❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 7, 2011

Untuk Mak.

Mak, mak ingat tak lagi, pada tanggal 20.12.1986, di suatu malam, perut mak sakit yang teramat sebab baby dalam perut mak dah nak keluar. Terus suami mak panggilkan bidan. Nak bawak ke hospital mungkin jauh kot waktu tuh. Lepas bidan sampai dan lepas beberapa jam, mak selamat lahirkan baby perempuan yang sungguh comel sekali di rumah sendiri. Lepas tu mak letak nama baby yang comel tu Munawwarah. Alahai sedapnye nama tu kan. Sungguh saya tak boleh bayangkan kalau mak letak nama baby tu Siti Amirah ke? Intan Maimunah ke? Haha. Jangan mak.




Bila baby tu besar dan dah cukup 6 tahun, mak hantar dia ke Tadika untuk bagi pendidikan yang pertama dalam hidup dia. Hari pertama hantar, mak temankan dia sampai la Tadika tu tamat. Hari kedua pulak, dia mengada suruh mak teman sampai waktu pulang. Ok, mak turutkan sebab sayang. Dan bila sampai hari ke 3, 4 dan ke 5 pun masih suruh teman kan lagi. Owh, ini sudah melampau. Ahirya dengan kerjasama cikgu tadika itu, mak pulang secara senyap-senyap dan bila anak mak tu tengok mak dah tak ada, apa lagi. Mengamok lah dia satu tadika, di baling buku bertaburan, di buang platesin ke luar tingkap. Semua-semua nie sebab nak ada mak di sisi. Anak manja katakan. Tapi saat ini lah dia mula belajar hidup berjauhan dengan mak. Pengalaman pertama yang di kutip, cukup bermakna. Terima kasih mak!




Bila masuk sekolah rendah, mak ajar dia macam mana nak solat. Bila masuk umur 9 tahun mak mula pukul bila dia tinggalkan solat. Pernah satu ketika dia tak balik rumah untuk sembahyang zohor sebab sibuk main masak-masak kat rumah jiran sebelah. Mak pergi sana dengan bawak rotan, dan terus pukul dia tanpa cakap apa-apa. Depan-depan kawan dia pulak tuh. Adus, dah la sakit, malu pun dapat jugak. Tapi tak mengapa, memang selayaknya mak didik dia macam tuh, memang di suruh dalam agama.




Kemudian mak ajar kenal Alif ba ta sampai dia pandai mengeja, baca dan boleh khatam satu quran di usia yang muda. Sungguh mak tak percaya pada orang lain untuk didik dia mengenal ayat-ayat al-quran, mak tak hantar pada orang kampung macam mak buat untuk kakak-kakak atas dia, mak ajar sendiri. Dan kadang-kadang bila mak cuti, suami mak yang akan ajar. Masa tu sungguh azab nak habiskan satu baris ayat pun sebab mengaji mesti dalam ketakutan. Lebih teruk lagi, sambil menangis-menangis. Ye la, suami mak garang sangat, mesti la dia takut.




Bila mencecah umur 10 tahun, anak mak mintak nak join net ball untuk sekolah. Mesti la mak kasi sebab mak kan sayang sangat kat dia. Mak selalu pesan, main, main jugak, buku kena baca. Mak ingat semuanya akan ok, tapi bila dah nak dekat UPSR, dia lagi aktif main net ball nie, wakil sana sini sampaikan, satu hari dia terkantoi ujian bulanan dia teruk sangat. Macam mana mak boleh tahu pun tak tau la. Lepas tu mak terus mengamuk. Mak tak benarkan dia main net ball lagi. Sedih dia bukan kepalang, terus merajuk dengan mak, cakap mak kejam. Tak cakap dengan mak beberapa hari. Kalau lah dia boleh paham perasaan mak waktu tuh, mesti dia tak buat benda bodoh tu kan. Lepas dia stop main netball, dia lebih concentrate pada pelajaran. Alhamdulillah, UPSR dia pun ok. Kalau lah mak tak stop kan dia dari main net ball tuh, Hurmm. Entah apa akan jadi la dengan result UPSR dia tu kan. Terima kasih mak!





Bila masuk tingkatan satu, mak hantar dia masuk sekolah dekat rumah, dan dia excited sungguh nak duduk asrama. Mak benarkan, mungkin dia nak belajar hidup jauh berdikari. Tapi apa kejadahnya bila setiap hari dok call mak, setiap minggu suruh mak datang jengok kat asrama sambil oder macam-macam makanan. Hadoi. Tak mengapa, anak kesayangan punya pasai, Mak tetap turutkan. Tapi bertahan setahun je duduk asrama tuh. Bila masuk form 2 and 3, dia mengada nak duduk rumah balik. Dah tak mampu berjauhan dengan mak.




