❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 18, 2011

Ganjaran membaca Al-Quran.


“Sebaik-baik kalian adalah orang yang be-lajar Al Quran dan yang mengajarkannya “ (HR Bukhari)

“Orang yang membaca Al Quran dan dia pandai membacanya maka (nanti di akhirat akan dikumpulkan) bersama para malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca Al Quran dan dia terbata-bata karenanya serta kesusahan maka baginya dua pahala “(Muttafaq alaih)

“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari)

“Siapa senang dirinya mencintai Allah dan Rasul-Nya maka hendaklah dia membaca Mushhaf ini (Al Quran)“ (HR Bukhari)

“Dikatakan kepada orang yang suka membaca Al Quran : “Bacalah dan mendaki-lah, bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membaca dengan tartil di dunia, karena sesungguhnya kedudukanmu ada pada akhir ayat yang engkau baca“ (HR Bukhari)

“Inginkah salah seorang diantara kalian yang kembali ke keluarganya membawa tiga ekor onta yang sedang hamil dan gemuk-gemuk?, kami berkata : Ya, maka beliau bersabda : tiga ayat yang kalian baca dalam shalat kalian itu lebih baik dari tiga ekor onta hamil yang gemuk” (Muslim)





Ustazah dalam Ehwal Islam tadi cakap, mungkin kita dah lancar membaca Al-Quran, mungkin juga kita dah berjaya khatam Al-Quran tiga empat kali, sebabnya setiap hari kita akan baca baca dan terus membaca Al-Quran. Apa kata, sekarang nie, kita cuba belajar hukum serta tajwid membaca Al-Quran pulak, lepas tu kita fahami pulak maksud ayat ayat dalam Al-Quran itu.

Hurmm. Bila di fikir fikir kan balik betul jugak. Setiap hari kita baca baca dan terus baca Al-Quran sampai ke tua. Dan setiap hari juga kita membuat perkara yang sama. Kan, lebih bagus kalau perkara yang sama yang kita sentiasa ulang buat itu, kita benar-benar faham, sekurang-kurangnya, bila setiap ayat yang di baca itu di fahami, ada jugak memberi kesan untuk kita. Jadi apa kata, waktu membaca Al-Quran tadi tu di ganti dengan membaca terjemahan dia pulak. Boleh?

Kemudian, setiap hari jugak kita baca baca dan baca Al-Quran sampai kita jadi lancar. Tapi lancar kita tu tak bermakna semua hukum tajwidnya betul kan. Mungkin kita boleh gantikan waktu membaca itu dengan mempelajari hukum tajwid pulak. Bila baca dalam keadaan sempurna, mesti akan lagi di sukai Tuhan. Tak begitu.

Okeh. Tata.










No comments: