❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 8, 2011

Garang la sangat.



Lagi beberapa menet azan magrib akan berkumandang. Alhamdulillah, kalau masih di panjangkan nyawa oleh Allah SWT dapatlah saya menghabiskan puasa untuk hari ini, hari yang ke 8.

Cepat sungguh masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik, dah 8 hari kita puasa. Hari berpuasa semakin bertambah, ibadah kita? macam mana? Hurmm. Saya? Macam semakin turun sahaja graf nya. Hadoi.

Kemudian, pejam celik pejam celik, tinggal lagi 2 minggu 3 hari saja lagi untuk Latihan Mengajar saya. Sungguh suka lah. Tak sabar menanti hari-hari terahir. Kemalasan pun dah mula bertahta di hati. Malas gila nak prepare itu ini sebelum kelas mula. Masuk kelas hanya terangkan apa yang slide tulis. Dan kalau lagi malas, bagi kertas majung kat student, buatkan group untuk mereka, bagi sub topic sekali dengan note sikit yang dah di print, haaa!! ambik, lagi 15 menet, saya nak wakil kumpulan datang depan dan present. Lagi mudah kerja aku. Cuma perbetulkan apa yang mereka salah present dan tambah sikit-sikit info. ^_^

Minggu nie pulak mereka ada test, lagi la best best best. Waktu buat kuiz minggu lepas, masuk dengan muka garang tak boleh belah supaya student menjadi takut terketar ketar. Ya la, selalunya aku sangat lah bersahaja dengan mereka, melayan saja jawapan mereka. Sampai sepatah aku cakap lima patah mereka balas. Bila garang, takdanya nak menjawab sangat budak budak tuh.

Lepas tu baca peraturan yang di rangka sendiri dan amat ketat macam sedang ambik final exam, padahal, hari tuh, kuiz je pun. kehkeh. Tukar tempat duduk mereka supaya tak duduk dekat dengan kawan baik yang boleh di sembang sembang dan tiru. Waktu kuiz sedang berjalan round round kelas sambil muka macam singa lapaq. Tapi bila sampai kat belakang, student tak nampak, aku hentam gelak kahkah. Kalau mereka nampak mesti ingat Pensyarah mereka nie gila. Tapi memang aku tak boleh nak garang la, macam sangat lawak.

Macam sangat straight je aku nie kan, kahkahkah. Padahal, dulu, waktu bergelar student, aku la paling kepala sekali. Kalau tak ada toyol tak sah. Memang wajib meniru kawan sebelah lah.

Okeh okeh KL dah azan. Jap lagi Jitra pulak. tata.




No comments: