❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, July 31, 2011

Hal mentidur saya. ^_^


Hari nie saya bercuti. Hari ini juga adalah hari pertama berposa. Jadi, bangun juga agak di lewat kan sedikit sebab kalau bangun pun bukan boleh makan. Kalau bangun lambat, boleh mempercepatkan sikit masa nak berbuka sebab masa dah terburn dengan tidur saja. Huhu. Inilah pemikiran orang yang kurang imannya like saya. Haha.

Baru bangun pukul 9 mak dah bising macam dah pukul 1 petang je. Haish. Ya, ibu dan ayah saya sangat lah tidak suka anak-anaknya tidur kembali lepas Subuh. Kalau tidur pun, jam 7 sengah harus bangun kembali. Dan kalau terlambat sikit, boleh la dengar ceramah ugama yang mungkin akan terselit dalam mimpi indah kamu, kemudian, dengan keinsafan yang ada akan terbangun sendirinya. Family saya memang sangat bertegas dengan hal bangun bangun nie. Sebab tu saya kalau kat rumah sangat lah menjadi anak yang solehah. Tiada lagi bangun-bangun lewat. Tapi kat rumah tak kesah sangat kalau bangun awal, banyak kerja yang boleh di buat untuk hilangkan mengantuk pagi itu, basuh kain, kemas rumah, cuci pinggan, basuh kereta, kemas bilik, sapu daun kat luar rumah dan macam-macam lagi. Lepas tu ayah memang mendidik kami semua bila pagi harus bangun dan mencari kerja. Ya mencari apa yang perlu di buat even rumah dah cuci, kain dah basuh. Banyak lagi sebenarnya kerja yang ada.

Tapi saya hanya aplikasikan didikan itu cuma di rumah je lah. Bila hidup bersendirian di Parit Raja sana nuh, Tinggggggggg!! Terus berubah, ya la, bila hidup alone alone nie, kerja sangat kurang, tak kan pagi-pagi aku nak bangun p sapu sampah bawah rumah kedai aku tu kot?? haish.. Lepas tu kalau nak basuh pinggan, baju apa semua, 10 menet dah boleh siap. Ya la ada 2 bijik cawan je dalam sink dan sehelai baju je yang ada dalam baldi. Seorang je pakai, memang la banyak tuh. Lain la kat rumah, pinggan dalam sink besepah-sepah, baju berbesen besen sebab penghuni rumah sampai tujuh orang.

Ingat lagi jadual hidup waktu study di UMP suatu masa dulu. Malam berjaga sampai ke Subuh. Bila dah Subuh baru sibuk nak tidur. Hentam tidur sampai ke Zohor. Lepas tu akan bangun sekejap untuk beri laluan kepada solat Zohor, dah siap solat akan di sambung kembali tidur yang indah itu sammmmmmpai la ke Asar. Bangun solat asar dan terus sibuk siap-siap untuk keluar cari makanan. Orang berpuasa penat menahan lapar, saya? penat tidur, rasa lapar tu dah tak ujud sebab aset pengsan je sepanjang waktu berpuasa tuh. Haha. Itu la jadual puasa saya di hujung minggu atau di hari-hari yang tiada kelas.

Tapi malam-malam di UPM sangat lah hidup, kalau pergi kafe jam 2, 3 pagi, boleh di lihat orang bersepah sana sini tengah lepak-lepak, yang dah bersahur pun ada. Tak rasa pun dah pagi pagi buta, rasa macam malam yang baru nak bermula. Kalau kat floor pulak, masih boleh dengar orang bising-bisin berjalan sana sini. Ramai yang belum tidur.

Okeh lah, nie lagi salah satu tabiat buruk aku. Asal bangun tidur je mesti nak bukak internet. Tamo mandi dulu ke kak? Tamo pi kemas rumah dulu ke kak? Hadoiii.

Bye. Selamat tinggal.









Penuh dan padat.


Alhamdulillah, telah selamat menunaikan solat sunat yang menjadi nadi kepada bulan keberkatan ini.

Hari ini punya jemaah, wow wow dah wow!! Yang itu saja yang dapat di gambarkan. Ramai weh. Macam semayang raya pun ada. Penuh. Mak saya pulak, dari mula sesi bersalam salaman sampai lah berjalan ke pintu pagar, tah habis-habis di tegur dan menegur orang itu ini.

Jalan saja setapak dua, jap lagi ada lah skrip skrip jejak kasihannya bila bertemu kawan lama. Lepas dah jumpa dok cakap aku kenal makcik yang dia salam tadi, mak kepada kawan aku yang anak tokey kilang kicap tuh. Haaaa?? Kawan saya anak tokey kilang kicap? haha. Bermati-mati mak yakinkan aku "Alaaa.. mak kawan muna tu la, yang ada kilang kicap tuh, kicap kat depan hospital tuh".. haa???? Awat cek tak penah tau kawan cek anak tokey kicap? haha. Last-last, bila daya ingatan mak macam sedikit segar, baru mak tau, silap orang.. Adik aku sebenarnya yang berkawan dengan anak tokey cikap tuh. Hadoiyaiii..

Eh, termelalut pulak cerita hal kicap menkicap yang tak ada sangkut paut dengan tajuk entry ini.

Nothing to say sebenarnya, cuma nak melaporkan, ramai hamba Allah yang menunaikan solat terawih malam ini. Mungkin ramai yang pulang ke kampung di sebabkan banyak yang cuti hari nie, sebab tu la masjid pun penuh. Semoga akan penuh sampai ke malam terakhir. Selalu awal-awal je penuh, tunggu la minggu depan, mesti dah kurang. Asal 5 saft tinggal 2 saja nanti. Saya la salah seorang penyumbang kepada kekurangan saft itu ^_^

Okeh. Jangan lupa niat puasa esok dan jangan lupa bangun sahur. Cewaahhh. Nasihat orang pandai, diri sendiri? huhu. Bukan kah saya ada terdengar perbualan di antara Si Ibu dan Sang Anak sebentar tadi. Sang anak memesan supaya tidak di kejutkan subuh kerana malas nak bangun. Hohoho. Sungguh comel si anak itu... ^_^





Ahlan Wa Sahlan Ya RAMADHAN....


Assalamualaikum. Hai anda yang membaca blog ini secara tak sengaja atau pun sengaja membaca dan check hari-hari. Haha. Mari perasan ada stalker yang berminat nak baca blog bahasa sanskrit ini. Okeh. Hai hai hai !!!!

Alhamdulillah, lagi beberapa jam Ramadhan yang di tunggu akan muncul tiba. Gembira. Suka yang tak terkata kerana tuhan masih memberi saya meminjamkan nyawa yang kepunyaanNYA. Doa saya pada Ramadhan yang lalu di tunaikan. Dan semoga saya di beri kesempatan untuk merasainya hingga ke akhir Ramadhan.

Menjadi harapan saya, agar Ramadhan kali ini bertambah lagi kesedaran saya, sensitif saya terhadap tawaran tuhan yang sangat sangat sangat besar dah tak terhingga ini. Mungkin sebelum ini, keterujaan saya hanya di awal Ramadhan, membaca Al-Quran di setiap malam, menunaikan Terawih dengan berperasaan sayang untuk meninggalkannya, tapi bila tiba di penghujungnya, hurm, keterujaan untuk menyambut 1 Syawal lebih dari segalanya. Ya, itu yang selalu terjadi pada Ramadhan yang lalu. Dan Ramadhan kali ini saya mengharapkan kelainan yang membawa perubahan yang lebih baik dalam diri saya. Semoga perubahan itu juga akan kekal di istiqamahkan sampai bila-bila.

Moga Ramadhan kali ini dapat saya gunakan sebaiknya dan tidak membiarkan ianya berlalu dengan sia-sia saja.

Ingatlah, Ramadhan bukan bulan untuk pesta makanan beraneka, bukan bulan untuk sibuk menyediakan beraneka jenis kuih raya, bukan bulan untuk bershoping dengan riang ria, bukan juga bulan untuk menghiasi rumah dengan begitu cantiknya. Tetapi Ramadhan itu lebih dari segalanya, yang punya kesedaran itu akan lebih menghayati nya, yang punya iman itu akan segera merebutnya. Jadilah kita diantara manusia yang beruntung, yang tidak pernah melepaskan peluang untuk setiap tawaran yang Tuhan berikan.

Kesempatan yang ada ini juga ingin saya mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA buat semua pembaca blog ini. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kamu. InsyaAllah...






Thursday, July 28, 2011

Owh bakery,


Malam nie, dekat FB semua orang kalut nak jadi pengulas bola, haha. Sampaikan aku tak payah tengok lah kat tv tuh. Padahal memang tak ada hati pun nak tengok. Kehkeh. Baca status mereka yang di update setiap menet pun dah boleh tau berapa gol yang di sumbat, ada yang guna leser menleser, belakon laa, dan tiba-tiba Aaron Aziz yang kacak itu pun di kaitkan sama.. Hey?? Aaron Aziz main bola sama kah tadi? Hey hey, apasal tak cakap awal-awal, kalau tak, kompem aku dok mengadap sekali. haha.

Okeh. Cukup dengan intro bola menbola itu. Mari masuk ke perenggan yang seterusnya.

Malam ini saya di rumah ku surga ku. Sumpah best gila kot. Terus hilang sakit yang nak deman laa, kepala bepusing la, bila jalan nak jatuh laa.. haha. Semua tu dah tak ada. Ya saya akui, mungkin saya homesick kot. Tu yang kesihatan menjadi tak menentu. Baru seminggu tak balik rumah, dah mengada nak sakit itu ini kan. Dulu waktu duduk kat Parit sana nuh, Gambang ulu nuh, tak pulak jadi macam nie. Haishh.

Tadi ondaway balik, saya sempat memborong barang-barang untuk bersilat di dapur pada pagi esok. Misi utama bila bangun dari tidur esok adalah "APAM POLKADOT!!!!". Ya!! Mesti!! Saya dah mensauk 4 jenis color pilihan hati, blueberry filling, dan cawan kertas. Maka, esok kalau tak buat jugak, haruslah pergi ambik semua barang-barang ituh dan humban dalam parit ya. Haha.

Waktu memborong yang tak berboros sangat tadi tuh, saya rasa, saya macam suka gila pergi kedai-kedai bakery nie. Syoq gila kot. Semua benda yang aku pandang, semuanya aku nak beli. Lepas tu wajib akan ada angan angan mat jening di penghujungnya.

Bila tengok cawan kertas yang comel dan besar, ada corak cute muit pulak tuh, terus hati tetiba nak buat cup cake. Haa!! Pulak dah. Tadi datang kedai tu nak cari barang buat apam polkadot. Nie tub tub. Haishh. Kemudian, tengok bekas kotak yang isi cekelat tu pun aku rasa nak beli. Nanti boley belajar buat cekelat lazat. Bules isi dalam kotak tuh. Hihi. Padahal makan tak macam mana sangat pun cekelat tuh. Asiated je lebih. ^_^

Lepasnie, kalau nak pergi situ haruslah bawak duit berkepuk-kepuk. Boleh masuk sambil tangan sesuka hati nak sambar apa pun. Waktu masuk tadi tuh, rasa macam setiap benda yang di pandang, semuanya penting, mesti kena beli. Haha. Ya ya. Saya tau la saya tengak syoq masuk bakery. Sila bersabar wahai hati.

Perasaan yang sama macam nie akan terjadi jugak bila saya berkunjung ke stationary. Tambah-tambah Popular. Eh, bukan sebab syoq nak beli buku ke pensil ke. No laaa. Saya kalau masuk stationary mesti akan berejam punya. Belek kertas, belek rubber stamp yang comel, belek sticker yang tah apa-apa, belek gunting pelbagai mata, dan baaaaanyak lagi benda yang aku akan buat dan tak dapat nak senaraikan di sini. Lepas tu mula la nak berangan, nak buat kad itu ini. Bila dah beli, bawak balik rumah, simpan buat peksam yer semua kertas-kertas tu. Biar tersadai dalam kotak tu jer. Buatnye idok pung. Haishhhh.

Okeh lah. Actually saya lagi suka masuk bilik yang ada katey dan tilam empuk. Masuk tak keluar dah pun tak paa. ^_^ Nie dah masuk dah pun. Tinggai nak pejam mata saja. Tapi sempat lagi menitipkan sehelai dua kata untuk aktivi hari nie. Bagus sungguh kan. Ya la, kan tag line kita "Blog ku Diari ku" jadi kena la cerita apa yang berlaku setiap masa dan ketika. Biar lah cerita itu sekecil zarah sekali pun, harus di tulis. Lepas nie jangan tekejut kalau ada entry bertajuk "Semut ketit jari kelingking saya tadi. Sakit tauwww". Ya BLOG SAYA DIARI SAYA. Haha



Wednesday, July 27, 2011

Lalu dunia saya pun berputar.


Anda, kenapa ya sekarang nie, selalu sangat kepala ini seperti tidak sihat. Pantang di sumbat bahan berilmiah, berfikir secara kritikal, mesti akan menjadi tidak stabil secara tiba-tiba. Sekarang pun sedang menahan sakit lagi, sungguh terasa dunia ini sedang berpusing-pusing saja. Apa yang di ditelan seperti akan di muntahkan kembali. Ya Allah... Kenapa kah???

Saya stress?? Stress ke?? Hurmm.. Stress dengan apa? Kerja memang lah banyak. Tapi kerisauan terhadap kerja yang betimbun tapi belum di siapkan tak ada pun. Yang ada, bila, kerja yang bertimbun itu di kerjakan akan timbulah sakit-sakit yang di ceritakan tadi. Hurmmm..

Sebab tu saya nak balik rumah cepat-cepat. Saya nak masak apa yang saya suka. Saya nak buat kad raya. Saya nak berjalan-jalan melihat new born. Saya nak buat kuih raya. Nak buat bistkut tart nenas. Nak makan biskus tart nenas puas-puas. Baru boleh lega hati nie. Sakit yang tadi comfirm hilang. ^_^



Dekat dengan Mu.


Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya. Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira setiap titis air matamu. Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, ALLAH sentiasa menunggu taubatmu. Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tak berhasil, ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga. Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki. Hidup ini indah jika bersama ALLAH.



Monday, July 25, 2011

Di bawah pengaruh Paracetamol.


Saya tak tahu kenapa hari nie mesti badan sangat lemah. Kepala aset nak pening, 2,3 kali tadi hampir nak terjatuh. Badan terhoyong hayang ke kanan kiri tadi. Nasib baik tangan sempat berpauk pada meja dengan kerusi. Kalau tak kompem tegolek dalam kelas tadi. Hadoi.

Lepas lunch jam 2 sengah petang tadi, sempat balik rumah kejap. Hentam tidur dulu seround dua sebab kepala sangat pening. Pukul 4 baru bejaga kembali dan terus masuk office balik. Hadoi. What happen? Saya tak mengandung kan? kan??? [cehh. ada hati nak mengandung]

Sekarang pun sama. Niat hati mahu menelan saja itu ubat. Tapi mahu mandi dulu. Tapi badan tak larat. Tapi otak pun letih. Banyak sungguh tapi kan.

Ok lah. Saya tamatkan dulu cerita ini. Saya nak telan ubat dan kemudian mari kita pengsan sampai ke magrib. Mari mari !!


Sunday, July 24, 2011

Saya reti tidur saja. Yang lain tatau. Sekian.


Hari nie jadual hidup agak kucar kacir. Balik dari kerja saja terus terbongkang tidur sampai ke azan magrib. Tapi bangun sekejap je, tu pun sebab menghormati azan magrib dari surau sebelah rumah yang sangat kedengaran dengan begitu jelas. Macam jahil pulak kalau terus layan tidur lena aku nie. Bangun dalam keadaan duduk, sambil mata still tepejam. Bila dah habis azan, sambung tidur balik. hoho. Itulah jadual hidup seorang wanita yang mendapat ABC dari tuhan.

Lepas tu, bila dah ke jam 9 malam baru ada kesedaran nak bangun. Ye la dengan baju keja tak salin apa lagi. Memang sangat rosak akhlak la kalau nak hentam tidur sampai ke pagi esok. Terus diri di bawak ke bilik air. Mandi pung pang pung pang. Siap. Duk depan tivi sambil makan nasik goreng yang di tapau dari restoren tadi. Lunch di kala jam 3 sengah, lepas tu makan pulak hanya secotet, jadi lebihan nasik goreng tu di tapau la bawak balik. Sambil dok makan, layan Stanza Cinta, dan sambil tu jugak muluk tiga pat puluh kali tak henti-henti menguap.

