❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, June 5, 2011

My 1st day.

Hep. 1st day okeh. Not 1st night. ^_^

Banyak gumbira dan duka berlaku hari nie. Tapi meh kita cerita yang gumbira dulu.



GUMBIRA 1

Sangat sangat sangat lah gumbira sekali sebab ahli keluarga dah pulang dari becuti ke Melaka. Jadi rumah dah tak sunyi. Beborak itu ini. Pasal kenduri. Pasal jalan sesat. Pasal anak buah yang banyak songeh. Pasal tayar keta pak su pecah sebab bawak telebih muatan. Pasal bawak ramai sangat penumpang sampai bila berhenti makan kat RnR, lepas tu bila naik kereta balik jadi tak muat dah nak sumbat masuk keta. Pendek kata semua cerita yang mampu buat aku begelak ketawa sampai mata pun berair. Kalau gelak aku dah tahap sampai mata kuar air, tu menandakan memang betul-betul hati tengah riang gumbira. Hehehe. Tahniah!!!



GUMBIRA 2

Suka sebab dah pi tengok rumah sewa tadi. Okeh. Berkeadaan baik dan selesa. Yang penting ada TB untuk saya tengok Nora Elena. Hohoho. 3 kawan yang lain dah masuk dah semalam. Saya je belum lagi. Malasnya nak kemas baju segala bagai tu. Rasa letih sangat-sangat. Buat apa pun tatau la kat poli tadi. Rasanya pi melangut ja yang lama. Hurm... Kalau dah sembahyang isyak nie mesti dah lama tebongkang tidoq nie..




SEDIH 1

Hari nie my 1st day pratikal as pensyarah pelatih kat Politeknik Jitra. Tapi di sebabkan hari nie hari cuti sekolah plus hari ahad yang banyak orang mengkawen pulak tu, jadi ramai la yang bercuti... Pengarah Poli. Timbalan dia. Ketua jabatan. Penolong ketua Jabatan. dan termasuklah saya punya pensyarah pembimbing yang akan jaga saya nanti. Uwaaaa. Semua orang yang saya kena jumpa tak ada. Pagi tadi pergi dengan keadaan yang tatau nak buat apa dan duduk di mana. Meja pun tak ada lagi sebab kena tunggu ketua jabatan balik bercuti minggu depan. Jadi merempat kat bilik kengkawan yang dari jabatan elektrik yang ada meja. Derang dapat bilik mensyuarat. Hurmm.

Waktu pagi2 tu ada la 3,4 orang staf kat jabatan aku. Mai ke petang dah lesap semuanya. Semua pakat p makan kenduri. Yang ada pun tatau nak bg arahan apa kat kami-kami nie. Nak suruh duk mana pun tatau. Jadi di suruhla p melawat, jalan-jalan poli dulu. Hadoiyai.. Kenapa tak suruh balik sahaja.. Uwaaaaa...

Actually, tak la sedih sangat. Tapi sebab macam tak ada arah tujuaan dan tatau nak buat apa. Tu yang tetiba nak rasa terpinggir apa bagai. Hahaha. Gedik kan. Bukan kah itu adalah perkara yang normal di hari pertama berpraktikal bagi student praktikal. Kan.

Esok? Entah la apa nasib saya dan sorang lagi kawan. Kawan-kawan yang dari jabatan lain dah siap dapat keja apa bagai, meja, dah ada penerangan dari ketua jabatan, ada sesi borak-borak dengan staff seJabatan. Saya dah kawan sorang lagi?? Errr.. tak mengapalah. Kita tengok hari esok pulak...



SEDIH 2

Okeh. Di sebabkan saya tak ada arah tujuan. Saya pun dengan membuat kepalanya nak keluar la pi makan kenduri rumah kawan. Hebatkan. Hahaha. Tapi dengan kuasa tuhan dan kelalaian saya juga, ada masalah yang timbul.

Untuk kali ke 4nya peristiwa yang sama berulang. Padan muka. Kahkahkahkahkahkah..

Okeh. Macam biasa, saya kan nyanyok orangnya, jadi mestilah lupa tutup lampu kereta, dan bila nak start engine nak keluar pergi mengulor makan kenduri, ofkos lah tak buleh hidup. Arhhhh. Dah plan baik punya dengan rakan sebaya, nak tunggu kat sekian sekian tempat. Lagi 15 menet lagi sampai. Tub tub.. Hurmmm.. Okeh. Lepas nie sila buat lagi. Selamat nyanyuk lagiiii.. dan boleh la try mengicah semut dengan garambelacanpulak kan.

Nasib baek ada sepupu yang kerja area-area poli tu jugak. Jadi mengcontact la dengan beliau. Nasib baik jugak beliau boleh datang tolong. Hadoi. Mungkin ada hikmah jugak saya nak pergi mengulor nie.. sebabnya, saya bules tau dengan lebih awal keta itu tak boleh start. Kalau saya tak buat plan pegi makan kenduri tu mesti tatau apa-apa yang jadi pada keta saya. And then kalau lah tahu pada jam 5 petang, dah time nak balik, baru mengelupurkan. Kena pulak sepupu dah balik keja time tuh. Haaa!! Nangis la engkau sorang-sorang kat Poli tuh. Hahaha.

Kemudian ada hikmah jugak keta saya tak boleh start engine. Di sebabkan hal itu saya tak pergi mengulor and then saya kena duduk dalam poli tu sambil menganga tatau nak buat apa. Tapi sengah jam lepas tu pihak admin yang bahagian teknologi call saya suruh datang ke office derang untuk buat thumb print. Alahh, hat cop cop tangan untuk attandance tu lah. Kalau saya pergi mengular, mesti dah terkantoi di situ sebab tak dak di poli. Kan kan.

Okeh. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Ada baik buruknya. Jadi, tak payah mengomen banyak sangat di atas apa yang berlaku. Boleh?? Dah. Mengantuk sudaaa. Tata.








No comments: