❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 15, 2011

Al-Fatihah dan terjemahannya.


Salah satu cara untuk mendapat kekusyukkan dalam sembahyang adalah memahami setiap bacaan yang di baca itu sendiri. Mungkin dulu kita ingat semua maksud dalam surah Al-Fatihah, tapi sekarang? Kalau suruh terjemahkan balik ke Melayu, boleh?

Okeh, saya pun dah lupa sebenarnya.^_^ Jadi, jom kita baca dan ingat sama-sama. Semoga solat kita akan jadi lebih khusyuk lepas nie.




[1]Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2]Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3]Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.






No comments: