❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 26, 2011

Happy ending. ^_^

[Cadangnya mahu menulis 2-3 ayat sahaja. Tapi terkarang sampai banyak nie. Hihi. Sila baca ikut selera kamu la yer]




Putus Asa

Setiap kali diri nak rajin, mesti akan ada dugaan yang datang menimpa. Lepas tu, dengan mudah, terus berputus asa. Ya, itulah mike malam nie.

Baru saja mahu membereskan hal hal "rezeki dari tuhan itu" terus ink printer habis la pullok. Maka mencari lah saya ink yang dibeli hari tu. Di cari cari cari cari satu rumah, pun tetap tak jumpa. Alah, biasa la, cari cari ayam, mana nak jumpa sangat. Tunggu esok pagi la, bila hari dah cerah jumpa la dia. Mungkin. Kenapa kena tunggu cerah? Macam la rumah pakai pelita minyak tanah. Alasan sungguh kan.

Sekarang dah berputus asa. Jadi, menulis sekejap disini. Habis menulis kita mentidur ya bedah. Mesti!!! Sebab esok akan bangun awal untuk mencari ink printer yang hilang itu.




Rezeki dari tuhan?

Ya, Alhamdulillah, permohonan saya untuk MyBrain sudah di luluskan 24 Ogos hari tu. Syukur sangat sangat.

MyBrain? Mendalah apakah itu? MyBrain macam scholar la jugak sikit sikit. Dia under KPT. Sesapa yang ambil Master dan PHD boleh mintak. Dia akan bantu dari segi Yuran dan kos rasa hidup. Tapi dia jugak depends kepada Mode yang kita ambik, kalau Master/PHD kita dalam research dia bantu banyak sikit, kalau buat course work macam yang saya amek sekarang nie, dia tolong support untuk yuran saja. Ok la tuh. Atleast ringan sikit beban untuk sem depan. Nie tak, PTPTN yang dapat ciput dan sangat sikit dari amount yang dapat time degree dulu, yang tu la nak bayar yuran, yang tu la nak bayar rumah sewa, bayar makan minum, bill berokband, topup, balik kampung, hal hal memboros aku, dan macam-macam lagi. Selalunya sempat bertahan sampai tengah sem saja. Lepas tu, tunggu duit Pama masuk teptiap minggu.

Yang tak bestnya, kenapa mesti time saya di sem last baru buat benda-benda nie. Kenapa tak dari mula saya masuk lagi. Kan bagus.



Latihan Mengajar.

Hep, latihan mengajar saya sudah di bereskan kamis yang lalu. Hati sangat lah suka tidak terperi. Macam nak lompat bintang pat puluh tujuh kali pun ada. Tapi apa kejadahnya. Baik dilepaskan semua rasa gumbira itu dengan mentidur saja. Yess!! Yes!!! Saya sudah bules berbangkit bangkit dari tidur secara lambat lambat. Hidup sebagai student pun akan bermula lepas raya nie. Arhhh. Sungguh tidak disukai. Sungguh tak ada hati langsung untuk ke Batu Pahat. Boleh tak sapa-sapa tolong pergi bom kan Batu Pahat di sana nuh, biar hancur berkecai, hilang dan terus tak ada. Jadi tak perlulah saya pulang lagi ke sana. Tak pun, sesapa yang berkuasa luar biasa, tolong angkat UTHM tu dan letak kat Yan. Boleh??? ^_^

Eh, lupa pulak mencaritain hal Praktikal saya. Hurm. Kesimpulannya. Menarik. Satu pengalaman yang best!!! Berhadapan dengan budak-budak remaja yang pelbagai kerenah, perangai, kepandaian. Semua tu best untuk di layan. Ya lah, saya pun masih muda remaja seperti mereka. Jadi macam sangat sangat boleh memahami lah. Tentang malasnya, datang lambatnya, mengkopi and pastenya, ponteng memontengnya. Semua-semua tu saya pernah buat, so, bila engkau dapat student yang macam tuh, jangan di tanya la kenapa. Itu lah hukum karma namanya. Hahaha.

Tapi level akedemik student kat sini sangat berbeda. Bila mengajar, tak boleh nak buat macam lecturer saya buat zaman-zaman belajar degree dulu. Mungkin boleh dikatakan, yang paling bijak disini, kalau di lempar ke universiti mungkin akan jadi golongan yang agak lemah di universiti nanti. Entah la kenapa sampai macam tu. Kualiti mereka macam dah kurang berbanding dulu. Mungkin syarat kemasukkan terlalu lalu lah rendah kot sekarang. Hanya kredit BM, dah boleh ambil Diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, even engkau dari background perdagangan ke hapa ke. Tak ada basic addmath, fizik, tetap boleh ambik. Hurmm. See, macam mana nak boleh keluarkan graduan yang bagus bagus. Boleh tu boleh la, tapi depends on student, kalau mereka belajar lebih sikit, insyaAllah boleh. Tapi yang datang pun, semua nak kena lecturer suap-suap kan, susah la macam tu kan.

Okeh. Tentang 3 kelas yang aku ajar semuanya ok saja. Dapat kelas pandai tu ok, laa, bagi macam-macam kerja boleh siap on time, dan kualiti kerja pun memuaskan hati. Tapi bila dapat kelas belakang belakang sekali nie. Hurmmm. Kena guna psykologi banyak sikit. Walaupun psykologi dapat B-, kena belagak-belagak jugak macam sangat hebat bermain psykologi. Haha.

Even mereka kelas yang paling lemah aku dapat, tapi aku rasa, aku paling close dengan student kelas tu berbanding kelas yang pandai-pandai lain. Mungkin la kot. Ya la, aku sangat sangat melayankan saja semua yang mereka buat. Lagi satu, kelas lain seminggu sekali je masuk, tapi kelas yang nie, seminggu 2 kali, ditambah pulak jumlah student dia hanya 20 orang je, so aku lebih senang nak dekat dengan semua student kelas tu. Nama pun aku berjaya ingat semua. Serius macam kagum gila sebab aku bukan jenis manusia yang mudah hafal. Tapi kelas tu semua nama student aku boleh ingat. Kelas lain? hihihi. 3, 4 orang je kot aku ingat. ^_^ Then, i don't why, masuk saja kelas tu, mesti mood aku akan A+++. Cemerlang terbilang dan gemilang. Even, mula-mula masuk mood sangat lah macam ayam berak kapur, tapi lepas lima nam menet, terus aku boleh terseyum riang. Owh, kuasa apakah ini tuhan. Tapi mengingatkan balik semua kenangan dengan mereka itu, sangat membuatkan aku boleh gelak sorang sorang. Hahaha. Memang gila sungguh.

Entah la kenapa, aku bukan jenis yang suka marah dan garang. Kalau aku garang pun, itu adalah fake semata-mata. Engkau tak tahu, dalah hati nie nak gelak kahkahkah bagai hantu saja, tapi tetap kena tahan dan perlu belakon konon-konon garang. Nanti student naik tanduk.

Jangan di suruh menjadi marah/garang secara serius, nanti mood mengajar aku akan hilang, terus ayat "Okeh, kelas tamat" kompem akan keluar. Dan aku tak rasa, menjadi garang akan membuatkan pelajar yang lemah dan nakal jadi takut dan terus mahu belajar. Belajar dalam keadaan ketakutan bukan cara pembelajran yang terbaik, for me la. Lain orang lain pendapatnya. Mengikut rentak mereka is better. Tahu bagaimana untuk dekat dengan mereka, dari situ, mereka dah tak segan dengan kita, dan akan bertanya apa-apa pun yang kurang difahaminya. Tapi dalam masa yang sama kena tegas. Sangat perlu!! Kalau tak dipijaknya kepala kamu.

Betul lah tentang satu pepatah tu, mendidik nie ibarat bermain layang layang. Ada masa kita tarik talinya..ada masa kita kena lepas. Jangan kita lepas terus, nanti layang-layang itu akan terbang tanpa arah dan tak boleh juga kita tarik sentiasa, bimbang putus pula talinya...

Satu lagi, kena dan perlu menjadi pendidik yang tahu mengajar!!!! Saya tak tahu saya jenis yang pandai mengajar atau pun tak. Tapi dari semua comment yang saya dapat dari student, rata-ratanya mengatakan ok la. Entah lah, mungkin mengambil hati supaya markah dapat lebih kot. Hehe. Tapi, serius nak cakap, mengajar bukan satu benda yang mudah. Even dapat topik yang senang tahap kacang Cap Tangan, tapi kalau engkau dapat student yang agak jauh ketinggalan, kat situ lah kemahiran mengajar tu sangat sangat diperlukan. Preparation is sesuatu benda yang sangat mesti kena buat!! Kalau tak, student akan tegur, cik, salah laaa, cik hari tu cik ajar macam lain. Itu tandanya engkau tak prepare betul betul. Hahaha. Ya, kelas last saya memang lingkup sebab mood untuk mengajar sangat zero. Asyik teringat nak habis praktikal saja. Masuk kelas pun dengan berkeadaan tak ada mood, belagak macam bersedia dalam semua hal. Padahal, hanya mengharapkan ilmu-ilmu di zaman degree 2 tahun yang lalu saja. Langsung tidak study apa.

Okehlah, dah panjang membebel, di sini ingin aku kongsikan beberapa komen yang terpilih, yang bila baca macam nak tegelak pun ada. Tapi beberapa saja la, nak bubuh semua macam over la pulak kan. Tata.




Photobucket
KEIBUAN??? Serius 3 malam aku tak tidur lena memikirkan komen ini. Hahaha. Dimanakan ciri-ciri keibuan yang aku pertonjolkan. Comel la kamu niee.. haha. Eh, satu lagi. Sopan santun??Yang nie pun buat aku mencari-cari, dimanakan santun santun itu wahai pelajar. Haishh.





Photobucket

Hey, engkau ada ke muah muah macam gini dari student? dengan semua word yang didouble kan pulak tu. Memang SIRIUS la sayang dia nie. Haha.




Photobucket
"Garang tapi cute"??? Alalalalalala.. Nie rasa nak pergi balik Poli, masuk kelas nie dan tanya sapa yang tulis komen ini. Akan dipaksa suruh mengaku jugak. Hahaha. Tapi kelas nie agak tak boleh blah. Waktu kelas yang last tu, aku punya la explain bagai nak mampus, kemudian bila di tanya balik, apa yang aku terang, boleh salah sorang tu jawab " Macam AWAK cakap tadi laaa" what??? AWAK??? Terus aku buat macam tak dengar apa budak tu kata. Malas dah layan. Lalu teringat pulak time aku degree dulu, my best friend sorang nie tersasul sebut awak dan bukan Encik dengan sorang lecturer nie sewaktu nak tanya apa tah. Dah la 1st kelas. Mungkin terlalu gumbira kot dapat lecturer yang sangat muda, kacak dan hensem. Tu yang boleh ter-berAWAK-AWAK pulak dengan lecturer.





Photobucket
Assalamualaikum. Saya suruh tulis komen je kan. Apasal ada Alamat rumah, no phone, K/P, email segala bagai nie. No account taknak letak pulak. Kalau tak boleh bank in duit raya. Hadoiii.





Photobucket
"Segak dan bergaya". Ohh My Goshh!!!! Kenapa tidak disertakan nama sekali nie. Kalau tak senang saya nak bagi markah lebih untuk lab report. Haishhh.






Photobucket
"Paling baik dan baik hati di POLI nie" Hebatnya saya. Haha. i know, penulis ini memang berayat manis semuanya. Tapi jangan tepedaya!!! Owh, another person yang menulis saya SOPAN!! Haha. Sumpah macam nak print dan framekan. Lepas tu gantung kat bilik. Can??




Photobucket
i don't know, adakah beliau ini menjawab soalan yang saya ajukan "Sila senaraikan komen-komen tentang pengajaran saya". Nampaknya beliau nie, penagih tegar Facebook. Tak boleh dengar word comment. Terus yang nie saja yang terbayang. Hadoiyaiii. Comel sungguh student saya niee.




Sepanjang 3 bulan di Poli nie, rasanya gambar nie je kot yang di ambil. Hurm. Bukankan saya merupakan pengidap sawan camera dan pantang melihat camera pasti akan pose yang bukan-bukan. Sekarang? Hurmmm. Macam sungguh tidak memberansangkan. By the way, beliau di atas teman yang sangat close dengan saya sewaktu kat sana. Even mengaji satu u dan satu kelas, tapi kat sini lebih kenal mengenali. Dan dan dan dan jugak!! Saya akan jadi pengapit dia kawen pada raya ke 5 nanti !!!!! ^_^










3 comments:

Shahrul Azwan Shakrani said...

Wah, Tahniah Cik Muna....Dah jadi Cikgu Yang Berciri-ciri Keibuan.....

S.U.R.I.A. said...

so sweet yer cik muna..
suma dpt respon +VE right??
best!!!
keep it up!!!!

mOOn said...

Shahrul Azwan Shakrani : hahaha.. tu la pasal, sungguh terharu.. patot la terasa macam ada anak lapan..

S.U.R.I.A : ada je y -ve ka chu.. tp saye x msukkan.. hihi.. bubuh yang lucu jee..