Apa punya penyakit mengantuk la malam nie. Tadi kat office punya la excited menyusun jadual kerja yang bakal di usahakan malam nie. Bila sampai rumah habuk pun taraaaa.

Sekarang nie pun sedang menunggu nasik yang di telan tadi di proses dengan baik. Sekejap lagi nak sambung tidur sampai ke pagi besok. Walaupun baru 10 suku dan baru je bangun sejam yang lalu dan nak sambung tidur balik. Kepala dah sakit nie. Mata macam kena gam gajah, tak boleh nak bukak dah. Ok , tata. Gud nite.



Saturday, July 23, 2011

Sedih saya bukan kepalang.


Hari nie pagi saya sangat cantik dan indah. Bangun seawal pagi kerana telah berjanji temu dengan sahabat yang mahu mengsedekahkan rebung madu dari kedaiman beliau. Yeay! Jadi seawal 7 pagi mata sudah pandai begedil-begedil tidak mahu dipejamkan lagi, meminta untuk di celikkan dan mahu menikmati suasana pagi yang nyaman.

Okeh, dan di pagi itu jugak lah, saya dengan semangat yang berkobar-kobar telah mengajak Puan Bunda untuk membeli mesin mixer baru bagi menggantikan yang sudah monopaus itu. Kurang sedap jika bersilat di dapur tanpa alat-alat canggeh ini.

Walaupun jam belum ke pukul 10, tapi saya serta Puan Bunda sudah laju mempress minyak moto menuju ke kedai elektrik berhampiran rumah. Setelah di usha usha, dapatlah satu yang berkenan di hati.

Pulang saja ke rumah, terus ke dapur, berhempas pulas untuk sesuap Tart nenas idaman kalbu menggunakan mixer baru itu. Hihi. Dari jam 11 sampai lah ke Zohor saya sibuk meng-ayak, menggaul, melenyek, menguli, menekan, membakar dan ahir sekali tentulah menikmati biskut ayer tangan saya yang paling lazat di dunia itu. Haha.

Bila masa untuk lunch sudah tiba, semua orang sibuk menikmati makanan tengah hari. Tapi saya? Masih lagi berpulun-pulun menguli tepung untuk Tart Nenas saya. Biarlah laut yang di masak itu adalah siput sedut yang perhh, terangkat beb, Tak pa tak pa, saya rela melambatkan sedikit demi menyiapkan sesuatu yang dah beberapa hari di idamkan oleh perut saya.

Setelah bergagah-gagah selama lebih 2 jam, dapat lah 4 balang kuih tart nenas yang lebih gebu dari biasa. Betul. Kali nie lain sikit gebu dia. Lebih sedap dan mabeles wehh. Paling sedap lah yang saya pernah rasa!! Hahaha. Sendiri masak sendiri puji. Bules begitu? Ala-ala masuk bakul angkat sendiri la. Can? Hahaha.

Ya, kerana begitu seronok yang tak terperi dan letih yang tak terhingga, maka, saya mengambil keputusan untuk beradu sebentar. Ya la, dari awal-awal pagi tadi berhempas pulas, sudah tentu kudrat sudah habis kering. Perlu di recharge kembali. Nanti bila bangun dari tidur, kita sambung mengunyah lagi ya. ^_^

Kemudian mengtidur ayamlah saya sehingga ke jam 3 sengah petang. Bila bangun, sudah tentu tart nenas yang di cari. Lalu, di belek di atas meja. di selongkar dalam almari,


Makkkk!! Mana koi tart tadi..

Tu ataih meja dalam balang tuh..

Aikkk.. Tak kan tinggai banyak nie ja. Tadi banyak.. Ada orang ambik boknyorok ka?

Tak dak aih.. Tinggai banyak tu laa.. Mak makan sikit, kak hang makan sikit, syitah bawak pi asrama dia sikit..

Haaa???? Banyak nie ja??? Nehiiiiiiiii...





Photobucket




Terus sedih yang bukan kepalang. Rasa down dengan tiba-tiba. Mana lagi 3 balang itu??? Uwaaaaa. Sumpah lepas nie kalau buat lagi, kena simpan dalam balang dan terus sorok bawah katey. Mesti !!!







Friday, July 22, 2011

Bermaaf-maafan Tak Payah Tunggu Raya yer kawan-kawan. Mesti di setiap masa!!!



BERMAAF-MAAFAN adalah antara sifat terpuji yang perlu dilakukan sepanjang masa. Firman Allah bermaksud : “Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa”. (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud : “Nabi Musa telah bertanya kepada Allah, wahai Tuhanku!, manakah hamba-Mu yang lebih mulia menurut pandanganMu?”

Allah berfirman: “Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya) dapat segera memaafkan.”

Daripada hadis itu, Allah menjelaskan bahawa hamba yang mulia di sisi Allah adalah mereka yang berhati mulia, bersikap lembut, mempunyai toleransi tinggi dan bertolak ansur terhadap musuh.

Dia tidak bertindak membalas dendam atau sakit hati terhadap orang yang memusuhinya, walaupun telah ditawannya, melainkan memaafkannya kerana Allah semata-mata. Orang yang seperti inilah yang dikenali berhati emas, terpuji kedudukannya di sisi Allah. Memaafkan lawan di mana kita berada dalam kemenangan, kita berkuasa, tetapi tidak dapat bertindak sekehendak hati. Inilah sifat mulia dan terpuji.

Firman Allah lagi bermaksud : “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133-134)

Ayat itu membuktikan bahawa orang yang menahan kemarahannya, termasuk dalam golongan Muttaqin iaitu orang yang bertakwa kepada Allah. Tambahan pula Allah akan memberikan pengampunan kepada mereka, lalu menyediakan mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya ganjaran bagi manusia pemaaf.

Kemaafan dalam Islam

Memaafkan kesalahan seseorang adalah tanda orang yang bertakwa.

Wajib memberi maaf jika telah diminta dan lebih baik lagi memaafkan meskipun tidak diminta.

Sifat ‘tak kenal maaf’ atau ‘tiada maaf bagimu’ adalah sifat syaitan. Ia akan membawa keretakan dan kerosakan dalam pergaulan bermasyarakat.

Masyarakat aman damai akan terwujud jika anggota masyarakat itu memiliki sikap pemaaf dan mengerti bahawa manusia tidak terlepas daripada salah dan silap.

Imam Al-Ghazali memberi tiga panduan bagi memadamkan api kemarahan dan melahirkan sifat pemaaf.

Apabila marah hendaklah mengucap “A’uzubillahiminassyaitanirrajim” (aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam).

Apabila marah itu muncul ketika berdiri, maka hendaklah segera duduk, jika duduk hendaklah segera berbaring.

Orang yang sedang marah, sunat baginya mengambil wuduk dengan air yang dingin. Hal ini kerana kemarahan itu berpunca daripada api, manakala api itu tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





SAYA TAK TAHU APA YANG SEDANG BERLAKU DAN TAK BERMINAT NAK AMBIK TAHU. WHAT EVERLAH.

Tapi ingan saya kabarkan,

Seperti mana saya tak suka dan benci tengok

Palestin dan Yahudi itu berperang,

PKR dan Umno itu bergaduh,

Seperti itu jugaklah perasaan saya dengan semua hal yang berkaitan dengan bermusuh-musuhan ini.

Tak suka!!

Tak suka!!

Tak suka!!

Marilah berkawan secara baik-baik.

Usia sudah matang dan tindakkan juga harus seiring dengan usia.

Forgive and forget.

Nabi yang sangat tinggi darjatnya itu boleh memaafkan perbuatan ummatnya yang sangat dasyat lagi terkutuk.

Ini kan pula kita, insan hina yang sering bergelumbang dengan dosa.

Tingginya darjat kita jika tak mampu untuk memaafkan insan yang lain.

Marilah bermaaf-maafan dan hidup dalam aman damai.

Sekeji mana perbuatan mereka itu terhadap kita, biarlah Tuhan yang membalasnya.










PdanS : Saya jugak insan biasa yang kadang-kadang dan selalu membuat salah dengan manusia yang lain. Oleh sebab itu saya ingin memohon ampun atas semua kesalahan yang telah saya lakukan dalam sedar atau tidak. Maafkan saya teman.

Wednesday, July 20, 2011

Awesome.



Actually, setiap hari ada kerja yang bertimbun untuk di kemaskini kan, buku log, buku rancangan mengajar, buat slide, study balik kisah-kisah engineering yang lalu, sediakan kuiz, assignment dan bla bla bla bla... Banyak, memang banyak. Nie baru praktikal, nanti betul-betul kerja macam mana agaknya kan. Lepas kerja, time petang lepak-lepak kat rumah sewa, selalu mengeluh dengan kawan-kawan.. letihnyaa.. macam mana nanti bila dah kawin, beranak pinak, mesti balik rumah pun masih belum ada masa untuk rehat. Haishh. Tak mengapa, abaikan hal itu, itu keluh yang di buat-buat sebab macam tiada kata yang nak diborakkan. Bules macam tuh? hahaha.

Hati selalu berpesan, tuhan tak akan bebankan saya dengan kerja yang saya tak mampu lakukan, kalau saya rasa hal itu terlalu berat untuk saya pikul, percayalah, walau macam mana besar pun bebanannya, kesudahannya, saya mesti boleh lakukan !!!

Okeh. Dan memandang kan minggu nie saya tak ada langsung waktu untuk diri ini berpoya-poya di alam maya dengan hati yang ikut suka, jadi, hari nie saya tak mo tengok langsung hal-hal kerja yang di listkan di atas. Bules? Nak buat benda yang suka dek hati. Hihi.

Okeh. Tadi saya berjalan-jalan di Tumblr. Lepas tu terjumpa gambar-gambar Quilling yang sangat sangat sangat Awesome. Sangat-sangat berkenan di hati. Lalu rindu pada hobi itu pun berputik kembali. Dah lama saya tidak membuat kad. Berhujung minggu di kampung, kalau ada masa-masa senggang saja, mesti akan di habiskan dengan berguling-guling di katil ataupun bersilat di dapur untuk makan-makan yang perut idamkan. Tak pun keluar rumah jalan-jalan. Jadi masa untuk berquilling memang tak ada.
Lepas terjumpa gambar-gambar di bawah nie, hati terus tergoda. Jeles apatah lagi. Serius, saya begitu dengki dengan kehalusan tangan dia, seni yang di miliki. Memang la saya ada sedikit ilmu berQuilling, tapi tangan saya tak mampu untuk membentuk kertas sekemas itu. Alahaiii.

Bukan hal quilling saja, hal gubah menggubah bunga, hal jahit menjahit, hal mengsnap gambar yang cantik, hal memasak sesuatu yang lazat... Semua kelebihan yang orang lain ada sungguh buat saya rasa jeles. Nak je pergi ambil kelas menjahit, kelas memasak, pergi bangkel untuk photographer.. Tapi semua itu kelak la. Sekarang tidak punya ongkosnya untuk membayar semua services itu. ^_^





Quilling- finished


quilling test 2


Jacob Quilling Finished (1)


imagine (finished) 2


Thanks - Finished




Okeh. Itu saja. Saya sudah mengantuk tahap nak luruh biji mata dah niee. Okeh la. Saya mau tutup keluar berjalan-jalan mungkin. Cari teman yang boleh berborak dan hilangkan mengantuk saya. Tata.





Sunday, July 17, 2011

Sakit saya.


Hai anda. Hai hai hai. ^_^. cuba menceraikan keadaan di mood yang agak terumbang ambing ini. Mungkin nak bermood Kotex kot, tu emosi jadi seperti chipsmore. Sekejap ada, sekejap hilang, sekejap ada tapi tak nampak, err. Apa nie. Stop Muna.

Okeh. Hari nie senyum saya seperti dipaksa, cakap saya seperti di kerah. Haishh. Cuba mencari kegembiraan di sebalik kenduri kawin yang di hadiri tadi. Tapi agak mengecewakan, walaupun melihat pengantin sangat cantik, mendengar alunan nashid yang sungguh best, menapak dekorasi yang sangat menarik, tapi hati saya masih tak boleh baik seperti biasa biasa. Owh, awatkah jadi lagu nie. Hurm.

Sewaktu di dalam kelas tadi pun macam sungguh tidak boleh memberi sepenuh perhatian kepada apa yang di ajar. Entah apa yang di merapukan tadi. Nasib baik hanya lab saja tadi. Tidak perlu banyak berbicara, hanya melihat anak-anak kecil bermain tanah dengan gembiranya. haha. Walaupun mereka sangat gembira mengorek tanah berbumbungkan kertas lab sheet, tapi hati guru mereka? tidak seceria mereka, kalau nampak indah itu hanyalah palesu semata-mata. Palesuu!!! Haishhh. Pasai apakah? Penjelasan pelis!!!

Sekejap lagi jam 5 petang, bila waktu bekerja sudah tamat, saya dan beberapa kawan yang sedang menjalani latihan mengajar ini perlu berjumpa dengan lecturer kami yang sudah datang mengObserve. Haish. Nie yang hati lagi jadi tak best. Saya sudah la macam cincai cincai saja mengajarnya. Hadoi. Semoga esok bukan giliran saya di observe sebab saya tak suka untuk di observe semasa mengajar kelas praktikal. Okeh. Malas berbicara hal itu. Sungguh membuat anda tak paham kan.

Owh. Anda tahu. Penyakit saya semakin kronik. Semakin menjadi-jadi sejak akhir akhir ini. Aset aset, lupa, aset aset nak lupa. Hurmmmmmmm. Mari bertafakur panjang. Saya pun tatau kenapa. dalam sebulan nie, banyak benda yang saya lupa. Dan yang memberi effect paling besar mestilah, bila lupa itu berkaitan dengan kereta kan. Memang akan memberi impak yang besar kepada perjalan hidup laaa.

Minggu lepas sekali lagi, eh bukan sekali lagi, 1st time. Hihi. Saya lupa cabut kunci kereta dari switch dia. Lepas tu tangan gatai pi kunci secara manual iaitu pi tekan bijik kat pintu. Lepas tu jugak, dengan tak ingat apa-apa pi sibuk makan dengan bahagia. Lepas tu bila dah habis makan, pergi pergi dekat kereta, nak bukak kereta, cari kunci di tangan, aiyoyoyoyoyoyo.... bagaimana mau bukak baiyaaaa....

Nasik baik tempat kejadian tu tak jauh dengan workshop. Lalu pi goda-goda lelaki tak berapa kacak tapi berhati mulia kat situ. Nasib baek mereka mahu mentolong dan lagi menarik, tanpa perlu apa-apa bayaran. Tapi kan, saya macam terasa sedikit terkilan la di situ, sebab tak bagi apa-apa upah, memang la mereka cakap tak perlu, tu namanya orang berbudi, kita kena la pandai berbahas. Walaupun dah ucap terima kasih secara banyak-banyak dan panjang. Tapi still rasa macam tak berterima kasih lagi. Macam esok nak singgah kedai mana-mana, beli buah ke, beli aiskrim ke, bagi ke Encik yang membantu tuh.. Macam laa.. Tapi macam becakap pandai tapi langsung tak buat pun ada gak. kehkeh.

Banyak sungguh hal hal melupa saya sekarang nie. Kadang-kadang benda yang baru saja di cakap di buat beberapa minit yang lalu dah boleh lupa. Bila tengah rushing ke, macam sedikit kelang kabut ke, lagi la menjadi lupanya. Jap lagi yang tu tak bawak, yang nie tetinggal. Hurm. Saya pun tatau, adakah ini satu tabiat yang dah tersebati dalam diri saya? Ataupun satu penyakit yang makin lama makin di tahap membimbangkan, tapi saya je yang tidak sedar. Hurmm. Semoga baik-baik saja wahai ingatan..


Monday, July 11, 2011

First Class.


Haip kamu. Update sat walaupun jam di penjuru laptup menunjukkan tinggal beberapa sisa menet untuk ke jam 5. Sekejap saja ya. Hikhik.

