❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 26, 2011

Happy ending. ^_^

[Cadangnya mahu menulis 2-3 ayat sahaja. Tapi terkarang sampai banyak nie. Hihi. Sila baca ikut selera kamu la yer]




Putus Asa

Setiap kali diri nak rajin, mesti akan ada dugaan yang datang menimpa. Lepas tu, dengan mudah, terus berputus asa. Ya, itulah mike malam nie.

Baru saja mahu membereskan hal hal "rezeki dari tuhan itu" terus ink printer habis la pullok. Maka mencari lah saya ink yang dibeli hari tu. Di cari cari cari cari satu rumah, pun tetap tak jumpa. Alah, biasa la, cari cari ayam, mana nak jumpa sangat. Tunggu esok pagi la, bila hari dah cerah jumpa la dia. Mungkin. Kenapa kena tunggu cerah? Macam la rumah pakai pelita minyak tanah. Alasan sungguh kan.

Sekarang dah berputus asa. Jadi, menulis sekejap disini. Habis menulis kita mentidur ya bedah. Mesti!!! Sebab esok akan bangun awal untuk mencari ink printer yang hilang itu.




Rezeki dari tuhan?

Ya, Alhamdulillah, permohonan saya untuk MyBrain sudah di luluskan 24 Ogos hari tu. Syukur sangat sangat.

MyBrain? Mendalah apakah itu? MyBrain macam scholar la jugak sikit sikit. Dia under KPT. Sesapa yang ambil Master dan PHD boleh mintak. Dia akan bantu dari segi Yuran dan kos rasa hidup. Tapi dia jugak depends kepada Mode yang kita ambik, kalau Master/PHD kita dalam research dia bantu banyak sikit, kalau buat course work macam yang saya amek sekarang nie, dia tolong support untuk yuran saja. Ok la tuh. Atleast ringan sikit beban untuk sem depan. Nie tak, PTPTN yang dapat ciput dan sangat sikit dari amount yang dapat time degree dulu, yang tu la nak bayar yuran, yang tu la nak bayar rumah sewa, bayar makan minum, bill berokband, topup, balik kampung, hal hal memboros aku, dan macam-macam lagi. Selalunya sempat bertahan sampai tengah sem saja. Lepas tu, tunggu duit Pama masuk teptiap minggu.

Yang tak bestnya, kenapa mesti time saya di sem last baru buat benda-benda nie. Kenapa tak dari mula saya masuk lagi. Kan bagus.



Latihan Mengajar.

Hep, latihan mengajar saya sudah di bereskan kamis yang lalu. Hati sangat lah suka tidak terperi. Macam nak lompat bintang pat puluh tujuh kali pun ada. Tapi apa kejadahnya. Baik dilepaskan semua rasa gumbira itu dengan mentidur saja. Yess!! Yes!!! Saya sudah bules berbangkit bangkit dari tidur secara lambat lambat. Hidup sebagai student pun akan bermula lepas raya nie. Arhhh. Sungguh tidak disukai. Sungguh tak ada hati langsung untuk ke Batu Pahat. Boleh tak sapa-sapa tolong pergi bom kan Batu Pahat di sana nuh, biar hancur berkecai, hilang dan terus tak ada. Jadi tak perlulah saya pulang lagi ke sana. Tak pun, sesapa yang berkuasa luar biasa, tolong angkat UTHM tu dan letak kat Yan. Boleh??? ^_^

Eh, lupa pulak mencaritain hal Praktikal saya. Hurm. Kesimpulannya. Menarik. Satu pengalaman yang best!!! Berhadapan dengan budak-budak remaja yang pelbagai kerenah, perangai, kepandaian. Semua tu best untuk di layan. Ya lah, saya pun masih muda remaja seperti mereka. Jadi macam sangat sangat boleh memahami lah. Tentang malasnya, datang lambatnya, mengkopi and pastenya, ponteng memontengnya. Semua-semua tu saya pernah buat, so, bila engkau dapat student yang macam tuh, jangan di tanya la kenapa. Itu lah hukum karma namanya. Hahaha.

Tapi level akedemik student kat sini sangat berbeda. Bila mengajar, tak boleh nak buat macam lecturer saya buat zaman-zaman belajar degree dulu. Mungkin boleh dikatakan, yang paling bijak disini, kalau di lempar ke universiti mungkin akan jadi golongan yang agak lemah di universiti nanti. Entah la kenapa sampai macam tu. Kualiti mereka macam dah kurang berbanding dulu. Mungkin syarat kemasukkan terlalu lalu lah rendah kot sekarang. Hanya kredit BM, dah boleh ambil Diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, even engkau dari background perdagangan ke hapa ke. Tak ada basic addmath, fizik, tetap boleh ambik. Hurmm. See, macam mana nak boleh keluarkan graduan yang bagus bagus. Boleh tu boleh la, tapi depends on student, kalau mereka belajar lebih sikit, insyaAllah boleh. Tapi yang datang pun, semua nak kena lecturer suap-suap kan, susah la macam tu kan.