Masuk form 4, dia dapat tawaran masuk sekolah teknik. Ya Allah, jauh. Sungguh excited mak tengok dia, tapi dia tak tahu, dalam hati mak sungguh ada risau yang amat. Tahun pertama duduk sekolah tuh, tak pernah ada perkataan outing ke bandar dalam kamus hidup dia. Asal hari outing je, balik rumah. Bila petang, datang balik Asrama. Even kena naik bas selama sengah jam baru sampai, dia tetap nak balik sebab nak jumpa mak. Sungguh tak senang hidup kalau tak tengok wajah mak dalam seminggu. Dan di awal tahun itu jugak lah dia meragam buat macam-macam hal, asal balik rumah je menangis, tak nak duduk sekolah tu, nak balik sekolah lama. Tapi nasib baek mak tak layan dan tak turutkan. Bertubi-tubi nasihat mak bagi supaya dia sedar. Bila dah masuk form 5, semuanya berahir. Dah tak ada menangis-menangis nak tukar sekolah. Siap jarang balik lagi. Kalau tak ada nasihat mak itu, mesti dia dah lama tukar sekolah, mesti perjalan hidup dia tak indah macam sekarang. Terima kasih mak!







Lepas habis SPM, dia dapat tawaran masuk U kat pahang. Ya Allah, suka mak bukan kepalang. Siap buat kan majlis bacaan yasin lagi kat rumah. Jemput jiran, jemput sedara mara, jemput orang masjid. Ramainyaa. Segan pulak dia bila tengok mak beriya sampai macam tuh sekali. 6 tahun dia kat Pahang, hidup tanpa mak di sisi. Dari situlah dia belajar untuk berdikari, semakin hati semakin kental hatinya. Rasa rindu apatah lagi, memang tak dapat di bendung.






Bila balik kampung je, mesti akan ada lauk yang sedap-sedap yang mak masakkan. Pernah satu ketika dia mengidam nak makan bubur kacang, lalu di tanya dengan emak, macam mana nak buat. Belajar punya belajar, ingatkan nak terus buat, tapi dia hentam pi tidur dulu. Hadoiyai, dia memang begitu. Bila dah bangun dari tidur, bukak-bukak tudung saji, Ya Allah, bubur kacang dah siap masak!!! Sapa lagi yang tolong buat kan kalau bukan mak! Terima kasih mak!!!






Dan bila nak dekat cuti sem saja, mak mesti sibuk tanya, bila nak balik nie. Ye la, mak kat rumah dah sibuk nak tukar langsir baru, nak cari sofa baru. Tapi mak tak percaya dengan taste sendiri. Nak jugak dia ada di sini untuk teman memshoping. Taste pilihan dia adalah cukup cantik dimata mak. Bangga dia.






Bila dah habis belajar di Pahang, bermulalah hidup dia untuk bergelar seorang pekerja. Merata dia cuba cari. Tapi macam susah je. Maklumlah fresh graduate. Mak aset tanya, tak boleh ka jadi cikgu, senang sikit. Hurmmm. Terus tiba-tiba dia buat keputusan untuk sambung lagi belajar, untuk jadi cikgu dan untuk mengembirakan hati mak. Tanggal 27 June 2010, dia daftarkan diri di UTHM. Maka bergelarlah dia student pendidikan A.K.A bakal pendidik untuk setahun setengah di bumi Johor. Hurmm. Jauh lagi dengan mak. Tapi tak mengapa, setiap perbuatan yang mendapat keredhan dari ibu pasti akan di permudahkan oleh tuhan. Dia percaya yang itu. Terima kasih mak!


Sekarang dia di sem 2 dan tinggal satu sem saja lagi untuk di habiskan. Sepanjang tempoh itu, hidup dia memang sangat bergantung harap dengan mak. Bila dah namanya student dan belum bergaji, maka setiap minggu mesti ada ayat-ayat manis yang di hantar ke henpon mak. Dan selalunya akan di balas dengan kabar gembira jugak. Terima kasih mak!!


Sekarang jugak, dia sibuk menulis sesuatu di blog dia, dengan harapan mak boleh baca. Tapi dia tahu, mak mana ada benda-benda canggih macam nie. Tak mengapalah. Sekuranga-kurangnya dengan menulis semua ini, dapat lah dia sedar betapa besarnya jasa emak untuk dia.


Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang mak curahkan kepada dia dari seawal kelahiran sampai lah ke saat ini. Tak terkarang oleh jarinya, tak teringat di mindanya untuk titipkan setiap jasa itu. Dan jika di cari, di usahakan apa-apa bentuk perbuatan pun bagi membalas pengorbanan itu, belum tentu semua itu setimpal denga segala penat lelah yang mak lakukan. Terlalu besar dan infinity. Hanya yang mampu dia lakukan adalah berusaha mengembirakan hati mak dan sudah tentu doa yang berterusan yang tak pernah putus-putus untuk mak yang dia cuba pohonkan.


"Ya Allah Ya Tuhan ku, kau rahmatilah hidup ibuku, kau kasihilah dia sepertimana dia mengasihani aku dari kecil hingga dewasa, kau ambunilah segala dosa-doasanya, kau berikanlah dia kesihatan yang baik, kau murahkan lah rezekinya, kau jauhkanlah dia dari sebarang bencana dan andai, masanya sudah tiba, kau cabutlah nyawanya tika dia dalam keadaan beriman dan tempatkan lah dia dalam kalangan orang beriman. Aminnn..."






Love you Che Sayang Binti Che Man!!




1 comment:

iman said...

rasa mcm mahu qeyau baca entri ini...huhuhuhu...