❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 14, 2011

Menyumpah Si sumpah-sumpah.


Okeh. Minggu nie memang dah tak ada benda lain dah aku nak tulis. Asal bukak blog je Nora Elena jugak yang menjadi pilihan hati untuk di debatkan. Hahaha. Sapa tak tengok boleh terus tekan pangkah kat atas tu. Entry nie untuk peminat tegar Nora Elena SAHAJA.

Okeh. Episod hari nie.. Macam bedebah sungguh kay Youven tuh. Eeeee. Sepanjang tengok cerita tuh mulut aku tak henti henti dok menyumpah Youvonne "Bodoh!! Bodoh!! Bodoh!!" Lepas nie tak payah terkejutlah kalau result exam jatuh mendadak lagi sebab dok menyumpah orang Bodoh sesuka hati. Haha. Tapi memang menyakitkan hati setiap perbuatan dia. Pandai dia belakon sampai buat aku geram gila, rasa macam nak masuk dalam cerita tu kejap, pergi pelampang 3,4 kali muka Youvene tu, baru puas hati. Haishhhhhhh...

Kisah cinta Seth dan Nora dan semakin bercelaru. Dah tak ada scene-scene romantik antara derang dua. Nie semua gara-gara rahsia yang terbongkar tu lah. Hadoi. Baru nak dalam hati ada taman kejap. Potong stim betoi la Nora nie. Yang gatai pi geledah si bilik rahsia Seth sapa suruh. Haishhhh.

Wow. Sungguh tidak di sangka, dalam diam aku ada bakat pengkritik yang sangat hebat. Boleh jadi Juri untuk AF nie. Kehkeh.

Okeh. Dah la. Nak luahkan itu saja. Nak pergi mandi dan bersiap-siap makan roti keping cicah milo. Menu diet malam nie yer.





No comments: