❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 5, 2011

Fresh dari Rahim. ^_^


Tanggal 30 Julai 2011, berbuah lah lagi seorang anak buah-buahan saya di tanah jajahan Melaka. Maka, dengan itu, bertambahlah bilangan kanak-kanak riang yang akan memporak peranda kan rumah di hari raya nanti. Tapi tak pa, i loike. Jadi, akan ada 8 mangsa buli bila tiba raya kali ini. Kahkah. Tambah-tambah hat baby baby nie. Syoqnya bules picit-picitttt.. lenyet lenyettt.. Haishh.. Cepat la pulang berhari raya anak-anak ku sekalian...

Okeh. Sabaq sabaq. Masanya akan tiba jugak nanti. Haha.

Disebabkan sangat teruja dengan anak buah yang baru lahir nie, maka mari sini dekat-dekat, saya nak buat sesi tayang menayang sikit. Kehkeh. Kecewi nyaa dia nieee. Makteh sapa la niee.






Photobucket

Gambar nie di ambil secara curi-curi sewaktu di labor room. Nie memang fresh dari rahim. Baru keluar jer. Ce teka berat dia berapa?? Haa!! Meh sini nak bagi tau. 3.8 kg!!! Sangat bulat seperti bola. Berisi sungguh anak saya sorang nie. Tapi menjadi kebiasaan dan sama dengan anak-anak yang lain, time baru keluar baby baby nie memang semuanya sihat-sihat. Tapi bila dah besar, kecik je badan. Semuanya nak selim melim macam Makteh dia. Haishhh. Jangan tiru boleh tak? Pelis laaaa.





Photobucket

Disebabkan macam ada sedikit kompilasi sewaktu di lahirkan, bahu tersangkut ke apa tah. Lebih kurang macam tu kes dia. So, Madihah terpaksa di letakkan di bawah jagaan Nurse kat situ. Tak duduk sebelah ibu dia, hanya mak dan ayah saja yang di benarkan masuk dalam bilik tuh, orang lain tak boleh. Kemudia, tak di benarkan balik awal sekali dengan ibu dia.






Photobucket

Alahai, macam kasihan pulak aku tengok gambar kat atas nie. Tapi semua tu kejap je, sehari dua lepas ibu dia balik, Madihah pun boleh pulang ke rumah dia. Doktor cuma nak kepastian sama ada bahu dia boleh bergerak ke tak. Tapi semuanya ok, sihat dan selamat.






Photobucket

Serius macam pelik dan geli geli je nak panggil Madihah ke baby nie. Haha. Macam Altaf Zikri dulu la, waktu dia baby baby, baru keluar, aku tak panggil pun dengan nama dia 'Altaf". Serius macam geli geli dengan nama baru tuh. Bukan nama tuh yang membuatkan aku jadi geli. Nama tuh aku yang bagi, mesti la paling memuaskan hati. Tapi, macam sesuatu menda baru, yang tak ada nama, yang baru kita dapat, kemudian kita letak nama, mesti kita akan rasa janggal nak panggil dengan nama yang kita letak tu kan. Kan? Betul tak? Ke aku sorang je yang rasa bukan-bukan macam nie. Haha. What everlah.

So, Altaf dulu aku akan panggil baby je. Like "Alaaa baby bucuk bucukkk" sambil cuba memicit apa-apa di tubuh badan dia yang tumbuh dengan gebu semacam jerr. ^_^






Photobucket

Baby nie sangat lah cuba di Photostap kan dengan muka babak dia A.K.A abang aku. Ce tengok muka bapak dia kat bawah nie. Sama kan. Bulat. Pipi yang agak melondeh. Eh, tapi dulu, Aus A.K.A abang si Madihah nie, lagi la telondeh melondeh pipi dia. Dengan air liur penuh pipi, kalau tengok rasa nak tampoo tampoooo je pipi tuh. Geram jadinya sebab gebu geban sangat.





Photobucket

Nie gambar 2 bulan yang lalu kot. Kat pantai di Melaka. Time nie Madihah pun masih berkuak lentang lamdalam rahim ibu dia. Belum melihat dunia lagi. ^_^





Photobucket
Amirah, Aus, Syimah, Husna, Izzat


Photobucket

Hasbi, Izzat, Syimah, Husna dan Altaf






Rindunya ke semua kanak-kanak riang di atas.









PdanS : Eh, lupa pulak nak cakap nama penuh baby nie "Saidatul Madihah". Ibu dia cadangkan lah, tapi tak register lagi. Tak comfirm lagi la maknanya. Tapi kami-kami kat sini suruh letak Saidatul Amina or Saidatul Madina. Kalau tak letak lagi bagus. Boleh i cup untuk nama anak-anak perempuan i suatu masa nanti. Tapi saidatul saidatul tu takmo la. Nak nama yang satu perkataan saja macam mummy dia. Kehkeh. Hoi !!! Sila pi cari daddy kepada anak perempuan kamu dulu ya, lepas tu baru bules berangan nak bubuh nama apa.


4 comments:

Cik Tqah said...

comel n boolat..rasa nak geget2 je

mOOn said...

jom2!! jom geget besama2.. geram jugak nie.. haha

Rossnie said...

alala..tomeinya..ada new-born baby la bulan ni dlm famili cik moon :)

mOOn said...

iya... bulan nie saja ada 2 sepupu baru dan sorang anak buah baru.. bulan 11 tmbah sorang lg anak buah.. ^_^