❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 7, 2011

Badan saya like Kerengga? Wau !!


Today is Selasa day. Ada 2 hari lagi untuk bekerja. Hoyeay!!! Actually saya sudah rindu-rinduan pada rumah manis saya di Yan sana nuh. Tah la. Sungguh teringat sangat. Tadi ingat nak balik je terus ke rumah di Yan Indah permai nuh sebab ada kakak dari Sungai buluh berserta 3 orang kanak-kanak riang. Tapi bila memikirkan keazaban nak kena bangun awal dan drive secara menggila lagi merbahaya sebab nak kejar masa takut sampai lambat, terus lepas tu macam terbatal saja niat murni itu.


Semenjak 2 menjak nie saya macam kurang paham dengan emosi saya. Sekejap cantik sekejap tak. Kemudian nak terasa hati lalu merajuk pun mengambil tempat. Tapi sungguh tak ada sebab. Macam suka-suka. Boleh tak?? Kahkah. Tapi serius la. Nak cakap dengan orang pun macam kena paksa-paksa untuk jadi periang. Kalau tak akan jelas kelihatan muka bad mood aku nieh. Owh. Kenapa nie. Hurmm. Tah lah. Tak payah layan sangat la kan. Nanti makin menjadi.


Uit. . Hari nie saya jumpa bukti baru lagi. Lebih kukuh. Hahaha. Tadi, pagi tadi, time nak pergi kerja, saya perasan yang kain baju kurung saya sudah tidak boleh di zip, wal hal zip tu tak rosak pun. Hey, sebelum nie tak macam nie pun, boleh je zip sampai habis. Ok jer, tak sekat sekat. Hurm. Sungguh mushkil. Apakah ini tandanya yang saya sangat perlu buat baju baru? Or zip itu dah uzur barangkali. Hurm. Mari kita fikirkan bersama dan cuba menangkis semua idealisma idealisma yang berkaitan dengan masalah kegumukkan. Mari mari. hahaha.


Saya juga sungguh bimbang dengan kadar pemakanan saya sekarang nie. Owh sangat sangat. Tambah-tambah bila berada di bumi Jitra ini. Hadoi. Kenapa la semua gerai makan kena jual lebih 50 jenis lauk pada waktu lunch hour. Kenapa jugak lah semuanya nampak sedap gila gila gila, sampai macam nak cedok semua sekali. Tapi gila ka hapa. Memang la boleh habis. Tapi tak malu la orang tengok. Mesti derang cakap "Eh, budak nie, badan macam kerengga. Tapi napsu serupa dinasor" Eh eh, cup cup. Badan serupa apa? Kerengga? Kahkah. Kerengga la sangat. Nenek kerangga yang monopaus ada la.


Tadi tengah hari tadi pun bernapsu gajah jugak. Nasik sampai penuh pinggan. Lauk apatah lagi la kan. Kalau boleh nak mintak pinggan asing untuk letak lauk saja sebab dah tak muat. Dalam hati.. Errr.. Boleh ke aku habiskan nie.. Macam tak jer.. Tapi bila dah melantak sambil tengok tivi, syoq pulak dok suap-suap. Tengok tengok pinggan. Wow. Licin!! Kagum siot. Tapi perasaan kebimbangan tu melebihi lagi la. Apa nak jadi la badan aku di waktu 3 bulan yang akan datang. adakah lebih bulat? Atau akan menjadi segi pat sama? Mungkin jugak berubah menjadi heksagon? Owh noo.


Sekarang nie macam terjadi habit pulak. Duduk saja-saja nak raba-raba perut sendiri. Alah raba-raba like seorang ibu mengandung sedang berkomunikasi dengan baby 4 bulan yang ada dalam tummy beliau. Macam tu lah. Tapi aku tak de la tahap sampai nak raba sambil cakap sorang sorang "Hai baby, baby sihat".. "Baby jangan nakal-nakal tau duduk diam-diam dalam perut mummy nie". Owh sungguh tak ada. Cuma akan mengusap sambil kagum akan kebesaran yang tak pernah di capai dek akal saja. Hurm. Tak ke pelik tabiat tuh. Memang la kalau tengok dari segi fizikal memang ada gaya macam ujud insan yang bernyawa dalam tuh. Tapi rialiti nya kosong saja weh. Mungkin penuh dengan najis mutawashitoh saja. Hurm.


Dah la. Malas membelel panjang. Type 4, 5 perenggan pun boleh lapar tahap macam tak jumpa nasik 3 hari dah. Okeh. Mari bancoh milo dan cicah roti Gardenia. Owh, mari meratah milo jugak. Kehkeh..








PdanS : Saya sungguh tak sabar nak bergelar Guru. Serius laaaaaaa.... ^_^

2 comments:

fuuyooh said...

salam.. apa kabar. sihat ?

mOOn said...

salam.. sihat.. sangat2 sihat. ^_^ Anda?