Hari ini? First class saya berjalan dengan lancar. Ya, saya seorang cikgu yang tak suka ajar teori atau dalam bahasa mudahnya adalah bercerita sahaja. Saya busan. Saya sendiri pun kalau di suruh mengaji hal-hal teori memang kena tunggu waktu nak exam la, baru ambik tau. Kalau macam saja-saja nak tambah ilmu didada sangat lah pemalas. Ya, saya sedar akan kemalasan saya yang itu dan memang nak ubah menjadi seorang yang gemar membaca. Tapi sekarang nie gemar membaca BeautifulNara dan OhBulan saja. Kehkeh. Begemana tuh. Bules tak?


Dan bercerita 1st kelas jugak, hurm, kelas hari nie adalah kelas DKA2A, means budak sem dua yang kelas adalah di kedudukan hadapan. Budak-budak cemerlang. Sini, Jabatan awam kat sini derang akan susun student ikut pointer. Yang pandai di kelas 1st, tak berapa ada nak pandai kelas ujung. Macam sekolah-sekolah pulak kan.

Not bad la. Derang mendengar kata lagi setakat ini. Sungguh mencuit hati jugak bila di ahir kelas kaum-kaum Adam sempat lagi bergurau senda beramai-ramai melaungkan secara serentak "Teeeeriimaaaa kassiihhh ciikkkguuuu". Macam cikgu sekolah pulak. Comey sungguh la kamu nie. Tak mengapa. Memang cita-cita saya nak ke sekolah pun. Tapi saya tak kesah la kemana saya akan di hantar. Poli atau Sekolah tak menjadi masalah. Yang penting cita-cita saya dari kecik nak jadi pendidik tercapai. Yang mana datang dulu saya ambik.

Yang perempuan-perempuan pun manis manis belaka. Lepas habis kelas datang bersalam-salaman. Hurmmm?? Adakan menjadi budaya di POLIMAS ini pelajar akan bersalam dengan lecturer bila habis kelas?? Saya dulu tak ada pun. Tunggu nak blah dari UMP baru ada kesedaran nak pergi jumpa lecturer mintak maaf segala bagai. Huhu. Bagus jugak la derang nie datang bersalam. Rasa sejuk perut ibu mengandung tu pun tempias sekali kat aku. Alahaiii. Hahaha. Mungkin lepas nie, kena buat acara pembukaan dengan membaca doa dulu ke sebelum kelas bermula. Lagi berkat kan. Lagi ilmu tu senang sikit melekat didada. Macam yang lecturer aku penah buat, Puan Suriati. Hurm. Suka dia. Suka cara dia mengajar. Tak garang. Mula masuk kelas sampai la kelas tamat, senyum je memanjang.


Ok ok. Jam sudah ke pukul 5 !! Mari kita cau cin cauuuuuu.. Tata.. ^_^












PdanS : Bila la dapat tengok cerita lakonan Ex-Marka saya nie. Hadoi. Tak suka la termiss apa-apa pun tentang beliau. Hahahaha. Tolonggggggggg!!! Pakwe saya ada marka pontianak!!!!! ^_^

Saturday, July 9, 2011

Dan bila esok.


Saya macam ketandusan pergerakkan. Errrr. Apakah itu? Ketandusan pergerakkan like, ada kerja banyak, tapi tak start satu apa pun. tercongak depan laptop dari jam 9 malam lagi. Tapi satu habuk pun tak jalan. Last last FB tahek kucing itu jugak yang menjadi pilihan untuk di tatapkan. Adakah Deactive FB akan mengambil tempat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja yang betimbun itu. Hurmm??

Esok, sesi pembelajaran Jun 2011 di POLIMAS akan bermula. Ini bermakna, aktiviti kuliah menguliah akan mula berjalan. Maka, bermulahah lakaran-lakaran pengalaman yang akan di cipta oleh saya selaku pendidik yang berpraktikal di sana. Banyak yang perlu di preparekan. Slide, Rancangan mengajar, Kuiz dan diri sendiri jugak. Haruslah di sumbat dengan pelbagai ilmu yang berilmiah. Tak dak la esok masuk kelas dok cerita yang bukan-bukan like resepi Tart Nenas, saya amek tempatahan kuih raya, Kuih Tart nenas saya sangat sedap and bla bla bla. Jangan coba ya!! haha. Tapi aku pasti mesti akan banyak menyimpang dari ajaran yang sebenar sebab kalau menulis nie pun mesti kana tersasul dari jalan cerita. Ini kan pulak bercakap. Memang sesedap mulut lah.

Dari segi ilmu, memang sangat tak penuh di dada sebab saya tak suka membaca. Serius la. Macam mana nak buat nie. Tapi kalau di lihat kembali zaman aku study dulu kala, lecture lelaki memang suka melalut panjang-panjang. Lecture perempuan akan straight to the point. Tak ada kisah-kisah sejarah cinta dia ka, business dia ka, anak dah besar ka. Nehi.

Semoga, student saya baik baik belaka. Mendengar cakap. Tak melawan. Sesetengah orang cakap mengajar budak besar nie senang sikit. Tak banyak kerenah. Ye ke? Saya rasa tak lah. Sama saja. Kedua-dua ada cabaran yang tersendiri dan ada pro and contranya. Terserah kepada kita untuk menghandlekannya. Kalau kita bijak tackle hati mereka, pandai bermain psikologi dengan mereka, semua akan jadi mudah. Tapi, hebatkah aku dalam semua hal tuh? Haha.

Semoga esok dan hari-hari mendatang di permudahkan segalanya. Amin....

Friday, July 8, 2011

Keajaiban.



Bangun di awal pagi yang masih gulap gulita di hari cuti? Tiada tidor-tidor mati selepas Subuh? Mengemas rumah? Menyediakan sarapan pagi untuk seluruh ahli keluarga? Mengupdate blog? SAYA?? hurmm??? AJAIB!!!!

Tak mengapa. Kadang-kadang hidup perlu jadi ajaib. Baru boleh belakon dalam cerita Pelita Ajaib. Errrr. Tiba-tiba. Dah. Mari sambung membasuh baju pulak. Tata!


Thursday, July 7, 2011

Penagih FB yang tegar? Tak lah. Biasa-biasa jer.. Hihi



Adakah aku kelihatan penagih Fb yang tegar bila post lima nam status per day? adakah? Hurm.

Actually aku pun tatau, kenapa setiap yang aku buat aku nak cerita, aku nak cakap, macam belog aku nie la. Kalau boleh, nak cerita dari bangun tidoq lagi, celik mata, tengok jam, lipat selimut, susun bantal ble bla bla bla bla sampai la ke malam. Apa yang aku lalui aku nak cerita. Tapi bukan dengan harapan nak cerita dan bagi semua orang tahu. Hurm. Begemana tuh? Bila dah nama tuh adalah Mengcerita, mesti la nak cakap kat orang. Hadoi. Apa nie. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya. haha. Aku sendiri pun dah terbelit dengan ayat dan pemikiran sendiri. Tak mengapalah. Abaikan.

Hep. Anda pernah tak mengalami situasi yang mana, anda sedang berada di barisan hadapan sekali di traffic light menanti lampu hijau bernyala, akan tetapi bila lampu traffic light dah menyala kale hijau lama dah, kereta anda masih lagi tidak bergerak kerana tidak perasan di sebabkan sibuk bermain mata dengan lelaki yang boleh tahan ensem la jugak Dan kedudukan kereta anda adalah depan sekali. Sebab tu sangat tak perasan kereta dah bergerak. Di tambahkan lagi hanya kereta anda saja yang di lorong tuh, belakang tak ada kereta. So tidak ada penanda atau penghon untuk memberi kesedaran yang lampu sudah hijau dan sila jalan wey!!! Pernah?? Pernah??

Meh sini. Nak riak sikit. SAYA PERNAH!!!! hahaha. Macam cinabaii sungguh. Tak. Tak. Aku bukan spisis perempuan gatey ya. Saya bermain mata dengan lelaki berkenanan sebab muka dia macam sangat familiar, macam kenal. Sebab tu saya tengok dia lama. Dan dia pun pusing tengok saya jugak. Bila dia tengok saya balik. Saya pun pusing tengok tempat lain takut dia perasan. Bila dia dah tak pandang saya. Saya curik curik tengok dia balik dan usha lama-lama sambil fikir siapa dia nie. Kemudian dia toleh balik tengok saya yang dalam kereta nie. Terus saya alih pandangan dan bokbuat pebetul cermin kereta. Padahai cermin kereta tu dah sedia betoi.

Sedang belakon pebetul cermin kereta tetiba terperasan ada kereta laju sedang memintas kereta aku di line kiri nie. eh bukan kah lampu tadi kena berhenti. Berani sunggu kereta nie langgar lampu merah. Bila dah jauh kereta tu pergi tetiba ada lagi sebijik kereta yang memintas dengan laju di sebelah kanan. Hey hey. Kenapa tak berhenti. Rasa hairan yang teramat itu membuatkan mata saya dengan laju memandang pada lampu traffic light yang terpacak di hadapan. Dan eh HIJAU dah ke? Hihihi. Dah lame ke? Hihihi. Serius malu beb. Terus aku tak tengok dah lelaki yang bermain main mata tadi tuh. saya ingatkan, bila kami di jalan yang sama, so lampu kami akan menyala sama. Rupa-rupanya tak. Saya nak terus. Dan dia nak membelok ke kanan. Sangat tak sama la yangggggggg. ^_^

Cerita gembira ke dua. Saya dah jumpa baju raya saya!!!!!!!!!!!!! Color peach. Kat First Lady. Jubah. Cantik. Sangat sangat. Ayat-ayat manis sudah di tabur ke mak dan ayah. Dan keizinan yang di nantikan sudah kunjung tiba. Hihihi. Mari terjah!!! Tapi serius weh. Engkau pergi la ke First Lady. Baju kat situ banyak fashion-fashion yang boleh tahan cantik dia. Dan harga dia sangat berpatutan. Macam jubah yang aku berkenan nie. RM79.00. Mana nak dapat jubah under RM100. Selalu mahal weh. Dan setelah menginterview akak kat situ, dia cakap nanti nak dekat dekat raya ada lagi fashion yang labu akan sampai. Tak mengapalah. Cinta saya adalah pandangan pertama. Bila hati sudah kata suka. Jangan di bantah. Jangan di beri yang lebih menarik. Tidak ada yang akan terkesan dalam diri kerna yang pertama itulah yang menjadi pilihan hati. ^_^ SELAMAT HARI RAYA. Err. Tetiba sungguh.


Kan saya dah kata. Kalau boleh semua saya nak cerita. Kalau boleh status Fb saya teptiap saat bertukar ayat. Tapi mesti akan ada suara suara sumbang "Eeeee, dia nie. Yang nie pun nak cerita. Macam nie pun nak cakap.".. "Eeeee.. riaknyeee".. "Eleh, nak menunjukla tu yang dia konon konon baik, padahai mulut lezer sama dengan aku jugak, baju ketat dasyat lagi pada aku"

Untuk golongan ini. Ingatlah. Batu yang keras itu bisa berubah bentuk, inikan pula manusia. Biar lah mereka itu mahu mengepost apa apa saja yang berbentuk ajakan ke arah kebaikan. Biarkan. Usah pertikaikan. Adakah kamu tidak tahu yang mengshare ilmu tuhan yang membawa kebaikan itu akan di beri ganjaran oleh Allah SWT. Biarlah yang mengeshare itu adalah manusia yang tidak sempurna dan hidupnya adalah sangat berbeza dengan apa yang di sharekan itu. Biarlah. Tidak perlu di kritik, di hina atau di mengumat mereka itu. Eleeehhh, nak ajak orang berbuat baik konon. Dia pun jahat jugak, ubah diri engkau dulu. Owh. Jangan. Setiap ajakan ke arah kebaiikan, tak perlu di pertikaikan siapa yang mengajak nya. Apa yang lebih penting, segala yang di sampai akan terkesan pada hati kita. ^_^









Wednesday, July 6, 2011

Santai santai di tepi bantai.


YA!! Hari saya begitu padat dan sendat lalu menjadikan diri ini terlalu penat dan keletisan yang teramat. Baru hari nie terasa seperti seorang pekerja yang bekerja. Sebelum sebelum nie pergi kerja hanya berbosan-bosan di office sambil menghitung jam ke 12 tengah hari untuk balik makan dan tidur, kemudian masuk office balik jam 2 sengah dan menghitung lagi waktu untuk ke jam 5 petang. Balik time!!!!!! Ya itulah lah rutin harian saya sebagai staff di Polimas.

Tapi hari nie lain pulak. Tengok jam di tangan, "Eh, dan nak pukul 5 nie, kerja banyak lagi". Rasa macam nak pusing balik jam bagi jadi pukul 2 petang. Kalau nak pusing bagi jadi jam 8 pagi, memang mengada sangat la engkau, tak kuasa aku nak keja lama-lama.

Esok pun tah la macam mana. Semua orang aku dok sibuk janji nak buat kerja sama-sama untuk siapkan RPP dan course outline. Dah la esok pukul 2 dah kena hantar. Errrrr. Mungkin kena potong bagi jadi 3. Baru boleh siap semua kerja-kerja tuh.

Okeh. Full stop untuk kisah kerja. Mari berbicara santai di petang hari. Haha. Santai la sangat.

Kisah santai hari ini adalah berkisarkan, hurmmm hurmmm. Hand beg!!! haha. Eh, penulisan sudah jadi sesuka hati. Di nasihatkan agar sila tak payah baca sebab saya sedang mengisi ruang-ruang waktu untuk ke jam magrib bagi berbuka posa. Nak tengok Dewa Cintak macam sungguh tak menggoda. Tengok pun asyik kutuk mengutuk Pasha Sendat itu. Lebih baik mari kita mengurangkan dosa dengan bermonolog di laman sesawang ini saja kan. Hoho.

Eh, eh, kisah hand beg tadi. Tersasar jauh pulak. Okeh. Saya nak hand beg baru!!!!!! Serius laaa. Nak beli. Tapi, sayang nak guna duit yang hanya tinggal sekangkang kera itu saja. Kalau saya beli hand beg lepas nie saya memang tak ada duit simpana dah. Serius, mungkin kamu boleh banyangkan betapa tak berada nya saya buat masa sekarang, duit yang ada di tangan hanya berjumlah yang mampu beli hangbeg pasat malam saja. Duit-duit lain akan dapat bila ayat-ayat manis ditaburkan pada Che Sayang. Tu pun hanya di beri untuk hal-hal makan minum dan minyak kereta sahaja. Untuk aktiviti mengsuka-suka macam segan nak guna duit itu. Ya la, sudah di pesan oleh Che Sayang untuk berjimat cermat. Penat ayah pergi kerja cari duit. Tak kan saya nak guna duit tu beli hadbeg dan tengok Transformer kot. Penat kerja ayah saya bukan macam penat kerja ayah kamu, penat dalam aircond yang ada kerusi emput, tapi penat ayah saya dengan tulang empat keratnya di office yang berbumbungkan awan saja. Jadi sangat tidak layak saya memperabiskan duit-duit yang di amanahkan itu. Sekarang baru ada kesedaran kan. Tapi kalau guna duit PTPTN ke arah yang mengsuka-mengsuka saya tidak lah terasa bersalah sangat. Hihi.

Betul la apa yang dikatakan oleh Mahir Zain. "You have to surround your self with good people". [Maap tajuk Hand beg yang menjadi perbualan utama tadi sudah lari dari paksinya. Namapun penulisan santai. Jadi sesuka hati sayalah nak mengarah apa pun kan.]

"You have to surround your self with good people". Betul. Sangat sangat setuju. Apa yang saya rasa, lihat, dengar dan lalui sekarang nie banyak membuatkan diri saya berfikir. Saya sangat sangat sangat bersyukur punya ibu dan ayah yang sentiasa MEMBEBEL untuk setiap tindak tanduk saya yang confirm confirm menyalahi hukum. Tapi masih nak meneruskan jugak untuk memakai pakaian yang ketat-ketat.

Saya juga bersyukur sangat kerana ada ibu dan ayah yang selalu MEMAKSA anak-anaknya jom pi semayang berjemaah kat masjid, jom pi dengaq ceramah ustad Ramli, jom p sembahyang sujud sejadah dan pelbagai lagi bentuk kebaikan. Walaupun kadang-kadang berbuat dengan hati yang kurang iklas sebab akan termiss Nora Elena bila kena pi Magrib kat masjid, tapi tak mengapa. Saya tak kisah. Kalau tak ada paksaan-paksaan ini, tah bila saya nak buat kebaiikan ini semua. Nak harapkan kesedaran dari dalam diri? Hurmm. Tua beruban lah jawabnya.

Kalau tak kerana paksaan-paksaan ini juga, mungkin hati saya akan keras dan bertambah keras lagi. Kalau saya tak di tazkirah dengan golongan-golongan yang sentiasa pesan memesan ke arah kebaikkan di setiap waktu nie, mungkin saya tak akan dapat bebelan panjang yang mampu membuat diri berfikir sampai bila nak jadi jahil macam nie.

Rasa bersyukur yang sungguh tidak terperi di atas anugerah 2 insan ini. Lagi bersyukur kerana tuhan meminjamkan umur kepada mereka dengan lebih lama lagi, jadi dapatlah saya berada di sisi mereka selalu dan segala buruk dan hodoh saya dapatlah mereka cantik dan gilapkan. Saya tak suka jauh dari mereka. Terlalu banyak perkara -perkara yang tidak comel akan di termuncul semula dalam hidup ini. Hurm. Entah la macam mana hidup saya suatu hari nanti bila kedua-dua insan ini sudah tak lagi di sisi.

Dari pengalaman-pengalaman yang lalu, saya rasa hidup kita selalunya akan di corakkan dengan siapa yang didampingi, dengan siapa yang kita kawan dan dengan siapa jodoh kita dilangsungkan. Mereka-mereka inilah yang mewarnai kehidupan, mencorakkan diri, pemikiran, perwatakkan dan pembawakkan kita seharian. Tapi apa-apa pun semuanya berbalik kepada kita sendiri juga. Adakah kita ingin menjadi orang yang dipengaruhi atau mempengaruhi?














PdanS : Sekarang nie, belog saya jadi macam diari saya. Apa yang saya rasa saya tulis. Dah jarang berblogwalking, balas komen orang pun macam malas. Jadi ampun di pinta jika tiada kunjungan balas ke tanah jajahan anda. Serius malas. Sekarang nie, bila menulis, rasa macam masyukkkk saja, rasa macam tulis dalam buku diari berkulet tebal dan bila habis tulis buku tu akan di simpan dan di sorokkan atas bumbung almari supaya tak ada siapa yang baca. Tak terfikirpun yang di karang ini adalah medium yang akan membuatkan semua orang baca. Hehe. Sebab tu kebanyakkan cerita adalah sangat personal dan sangat berkaitan dengan saya.

Sunday, July 3, 2011

Kejadian dalam bas. 18SX



Errrrkkk.. Alhamdulillah.. Kenyang! Sangat kenyang setelah bersahur dengan nasi goreng kampung pada jam jam yang bukan waktu sahur. Huhu. Malas la nak bangun pagi esok. Alang-alang perut tengah lapar, meh kita sumbat masuk makanan yang boleh merangkap sahur sekali. ^_^

Lepas perut dah kenyang, dah boleh masuk tidor. Ya! sangat bagus!! Elok sangat lah tabiat tuh. Lepas ni, kalau perut menggelebeh macam ada baby nam bulan, jangan dok tanya kenapa, pasaipa, dan awatkah jadi lagu ini?

Uit. Mata dah lali, tapi nasik yang di telan tadi belum sampai ke perut lagi. Baru takat anak tekak, boleh rasa, aset sendawa jerr dari tadi. Macam nak muntah pun ada. Kalau aku balun tidur nie, kompem boleh terkeluar balik semua nasik goreng desa indah permai yang di odder tadi nie. Hadoii.

Tapi serius la, aku nie spisis yang lepas makan kenyang jangan la engkau nak bagi baring ke hapa. Jap lagi boleh muntah balik semua makanan yang makan tadi tuh. Selalu sangat terjadi. Kalau nak naik kereta or bas, jangan berani-berani nak makan itu ini sebelum naik. Jap lagi tunggu laaa, bila bas tu tetiba lalu kawasan yang bengkang bengkok, kemudian perut pun sibuk nak begoncang-goncang sekali, kompem segala isi padu dalam perut akan tersembur keluar balik.

Dulu, waktu study kat UMP Pahang, aku bapa kali muntah dalam bas. Pernah satu malam tu sebab bersahur. Bas berhenti dekat selangor untuk bersahur. Aku apa lagi, terus bukak makanan yang di bekalkan oleh Che Sayang dari rumah. Dah nama makanan dari rumah, ofkos la lazat enak berkerim. Lepas tu apa lagi, makan tak hingat dunia. Macam nak kena posa 68 jam jer.

Bila bas dah jalan balik dan lalu kawasan Karak yang sememangnya terkenal dengan jalan bengkang bengkok dia, aku apa lagi. Mulut terus jadi macam pili bomba, sembur lah ke mana yang sempat. Dan di buruk kan cerita pulak aku memang tak ada apa-apa beg plastik. Yang ada di sisi adalah beg kertas yang di isi selimut dan beg sandang belakang AKA beg balik kg aku tuh. Jadi, tak tahu la macam mana boleh bijak sangat, terus amek keputusan menyimbah segala isi-isi dalam mulut tadi tuh masuk ke beg balik kg. Euuuwwwwww. Tak dan dah weh. Memang tak boleh fikir apa-apa dah. Mulut penuh dengan muntah, dalam otak nak keluarkan je sebab tak lalu nak simpan lama-lama.

Untuk 2nd round pulak, aku tersembur dalam beg kertas yang isi selimut. Ya!! memang bijak!!! Muahaha. Balik hostel terus samak selimut tuh. Skali dengan beg balik kampung dan isi-isi dalam beg tuh. Ada meggi laa, Biskut laaa. Semuanya makanan yang di bawak dari rumah. Macam kat Kuantan tuh dah tak jual meggi jer.

Nasib baik la waktu dalam dalam bas tu, tak ada orang dok sebelah aku. So, tak dak lama malu sangat dengan perangai yang kurang sopan dan tiada tatasusila aku tuh. Tapi aku rasa abang dreba bas tu dapat menghidu bau busuk teramat amat sangat yang aku ciptakan tu. Dia aset dok menjeling menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang.. Dah la aku dok depan skali AKA belakang dia. Kompem punya dia bau perfume enak aku nie. Huhu.

Ini satu hal, ada berhal hal lagi yang aku tersilap langkah sikit je, dah tersembur makanan yang di jamah sebelum tuh. Tapi tak payah la cerita. Macam geli geleman pulak nak ceirta hal hal muntah untuk tujoh belas peranggan. Tak sampai suku perenggan, orang yang baca pun boleh muntah sekali.

Kesimpulannya, sistem penghadaman saya sangat lah manja dan sungguh comel sekali. Dulu lepas makan mesti kena minum Eno. Tapi sekarang nie dah tak bergantung harap pada benda tu lagi. Boleh beridikari. Tu pun kena amalkan gaya hidup selepas makan yang sihat. Amalkan dalam keterpaksaan.

Ok itu saja. Nasik tadi dah hadam kot. Senyap jerr machine penggelek dan penghancur nasik nie. Sendawa yang banyak banyak pun dah hilang. Dah boleh tidur dah. Okey. tata.







Saturday, July 2, 2011

Manusia.... Manusia....


Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas


Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet


Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik

Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk


Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri

Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah,
mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah,
mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa,
mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

Wallahua'lam...

(tok_ayoh)

Awak Perempuan?? Sila kelik..


Saya ingin menulis sesuatu. Tapi bukan di Mood itu barangkali, sebab dua tiga kali cuba mengarang ayat ayat sanskrit saya, tapi ending nya adalah button delete yang menjadi pilihan. So apa kata mari kita baca kisah di bawah nie.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Saya teringat dalam satu surah Al-Quran yang saya ambil dari surah Al Isra' ayat 1, bagaimana baginda Muhammad S.A.W melalui perjalanan Israk Mikraj, bagaimana Rasulullah S.A.W diperlihatkan pelbagai macam peristiwa ngeri mengenai manusia, semuanya ini sebagai satu teladan dan pengajaran kepada manusia itu sendiri.

