❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 25, 2011

Gila sibuk.Sibuk pun tak gila macam aku.


Hep anda. Macam agak lama tangan saya tak mengetuk papan kekunci untuk sesuatu di sini. Malam nie macam terindu-rindu pulak.

Okeh. Actually saya kena siapkan buku log saya yang langsung tak tulis apa lagi dari 3 minggu yang lalu. Malam nie baru agak gelabah biawak nak mentaip apa yang di kerjakan selama 3 minggu yang lalu di Polimas. Ya, bila lecturer nak datang melawat Selasa ini, haruslah diri menjadi gelabah. Tapi sebelum mensetat kan kerja, nak menulis sesuatu di sini. Hihi. Bules kan.

Minggu lepas saya macam agak sedikit diam dari belog-membelog nie. Agak bizi menjaga exam, membantu staff yang lain di pejabat. Dan mengkerjakan beberapa aktiviti lagha yang lain.

Eh, lupa pulak nak cakap yang minggu lepas i pergi naik bot yang kayuh kayuh tuh kat Tasik Darulaman. Hoho. BEST!!!!! Best sampai balik rumah tak mampu berbuat apa dah. Lepas maghrib terus pengsan secara berjemaah bersama ahli bilik, siap bertudung litup dengan kain telekung lagi. Dah tak sempat nak buang. Mengantuk sangat-sangat. Lepas tu, bila dah sedar, tengok jam di henpon, dah pukul satu sengah pagi !!! Ayoyoyoyo..

Itu baru pergi naik bot kayuh-kayuh dalam tasik, dah letih macam baru balik beperang, kalau lah pergi berjongging keliling tasik seperti yang di rancangkan mula-mula tuh, kompem aku pengsan 3 hari 3 malam tak bangun-bangun.

Okey. Dah. Jom buat kerja sekulah. Tata.

Eh, eh, sambung sikit lagi. Tahu dop. Saya kan jenis suka suka hati nak deactivekan facebook. Suka-suka hati like deactive 3 menet lepas tu active kan balik. Biasa la i kan penangih yang tegar. Mana boleh tak bukak. Deactive pun sebab macam bosan. Tapi sengah jam kemudian lagi lah bosan sebab tak boleh bukak FB and then active kan balik. hohohoho. Itu lah saya yang suka sesuka hati itu.

Okeh. Cerita sekarang pulak, saya suka suka hati lagi nak deactive kan lagi facebook tuh. Bila nak deactivekan balik, Facebook macam agak kerek dengan saya, ada ke patut dia suruh tunggu 24 jam baru saya boleh log in balik. Kenapa sebelum sebelum nie tak ada pun undang undang akta macam tuh. Boleh je melepaskan rindu pada facebook balik selepas deactive 3 menet. Pelis laa, tak cool la Mark Zuckerberg rule macam nie.

Mungkin dia nak suruh para pemuda dan pemudi yang gemar deactive tiga pat menet kemudian activekan balik supaya lebih serius sikit kot buat keputusan. Sebelum nie deactive buat macam button logout saja. Kejap keluar kejap masuk. ^_^

Moral of the Story : Telajak perahu boleh di undur, telajak deactive, haa, engkau tunggu la 24 hour lagi, baru la boleh nak log in. Muahahahaha. Sekian. Sila beli pantun saya.

Dah. Pergi berambus dari Blogspot dan buat kerja sekulah kamu!!! Faham.






Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket









PdanS : Kalau tak jumpa saya di Facebook, kamudian cari di blogspot pun tak nampak batang hidung, boleh la skodeng kat TUMBLR ini. Hihi. Kompem ada. Selalu update!!!


2 comments:

syrupmasin said...

haha..menarik pantun :D

mOOn said...

sila la beli.. huhu..