hari nie pun mau pergi beli lagi. Jadi akan cuba untuk tidak mengambil nasik sampai hari kamis nie.

Kenapa mesti Kamis nie? Ya la, terpaksa la ambik jugak sebab kamis adalah hari untuk pulang ke Surga ku, pasti Puan Emak akan menyediakan makanan yang paling lazat di dunia. Dan saya, mesti TERPAKSA, ya, TERPAKSA makan jugak. Walaupun tak ada sapa-sapa yang paksa. Haha.

Puan emak mesti akan jeling-jeling manja sambil gelak-gelak setiap kali saya cuba meminta nasik untuk di tambah lagi. Saya pulak dengan automatic akan terasa dan terus merajuk tak mo tambah dah. Hahaha. Paham bebenau Puan Emak dengan anak dara dia sorang nie. Balik saja ke rumah, pasti ada bunyi bunyi bising pada Puan emak, dah gumuk la, nanti baju raya tak muat la, nak diet la konon, tapi bila bebuka, makan nasik tambah tak hingat hingat kan? ^_^

Menurut penimbang yang telah mengukur peratus lemak saya pada minggu lalu. Beliau mengatakan yang lemak saya telah pecah dan terbakar sebanyak 2 kilo!!!! Saya tetap akan percaya pada informasi yang beliau sampaikan. Biarpun kadang-kadang 2 kilo tu kita boleh lable kan sebagai gurauan senda dia saja di kala posa-posa nie, ataupun mungkin dia termelatah ke, Ya penimbang pun pandai melatah. Tapi kalau naik 5 kilo itu bukan lagi melatah ya, itu menyanyi dangdut namanya. Sila golek lebih sikit.

Okeh lah. Cukup sampai di sini saja. Saya pun dah letih berada di dalam Pejabat. Mari ke kedai celcom untuk membayar berukband. Mari ke post office bagi mengepos kad raya, even sampul tak ujud lagi. Semoga ada kedai yang jual sampul kad raya. Malas gila nak buat. Kemudian mari ke supermarket untuk membeli radio. Tiba-tiba kan. Haha. Tapi memang saya nak cari radio. Lepas tu mari ke kedai mamak dekat roundabout tuh untuk sebungkus pasemboq. Mesti jeling tajam ja mamak tu aku dok order pasemboq di kala zohor pun tak masuk lagi. Kehkeh. Tata.







PdanS : Suka tajuk entry nie. Macam kreatif gila. Pandai saya menggabungkan semua isi entry menjadi satu ayat penyata. Ayat penyata ka lagu tuh? Tapi memang sumpah kreatif gila kot. Hahaha.


No comments: