❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 27, 2011

Saya dan napsu serakah.


Kehadapan belog cantik. Walaupun kamu nampak macam cantik, tapi jangan perasan sangat, Mood saya lagi cantik jelita dan gilang gemilang dari kamu. Meh sini dekat-dekat. Nak tulis 3, 4 butir ayat di kala menanti jam 9 malam. 9 Malam??? Ya 9 malam ada ex-marka belakon cerita Juvana. Ex-marka?? Hihi. Termalu pulak saya bila sebut ex-marka ex-marka nie. Hihi. Alaaa. Si Daim tu la sapa lagi. Hihi. Dah! Tak payah nak menggatai sangat. Full stop.

Anda. Kenapa napsu terhadap makan saya menjadi sangat membuak-buak. Walaupun bukannya wanita yang sedang berposa ganti pun nak kena lapaq itu ini. Jugak bukannya ibu yang sedang mengendongkan baby 4 minggu. Tidak sama sekali. Tapi bila tengok semua makannan mesti jadi teruja gila. Mulut tak henti-henti "Dapnyaaa..dapnya...dapnyaaa.." Padahal yang sedang tengok tu adalah drama di tibi di mana sekolompok keluarga cina sedang menikmati makan malam. Chinese food? Errr.. Perlu ke teruja jugak. Hurm. Okeh. Memang tahap yang perlu di bimbangkan nie.

Tadi petang tetiba teringat kuih tar gulung yang gebu geban, hancus di tangan, cair di mulut.. Adusssss. Serius. Sangat mengidam nak makan kuih Tart gulung yang hancus-hancus tuh. Lagi gebu lagi la i loikeeeee. Tapi gebu yang lembap laaaaa. Kering kering saya tak layan.

Malam nie pulak, secara tiba tiba lagi, bayangan cream puff menghantui hidup ku. Adussss. Cream puff sangat sedap laaaaaa. Owh cream puff. i heart you !!!!!

Lagi? Owh, semenjak dua menjak dan tiga menjak nie saya sangat suka makan rebung. Teptiap kali lunch mesti akan pergi satu kedai kat sini dan mengsauk gulai rebung dengan begitu tamak haloba sekali sampaikan macam makan gulai rebung berlaukkan nasik. Nasik sejemput tett, lauk yang melimpah ruah. Hohoho.

Tadi pulak, sedang tengah enak-enak menikmati gulai rebung bermutu tinggi, tiba-tiba pembekal rebung asli yang selalu makcik kedai tu ambik, tiba. Dia tengah hantar stock rebung kat kedai makan tuh. Lepas tu siap offer lagi kat aku, "Dik nak beli rebung???"

Aku? Bagai orang mengantuk di beri bantai, terus dengan laju nyer "Nak!! nak!!!" Dah la murah weh. Singget lima kupang jah sebungkus. Banyak pulak tu isi dia. Lembut rebung dia. Tak macam tempat lain, selalu potong kecik kecik pun still keras jugak sikit-sikit. Tapi yang makcik nie masak. Uisshhh. Makan tak rasa rebung, rasa gulai epal gebu. Hoho. Agak-agak la nak auta pon. Tapi memang sumpah murah gila!!











No comments: