❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 14, 2011

Blog saya, Diary saya. Sekian. Terima kasih.


Okeh. Aktiviti membantu rakan sekerja sudah siap. Sekarang boleh berpoya-poya di laman sesawang sesuka hati. Perasaan untuk mentitip kan 4, 5 kata-kata peransang sangat berkobar-kobar. Tapi tatau apa yang patut di carut kan hari nie. Haha. Tak mengapalah. Mari kita try and error. Apa yang lalu di fikiran. Yang tu la akan di taipkan. So tak payah baca wahai reader. Hanya omong-omong kosong di kala ada kerja banyak, tapi malas nak buat. Kahkahkah.

Adakah anda tahu yang office saya sedang tak ada orang.Hanya 3 jejaka yang laki orang saja di ujung sana nuh. Yang lain mana pergi pun tatau. Wat ever lah.

Lepas tu, di pagi hari, setelah sampai ke office, lalu di lihat lah di atas meja, ada jadual peperiksaan untuk short sem. Dan dengan malas nak ambil tahu sebab kompem-kompem tak dak kaitan dengan hidup saya, jadi di abaikan saja semua kertas yang bersepah-sepah itu. Tapi rakan sekerja macam tergerak hati nak tengok jadual periksa, lalu di tarik sehelai kertas untuk di tatapkan di kala mulut rancak berbual hal hal masa lalu. Tiba-tiba... Eh.. Teh Amelia???... Munawwarah???... Eh.. Eh.. Isnin, Selasa dan Khamis... Apasal nama kita 2 naik nie.. Kahkahkah.. Selamat berbosan-bosan sewatu MENJAGA EXAM nanti..

Saya dah dapat tempat duduk baru. Lepas nie tak payah la lepak dekat meja meeting tak meeting sangat nie. Semalam ingat nak terus masuk dah bilik tu, tapi bilik tu kunci pulak. Dan orang yang pegang kunci bercuti la pulak. Hurm. Tak dapat la merasa nak duduk bilik baru yang lebih privacy. Tak mengapalah. Hari nie masih ada, nanti bila bilik tu dah boleh di buka, dia panggil la nanti. ^_^

Hep anda. Saya rasa saya semakin pasif la sekarang nieh. Hurm. Saya rasa la. Cakap saya dah tak sebanyak dulu. Hanya yang saya rasa perlu saja. Nak borak banyak-banyak pun rasa weird saja. Macam sedang belakon ramah tamah. Padahal malas nak cakap. Nak bercakap pun ada malas kan. Kenapa ek? Kadang-kadang rasa macam stress je, kenapa tak boleh berborak secara biasa-biasa, cakap hal itu ini tanpa perlu memaksa mulut untuk bukak. Kadang-kadang saya lebih prefer untuk diam saja dan jadi pendengar. Hurm. Tak mengapa lah. Abaikan. Mungkin tuhan nak suruh saya kurangkan bercakap hal-hal merapu kot. Kurang la sikit dosa.


Anda. Secara tiba-tiba saya mengantuk laaa. Errrr.. Begemana nieh. What should i do? Kena nyanyi lagu Ido, I do kah? Okey lah. No idea la. Nanti menulis lagi ya. Jom kita layan cerita Nora Elena untuk episod yang lepas-lepas di Tonton. Mari tengok sampai pengsan. Kahkahkah. Tata.








1 comment:

Liyana As'ari said...

suke tajuk entry ini.hahaha..~