Baginda S.A.W telah menceritakan mengenai apa yang dilihatnya dan apa yang diperlihatkan oleh Allah S.W.T kepadanya. Paling banyak perkara ghaib yang diperlihatkan kepada baginda Rasulullah S.A.W adalah mengenai wanita.

Yang dimaksudkan wanita-wanita ini ialah wanita-wanita kafir dan juga wanita-wanita yang enggan mematuhi segala perintah perintah Allah dan enggan pula menjauhi segala larangan larangan Allah.. Adakah mereka tidak merasa takut? Di dalam hadis-hadis yang shahih telah menceritakan:

"..Pada suatu ketika Rasulullah S.A.W menceritakan satu peristiwa ketika Ali bersama isterinya Fatimah Az-Zahrah di rumah baginda Rasulullah S.A.W bahawa Ali meriwayatkan sebagai berikut; Saya bersama dengan Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui baginda S.A.W sedang menangis. Kami pun bertanya kepada baginda, "Mengapakah tuan menangis ya Rasulullah S.A.W?"

Baginda pun menjawab, "Pada malam aku melalui Israk dan di Mikraj ke langit, aku melihat pelbagai macam manusia sedang mengalami berbagai penyeksaan maka apabila teringatkan mereka maka aku menangis". Saya pun bertanya lagi, "Wahai Rasulullah S.A.W, apakah yang tuan lihat?" Baginda S.A.W pun bersabda, "Aku melihat ada wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih, aku juga melihat wanita digantung dengan lidahnya dan juga tangannya, dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang sedang mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya.. MasyaAllah aku juga melihat ada wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya, sedangkan air getah kayu zakum dituangkan di kerongkongnya (perlu saya sebutkan bahawa dalam kisah neraka ada disebutkan dalam hadis shahih bahawa air buah zakum kalau jatuh setitik ke atas muka bumi ini,maka semua pokok dan rumput rampai tidak akan tumbuh).. Aku juga melihat wahai Ali, ada wanita yang digantung, diikat kedua kedua belah kakinya dan juga tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit di bawah kekuasaan bisa ular dan kala jengking dari neraka.. Aku juga melihat wanita yang memakan badannya sendiri serta di bawahnya nampak api sedang marak menyala-nyala dengan begitu hebat sekali.. MasyaAllah.. Aku juga melihat wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka, wanita-wanita yang tuli, bisu dan buta dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya yakni melalui hidung, telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit.. Ada juga wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta-juta kali jenis penyeksaannya."

Demikianlah baginda Rasulullah S.A.W menceritakan kepada Ali R.A dan anaknya Fatimah mengenai kisah apa yang dilihatnya ketika melalui Mikraj ke langit. Selepas mendengar apa yang diceritakan oleh Rasulullah S.A.W mengenai wanita dalam peristiwa itu, Fatimah langsung sahaja berdiri dan bertanya kepada baginda Rasulullah S.A.W, "Wahai ayahku, kesayangan mataku, ceritakanlah kepada aku, apakah amal perbuatan wanita-wanita itu sehinga mereka diseksa sedemikian?" Lalu Rasululah S.A.W pun berkata, "Wahai anakku Fatimah, adapun kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka ialah tentang wanita yang digantung dengan rambutnya itu ialah kerana ia tidak memelihara rambutnya yakni tidak mahu bertudung dengan menutup aurat dihadapan lelaki."

Rasulullah S.A.W lalu menceritakan lagi mengenai perkara kedua kepada Fatimah mengenai wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia sering menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi Muhammad S.A.W bersabda lagi yang ertinya tidak seorang wanita yang selalu menyakiti hati suaminya melalui kata-kata kecuali Allah S.W.T akan membuatkan mulutnya pada hari kiamat selebar 70 zira', kemudian akan mengikatnya di belakang lehernya sendiri.. Naudzubillah..

Kadang-kadang ada sebahagian isteri yang tidak menyedari akan hakikat ini dan ada di antaranya sengaja bercakap untuk menyakiti hati suaminya dengan kata-kata yang seolah-olah tidak berterima kasih terhadap suaminya sendiri. Mengenai wanita yang digantung dengan buah dadanya, baginda Rasulullah S.A.W memberitahu anaknya Fatimah bahawa wanita itu menyusu anak orang lain tanpa keizinan suaminya, dengan nada yang sedih Nabi Muhammad saw menerangkan lagi bahawa wanita yang diikat dan tangannya itu kerana wanita-wanita tersebut keluar rumah tanpa keizinan suaminya dan tidak mahu mandi wajib dari haid dan nifas mereka.

Mengenai peristiwa yang dilihat oleh Rasulullah S.A.W mengenai wanita yang memakan badannya sendiri, kata Nabi S.A.W, wanita-wanita jenis ini gemar bersolek untuk lelaki selain suami supaya lelaki-lelaki ini boleh tergoda dan juga wanita yang suka bercakap mengenai keaiban orang lain. Naudzubillah.

Adapun wanita yang memotong badannya dengan gunting neraka, kata Nabi S.A.W, wanita-wanita jenis ini gemar menonjolkan diri atau erti kata lain ingin mencari glamour di kalangan orang ramai supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang boleh tergoda atau jatuh cinta kepadanya.

Mengenai wanita yang diikat kedua-dua belah kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubun nya dan dibelit pula oleh ular dan kala jengking, kata Nabi S.A.W. kerana wanita itu mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu pula bersolat serta tidak pula mandi wajib.

Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi, badannya seperti keldai, baginda menjelaskan kerana wanita itu gemar mengadu domba yakni melaga-lagakan orang serta suka mungkir janji dan suka pula cakap bohong.

Sementara itu, mengenai wanita yang baginda S.A.W melihat yang berbentuk seperti anjing, Rasulullah S.A.W memberitahu Fatimah, bahawa kerana wanita-wanita itu suka memfitnah orang dan sering marah-marah pada suaminya.. Naudzubillah..

Terlalu ngeri apabila saya membaca mengenai apa yang diceritakan oleh Nabi S.A.W mengenai kisah di akhirat dan hari kiamat, perasaan takut saya begitu menghimpit sekali, ada sesetengah dari kita terutama kaum wanita menganggap berleter dan suka membebel bila suaminya pulang dari kerja dianggapnya sebagai perkara biasa tetapi sebenarnya itu adalah di antara sikap isteri yang menderhaka pada suaminya. Bertaubatlah wahai kaum wanita. Kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.. Sesungguhnya sikap seperti inilah yang paling dicintai iblis laknatullah dan iblis laknatullah serta syaitan akan sentiasa menjolok jolok hati kaum wanita supaya boleh melakukan perbuatan yang boleh menjadi temannya di dalam neraka jahanam kelak. Kaum wanita terutama sekali para isteri hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menghadapi kehidupan seharian terutama dalam mengendalikan rumahtangga.. Kita jangan terperangkap dengan jerat iblis, dan jangan terus dibelit oleh syaitan, kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah Muhammad Rasulullah S.A.W, di dunia kita selamat, akhirat pun kita dapat.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Kisah ini saya jumpa di satu blog di sini. Bila baca buat saya terfikir tentang semua perbuatan yang saya buat yang selalunya akan terlepas pandang dan sengaja di abaikan. Hal-hal mencantik saya yang kadang-kadang terlalu over, tak ada hala tuju dan sudah tentu lari dari hukum sebenar. Kemudian, hal hal lidah saya yang suka berkata-kata tanpa memikirkannya dulu. Hurmm. Banyaknya dosa aku.

Entah lah. Kenapa la susah sangat untuk mengIstiqamahkan perubah yang kita buat. Mungkin malam nie bila baca sesuatu yang bersifat kerohanian, mesti hati akan jadi sayu, insaf secara tiba-tiba, dan dalam hati terus ada janji dan takut untuk ulang kesilapan itu lagi. Tapi bila tiba esok... Kehidupan jadi seperti biasa dan sebelum-sebelumnya... hilang semua rasa takut, lupa semua janji dalam diri itu.. Hurmmm..

Duhai hati, kenapa lah kamu sering berbolak balik kan.



"You have to surround your self with good people"