Okeh. Tentang 3 kelas yang aku ajar semuanya ok saja. Dapat kelas pandai tu ok, laa, bagi macam-macam kerja boleh siap on time, dan kualiti kerja pun memuaskan hati. Tapi bila dapat kelas belakang belakang sekali nie. Hurmmm. Kena guna psykologi banyak sikit. Walaupun psykologi dapat B-, kena belagak-belagak jugak macam sangat hebat bermain psykologi. Haha.

Even mereka kelas yang paling lemah aku dapat, tapi aku rasa, aku paling close dengan student kelas tu berbanding kelas yang pandai-pandai lain. Mungkin la kot. Ya la, aku sangat sangat melayankan saja semua yang mereka buat. Lagi satu, kelas lain seminggu sekali je masuk, tapi kelas yang nie, seminggu 2 kali, ditambah pulak jumlah student dia hanya 20 orang je, so aku lebih senang nak dekat dengan semua student kelas tu. Nama pun aku berjaya ingat semua. Serius macam kagum gila sebab aku bukan jenis manusia yang mudah hafal. Tapi kelas tu semua nama student aku boleh ingat. Kelas lain? hihihi. 3, 4 orang je kot aku ingat. ^_^ Then, i don't why, masuk saja kelas tu, mesti mood aku akan A+++. Cemerlang terbilang dan gemilang. Even, mula-mula masuk mood sangat lah macam ayam berak kapur, tapi lepas lima nam menet, terus aku boleh terseyum riang. Owh, kuasa apakah ini tuhan. Tapi mengingatkan balik semua kenangan dengan mereka itu, sangat membuatkan aku boleh gelak sorang sorang. Hahaha. Memang gila sungguh.

Entah la kenapa, aku bukan jenis yang suka marah dan garang. Kalau aku garang pun, itu adalah fake semata-mata. Engkau tak tahu, dalah hati nie nak gelak kahkahkah bagai hantu saja, tapi tetap kena tahan dan perlu belakon konon-konon garang. Nanti student naik tanduk.

Jangan di suruh menjadi marah/garang secara serius, nanti mood mengajar aku akan hilang, terus ayat "Okeh, kelas tamat" kompem akan keluar. Dan aku tak rasa, menjadi garang akan membuatkan pelajar yang lemah dan nakal jadi takut dan terus mahu belajar. Belajar dalam keadaan ketakutan bukan cara pembelajran yang terbaik, for me la. Lain orang lain pendapatnya. Mengikut rentak mereka is better. Tahu bagaimana untuk dekat dengan mereka, dari situ, mereka dah tak segan dengan kita, dan akan bertanya apa-apa pun yang kurang difahaminya. Tapi dalam masa yang sama kena tegas. Sangat perlu!! Kalau tak dipijaknya kepala kamu.

Betul lah tentang satu pepatah tu, mendidik nie ibarat bermain layang layang. Ada masa kita tarik talinya..ada masa kita kena lepas. Jangan kita lepas terus, nanti layang-layang itu akan terbang tanpa arah dan tak boleh juga kita tarik sentiasa, bimbang putus pula talinya...

Satu lagi, kena dan perlu menjadi pendidik yang tahu mengajar!!!! Saya tak tahu saya jenis yang pandai mengajar atau pun tak. Tapi dari semua comment yang saya dapat dari student, rata-ratanya mengatakan ok la. Entah lah, mungkin mengambil hati supaya markah dapat lebih kot. Hehe. Tapi, serius nak cakap, mengajar bukan satu benda yang mudah. Even dapat topik yang senang tahap kacang Cap Tangan, tapi kalau engkau dapat student yang agak jauh ketinggalan, kat situ lah kemahiran mengajar tu sangat sangat diperlukan. Preparation is sesuatu benda yang sangat mesti kena buat!! Kalau tak, student akan tegur, cik, salah laaa, cik hari tu cik ajar macam lain. Itu tandanya engkau tak prepare betul betul. Hahaha. Ya, kelas last saya memang lingkup sebab mood untuk mengajar sangat zero. Asyik teringat nak habis praktikal saja. Masuk kelas pun dengan berkeadaan tak ada mood, belagak macam bersedia dalam semua hal. Padahal, hanya mengharapkan ilmu-ilmu di zaman degree 2 tahun yang lalu saja. Langsung tidak study apa.

Okehlah, dah panjang membebel, di sini ingin aku kongsikan beberapa komen yang terpilih, yang bila baca macam nak tegelak pun ada. Tapi beberapa saja la, nak bubuh semua macam over la pulak kan. Tata.




Photobucket
KEIBUAN??? Serius 3 malam aku tak tidur lena memikirkan komen ini. Hahaha. Dimanakan ciri-ciri keibuan yang aku pertonjolkan. Comel la kamu niee.. haha. Eh, satu lagi. Sopan santun??Yang nie pun buat aku mencari-cari, dimanakan santun santun itu wahai pelajar. Haishh.





Photobucket

Hey, engkau ada ke muah muah macam gini dari student? dengan semua word yang didouble kan pulak tu. Memang SIRIUS la sayang dia nie. Haha.




Photobucket
"Garang tapi cute"??? Alalalalalala.. Nie rasa nak pergi balik Poli, masuk kelas nie dan tanya sapa yang tulis komen ini. Akan dipaksa suruh mengaku jugak. Hahaha. Tapi kelas nie agak tak boleh blah. Waktu kelas yang last tu, aku punya la explain bagai nak mampus, kemudian bila di tanya balik, apa yang aku terang, boleh salah sorang tu jawab " Macam AWAK cakap tadi laaa" what??? AWAK??? Terus aku buat macam tak dengar apa budak tu kata. Malas dah layan. Lalu teringat pulak time aku degree dulu, my best friend sorang nie tersasul sebut awak dan bukan Encik dengan sorang lecturer nie sewaktu nak tanya apa tah. Dah la 1st kelas. Mungkin terlalu gumbira kot dapat lecturer yang sangat muda, kacak dan hensem. Tu yang boleh ter-berAWAK-AWAK pulak dengan lecturer.





Photobucket
Assalamualaikum. Saya suruh tulis komen je kan. Apasal ada Alamat rumah, no phone, K/P, email segala bagai nie. No account taknak letak pulak. Kalau tak boleh bank in duit raya. Hadoiii.





Photobucket
"Segak dan bergaya". Ohh My Goshh!!!! Kenapa tidak disertakan nama sekali nie. Kalau tak senang saya nak bagi markah lebih untuk lab report. Haishhh.






Photobucket
"Paling baik dan baik hati di POLI nie" Hebatnya saya. Haha. i know, penulis ini memang berayat manis semuanya. Tapi jangan tepedaya!!! Owh, another person yang menulis saya SOPAN!! Haha. Sumpah macam nak print dan framekan. Lepas tu gantung kat bilik. Can??




Photobucket
i don't know, adakah beliau ini menjawab soalan yang saya ajukan "Sila senaraikan komen-komen tentang pengajaran saya". Nampaknya beliau nie, penagih tegar Facebook. Tak boleh dengar word comment. Terus yang nie saja yang terbayang. Hadoiyaiii. Comel sungguh student saya niee.




Sepanjang 3 bulan di Poli nie, rasanya gambar nie je kot yang di ambil. Hurm. Bukankan saya merupakan pengidap sawan camera dan pantang melihat camera pasti akan pose yang bukan-bukan. Sekarang? Hurmmm. Macam sungguh tidak memberansangkan. By the way, beliau di atas teman yang sangat close dengan saya sewaktu kat sana. Even mengaji satu u dan satu kelas, tapi kat sini lebih kenal mengenali. Dan dan dan dan jugak!! Saya akan jadi pengapit dia kawen pada raya ke 5 nanti !!!!! ^_^










Wednesday, August 24, 2011

Lagu sebelum tidur.

[sila masukkan intonasi mengikut suka hati mak bapak engkau ye]




Mengantuk tahap gaban.

Owh gaban gaban.

Gaban dan mengantuk.

Tuk tuk.

Owh ban ban.

Ban dan tuk.

Ban tuk bannnnnn tukkkkkkk...



Sekian. Terima kasih. Tata.








PdanS : Mengantuk tahap gila-gila punya gaban dah nie. Hari bermalas lagi. Yessss!!!

Tuesday, August 23, 2011

Bermalas malasan.


Malas 1

Hari nie, macam semangat rajin tu berkobar-kobar dari pagi tadi. Jadi, dalam hati sudah di pasang angan angan nak buat kerja jugak malam nie. Di bawak baliknya lab report yang betimbun timbun atas meja untuk di tanda. Waktu nak tunggu bebuka, pun masih menunjukkan rajin lagi, sambil melayan Kasih Alia, tangan laju menanda lab report student. Tapi baru je tengok sehelai dua.. jadi errrrr... owh student... apa yang kamu merapu meraban dengan lab report nieeee... mana yang saya suruh buat tuh? tak masukkan keeee???? kalau per 10 mungkin aku boleh bagi 3 ja. Macam agak tekanan je bila marking paper nie. Kalaulah boleh tanda ikut ketebalan jee, kan bagus.

Okeh la. Malam nie memang aku berlagha-lagha sahaja. Balik teraweh terus tepacak depan tivi untuk tunggu Ramadhan Terahir. Lepas tengok cerita tu, macam mengantuk gila terbabas. Tapi masih ada hati nak update blog. Bagus. Eh, mana kelibat lab report student student kamu tuh? Dah hilang kee? Nampak gayanya ada orang tu kena datang balik ke Polimas after raya. kahkahkah. Kita hantar semua markah lab report after raya lah. Saya perlu menanda dengan hati yang tenang. Tak nak tanda dengan hati yang tergesa gesa. Nanti kompem akan dapat 1/10 je markah student aku. Kesian pulak kat derang walaupun derang tak penah nak kesian ke diri sendiri. Haisshhhhh. Bagus kan lecturer macam nie.





Malas 2

Sekarang sudah masuk ke sepuluh malam terahir ramadhan, setelah bercuti posa selama seminggu, tadi aku dah mula ke masjid untuk terawih semula. Macam biasa, bila pergi sorang sorang akan kurang disiplin sikit, sampai pun di kala orang dah rakaan ke2, hadoiii. Kalau p dengan mak ayah mesti bagus. Azan lima nam minet lagi tapi saya dah tepacak kat mesjid dah.

Waktu sampai macam agak terkejut. Saft semua penuh, macam hari nie adalah tarawih pertama. Tempat yang saya duduk ngam ngam dengan bucu tiang. Mungkin tu ruang terahir yang kosong kot. Kalau ada jemaah lain nak masuk, mesti kena rapat kan saft yang lain, baru boleh ada ruang baru. Hurmmmm. Ramai !!! Mungkin sebab 10 malam terahir. Ramai yang berlumba-lumba mencari lailatul qadar itu.

Kemudian pulak, macam biasa, saya kan belia muda yang bertenaga warga tua. Tak mampu nak buat sampai 20 rakaat. 8 je termampu. hihi. Waktu dah cukup lapan tuh, saya pun nak keluar balik, yang peliknya semua orang masih meneruskan sembahyang. Mungkin dalam lima nam orang saja kot yang buat 8 jer. Yang lain mungkin sampai 20 rakaat. Kenapa saya cakap pelik, ye la sebelum sebelum nie boleh dikatakan separuh jemaah (100 orang maybe)akan beredar bila dah cukup lapan. Tapi hari nie, bila dah masuk 10 malam terahir, semua orang berusaha untuk buat sampai 20 rakaat. Mungkin mereka sibuk mengumpul ganjaran yang tuhan tawarkan. Bagusnya mereka. Ada kesedaran. Saya nie??? hurmmm. Masih bermalas malasan lagi. Hadoi. Wake up. Ramadhan dah sampai ke penghujungnyaaaa...




Monday, August 22, 2011

Hari hari terahir. Errrrr.



Latihan Mengajar tinggal 3 hari saja lagi.

Jadi saya tersangatlah sibuk nak menyiapkan itu ini.

Semua benda perlu di submit before saya memblahkan diri.

Attendance, Markah Kuiz, Markah Assignmnet, Markah Lab Report, RPP dan segala bagai lagi bentuk kerja.

Dah la segala bentuk Lab Report yang bertimbun itu belum di Marking.

Jadi, begemana mahu mengKey-In nya. Markah pun tak ujud lagi.

Kemudian bila pulak untuk mengserahkannya semua data data itu kepada pensyarah sebenar. Hadoi.

Ada jugak yang kena datang sini balik after raya nie.

Takmooooo

Tolongin aku pakkkkkkk.

Untuk Report Akhir aku, Alhamdulillah, dah boleh di katakan settle kot. Tinggal nak ambik sign Ketua Jabatan saja.

Tapi nak meMarking paper tuh. Errrrr. Saya rela di suruh makan kuih raya lagi.



Tak nak kemas apa dah. Biar lah. Nanti tunggu hari Kamis, kita kemas sekali arung, angkut semua yang perlu di bawak balik. Yuhuuuuuu.



Kalaulah boleh bagi markah mengikut ketebalan assignment. Kan bagussss.



Golongan pendidik yang sangat men-desperate-kan seorang buruh kasar supaya boleh goyang kaki sikit sambil mengupadate blog.



Thursday, August 18, 2011

Ganjaran membaca Al-Quran.


“Sebaik-baik kalian adalah orang yang be-lajar Al Quran dan yang mengajarkannya “ (HR Bukhari)

“Orang yang membaca Al Quran dan dia pandai membacanya maka (nanti di akhirat akan dikumpulkan) bersama para malaikat yang mulia, sedangkan orang yang membaca Al Quran dan dia terbata-bata karenanya serta kesusahan maka baginya dua pahala “(Muttafaq alaih)

“Siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan akan dilipatkan gandakan sepuluh, saya tidak mengatakan (آلـم) satu huruf, akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf“ (HR Bukhari)

“Siapa senang dirinya mencintai Allah dan Rasul-Nya maka hendaklah dia membaca Mushhaf ini (Al Quran)“ (HR Bukhari)

“Dikatakan kepada orang yang suka membaca Al Quran : “Bacalah dan mendaki-lah, bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membaca dengan tartil di dunia, karena sesungguhnya kedudukanmu ada pada akhir ayat yang engkau baca“ (HR Bukhari)

“Inginkah salah seorang diantara kalian yang kembali ke keluarganya membawa tiga ekor onta yang sedang hamil dan gemuk-gemuk?, kami berkata : Ya, maka beliau bersabda : tiga ayat yang kalian baca dalam shalat kalian itu lebih baik dari tiga ekor onta hamil yang gemuk” (Muslim)





Ustazah dalam Ehwal Islam tadi cakap, mungkin kita dah lancar membaca Al-Quran, mungkin juga kita dah berjaya khatam Al-Quran tiga empat kali, sebabnya setiap hari kita akan baca baca dan terus membaca Al-Quran. Apa kata, sekarang nie, kita cuba belajar hukum serta tajwid membaca Al-Quran pulak, lepas tu kita fahami pulak maksud ayat ayat dalam Al-Quran itu.

Hurmm. Bila di fikir fikir kan balik betul jugak. Setiap hari kita baca baca dan terus baca Al-Quran sampai ke tua. Dan setiap hari juga kita membuat perkara yang sama. Kan, lebih bagus kalau perkara yang sama yang kita sentiasa ulang buat itu, kita benar-benar faham, sekurang-kurangnya, bila setiap ayat yang di baca itu di fahami, ada jugak memberi kesan untuk kita. Jadi apa kata, waktu membaca Al-Quran tadi tu di ganti dengan membaca terjemahan dia pulak. Boleh?

Kemudian, setiap hari jugak kita baca baca dan baca Al-Quran sampai kita jadi lancar. Tapi lancar kita tu tak bermakna semua hukum tajwidnya betul kan. Mungkin kita boleh gantikan waktu membaca itu dengan mempelajari hukum tajwid pulak. Bila baca dalam keadaan sempurna, mesti akan lagi di sukai Tuhan. Tak begitu.

Okeh. Tata.










Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan Terakhir?


Anda pasti ini bukan Ramadhan anda yang terakhir? Hurmm. Entah la, Tuhan saja yang Maha Mengetahui. Doa kita, kalau ini adalah Ramadhan yang terahir buat kita, biarlah penghujungnya itu akan disudahi dengan elok sekali. Amin.

Okeh. Bukan nak cakap hal itu actually. Iklan saja. Hihi. Mari ke isi penting.

Hep, anda tengok tak cerita Ramadhan Terahir? Saya tengok!!!! Suka-suka. Menarik cerita nie. Pelakon dia pon best. Tambah-tambah Puan Mazni AKA adik Fauziah Ahmad Daud tuh. Bila tengok rasa nak lempang je lelaju. Annoying sungguh. Kejap macam dah insaf, kejap-kejap lagi macam hantu. Terjerit sana sini, marah maid, marah suami. Dah la tak puasa, makan sesuka hati, makan depan orang puasa, suruh maid yang puasa masak untuk breakfast laa. Haishh. Memang sangat sangat menjadi lah jahat dia tuh. Dan sebab lakonan dia yang menarik tu jugaklah saya terus melekat kat depan kaca tv. Biarpun mata dah tahap kena gam gajah tak boleh nak celik, ya la, dah jam 10.30 malam, mengantuk la wey, tapi sanggup tunggu jugak tuh. Huhu.

Tapi yang tak bestnya 30 menet je cerita nie di tayangkan??? penat den tunggu. Sanggup postpone tidur pulak tuh. Lepas tu cerita 3 menet, iklan 7, 8 menet. Haishh. Ada jugak stesyen tivi yang nak kena bakooo nie.








Satu lagi, Saya jugak suka dengan cerita Kias Ramadhan. Kata-kata Zainal Ariffin tu semuanya sangat penuh dengan message yang berguna, tapi perlu di fikir-fikir dan di renung-renungkan.

Dan episod semalam, yang ada perempuan mengumpat dalam Teksi tuh. Hurmm. Memang mengena batang hidung sendiri lah. Sangat teringat pada diri saya. Kadang-kadang, dalam tidak sedar, dan dalam sedar sekali pun, saya masih buat benda yang salah tuh. Dah tahu akan dosanya, tapi bila dah sedap mengumpat nie, tak boleh nak kata apa dah. Iman saja yang dapat menghalang. Tapi iman ku? Hurmmm.



Tuesday, August 16, 2011

Shutttttt... Diam!!!!



Hadis-hadis Rasullulah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:



"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". ( Riwayat ABU NAIM )

"Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". ( Riwayat BUKHARI & MUSLIM )

"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". ( Riwayat AT-TARMIZI )




Madah Dari Hukama:


Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak cakap.


Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang..


Kalau orang menghina kita, bukan kita terhina, yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.





Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Adakah diam itu juga di angggap sombong? Saya seperti sedikit diam di arena Facebook. Tidak menegur kenalan yang rapat, jarang membalas komen mereka, jarang bertegur sapa, jarang menyapa atau mencelah di mana-mana. Errrr. Tak mengapakan. Perasaan malas yang teramat sangat, tapi masih menyayangi mereka sama seperti selalu . Bila masa berlalu, kadang-kadang, semua dah tak boleh nak sama macam dulu. Kita kena terima yang itu.

Diam? Saya pendiam? Saya diam bila mengantuk, buat kerja dan mood telah hilang tidak dapat di kesan. Selain pada waktu itu, sila layan percakapan saya. ^_^









PdanS : Dalam-dalam sibuk tak cukup masa, kaki tangan, sempat lagi engkau berbelog ya. Syoh syoh pergi siapkan kerja, kejap lagi kita layan Ramadhan Terahir ya. i loikeeee!! ^_^


Monday, August 15, 2011

Kuih raya, ABC, Pasemboq, mana yang dah kurus? Haha


Hai. Selamat berpuasa bagi yang masih tidak di beri cuti oleh tuhan. Kehkeh. Sungguh indah hari ini. Ya, di indahkan dengan kerja yang banyak. Semakin nak tamat LI bukan semakin nak relax, tapi semakin banyak benda yang perlu di bereskan. Errrrr. Sakit otak kalau nak di fikirkan semua hal hal itu. Tak pa lah. Kita rest kejap dengan menaip sesuatu yang menghiburkan hati.

Hep, kuih raya i yang di order dengan rakan sepejabat telah di terima baru sekejap tadi. Jugak, ada lagi ya, haha, kuih itu juga selamat di simpan ke dalam perut gue. Kehkeh. Mentang mentang port tempat engkau duduk nie adalah sangat baek punya. 2 orang saja dalam satu bilik. So, pandai engkau pergunakannya bukan. Bagus-bagus, cuti yang di beri tuhan guna sebaik mungkin. Operasi harus di jalankan dibawah meja ya. Sambil tu, selalu-selalu buat pemantauan pada pintu bilik. Takut ada yang menterjah dengan tiba-tiba. Hoho.

Lagi, untuk pengetahuan saudara dan saudari sekalian, saya sudah 3 hari tidak menjamah nasik. Hebat bukan menjadi saya. Hahaha. Serius. Dah 3 hari juada berbuka saya adalah pasemboq. Saya pun tatau kenapa perlu mengsukainya terlalu-lalu. Hari nie pun mau pergi beli lagi. Jadi akan cuba untuk tidak mengambil nasik sampai hari kamis nie.

Kenapa mesti Kamis nie? Ya la, terpaksa la ambik jugak sebab kamis adalah hari untuk pulang ke Surga ku, pasti Puan Emak akan menyediakan makanan yang paling lazat di dunia. Dan saya, mesti TERPAKSA, ya, TERPAKSA makan jugak. Walaupun tak ada sapa-sapa yang paksa. Haha.

Puan emak mesti akan jeling-jeling manja sambil gelak-gelak setiap kali saya cuba meminta nasik untuk di tambah lagi. Saya pulak dengan automatic akan terasa dan terus merajuk tak mo tambah dah. Hahaha. Paham bebenau Puan Emak dengan anak dara dia sorang nie. Balik saja ke rumah, pasti ada bunyi bunyi bising pada Puan emak, dah gumuk la, nanti baju raya tak muat la, nak diet la konon, tapi bila bebuka, makan nasik tambah tak hingat hingat kan? ^_^

Menurut penimbang yang telah mengukur peratus lemak saya pada minggu lalu. Beliau mengatakan yang lemak saya telah pecah dan terbakar sebanyak 2 kilo!!!! Saya tetap akan percaya pada informasi yang beliau sampaikan. Biarpun kadang-kadang 2 kilo tu kita boleh lable kan sebagai gurauan senda dia saja di kala posa-posa nie, ataupun mungkin dia termelatah ke, Ya penimbang pun pandai melatah. Tapi kalau naik 5 kilo itu bukan lagi melatah ya, itu menyanyi dangdut namanya. Sila golek lebih sikit.

Okeh lah. Cukup sampai di sini saja. Saya pun dah letih berada di dalam Pejabat. Mari ke kedai celcom untuk membayar berukband. Mari ke post office bagi mengepos kad raya, even sampul tak ujud lagi. Semoga ada kedai yang jual sampul kad raya. Malas gila nak buat. Kemudian mari ke supermarket untuk membeli radio. Tiba-tiba kan. Haha. Tapi memang saya nak cari radio. Lepas tu mari ke kedai mamak dekat roundabout tuh untuk sebungkus pasemboq. Mesti jeling tajam ja mamak tu aku dok order pasemboq di kala zohor pun tak masuk lagi. Kehkeh. Tata.







PdanS : Suka tajuk entry nie. Macam kreatif gila. Pandai saya menggabungkan semua isi entry menjadi satu ayat penyata. Ayat penyata ka lagu tuh? Tapi memang sumpah kreatif gila kot. Hahaha.


Al-Fatihah dan terjemahannya.


Salah satu cara untuk mendapat kekusyukkan dalam sembahyang adalah memahami setiap bacaan yang di baca itu sendiri. Mungkin dulu kita ingat semua maksud dalam surah Al-Fatihah, tapi sekarang? Kalau suruh terjemahkan balik ke Melayu, boleh?

Okeh, saya pun dah lupa sebenarnya.^_^ Jadi, jom kita baca dan ingat sama-sama. Semoga solat kita akan jadi lebih khusyuk lepas nie.




[1]Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[2]Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

[3]Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[4]Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5]Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6]Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7]Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.






Nak pergi haji FREE??


Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :-

“Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu : -

1.Sebelum khatam Al Qur’an
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhirat,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah…. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?”
Rasul tersenyum dan bersabda :

“Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an.Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami Semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu. Dan, perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah






PdanS : Patutla perut sakit menyucuk-nyucuk sangat, rupanya ABC [Allah Bagi Cuti] hurm. Suka, tapi tak suka jugak, banyak benda yang akan di tinggalkan. Mengaji saya, teraweh saya. Lepas dah mula tinggal nie, nanti, bila nak start balik, mesti jadi malas. Haishhh. Munaaaa munaaaa..

Saturday, August 13, 2011

Teman, TOLONG BACA!!!



Haip. I baru habis kelas lab. Nasib baek hari niepunya lab partner sorang lagi yang banyak explain kat class. I tambah sikit sikit jah. Ringan kerja. Alhamdulillah... Minggu depan? Minggu depan lagi alhamdulillah, sudah last dan lepas tu latihan mengajar akan tamat. Yeayyyyy!!!!

Okeh. Saya baru sahaja melihat sesutu yang buat saya sangat sangat sedih tentang insan-insan di sekeliling saya. Kenapa jadi macam nie. Cepatnya berubah. Hurmmm. Jadi saya nak mengulas sikit tentang sesuatu perkara boleh? Okeh. Mari.

Kita cakap kita sayang mak dan ayah kita, hati kita pulak cakap "Cinta" pada mereka. Kalau mereka tak cukup duit nak makan kita bantu. Malaupun jumlahnya sikit kita bagi jugak. Walaupun kita sendiri pun makannya berkais-kais. Kita cuba untuk hulurkan jugak. Sebab? Kita tak nak lihat mak dan ayah hidup dalam keadaan susah bukan?

Lagi. Kalau kita tengok mak ayah kita sakit sikit jeee, terasa nya dah sampai kat kita kan. Ayah baru batuk saja, kita dah gelisah macam dapat sakit cancer. Bimbang kita terlalu lalu. Kenapa? Sebab kita sayangkan mak ayah kita. Kita tak nak tengok mereka sakit.

Kemudian, bila kita lihat ada yang cuba mengatakan sesuatu yang buruk-buruk pada mak ayah kita, kita sedaya upaya akan cuba halang. Tepis. Kita sanggup bertegang mulut dengan kaum itu, kita sanggup di bawa ke mahkamah untuk membela mak ayah kita dan kadang-kadang ada yang pendek akalnya sangguh membawa parang pisau untuk selesaikan segala masalah yang melibatkan mak ayah mereka. Macam-macam daya usaha yang kita buat untuk menjada mereka. Begitu kasih kita pada mereka.

Tapi. Kita pernah tak terfikir, segala perbuatan buruk kita akan memberi kesan kepada hidup mereka sekali.

Kita cakap kita sayang sangat mak ayah kita, tapi kenapa kita sanggup membiarkan mak dan ayah kita menanggung segala dosa-dosa kita? Dosa-dosa yang mungkin kerana aurat kita yang tidak di jaga, pergaulan kita yang tidak ada batasnya, solat kita yang tidak di laksanakannya dan banyak lagi segala suruhan tuhan yang cuba di remeh temehkan oleh kita..

Kita cakap kita kasih pada mereka dengan tidak ada penghujungnya. Tapi kita sanggup pula melihat mak ayah kita di siksa begitu dasyat dengan api neraka yang panas, dengan patukan ular yang bisanya sampai berats tahun.. Kita sanggup lihat? Mana kasih sayang yang kita kata kan tadi?????

Semua ini kerana dosa-dosa kita. Dalam kelalaian, kita membuat dosa, bila ada yang menegur kita cakap "Biarlaaa, dosa aku, bukan engkau pun yang nak kena tanggung". Ya, betul, tapi kita lupa, dosa-dosa kita itu juga akan di tanggung oleh mak ayah yang kita cakap, kita "Sayanggggggg" sangat sangat tuh. Yang kita kata, kita cintaaaaaa dalam dalam tuh. Jadi, sekarang, mana bukti kasih sayang kita tu?

Kemana kesedaran kita? Sensitiviti kita? Fikir-fikir kan, renung renung kan dan ambil tindakkan yang sepatutnya!!!!!

Saya bukanlah seorang yang perfect. Kata-kata di atas pun semuanya untuk diri saya, peringatan untuk saya jugak. Saya bukanlah insan yang suci dari segala dosa. Dalam-dalam saya mengingatkan tentang dosa-dosa orang, masih banyak dosa yang saya lakukan dalam setiap hari saya. Dosa mengumpat saya, dosa berpakaian saya, dosa mata saya dan banyak lagi. Saya manusia biasa yang tak boleh lari dari kelalaian. Pasti akan membuat dosa juga. Tapi, saya akan cuba kurangkan. Biarlah orang nak mengata, budget solehah ke, nak memunjuk ke? Tak kisah. Yang penting tuhan tahu niat saya. Saya tahu apa yang saya perbuatkan.

Kamu tahu. Sharing is loving. Bila kita berkongsi ilmu yang kita ada insyaAllah ilmu itu akan sentiasa lekat di dada. Kita pun dapat pahala bukan. Sebab tu kadang-kadang apa saja yang saya terjumpa dari hasil jalan-jalan saya di laman web hamba Allah yang lain, yang saya rasa terkesan untuk diri saya, saya akan kongsikan dengan yang lain. Tapi, saya tahu, mungkin akan ada mulut-mulut insan yang tidak menggunakan anggota badan mereka itu ke jalan yang betul akan memperkatakan sesuatu tentang tidak tanduk saya. Biasalah, manusia akan sentiasa mengkritik kita, tidak ada satu perkara pun yang dapat memuaskan hati semua orang. Berbuat baik pun masih akan di kata, Kalau berbuat jahat tu, lagi lagi lah di kutuknya sampai ke mati. Jadi, biarlah, nanti, bila dah letih mengata, diamlah mulut tuh. Pekakkan saja.



Friday, August 12, 2011

Sami Yusof - Asma Allah


Tengok Dari Masjid ke Masjid? Tengok? Bagus!!! Saya tak. huhu. Tapi kalau iklan dia tengok laaaa? Hihihi. Tapi perasan tak, iklan dia ada satu lagu yang sangat mendayu dayu, menyentuh hati, membuatkan hati menjadi tenang, membuatkan hati tertarik nak dengar lagi. Ada tak effect macam tu kalau tengok iklan dia? Hurmmmm..

Okeh. Saya cukup suka lagu dalam iklan dia tuh. Lagu nie bertajuk Asma Allah. Lagu nie sebenarnya lagu Asma Ul Husna. Lagu nama-nama Allah. Selalu kita dengar satu version saja kan. Tapi kali nie Sami Yusuf penyanyi dia dah ubah ke satu rentak yang lebih sedap di dengar. Saya pun taktau nak ulas dengan lebih lanjut macam komposer yang hebat. Tapi nie lagu untuk bulan nie. Asal nak bukak lagu saja, lagu nie yang menjadi pilihan hati.

Sekian. Selamat menekan butang Play kat bawah nie. Tata. ^_^








Pray



I don't know how to say and how to start.

I'm not sure if it's the right time.

or the time has come?

Tapi sangat bermohon kepada Allah supaya keputusan yang saya buat itu TEPAT.

Amin. Amin. Amin. Amin.

Wednesday, August 10, 2011

Cakap cakap RAMADHAN.


1/3 Ramadhan sudah pun berlalu. Jadi? Bagaimana dengan diri kita? Hati kita? Ibadah kita? Mengumpat kita masih seperti biasa? Kemudian sedekah kita di takat mana? Al-Quran yang kita baca? Dah sampai page berapa? Terawih kita? Lompongnya dah banyak mana?

Ada perubahan tak pada semua-semua itu? Ataupun sama saja seperti bulan bulan yang lain? Sama-sama lah kita renungkan. Jika semuanya masih kurang, marilah kita berusaha mengejarnya. Hanya 2/3 saja lagi yang masih berbaki.




Rasulullah SAW bersabda: Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur. (H.R Ahmad)

Alhamdulillah, untuk puasa kali nie, saya belum terMiss lagi bersahur. Masih di kejutkan olehNya. Mungkin itulah perubahan yang tuhan beri untuk Ramadhan kali nie. Sebelum nie, bersahur saya boleh di bilang dengan jari saja sepanjang 30 hari berpuasa. Suruhan nie selalu di pandang sebelah mata saja. Bila dah terjuma hadis ini, semangat untuk bersahur jadi lagi meningkat. Okeh. Dah tak nak tinggal macam dulu-dulu lagi.






Sabda Rasulullah SAW.; ‘Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.’ (H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

Doa kita tergolong dalam golongan doa yang mustajab!!! Bukan senang nak cari peluang macam nie. Jadi, bila dah di beri keistimewaan begini, marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa kat Tuhan. Mohanlah sesungguh hati, InsyaAllah, akan di perkenankan olehNya.

Yang belum dapat kerja, mungkin boleh dipohon supaya di murahkan rezekinya. Yang masih belum bertemu jodohnya, mungkin boleh berdoa supaya tuhan bukakan pintu-pintu jodoh itu dan di pertemukan dengan rusuk kanannya ataupun Imamnya. Yang sedang mengalami kesukaran dalam tugas hariannya, mungkin boleh di pohon agar di permudahkan segala urusannya. Yang masih tersasar jauh dari Tuhan, mungkin boleh di pohan agar di beri petunjuk dan di tetapkan iman dalam hatinya.


p/s : Banyak yang nak dipohonkan. Salah satu: semoga dapat jodoh yang baik baik, yang dapat bimbing saya. Jom jom!! ^_^





Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: ‘Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: ‘Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia(orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.’ (H.R Muslim)

700 kali ganda!!! Banyak tu. Bayangkan selalunya di bulan yang lain, kalau kita baca hanya satu ganjaran saja yang dapat. Tapi bila bulan ramadhan, 700 kali ganda!!! Macam kita baca Al-quran 700 kali !!! Mampukah kita nak baca 700 kali Al-Quran dalam satu hari?? Sangatlah tidak kan. Nak baca sepotong ayat dalam sehari pun susah, inikan pulak 700 kali.

Tapi di bulan ramadhan nie, tuhan nak bagi extravaganza pahala kat kita, bila kita baca sekali, pahalanya dapat macam kita dah baca 700 kali. Hebat bukan ganjaran nie. Jadi, jom jom. Lepas baca blog nie, kita pakat-pakat turn off komputer, jom kita turn on Al-Quran pulak. ^_^




Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri R.A, aku mendengar Nabi SAW bersabda: Maksudnya: ‘Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.’ (HR Bukhari)

Subhanallah.







Banya lagi hadis berkaitan Ramadhan SINI. Selamat membaca. ^_^