❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 23, 2011

Bermalas malasan.


Malas 1

Hari nie, macam semangat rajin tu berkobar-kobar dari pagi tadi. Jadi, dalam hati sudah di pasang angan angan nak buat kerja jugak malam nie. Di bawak baliknya lab report yang betimbun timbun atas meja untuk di tanda. Waktu nak tunggu bebuka, pun masih menunjukkan rajin lagi, sambil melayan Kasih Alia, tangan laju menanda lab report student. Tapi baru je tengok sehelai dua.. jadi errrrr... owh student... apa yang kamu merapu meraban dengan lab report nieeee... mana yang saya suruh buat tuh? tak masukkan keeee???? kalau per 10 mungkin aku boleh bagi 3 ja. Macam agak tekanan je bila marking paper nie. Kalaulah boleh tanda ikut ketebalan jee, kan bagus.

Okeh la. Malam nie memang aku berlagha-lagha sahaja. Balik teraweh terus tepacak depan tivi untuk tunggu Ramadhan Terahir. Lepas tengok cerita tu, macam mengantuk gila terbabas. Tapi masih ada hati nak update blog. Bagus. Eh, mana kelibat lab report student student kamu tuh? Dah hilang kee? Nampak gayanya ada orang tu kena datang balik ke Polimas after raya. kahkahkah. Kita hantar semua markah lab report after raya lah. Saya perlu menanda dengan hati yang tenang. Tak nak tanda dengan hati yang tergesa gesa. Nanti kompem akan dapat 1/10 je markah student aku. Kesian pulak kat derang walaupun derang tak penah nak kesian ke diri sendiri. Haisshhhhh. Bagus kan lecturer macam nie.





Malas 2

Sekarang sudah masuk ke sepuluh malam terahir ramadhan, setelah bercuti posa selama seminggu, tadi aku dah mula ke masjid untuk terawih semula. Macam biasa, bila pergi sorang sorang akan kurang disiplin sikit, sampai pun di kala orang dah rakaan ke2, hadoiii. Kalau p dengan mak ayah mesti bagus. Azan lima nam minet lagi tapi saya dah tepacak kat mesjid dah.

Waktu sampai macam agak terkejut. Saft semua penuh, macam hari nie adalah tarawih pertama. Tempat yang saya duduk ngam ngam dengan bucu tiang. Mungkin tu ruang terahir yang kosong kot. Kalau ada jemaah lain nak masuk, mesti kena rapat kan saft yang lain, baru boleh ada ruang baru. Hurmmmm. Ramai !!! Mungkin sebab 10 malam terahir. Ramai yang berlumba-lumba mencari lailatul qadar itu.

Kemudian pulak, macam biasa, saya kan belia muda yang bertenaga warga tua. Tak mampu nak buat sampai 20 rakaat. 8 je termampu. hihi. Waktu dah cukup lapan tuh, saya pun nak keluar balik, yang peliknya semua orang masih meneruskan sembahyang. Mungkin dalam lima nam orang saja kot yang buat 8 jer. Yang lain mungkin sampai 20 rakaat. Kenapa saya cakap pelik, ye la sebelum sebelum nie boleh dikatakan separuh jemaah (100 orang maybe)akan beredar bila dah cukup lapan. Tapi hari nie, bila dah masuk 10 malam terahir, semua orang berusaha untuk buat sampai 20 rakaat. Mungkin mereka sibuk mengumpul ganjaran yang tuhan tawarkan. Bagusnya mereka. Ada kesedaran. Saya nie??? hurmmm. Masih bermalas malasan lagi. Hadoi. Wake up. Ramadhan dah sampai ke penghujungnyaaaa...




No comments: