❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 27, 2011

Saya dan napsu serakah.


Kehadapan belog cantik. Walaupun kamu nampak macam cantik, tapi jangan perasan sangat, Mood saya lagi cantik jelita dan gilang gemilang dari kamu. Meh sini dekat-dekat. Nak tulis 3, 4 butir ayat di kala menanti jam 9 malam. 9 Malam??? Ya 9 malam ada ex-marka belakon cerita Juvana. Ex-marka?? Hihi. Termalu pulak saya bila sebut ex-marka ex-marka nie. Hihi. Alaaa. Si Daim tu la sapa lagi. Hihi. Dah! Tak payah nak menggatai sangat. Full stop.

Anda. Kenapa napsu terhadap makan saya menjadi sangat membuak-buak. Walaupun bukannya wanita yang sedang berposa ganti pun nak kena lapaq itu ini. Jugak bukannya ibu yang sedang mengendongkan baby 4 minggu. Tidak sama sekali. Tapi bila tengok semua makannan mesti jadi teruja gila. Mulut tak henti-henti "Dapnyaaa..dapnya...dapnyaaa.." Padahal yang sedang tengok tu adalah drama di tibi di mana sekolompok keluarga cina sedang menikmati makan malam. Chinese food? Errr.. Perlu ke teruja jugak. Hurm. Okeh. Memang tahap yang perlu di bimbangkan nie.

Tadi petang tetiba teringat kuih tar gulung yang gebu geban, hancus di tangan, cair di mulut.. Adusssss. Serius. Sangat mengidam nak makan kuih Tart gulung yang hancus-hancus tuh. Lagi gebu lagi la i loikeeeee. Tapi gebu yang lembap laaaaa. Kering kering saya tak layan.

Malam nie pulak, secara tiba tiba lagi, bayangan cream puff menghantui hidup ku. Adussss. Cream puff sangat sedap laaaaaa. Owh cream puff. i heart you !!!!!

Lagi? Owh, semenjak dua menjak dan tiga menjak nie saya sangat suka makan rebung. Teptiap kali lunch mesti akan pergi satu kedai kat sini dan mengsauk gulai rebung dengan begitu tamak haloba sekali sampaikan macam makan gulai rebung berlaukkan nasik. Nasik sejemput tett, lauk yang melimpah ruah. Hohoho.

Tadi pulak, sedang tengah enak-enak menikmati gulai rebung bermutu tinggi, tiba-tiba pembekal rebung asli yang selalu makcik kedai tu ambik, tiba. Dia tengah hantar stock rebung kat kedai makan tuh. Lepas tu siap offer lagi kat aku, "Dik nak beli rebung???"

Aku? Bagai orang mengantuk di beri bantai, terus dengan laju nyer "Nak!! nak!!!" Dah la murah weh. Singget lima kupang jah sebungkus. Banyak pulak tu isi dia. Lembut rebung dia. Tak macam tempat lain, selalu potong kecik kecik pun still keras jugak sikit-sikit. Tapi yang makcik nie masak. Uisshhh. Makan tak rasa rebung, rasa gulai epal gebu. Hoho. Agak-agak la nak auta pon. Tapi memang sumpah murah gila!!











Sunday, June 26, 2011

Menanti dan terus menanti.






Cepat lah jam 5

Nak balik

Saya dah bosan







Okeh okeh. Dikala menghitung beberapa menet terahir nak ke jam 5 petang, mari jawab teka teki teka tekok.


1. Banyak2 bunga, bunga apa yg warna hitam?


2. Badannya hijau, matanya merah dan berjalan mengundur, taik warna
kelabu taik anjing. apa dia... ?


3. Emak Alang ada 5 orang anak. Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu. Yang ke 5 siapa?



















PdanS : Jawapan : Bunga tayar laaa... ubat nyamuk Fumakilla..... Alang laa..

Saturday, June 25, 2011

Saya. Anak kecil. dan Incik Jodoh.


Jam menunjukkan 12.26 menet tengah hari. Beberapa menet lagi Melodi akan bermula dan saya saya masih di oofice. Tapi ada mak kesah? Yang mak berkesah sangat sekarang nie adalah, Kenapa mesti mengantuk macam semalam tak tido langsung sebab anak kecil menangis tah henti-henti dari pukul 12 malam ke subuh. Kenapa? Kenapa? Dan kenapa jugak saya tak dak anak kecik tapi berangan mahu berjaga malam dodoi anak kecil sampai subuh nie. Kenapa?????? Hadoiyai. Kawen pun belum. Ada hati nak berangan ini macam. Pergi cari Incik Jodoh nuh. Shuh shuh.

Okeh. Okeh. Jom balik rumah cari Incik Jodoh kat atas tilam empuk kat rumah sewa nuh. Jom cari sekarang di kala mengantuk tahap dewa dewi nie. Kompem ada. Muahaha.



Anak kecil????





Saya? Incik Jodoh?




Gila sibuk.Sibuk pun tak gila macam aku.


Hep anda. Macam agak lama tangan saya tak mengetuk papan kekunci untuk sesuatu di sini. Malam nie macam terindu-rindu pulak.

Okeh. Actually saya kena siapkan buku log saya yang langsung tak tulis apa lagi dari 3 minggu yang lalu. Malam nie baru agak gelabah biawak nak mentaip apa yang di kerjakan selama 3 minggu yang lalu di Polimas. Ya, bila lecturer nak datang melawat Selasa ini, haruslah diri menjadi gelabah. Tapi sebelum mensetat kan kerja, nak menulis sesuatu di sini. Hihi. Bules kan.

Minggu lepas saya macam agak sedikit diam dari belog-membelog nie. Agak bizi menjaga exam, membantu staff yang lain di pejabat. Dan mengkerjakan beberapa aktiviti lagha yang lain.

Eh, lupa pulak nak cakap yang minggu lepas i pergi naik bot yang kayuh kayuh tuh kat Tasik Darulaman. Hoho. BEST!!!!! Best sampai balik rumah tak mampu berbuat apa dah. Lepas maghrib terus pengsan secara berjemaah bersama ahli bilik, siap bertudung litup dengan kain telekung lagi. Dah tak sempat nak buang. Mengantuk sangat-sangat. Lepas tu, bila dah sedar, tengok jam di henpon, dah pukul satu sengah pagi !!! Ayoyoyoyo..

Itu baru pergi naik bot kayuh-kayuh dalam tasik, dah letih macam baru balik beperang, kalau lah pergi berjongging keliling tasik seperti yang di rancangkan mula-mula tuh, kompem aku pengsan 3 hari 3 malam tak bangun-bangun.

Okey. Dah. Jom buat kerja sekulah. Tata.

Eh, eh, sambung sikit lagi. Tahu dop. Saya kan jenis suka suka hati nak deactivekan facebook. Suka-suka hati like deactive 3 menet lepas tu active kan balik. Biasa la i kan penangih yang tegar. Mana boleh tak bukak. Deactive pun sebab macam bosan. Tapi sengah jam kemudian lagi lah bosan sebab tak boleh bukak FB and then active kan balik. hohohoho. Itu lah saya yang suka sesuka hati itu.

Okeh. Cerita sekarang pulak, saya suka suka hati lagi nak deactive kan lagi facebook tuh. Bila nak deactivekan balik, Facebook macam agak kerek dengan saya, ada ke patut dia suruh tunggu 24 jam baru saya boleh log in balik. Kenapa sebelum sebelum nie tak ada pun undang undang akta macam tuh. Boleh je melepaskan rindu pada facebook balik selepas deactive 3 menet. Pelis laa, tak cool la Mark Zuckerberg rule macam nie.

Mungkin dia nak suruh para pemuda dan pemudi yang gemar deactive tiga pat menet kemudian activekan balik supaya lebih serius sikit kot buat keputusan. Sebelum nie deactive buat macam button logout saja. Kejap keluar kejap masuk. ^_^

Moral of the Story : Telajak perahu boleh di undur, telajak deactive, haa, engkau tunggu la 24 hour lagi, baru la boleh nak log in. Muahahahaha. Sekian. Sila beli pantun saya.

Dah. Pergi berambus dari Blogspot dan buat kerja sekulah kamu!!! Faham.






Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket









PdanS : Kalau tak jumpa saya di Facebook, kamudian cari di blogspot pun tak nampak batang hidung, boleh la skodeng kat TUMBLR ini. Hihi. Kompem ada. Selalu update!!!


Monday, June 20, 2011

Penantian buka satu, tapi beribu-ribu penyiksaan !!!



Saya di Mood bohsan berbohsan. Sedang menanti ke jam 5 petang. Arrhh. Bosan. Tatau nak buat apa. Akak satu bilik pun sama. Sedang melepaskan kebosanan pada game. Aku? Game? Err.. Maaf. Kurang berminat.

Hari saya saya berpuasa. Jadi, napsu haruslah jadi membuak-buak. Even tengok ayer sirap ais yang dok joi tepi jalan pun boleh tegoda lalu nampak macam sedap gilaaa. Pada hal time tak posa takde pun nak perasan ada warung tuh. Hahaha. Nie semua napsu sarakah saya punya angkara.

Lepas tu hari nie baru tau yang McD dah keluarkan kembali burger dia yang paling lazat di dunia GCB!!! Baru type dah boleh rasa kenikmatan setiap suapan burger itu. Hadoiiiii.. Kalau lah jarak McD dan pekan Jitra adalah sekankang kera saja. Sumpah saya dah pi odder siap-siap untuk bukak posa malam nie. Tapiiii.. sayang seribu kali sayang. Kena pi pekan Aloq Staq baru boleh jumpa McD itu.

Tak mengapalah, kalau macam mengidam tahap kronik sangat malam nie, lepas Isyak nanti kita pi start keta des. Kita pi warung burger depan simpang nak pi Yawata tu. Oblong dia pun OK apa. Persis GCB jugak. Cuma pembalut dia je lah tulis Burger Ramli.. ^_^













PdanS : Nak beli apa ek pencuci mulut untuk bukak posa malam nie. Macam lapaq agar-agar.. Tapi kat mana nak cari. Bukannya musim posa yang ada bazar-bazar bersepah joi kuih muih.

Friday, June 17, 2011

Semoga baik baik saja.






Malam nie kesihatan Ayah macam makin teruk. Asyik batuk batuk dan terus batuk. Sampaikan tidur pun terpaksa dalam posisi duduk. Mana tak nya, selang saja semenet dua, mesti mulut terasa nak batuk lagi sampai mual macam nak muntah. Keliling tilam pulak, penuh dengan ubat, air masak, cawan, bekas nak ludah, air asam jawa. Hurmmm.

Risau pulak aku tengok. Rasa kasihan memang tak payah cakap laa. Aku tiga pat kali ulang masuk bilik ayah. Tanya, ok ke tak? Perlukan apa-apa lagi. Mak pulak sibuk kat dapur buatkan air asam jawa untuk ayah. Alahai. Nie yang buat aku jadi touching nie. Dah la esok Hari Bapa. Macam sedih pulak bila tengok ayah macam nie.

Bila tengok orang yang kita sayang di uji, mesti hati akan tersentuh sangat sangat kan. Nak nak pulak, orang tu sangat sangat sangat berjasa pada kita. Tapi bila mereka sihat, langsung kita buat endah tak endah je kan.

Tiba-tiba terasa sangat berdosa dengan ayah bila fikirkan hal malam tadi. Sebelum ayah keluar untuk ke majlis tahlil tadi, dua tiga kali beliau pesan kat aku, nanti tulis semua nama pemenang Tilawah Al-Quran tuh sebab dia mungkin tak sempat nak tengok. Aku yang sedang kusyuk depan komputer nie terus jawab,

"Alaaa, esok beli je la surat kabar, tau laaaa" Laju je aku menjawab.

"Muna, ayah tu" Terus mak mencelah

Kata-kata mak yang ringkas tapi sangat mendalam maksudnya terus buat aku terasa macam anak derhaka yang jahat sangat. Bukannya ayah suruh buat kerja berat-berat. Cuma salin nama pemenang je pun. Tu pun aku nak membantahkan. Semua permintaan aku yang hebat dan besar? Tak pernah pun ayah nak menidakkan. Malah di lebih-lebihkan lagi. Ya Allah. Berdosanya aku.

Aku bersyukur sangat dapat seorang ayah yang SANGAT BERTANGGUNG JAWAB. Ayah tak pernah mengeluh dengan kerja beratnya setiap hari. Sentiasa berusaha untuk menambahkan pendapatan, untuk meselesakan hidup kami sekeluarga. Mak selalu cakap, "Dulu-dulu waktu mak kawen dengan ayah, jangan kata moto, basikal pun tak dak. Hidup memang sangat-sangat susah, nasib baik la hampa dapat ayah yang rajin. Kalau tak mesti tak merasa hidup senang lenang macam la niee"

Aku sedar, aku selalu lalai kalau jauh sikit dari mereka. Tak kira la dari segi apa pun. Wang ringgit, agama, keseronokkan. Aku sangat bersyukur sebab untuk jangka masa 3 bulan nie, hidup aku akan sentiasa berdampingan dengan mereka, jadi boleh la aku perbaiki diri aku sikit.

Kalau berjauhan, selalu sangat jahil dalam bab-bab berpakaian. Bukan tak tau hukum hakam. Bukan nya tak pernah di nasihatkan. Tapi hati keras nie selalu sangat nak berdegil. Konon tak up-to-date la. Tak stylo. Bukan tak boleh berfashion. Boleh. Tapi batas aurat tu kena jaga. Longgarkan sedikit baju dan seluar kamu. Hijab not only to cover your head, but to cover your body too. Menutup aurat bukan dengan cara membalut aurat.[Peringatan buat diri sendiri]

Untuk diri aku yang nipis iman nie, memang banyak bezanya hidup dengan mak ayah dari hidup sendiri. Bila ada kat rumah, solat pun dah sentiasa berjemaah. Masjid pun selalu jejak. Majlis ilmu pun sentiasa ada. Pakaian lebih terpelihara. Semua benda-benda lagha yang aku selalu buat tu dah kurang macam lepak malam-malam. Shopping sesuka hati. Tengok wayang sampai ke tengah malam. Pendek kata hidup nak ennnnnjoy saja dengan hal duniawi. Aktiviti untuk akhirat memang kurang. Tapi bukan bermakna solat aku terus di abaikan. Tak. Cuma hal bergembira terlalu-lalu dilebihkan.

Untuk masa depan aku, aku berdoa sangat semoga aku dapat posting mengajar dekat dengan mak ayah. Tak nak pergi jauh-jauh. Sementara mereka masih ada nie, jom la kita rebut peluang untuk bantu mereka. Mungkin dari segi wang ringgit kita tak mampu, tapi kalau boleh ringankan beban kerja mereka di rumah pun sudah cukup. Jagalah dan gembirakan lah hati mereka. [Note to my self]








PdanS : Ya Allah, semoga kesihatan ayah bertambah baik bila tiba hari esok. Aminnnnn.

Wednesday, June 15, 2011

Ayer tangan saya.


Saya nie pantang tengok benda comel-comel. Terus rasa nak tiru dan terus buat. Lepas tu mula la nak claim benda yang di buat tu adalah hobi di masa lapang la konon-konon. Tapi bila dah sehari dua lepas tu tinggal la segala mendalah mendalah tu. Beralih kepada benda lain pulak. Hadoiii..


Beberapa bulan yang lalu saya suka sangat buat Quilling-quilling nieh. Sampai sanggup berjaga ke tiga pat pagi semata-mata nak gulung kertas kecik-kecik tuh. Tapi sekarang? Huhu. Bukan tak suka dah. Cuma tak dak la bernapsu yang membara macam dulu. Dah lama saya tak sentuh kertas-kertas warna-warni saya tuh. Balik rumah macam ada benda yang lebih penting untuk di settlekan. Huhu. Nanti-nanti la bila free saya buat quilling balik. Dah la hutang satu kad untuk rakan gay saya. Errr. Semoga beliau tak perasan. ^_^


Sebelum saya minat nak berQuilling, saya suka lukis. A.K.A menyonteng, pantang duduk saja-saja or busan mesti tangan akan lukis apa-apa saja yang nampak comel. Kalau dalam kelas tak payah cakap la. baru 3 menet lecturer dok pompang pompang kat depan saya dah kusyuk melukis kat buku note. ^_^


Dan sebelum-sebelum tu jugak saya minat menjahit manik. Nie zaman-zaman orang baru nak menggila jait manik kat baju, saya dah terlebih awal minat lagi. Hehe. Advance sangat. Sebab kakak tukang jahit so, dia macam lebih update la benda-benda macam nie. Time nie, semua baju lama-lama dalam almari di punggah balik. Habis dipelekat manik supaya nampak lebih hot. Tapi sekejap je kot. Bila dah semua orang dok gila jait manik, saya dah tak dak perasaan dah kearah tuh.


Saya jugak suka tengok orang gubah bunga. Dengki gila kalau tengok orang gubah dengan cantik sekali. Tapi bila try nampak macam serabai gila jaa. Memang tak berbakat gubah-gubah nie. Tapi serius teringin sangat nak belajar. Kalau pi rumah kakak kat Sungai Buluh tu, mesti akan ajak dia pergi kedai bunga kat Selayang Mall, Romania kot nama kedai tuh. Masuk untuk belek belek bunga ja sambil berperasaan teruja gila. Bila dah puas tengok, keluar tanpa beli apa-apa pun.


Lepas tu saya minat edit mengedit. Tak kira la edit gambaq ka, edit video ka, yang penting benda tu berkaitan dengan mouse komputer yang boleh di ketik-ketik. i loike sangat-sangat. Tapi semua ilmu-ilmu mengedit sangat tak penuh di dada. Tak berkesempatan nak mendalami dengan lebih mendalam.


Lagi satu benda yang saya teringin nak belajar, iaitu menjahit. Nak sangat sangat sangat. Yang nie nak belajar bukan sebab minat menjahit. Tapi demi masa depan. Macam sangat tak berbaloi bila beli kain sepuluh dua puluh ringgit, tapi upah.. Perhh.. Kemain mahal, tiga puluh pat puluh. Sangat tak berbaloi kan. Sebab tu sekarang nie saya bercita-cita sangat nak pergi belajar menjahit. Boleh buat kurung moden pun dah ok sebab saya suka sangat pakai baju fashion tu sekarang nie.


Pendek kata apa-apa yang berkaitan dengan seni tangan tangan nie semuanya saya minat laa.


Sekarang nie ada benda baru yang saya tengok macam best je klo boleh buat hobi baru. huhu. Hati macam tergoda je nak lukis doodle doodle nie. Serius sangat comel. Dulu saya selalu conteng kat buku je. Lepas tengok satu website nie dia ajar macam mana nak lukis doodle kalau tak ada tablet, terus jadi macam nak cuba. Huhu. Jom la, nampak macam senang je nak buat doodle comel. Ikut step kat bawah nie..


Photobucket





Kalau nak berjalan-jalan ke laman pembuat doodle yang hebat boleh klik link di bawah.







Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket






Comel bukan???? Jom pakat pakat try.. hehe





Tuesday, June 14, 2011

Blog saya, Diary saya. Sekian. Terima kasih.


Okeh. Aktiviti membantu rakan sekerja sudah siap. Sekarang boleh berpoya-poya di laman sesawang sesuka hati. Perasaan untuk mentitip kan 4, 5 kata-kata peransang sangat berkobar-kobar. Tapi tatau apa yang patut di carut kan hari nie. Haha. Tak mengapalah. Mari kita try and error. Apa yang lalu di fikiran. Yang tu la akan di taipkan. So tak payah baca wahai reader. Hanya omong-omong kosong di kala ada kerja banyak, tapi malas nak buat. Kahkahkah.

Adakah anda tahu yang office saya sedang tak ada orang.Hanya 3 jejaka yang laki orang saja di ujung sana nuh. Yang lain mana pergi pun tatau. Wat ever lah.

Lepas tu, di pagi hari, setelah sampai ke office, lalu di lihat lah di atas meja, ada jadual peperiksaan untuk short sem. Dan dengan malas nak ambil tahu sebab kompem-kompem tak dak kaitan dengan hidup saya, jadi di abaikan saja semua kertas yang bersepah-sepah itu. Tapi rakan sekerja macam tergerak hati nak tengok jadual periksa, lalu di tarik sehelai kertas untuk di tatapkan di kala mulut rancak berbual hal hal masa lalu. Tiba-tiba... Eh.. Teh Amelia???... Munawwarah???... Eh.. Eh.. Isnin, Selasa dan Khamis... Apasal nama kita 2 naik nie.. Kahkahkah.. Selamat berbosan-bosan sewatu MENJAGA EXAM nanti..

Saya dah dapat tempat duduk baru. Lepas nie tak payah la lepak dekat meja meeting tak meeting sangat nie. Semalam ingat nak terus masuk dah bilik tu, tapi bilik tu kunci pulak. Dan orang yang pegang kunci bercuti la pulak. Hurm. Tak dapat la merasa nak duduk bilik baru yang lebih privacy. Tak mengapalah. Hari nie masih ada, nanti bila bilik tu dah boleh di buka, dia panggil la nanti. ^_^

Hep anda. Saya rasa saya semakin pasif la sekarang nieh. Hurm. Saya rasa la. Cakap saya dah tak sebanyak dulu. Hanya yang saya rasa perlu saja. Nak borak banyak-banyak pun rasa weird saja. Macam sedang belakon ramah tamah. Padahal malas nak cakap. Nak bercakap pun ada malas kan. Kenapa ek? Kadang-kadang rasa macam stress je, kenapa tak boleh berborak secara biasa-biasa, cakap hal itu ini tanpa perlu memaksa mulut untuk bukak. Kadang-kadang saya lebih prefer untuk diam saja dan jadi pendengar. Hurm. Tak mengapa lah. Abaikan. Mungkin tuhan nak suruh saya kurangkan bercakap hal-hal merapu kot. Kurang la sikit dosa.


Anda. Secara tiba-tiba saya mengantuk laaa. Errrr.. Begemana nieh. What should i do? Kena nyanyi lagu Ido, I do kah? Okey lah. No idea la. Nanti menulis lagi ya. Jom kita layan cerita Nora Elena untuk episod yang lepas-lepas di Tonton. Mari tengok sampai pengsan. Kahkahkah. Tata.








Barang baik punya!!!



Sesuatu yang sedang saya addict sekarang ini.




^_^








Menyumpah Si sumpah-sumpah.


Okeh. Minggu nie memang dah tak ada benda lain dah aku nak tulis. Asal bukak blog je Nora Elena jugak yang menjadi pilihan hati untuk di debatkan. Hahaha. Sapa tak tengok boleh terus tekan pangkah kat atas tu. Entry nie untuk peminat tegar Nora Elena SAHAJA.

Okeh. Episod hari nie.. Macam bedebah sungguh kay Youven tuh. Eeeee. Sepanjang tengok cerita tuh mulut aku tak henti henti dok menyumpah Youvonne "Bodoh!! Bodoh!! Bodoh!!" Lepas nie tak payah terkejutlah kalau result exam jatuh mendadak lagi sebab dok menyumpah orang Bodoh sesuka hati. Haha. Tapi memang menyakitkan hati setiap perbuatan dia. Pandai dia belakon sampai buat aku geram gila, rasa macam nak masuk dalam cerita tu kejap, pergi pelampang 3,4 kali muka Youvene tu, baru puas hati. Haishhhhhhh...

Kisah cinta Seth dan Nora dan semakin bercelaru. Dah tak ada scene-scene romantik antara derang dua. Nie semua gara-gara rahsia yang terbongkar tu lah. Hadoi. Baru nak dalam hati ada taman kejap. Potong stim betoi la Nora nie. Yang gatai pi geledah si bilik rahsia Seth sapa suruh. Haishhhh.

Wow. Sungguh tidak di sangka, dalam diam aku ada bakat pengkritik yang sangat hebat. Boleh jadi Juri untuk AF nie. Kehkeh.

Okeh. Dah la. Nak luahkan itu saja. Nak pergi mandi dan bersiap-siap makan roti keping cicah milo. Menu diet malam nie yer.





Monday, June 13, 2011

Hati kucar kacir.


Hai belog sayang. Lama saya tak jenguk kamu. Sorry. jangan merajuk-merajuk. Meh sini nak tulis dua tiga perkara penting. Kalau terlebih sorry jugak la. Macam dah lama tak membelel untuk diri sendiri. Bila dah ada kamu nie, menarik jugak. Boleh la tulis macam-macam benda yang tak terkeluar dek mulut. Tak tercerita dek bibir. Semuanya nak di simpan dalam hati. Kemudian, bila jumpa kamu, boleh cerita macam-macam, hati dah rasa lega. ^_^ TQ my lovely blog.


Okeh. How your life right now? Hurm. Entah la saya pun tatau nak cakap. Di tahap yang best atau pun biasa-biasa saja. Tapi yang sangat ketara hati sungguh tidak tenang. Tah la apa yang di cari. Tuhan saja yang tahu. Tak nak lah lanjutkan lagi tentang hal ini. Biar saya dan tuhan saja yang tahu. Yang hanya dapat di pohon, semoga tuhan tetapkan iman di hati saya. Dan setelah Dia tunjukkan semua itu, jangan pula Dia palingkan. Amin..


Hal praktikal? Biasa-biasa jugak. Student masih bercuti. Jadi saya hanya merelax-relax saja di office. Tapi hari nie ada kerja sikit yang staf lain mintak tolong buat. Hilang la sikit kebosanan. Actually ada je kerja. Mini thesis yang kena buat sepanjang sebulan pertama berpraktikal. Dan kena hantar ujung bulan nie. Tapi saya? Masih relax dan menggoyang kaki saja lagi. Pergi office men FB. Petang pun men FB. Sampai dah jadi bosan dan sedikit kecik hati dengan FB dah. Lalu deactive la yang mengambil tempat. ^_^ Perlu ke merajuk dengan FB? Hahaha. Itu namanya emosi kurang stabil.


Emosi tak best ke? Bukan tak best, tapi macam sedikit kecelaruan. Mula-mula tersenyum gembira, lepas 3 menet kemudian, terdiam, macam tiada apa-apa rasa, lepas tu kembali normal atau menjadi terlebih gembira. Lepas tu macam sedih balik. Kadang-kadang tu bukan sedih saja yang terasa, macam-macam perasaan, tapi biar la saya je yang simpan semua rasa-rasa tuh. Graf emosi sangat tak cantik. Ada naik turun. Kenapa ek macam nie? Mungkin ada kaitan hati yang tak tenang tu kot. Hurmm.


Okeh. Tak payah cerita benda-benda yang sedih. Mari kita cakap hal-hal yang menyeronokkan hati. Apa ek?


Owh. About Seth!! Hikhikhikhikhik. Mari gelak gatal. I loike Aaron Aziz Si Laki orang tuh. Dia dah kawen. Tapi "Ade mak kisah". Lantak la kan. Bukannya suka sampai tahap nak ajak pergi kawen kat Siam nuh. Suka-suka je lah. Tapi suka-suka yang tahap. Bila dengar je nama Seth terus mood akan cantik. Hey, angau ka gila bayang nie. Hahaha.


Betul la apa yang di tulis dalam satu surat bantahan tentang Drama Nora Elena nie. Drama nie menjadikan kaum-kaum gadis akan lebih mengimpikan, angau, gila bayang, tergila-gilakan lalu akan berusahha mengejar jejaka yang berperwatakan like Seth tuh. Padahal di alam yang nyata nie memang susah nak dapat. Tah tak ada apa. Hahaha. Dah tahap kronik nie kalau yang memang betul-betul angau.


Saya? Tak ada la sampai nak kawen kena ada jantan yang serupa itu baru buleh menikah. Tidak lah sampai setara itu. Cukup lah berpandukan agamanya. Jika cantik agamanya, maka sempurnalah pada pandangan mata saya. Tak perlu ada sifat romantik, penyayang, memahami dan segala bagai tuh. Saya percaya, jika dalam hati ada pegangan agama yang kuat, sudah tentu rasa takut kepada tuhan itu melebihi segalanya. Dan bila rasa itu tertanam dalam hati sudah tentu juga segala yang di pertanggung jawabkan akan di laksanakan sepehunya. Maka akan lahirlah segala sifat-sifat yang baik yang di inginkan oleh setaip wanita. Tak begitu? Ceway. Tetiba bercakap hal lelaki pilihan hati pulak kan. hihi. Tapi dalam hal ini, saya rasa tak perlulah menCARI, marilah menJADI. Bila kita cuba menJADI yang baik, InsyaAllah, tuhan akan beri sebagaimana yang kita JADI itu.


Hurm, bila umur mula menjangkau ke angka yang lebih besar dan bau-bau nasik minyak menjadi semakin kuat, seharusnya benda-benda nie menjadi perlu untuk di fikirkan dengan lebih serius. Tapi saya? Haha. Tak pa lah. Saya masih ok saja hidup sebegini, even kawan yang kawen sudah bertimbun-timbun. Yang bertunang jugak sudah bersepah. Yang sudah punya calon pun mungkin hampir kesemua. Saya? Yang tak punya semua itu, TAPI PUNYA TUHAN yang menyintai saya lebih dari segalanya dan tak akan pernah berpaling, PUNYA KELUARGA yang akan lindungi saya sampai bila-bila, PUNYA KAWAN-KAWAN yang tak perlu risau akan relationship nya, insyaAllah sampai hujung nyawa. Sebab tu saya masih relax, cool dan tenang. ^_^


Tapi... tapi... Kawen itu akan menyempurnakah agama kita. Ofkos la saya mahu. Tapi mungkin masanya belum sampai. Mungkin juga calonnya sudah ada di depan mata, cuma tuhan kaburkan saja kerna tuhan tahu saya masih belum bersedia. Kan Tuhan itu lebih Maha Mengetahui.


Hep. Tadi bercakap hal Nora Elena. Dan tetiba pulak penulisan menjadi serius kan. Dari hati ke hati. Haha. Comel la anda nie. Okey lah. Nanti kita sambung lagi penulisan yang indah ini lagi yer. Indah di hati saya je lah. Hikhikhik.


Tetiba rasa lafar. Jom makan. Eh lupa pulak nak cakap. Tahu tak apa untung nya jadi pendidik nie. Waktu makan memang tak ada ketetapan. Kalau free je boleh keluar. Tak payah tunggu jam 1-2 petang. Huhu. Yang nie yang i loike nieee. Huhu. Tata.






Tuesday, June 7, 2011

Badan saya like Kerengga? Wau !!


Today is Selasa day. Ada 2 hari lagi untuk bekerja. Hoyeay!!! Actually saya sudah rindu-rinduan pada rumah manis saya di Yan sana nuh. Tah la. Sungguh teringat sangat. Tadi ingat nak balik je terus ke rumah di Yan Indah permai nuh sebab ada kakak dari Sungai buluh berserta 3 orang kanak-kanak riang. Tapi bila memikirkan keazaban nak kena bangun awal dan drive secara menggila lagi merbahaya sebab nak kejar masa takut sampai lambat, terus lepas tu macam terbatal saja niat murni itu.


Semenjak 2 menjak nie saya macam kurang paham dengan emosi saya. Sekejap cantik sekejap tak. Kemudian nak terasa hati lalu merajuk pun mengambil tempat. Tapi sungguh tak ada sebab. Macam suka-suka. Boleh tak?? Kahkah. Tapi serius la. Nak cakap dengan orang pun macam kena paksa-paksa untuk jadi periang. Kalau tak akan jelas kelihatan muka bad mood aku nieh. Owh. Kenapa nie. Hurmm. Tah lah. Tak payah layan sangat la kan. Nanti makin menjadi.


Uit. . Hari nie saya jumpa bukti baru lagi. Lebih kukuh. Hahaha. Tadi, pagi tadi, time nak pergi kerja, saya perasan yang kain baju kurung saya sudah tidak boleh di zip, wal hal zip tu tak rosak pun. Hey, sebelum nie tak macam nie pun, boleh je zip sampai habis. Ok jer, tak sekat sekat. Hurm. Sungguh mushkil. Apakah ini tandanya yang saya sangat perlu buat baju baru? Or zip itu dah uzur barangkali. Hurm. Mari kita fikirkan bersama dan cuba menangkis semua idealisma idealisma yang berkaitan dengan masalah kegumukkan. Mari mari. hahaha.


Saya juga sungguh bimbang dengan kadar pemakanan saya sekarang nie. Owh sangat sangat. Tambah-tambah bila berada di bumi Jitra ini. Hadoi. Kenapa la semua gerai makan kena jual lebih 50 jenis lauk pada waktu lunch hour. Kenapa jugak lah semuanya nampak sedap gila gila gila, sampai macam nak cedok semua sekali. Tapi gila ka hapa. Memang la boleh habis. Tapi tak malu la orang tengok. Mesti derang cakap "Eh, budak nie, badan macam kerengga. Tapi napsu serupa dinasor" Eh eh, cup cup. Badan serupa apa? Kerengga? Kahkah. Kerengga la sangat. Nenek kerangga yang monopaus ada la.


Tadi tengah hari tadi pun bernapsu gajah jugak. Nasik sampai penuh pinggan. Lauk apatah lagi la kan. Kalau boleh nak mintak pinggan asing untuk letak lauk saja sebab dah tak muat. Dalam hati.. Errr.. Boleh ke aku habiskan nie.. Macam tak jer.. Tapi bila dah melantak sambil tengok tivi, syoq pulak dok suap-suap. Tengok tengok pinggan. Wow. Licin!! Kagum siot. Tapi perasaan kebimbangan tu melebihi lagi la. Apa nak jadi la badan aku di waktu 3 bulan yang akan datang. adakah lebih bulat? Atau akan menjadi segi pat sama? Mungkin jugak berubah menjadi heksagon? Owh noo.


Sekarang nie macam terjadi habit pulak. Duduk saja-saja nak raba-raba perut sendiri. Alah raba-raba like seorang ibu mengandung sedang berkomunikasi dengan baby 4 bulan yang ada dalam tummy beliau. Macam tu lah. Tapi aku tak de la tahap sampai nak raba sambil cakap sorang sorang "Hai baby, baby sihat".. "Baby jangan nakal-nakal tau duduk diam-diam dalam perut mummy nie". Owh sungguh tak ada. Cuma akan mengusap sambil kagum akan kebesaran yang tak pernah di capai dek akal saja. Hurm. Tak ke pelik tabiat tuh. Memang la kalau tengok dari segi fizikal memang ada gaya macam ujud insan yang bernyawa dalam tuh. Tapi rialiti nya kosong saja weh. Mungkin penuh dengan najis mutawashitoh saja. Hurm.


Dah la. Malas membelel panjang. Type 4, 5 perenggan pun boleh lapar tahap macam tak jumpa nasik 3 hari dah. Okeh. Mari bancoh milo dan cicah roti Gardenia. Owh, mari meratah milo jugak. Kehkeh..








PdanS : Saya sungguh tak sabar nak bergelar Guru. Serius laaaaaaa.... ^_^

Monday, June 6, 2011

Hati saya kata.



Tak nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Cuma berdoa semoga tuhan memberi yang terbaik. Itu saja. Hebat itu tak semesti membawa bahagia. Yang penting keberkatan dari Tuhan yang membuatkan jiwa sentiasa terasa tenang. Baru ada kepuasan, even yang di peroleh itu biasa saja.


Hati sememangnya untuk di rasa. Dan sekarang saya nak gunakan sepenuhnya. Okeh. Jom terasa sesama manusia. <---Mood tak best.



Okeh. Ini untuk saya dan ofkos la saya sorang saja yang akan paham.





Sunday, June 5, 2011

My 1st day.

Hep. 1st day okeh. Not 1st night. ^_^

Banyak gumbira dan duka berlaku hari nie. Tapi meh kita cerita yang gumbira dulu.



GUMBIRA 1

Sangat sangat sangat lah gumbira sekali sebab ahli keluarga dah pulang dari becuti ke Melaka. Jadi rumah dah tak sunyi. Beborak itu ini. Pasal kenduri. Pasal jalan sesat. Pasal anak buah yang banyak songeh. Pasal tayar keta pak su pecah sebab bawak telebih muatan. Pasal bawak ramai sangat penumpang sampai bila berhenti makan kat RnR, lepas tu bila naik kereta balik jadi tak muat dah nak sumbat masuk keta. Pendek kata semua cerita yang mampu buat aku begelak ketawa sampai mata pun berair. Kalau gelak aku dah tahap sampai mata kuar air, tu menandakan memang betul-betul hati tengah riang gumbira. Hehehe. Tahniah!!!



GUMBIRA 2

Suka sebab dah pi tengok rumah sewa tadi. Okeh. Berkeadaan baik dan selesa. Yang penting ada TB untuk saya tengok Nora Elena. Hohoho. 3 kawan yang lain dah masuk dah semalam. Saya je belum lagi. Malasnya nak kemas baju segala bagai tu. Rasa letih sangat-sangat. Buat apa pun tatau la kat poli tadi. Rasanya pi melangut ja yang lama. Hurm... Kalau dah sembahyang isyak nie mesti dah lama tebongkang tidoq nie..




