❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 13, 2011

Hati kucar kacir.


Hai belog sayang. Lama saya tak jenguk kamu. Sorry. jangan merajuk-merajuk. Meh sini nak tulis dua tiga perkara penting. Kalau terlebih sorry jugak la. Macam dah lama tak membelel untuk diri sendiri. Bila dah ada kamu nie, menarik jugak. Boleh la tulis macam-macam benda yang tak terkeluar dek mulut. Tak tercerita dek bibir. Semuanya nak di simpan dalam hati. Kemudian, bila jumpa kamu, boleh cerita macam-macam, hati dah rasa lega. ^_^ TQ my lovely blog.


Okeh. How your life right now? Hurm. Entah la saya pun tatau nak cakap. Di tahap yang best atau pun biasa-biasa saja. Tapi yang sangat ketara hati sungguh tidak tenang. Tah la apa yang di cari. Tuhan saja yang tahu. Tak nak lah lanjutkan lagi tentang hal ini. Biar saya dan tuhan saja yang tahu. Yang hanya dapat di pohon, semoga tuhan tetapkan iman di hati saya. Dan setelah Dia tunjukkan semua itu, jangan pula Dia palingkan. Amin..


Hal praktikal? Biasa-biasa jugak. Student masih bercuti. Jadi saya hanya merelax-relax saja di office. Tapi hari nie ada kerja sikit yang staf lain mintak tolong buat. Hilang la sikit kebosanan. Actually ada je kerja. Mini thesis yang kena buat sepanjang sebulan pertama berpraktikal. Dan kena hantar ujung bulan nie. Tapi saya? Masih relax dan menggoyang kaki saja lagi. Pergi office men FB. Petang pun men FB. Sampai dah jadi bosan dan sedikit kecik hati dengan FB dah. Lalu deactive la yang mengambil tempat. ^_^ Perlu ke merajuk dengan FB? Hahaha. Itu namanya emosi kurang stabil.


Emosi tak best ke? Bukan tak best, tapi macam sedikit kecelaruan. Mula-mula tersenyum gembira, lepas 3 menet kemudian, terdiam, macam tiada apa-apa rasa, lepas tu kembali normal atau menjadi terlebih gembira. Lepas tu macam sedih balik. Kadang-kadang tu bukan sedih saja yang terasa, macam-macam perasaan, tapi biar la saya je yang simpan semua rasa-rasa tuh. Graf emosi sangat tak cantik. Ada naik turun. Kenapa ek macam nie? Mungkin ada kaitan hati yang tak tenang tu kot. Hurmm.


Okeh. Tak payah cerita benda-benda yang sedih. Mari kita cakap hal-hal yang menyeronokkan hati. Apa ek?


Owh. About Seth!! Hikhikhikhikhik. Mari gelak gatal. I loike Aaron Aziz Si Laki orang tuh. Dia dah kawen. Tapi "Ade mak kisah". Lantak la kan. Bukannya suka sampai tahap nak ajak pergi kawen kat Siam nuh. Suka-suka je lah. Tapi suka-suka yang tahap. Bila dengar je nama Seth terus mood akan cantik. Hey, angau ka gila bayang nie. Hahaha.


Betul la apa yang di tulis dalam satu surat bantahan tentang Drama Nora Elena nie. Drama nie menjadikan kaum-kaum gadis akan lebih mengimpikan, angau, gila bayang, tergila-gilakan lalu akan berusahha mengejar jejaka yang berperwatakan like Seth tuh. Padahal di alam yang nyata nie memang susah nak dapat. Tah tak ada apa. Hahaha. Dah tahap kronik nie kalau yang memang betul-betul angau.


Saya? Tak ada la sampai nak kawen kena ada jantan yang serupa itu baru buleh menikah. Tidak lah sampai setara itu. Cukup lah berpandukan agamanya. Jika cantik agamanya, maka sempurnalah pada pandangan mata saya. Tak perlu ada sifat romantik, penyayang, memahami dan segala bagai tuh. Saya percaya, jika dalam hati ada pegangan agama yang kuat, sudah tentu rasa takut kepada tuhan itu melebihi segalanya. Dan bila rasa itu tertanam dalam hati sudah tentu juga segala yang di pertanggung jawabkan akan di laksanakan sepehunya. Maka akan lahirlah segala sifat-sifat yang baik yang di inginkan oleh setaip wanita. Tak begitu? Ceway. Tetiba bercakap hal lelaki pilihan hati pulak kan. hihi. Tapi dalam hal ini, saya rasa tak perlulah menCARI, marilah menJADI. Bila kita cuba menJADI yang baik, InsyaAllah, tuhan akan beri sebagaimana yang kita JADI itu.


Hurm, bila umur mula menjangkau ke angka yang lebih besar dan bau-bau nasik minyak menjadi semakin kuat, seharusnya benda-benda nie menjadi perlu untuk di fikirkan dengan lebih serius. Tapi saya? Haha. Tak pa lah. Saya masih ok saja hidup sebegini, even kawan yang kawen sudah bertimbun-timbun. Yang bertunang jugak sudah bersepah. Yang sudah punya calon pun mungkin hampir kesemua. Saya? Yang tak punya semua itu, TAPI PUNYA TUHAN yang menyintai saya lebih dari segalanya dan tak akan pernah berpaling, PUNYA KELUARGA yang akan lindungi saya sampai bila-bila, PUNYA KAWAN-KAWAN yang tak perlu risau akan relationship nya, insyaAllah sampai hujung nyawa. Sebab tu saya masih relax, cool dan tenang. ^_^


Tapi... tapi... Kawen itu akan menyempurnakah agama kita. Ofkos la saya mahu. Tapi mungkin masanya belum sampai. Mungkin juga calonnya sudah ada di depan mata, cuma tuhan kaburkan saja kerna tuhan tahu saya masih belum bersedia. Kan Tuhan itu lebih Maha Mengetahui.


Hep. Tadi bercakap hal Nora Elena. Dan tetiba pulak penulisan menjadi serius kan. Dari hati ke hati. Haha. Comel la anda nie. Okey lah. Nanti kita sambung lagi penulisan yang indah ini lagi yer. Indah di hati saya je lah. Hikhikhik.


Tetiba rasa lafar. Jom makan. Eh lupa pulak nak cakap. Tahu tak apa untung nya jadi pendidik nie. Waktu makan memang tak ada ketetapan. Kalau free je boleh keluar. Tak payah tunggu jam 1-2 petang. Huhu. Yang nie yang i loike nieee. Huhu. Tata.






No comments: