❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 9, 2011

Dan bila esok.


Saya macam ketandusan pergerakkan. Errrr. Apakah itu? Ketandusan pergerakkan like, ada kerja banyak, tapi tak start satu apa pun. tercongak depan laptop dari jam 9 malam lagi. Tapi satu habuk pun tak jalan. Last last FB tahek kucing itu jugak yang menjadi pilihan untuk di tatapkan. Adakah Deactive FB akan mengambil tempat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja yang betimbun itu. Hurmm??

Esok, sesi pembelajaran Jun 2011 di POLIMAS akan bermula. Ini bermakna, aktiviti kuliah menguliah akan mula berjalan. Maka, bermulahah lakaran-lakaran pengalaman yang akan di cipta oleh saya selaku pendidik yang berpraktikal di sana. Banyak yang perlu di preparekan. Slide, Rancangan mengajar, Kuiz dan diri sendiri jugak. Haruslah di sumbat dengan pelbagai ilmu yang berilmiah. Tak dak la esok masuk kelas dok cerita yang bukan-bukan like resepi Tart Nenas, saya amek tempatahan kuih raya, Kuih Tart nenas saya sangat sedap and bla bla bla. Jangan coba ya!! haha. Tapi aku pasti mesti akan banyak menyimpang dari ajaran yang sebenar sebab kalau menulis nie pun mesti kana tersasul dari jalan cerita. Ini kan pulak bercakap. Memang sesedap mulut lah.

Dari segi ilmu, memang sangat tak penuh di dada sebab saya tak suka membaca. Serius la. Macam mana nak buat nie. Tapi kalau di lihat kembali zaman aku study dulu kala, lecture lelaki memang suka melalut panjang-panjang. Lecture perempuan akan straight to the point. Tak ada kisah-kisah sejarah cinta dia ka, business dia ka, anak dah besar ka. Nehi.

Semoga, student saya baik baik belaka. Mendengar cakap. Tak melawan. Sesetengah orang cakap mengajar budak besar nie senang sikit. Tak banyak kerenah. Ye ke? Saya rasa tak lah. Sama saja. Kedua-dua ada cabaran yang tersendiri dan ada pro and contranya. Terserah kepada kita untuk menghandlekannya. Kalau kita bijak tackle hati mereka, pandai bermain psikologi dengan mereka, semua akan jadi mudah. Tapi, hebatkah aku dalam semua hal tuh? Haha.

Semoga esok dan hari-hari mendatang di permudahkan segalanya. Amin....

2 comments:

CikHaniBhulat said...

wah..dah jadik pensyarah..ce cite cikit step2 cmner nak jadik pensyarah..hani pon kalo boley nak jadik pensyarah jgk soon =)

mOOn said...

Dear, klo nk jd lecture poly or kolej kmuniti boleh mintak melalui SPP, isi borang kat JobsMalaysia jawatan pegawai pendidikan pengajian tinggi. klo nk jd lecture U kne smbung Master n PHD laa.. ^_^