SEDIH 1

Hari nie my 1st day pratikal as pensyarah pelatih kat Politeknik Jitra. Tapi di sebabkan hari nie hari cuti sekolah plus hari ahad yang banyak orang mengkawen pulak tu, jadi ramai la yang bercuti... Pengarah Poli. Timbalan dia. Ketua jabatan. Penolong ketua Jabatan. dan termasuklah saya punya pensyarah pembimbing yang akan jaga saya nanti. Uwaaaa. Semua orang yang saya kena jumpa tak ada. Pagi tadi pergi dengan keadaan yang tatau nak buat apa dan duduk di mana. Meja pun tak ada lagi sebab kena tunggu ketua jabatan balik bercuti minggu depan. Jadi merempat kat bilik kengkawan yang dari jabatan elektrik yang ada meja. Derang dapat bilik mensyuarat. Hurmm.

Waktu pagi2 tu ada la 3,4 orang staf kat jabatan aku. Mai ke petang dah lesap semuanya. Semua pakat p makan kenduri. Yang ada pun tatau nak bg arahan apa kat kami-kami nie. Nak suruh duk mana pun tatau. Jadi di suruhla p melawat, jalan-jalan poli dulu. Hadoiyai.. Kenapa tak suruh balik sahaja.. Uwaaaaa...

Actually, tak la sedih sangat. Tapi sebab macam tak ada arah tujuaan dan tatau nak buat apa. Tu yang tetiba nak rasa terpinggir apa bagai. Hahaha. Gedik kan. Bukan kah itu adalah perkara yang normal di hari pertama berpraktikal bagi student praktikal. Kan.

Esok? Entah la apa nasib saya dan sorang lagi kawan. Kawan-kawan yang dari jabatan lain dah siap dapat keja apa bagai, meja, dah ada penerangan dari ketua jabatan, ada sesi borak-borak dengan staff seJabatan. Saya dah kawan sorang lagi?? Errr.. tak mengapalah. Kita tengok hari esok pulak...



SEDIH 2

Okeh. Di sebabkan saya tak ada arah tujuan. Saya pun dengan membuat kepalanya nak keluar la pi makan kenduri rumah kawan. Hebatkan. Hahaha. Tapi dengan kuasa tuhan dan kelalaian saya juga, ada masalah yang timbul.

Untuk kali ke 4nya peristiwa yang sama berulang. Padan muka. Kahkahkahkahkahkah..

Okeh. Macam biasa, saya kan nyanyok orangnya, jadi mestilah lupa tutup lampu kereta, dan bila nak start engine nak keluar pergi mengulor makan kenduri, ofkos lah tak buleh hidup. Arhhhh. Dah plan baik punya dengan rakan sebaya, nak tunggu kat sekian sekian tempat. Lagi 15 menet lagi sampai. Tub tub.. Hurmmm.. Okeh. Lepas nie sila buat lagi. Selamat nyanyuk lagiiii.. dan boleh la try mengicah semut dengan garambelacanpulak kan.

Nasib baek ada sepupu yang kerja area-area poli tu jugak. Jadi mengcontact la dengan beliau. Nasib baik jugak beliau boleh datang tolong. Hadoi. Mungkin ada hikmah jugak saya nak pergi mengulor nie.. sebabnya, saya bules tau dengan lebih awal keta itu tak boleh start. Kalau saya tak buat plan pegi makan kenduri tu mesti tatau apa-apa yang jadi pada keta saya. And then kalau lah tahu pada jam 5 petang, dah time nak balik, baru mengelupurkan. Kena pulak sepupu dah balik keja time tuh. Haaa!! Nangis la engkau sorang-sorang kat Poli tuh. Hahaha.

Kemudian ada hikmah jugak keta saya tak boleh start engine. Di sebabkan hal itu saya tak pergi mengulor and then saya kena duduk dalam poli tu sambil menganga tatau nak buat apa. Tapi sengah jam lepas tu pihak admin yang bahagian teknologi call saya suruh datang ke office derang untuk buat thumb print. Alahh, hat cop cop tangan untuk attandance tu lah. Kalau saya pergi mengular, mesti dah terkantoi di situ sebab tak dak di poli. Kan kan.

Okeh. Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Ada baik buruknya. Jadi, tak payah mengomen banyak sangat di atas apa yang berlaku. Boleh?? Dah. Mengantuk sudaaa. Tata.








Friday, June 3, 2011

1 Rejab


Jam dah nak ke pukul 4.. Ada beberapa jam lagi untuk saya menahan lapar. Kejap lagi lepas azan magrib berkumandang bules la melantak sambil tak hingat dunia. Tapi.. Sebelum melantak itu, perlulah bekerja keras membanting tulang di dapur. Hurm.. Nak masak apa ya? Perut cumil nak makan apa? ce cite ce cite.

Kat dapur ada ayam. Ada udang. Sayur je takde. Tak mengapa jap lagi lepas Asar keluar beli sayur kejap.

Hep. Dah lama saya mengidam nak masak satu menda nie. Cuba tengok gambar di bawah?







Tegoda tak??? Saya dah lama tegoda. Cuba tak sempat nak buat. Asal nak buat ja, bunda buat dadih laa... masak bubur hitam laa.. Malas la nak masak banyak-banyak makanan kat rumah. Nanti tak termakan. Membazir saja.

So, di sebabkan saya berposa sunat hari nie. Jadi, haruslah memasak mengikut kata napsu ya. Hoho. Barang udah di beli. Cuma perlukan bibik saja yang di perlukan untuk buat itu ini. Hehe.

Okeh. Jom kita pergi bersilat di dapur.. Daaaa..











PdanS : Owh. Saya masih utang berpuasa dengan Tuhan. Ada lagi 3. Eh ke 4, ke 5. Hahaha. Tak hingat la. Hadoi..

Thursday, June 2, 2011

Nora Elena.


Ngeeeeeee ^_^

Hehehehehehe

Mari angau bersama-sama. Hahahaha. Serius. Aku di landa sesema Nora Elena. Hari nie punya episod lagi la buat saya tersengeh bak kerang busuk lagi masam. Tambah-tambah dengan sikap Seth yang sangat sangat sangat romatik itu. Adus. Banja pakwe satu supa tuh bules? Huhu.

Seth nie kan.. menci tauu.. tak bules nak tulis dah.. asal type Seth saja jadi hati bebunga-bunga.. Terus jadi angau kejap.. Hahaha.. Gila!!!

Owh. Ada benda yang nak di kabarkan. Disebabkan saya macam dah tergila dengan drama nie, jadi selepas pergi makan kenduri tadi, saya menyinggah la sebentar di Tesco lalu menterjah ke Popular. Dengan satu tujuan, tak lain dan tak bukan tentulah mencari novel "Kasih yang suci". Hik hik.

Sangat mudah nak cari, masuk saja pintu depan dah nampak tersusun rapi. Memang barang terlaris la. Betul la cakap saim saya, novel nie di cetak sekali lagi kerana permintaan yang sangat tinggi. Semua nie gara-gara drama Nora Elena. Kalau tak di adaptasikan, masakan nak laku macam pisang panas.

Lepas tu saya sangat-sangat lah wonder dengan tahap keterujaan diri sendiri terhadap kejadah-kejadah ini. Hep, kamu tahu, saya bukan spisis yang kaki novel. Kaki buku or ulat buku lagilah sangat-sangat tidak. Saya sungguh tak suka membaca novel. Bagi saya "Membaca jambatan mengantuk" Ya, baru baca 2 page mata dah lali dah. Errrr. Tapi bila dah tertengok drama nie. Hadoi. Saya kah ini. My sister pun macam tak caya. Saya? Lagi lah.. haha.

Tapi kan, tapi kan... saya lebih memahami diri saya. Kalau tersuka tu akan terobses sampai begini. ^_^













PdanS : Berdua lebih baik.


Wednesday, June 1, 2011

Nah. Amek nie.. 5 aku bagi !! ^_^



HAL 1

Entah kenapa sekarang saya perlu menjadi seorang penulis blog yang pemalas update. Hadoi. Tah la kesibukkan apakah yang membataskan setiap ayat itu di karang. Tak ada rasanya. Cuma kemalasan yang semakin hari semakin menebal je. Tapi malam nie saya gagahkan jugak menulis. Semoga esok dan esok esok esok saya akan cuba gagahkan jugak.



HAL 2

Saya akan di tinggal oleh ahli keluarga untuk beberapa hari yang mendatang. Tinggal dengan adik perempuan yang sorang itu saja. My family nak pergi kenduri kawen di Melaka. Lepas tu singgah di rumah kakak di Sg Buluh, di Shah Alam, di Alor Gajah sambil beriang gumbira jumpa kanak-kanak kecil itu. Owh sungguh dalam hati ada dengki. Nak ikut, tapi apakan daya, kena pergi mula jadi pendidik pelatih pada 5.6 nie di Polimas. Hadoi. Sekarang perlu PASRAH jee.




HAL 3

SAYA GEMOK. Ya. Itu adalah pernyataan dan bukan soalan ya. Hipotisis telah di buktikan benar. Baju kurung menjadi tidak celus di bahagian buntutttt. Bigitu juga dengan beberapa helai jean yang langsung tak boleh di sarung. Mari bergelak untuk diri sendiri. KAHKAHKAHKAH. Dah.

Jadi, apa langkah seterusnya. Diet? Owh tidak. Saya dah cuba. Tapi apakan daya, saya pun tak paham dengan napsu makan bila berdepan dengan makanan yang home made home made nie. Serius shit shit shit. Biarlah yang di masak itu hanya ikan temenung dengan ayer asam saja, saya mampu tambah sampai 3 KALI !!! Tapi lain pulak selera kalau kat Parit Raja sana nuh or makanan kedai la pendek cerita. Serius aku tak lalu walaupun yang di sajikan adalah ayam begolek-golek dalam bekas, sotong pulak tembun-tembun belaka.. Tak lalu hokeh. Sila jangan paksa. Last-last yang menjadi pilihan adalah, balik rumah goreng telor dan makan dengan kicap. Mampu tambah sampai 2 kali!! Tahniah!!!

Cita-cita saya sekarang ini adalah, lepas nie, lepas menjadi warga Jitra, teptiap petang mesti pergi berjongging di Tasik Darul Aman. MESTI !!! Owh, lupa nak di kabarkan. Saya akan menjadi warga Jitra sehingga raya nie sebab saya akan bersewa rumah di sana. Huhu. Jadi syapa-syapa yang di sekitar sana yang nak belanja tengok movie or berhasrat nak jadikan saya lebih gumuk lagi sangat di alu-alukan. Nak teman jogging pun tak menjadi masalah. Hohoho.




HAL 4

Saya sekarang sedang di landa Nora Elena Fever. SANGAT SANGAT SANGAT. Duk saja-saja pun boleh teringat ke Seth a.k.a watak Aaron Aziz. Serius, sangat romantik gila gila gila. Macam sweet-sweet jerrrr. Hadoiyaiii. Pelis la, tolong la belanja marka satu supa Seth tuh.

Lepas tu sekarang nie dok kalut mencari novel dia pulak. Serius saya nak sangat-sangat. Mahuuuuuu!! Okeh okeh. Esok akan cuba terjah ke kedai buku yang berhampiran untuk sesuap Novel itu. Hoyeayyy!!

Bukan drama tu je, banyak lagi drama yang saya terlayan dan teraddict like Marimar, Juvana, dan Asmara2. Tapi Asmara2 dah tamat semalam. Sungguh kaciwa den bila ending dia tak seperti yang di kehendaki. Mungkin akan ada Asmara3 barangkali. Hadoi. Macam dah jadi geng geng makcik suri rumah tangga yang tak ada kerja apa-apa pulak. Teptiap hari dok tepacak depan TV sambil tunggu drama-drama nie. Hahaha. Comel sungguh.





HAL 5

Semakin hari semakin menimbulkan tanda tanya kepada saya. Hep, kamu. Hurm. Hurm. Hurm. Tak mengapalah. Just wait and see apa keajaiban yang tuhan nak kasi. "Nur Redha Abang" ^_^ Tapi saya suka la. Menyibuk lah lagi dalam hidup saya. Hoho. Serius. I like.. n may be i dah ter-like you laa. Titik.