❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, June 15, 2011

Ayer tangan saya.


Saya nie pantang tengok benda comel-comel. Terus rasa nak tiru dan terus buat. Lepas tu mula la nak claim benda yang di buat tu adalah hobi di masa lapang la konon-konon. Tapi bila dah sehari dua lepas tu tinggal la segala mendalah mendalah tu. Beralih kepada benda lain pulak. Hadoiii..


Beberapa bulan yang lalu saya suka sangat buat Quilling-quilling nieh. Sampai sanggup berjaga ke tiga pat pagi semata-mata nak gulung kertas kecik-kecik tuh. Tapi sekarang? Huhu. Bukan tak suka dah. Cuma tak dak la bernapsu yang membara macam dulu. Dah lama saya tak sentuh kertas-kertas warna-warni saya tuh. Balik rumah macam ada benda yang lebih penting untuk di settlekan. Huhu. Nanti-nanti la bila free saya buat quilling balik. Dah la hutang satu kad untuk rakan gay saya. Errr. Semoga beliau tak perasan. ^_^


Sebelum saya minat nak berQuilling, saya suka lukis. A.K.A menyonteng, pantang duduk saja-saja or busan mesti tangan akan lukis apa-apa saja yang nampak comel. Kalau dalam kelas tak payah cakap la. baru 3 menet lecturer dok pompang pompang kat depan saya dah kusyuk melukis kat buku note. ^_^


Dan sebelum-sebelum tu jugak saya minat menjahit manik. Nie zaman-zaman orang baru nak menggila jait manik kat baju, saya dah terlebih awal minat lagi. Hehe. Advance sangat. Sebab kakak tukang jahit so, dia macam lebih update la benda-benda macam nie. Time nie, semua baju lama-lama dalam almari di punggah balik. Habis dipelekat manik supaya nampak lebih hot. Tapi sekejap je kot. Bila dah semua orang dok gila jait manik, saya dah tak dak perasaan dah kearah tuh.


Saya jugak suka tengok orang gubah bunga. Dengki gila kalau tengok orang gubah dengan cantik sekali. Tapi bila try nampak macam serabai gila jaa. Memang tak berbakat gubah-gubah nie. Tapi serius teringin sangat nak belajar. Kalau pi rumah kakak kat Sungai Buluh tu, mesti akan ajak dia pergi kedai bunga kat Selayang Mall, Romania kot nama kedai tuh. Masuk untuk belek belek bunga ja sambil berperasaan teruja gila. Bila dah puas tengok, keluar tanpa beli apa-apa pun.


Lepas tu saya minat edit mengedit. Tak kira la edit gambaq ka, edit video ka, yang penting benda tu berkaitan dengan mouse komputer yang boleh di ketik-ketik. i loike sangat-sangat. Tapi semua ilmu-ilmu mengedit sangat tak penuh di dada. Tak berkesempatan nak mendalami dengan lebih mendalam.


Lagi satu benda yang saya teringin nak belajar, iaitu menjahit. Nak sangat sangat sangat. Yang nie nak belajar bukan sebab minat menjahit. Tapi demi masa depan. Macam sangat tak berbaloi bila beli kain sepuluh dua puluh ringgit, tapi upah.. Perhh.. Kemain mahal, tiga puluh pat puluh. Sangat tak berbaloi kan. Sebab tu sekarang nie saya bercita-cita sangat nak pergi belajar menjahit. Boleh buat kurung moden pun dah ok sebab saya suka sangat pakai baju fashion tu sekarang nie.


Pendek kata apa-apa yang berkaitan dengan seni tangan tangan nie semuanya saya minat laa.


Sekarang nie ada benda baru yang saya tengok macam best je klo boleh buat hobi baru. huhu. Hati macam tergoda je nak lukis doodle doodle nie. Serius sangat comel. Dulu saya selalu conteng kat buku je. Lepas tengok satu website nie dia ajar macam mana nak lukis doodle kalau tak ada tablet, terus jadi macam nak cuba. Huhu. Jom la, nampak macam senang je nak buat doodle comel. Ikut step kat bawah nie..


Photobucket





Kalau nak berjalan-jalan ke laman pembuat doodle yang hebat boleh klik link di bawah.







Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket






Comel bukan???? Jom pakat pakat try.. hehe





3 comments:

CikHaniBhulat said...

mmg comel...tp tgn keras mcm kayu...jadik org lidik je la..tu pon kalo xcacat la..huhu

Asyraff Zulkifli said...

http://www.doodle-from-me.blogspot.com/
dia best lukis doodle, ktorang recommend dia masuk nasi lemak kopi o. :)

mOOn said...

CikHaniBhulat : huhu..xpa. orng lidi pun comel apa. klo tngk animation y orng lidi tu, cute jee.. hehe

Asyraff Zulkifli : tahu2.. dah lama usha dia. dia mmg sngt hebat. idola saya satu ketika dulu.. hehe.. dah msk blum nasi lemak kopi o?