❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 17, 2011

Semoga baik baik saja.






Malam nie kesihatan Ayah macam makin teruk. Asyik batuk batuk dan terus batuk. Sampaikan tidur pun terpaksa dalam posisi duduk. Mana tak nya, selang saja semenet dua, mesti mulut terasa nak batuk lagi sampai mual macam nak muntah. Keliling tilam pulak, penuh dengan ubat, air masak, cawan, bekas nak ludah, air asam jawa. Hurmmm.

Risau pulak aku tengok. Rasa kasihan memang tak payah cakap laa. Aku tiga pat kali ulang masuk bilik ayah. Tanya, ok ke tak? Perlukan apa-apa lagi. Mak pulak sibuk kat dapur buatkan air asam jawa untuk ayah. Alahai. Nie yang buat aku jadi touching nie. Dah la esok Hari Bapa. Macam sedih pulak bila tengok ayah macam nie.

Bila tengok orang yang kita sayang di uji, mesti hati akan tersentuh sangat sangat kan. Nak nak pulak, orang tu sangat sangat sangat berjasa pada kita. Tapi bila mereka sihat, langsung kita buat endah tak endah je kan.

Tiba-tiba terasa sangat berdosa dengan ayah bila fikirkan hal malam tadi. Sebelum ayah keluar untuk ke majlis tahlil tadi, dua tiga kali beliau pesan kat aku, nanti tulis semua nama pemenang Tilawah Al-Quran tuh sebab dia mungkin tak sempat nak tengok. Aku yang sedang kusyuk depan komputer nie terus jawab,

"Alaaa, esok beli je la surat kabar, tau laaaa" Laju je aku menjawab.

"Muna, ayah tu" Terus mak mencelah

Kata-kata mak yang ringkas tapi sangat mendalam maksudnya terus buat aku terasa macam anak derhaka yang jahat sangat. Bukannya ayah suruh buat kerja berat-berat. Cuma salin nama pemenang je pun. Tu pun aku nak membantahkan. Semua permintaan aku yang hebat dan besar? Tak pernah pun ayah nak menidakkan. Malah di lebih-lebihkan lagi. Ya Allah. Berdosanya aku.

Aku bersyukur sangat dapat seorang ayah yang SANGAT BERTANGGUNG JAWAB. Ayah tak pernah mengeluh dengan kerja beratnya setiap hari. Sentiasa berusaha untuk menambahkan pendapatan, untuk meselesakan hidup kami sekeluarga. Mak selalu cakap, "Dulu-dulu waktu mak kawen dengan ayah, jangan kata moto, basikal pun tak dak. Hidup memang sangat-sangat susah, nasib baik la hampa dapat ayah yang rajin. Kalau tak mesti tak merasa hidup senang lenang macam la niee"

Aku sedar, aku selalu lalai kalau jauh sikit dari mereka. Tak kira la dari segi apa pun. Wang ringgit, agama, keseronokkan. Aku sangat bersyukur sebab untuk jangka masa 3 bulan nie, hidup aku akan sentiasa berdampingan dengan mereka, jadi boleh la aku perbaiki diri aku sikit.

Kalau berjauhan, selalu sangat jahil dalam bab-bab berpakaian. Bukan tak tau hukum hakam. Bukan nya tak pernah di nasihatkan. Tapi hati keras nie selalu sangat nak berdegil. Konon tak up-to-date la. Tak stylo. Bukan tak boleh berfashion. Boleh. Tapi batas aurat tu kena jaga. Longgarkan sedikit baju dan seluar kamu. Hijab not only to cover your head, but to cover your body too. Menutup aurat bukan dengan cara membalut aurat.[Peringatan buat diri sendiri]

Untuk diri aku yang nipis iman nie, memang banyak bezanya hidup dengan mak ayah dari hidup sendiri. Bila ada kat rumah, solat pun dah sentiasa berjemaah. Masjid pun selalu jejak. Majlis ilmu pun sentiasa ada. Pakaian lebih terpelihara. Semua benda-benda lagha yang aku selalu buat tu dah kurang macam lepak malam-malam. Shopping sesuka hati. Tengok wayang sampai ke tengah malam. Pendek kata hidup nak ennnnnjoy saja dengan hal duniawi. Aktiviti untuk akhirat memang kurang. Tapi bukan bermakna solat aku terus di abaikan. Tak. Cuma hal bergembira terlalu-lalu dilebihkan.

Untuk masa depan aku, aku berdoa sangat semoga aku dapat posting mengajar dekat dengan mak ayah. Tak nak pergi jauh-jauh. Sementara mereka masih ada nie, jom la kita rebut peluang untuk bantu mereka. Mungkin dari segi wang ringgit kita tak mampu, tapi kalau boleh ringankan beban kerja mereka di rumah pun sudah cukup. Jagalah dan gembirakan lah hati mereka. [Note to my self]








PdanS : Ya Allah, semoga kesihatan ayah bertambah baik bila tiba hari esok. Aminnnnn.

5 comments:

Rossnie said...

sedey+terharu bc entry kamu ni :'(

ch!natsu said...

chin pun tremosi sama.. apapun hope ayah kamu kembali sihat.. n semoga kita same2 dpt gmbirakan hati parents kita.. insyaAllah..~

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

:'(( touching, emosi. semua ada.

iman said...

semoga ayah kita semua sntiasa di berkati Allah dan mempermudahkan hidup mereka dgn kesehatan yg baik..

mOOn said...

Tq teman-teman semua kerna mendoakan kesihatan ayah saya. Semoga ibu bapa kalian juga di beri kesihatan yang baik dan sentiasa di rahmati Tuhan selalu. Aminn. ^_^