❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 19, 2011

Titik.

Hai anda. Sudah lama tidak titipkan sesuatu di sini. Bila di belek-belek entry untuk bulan nie dan bulan lepas macam dah susut sikit. Kalau tengok balik dari bulan November tahun lepas sampai la ke Mac semuanya 30 plus plus entry yang keluar teptiap bulan. Tipi bila masuk hujung-hujung sem nie. Hehehe.

Sebenarnya nak tulis. Tapi bila penulisan yang isi kompem-kompem adalah sama di setiap hari, jadi malas la nak update. Setiap hari aset bermadu damda dengan hal PS saya saja. Yang tu je yang dapat di ceritain. Busan bukan? Lagi pun otak sangat stress dengan hal-hal belajar. Tak mampu nak update selalu. Okeh lah, tak payah nak kena bagi penerangan yang panjang lebar. Tak dak sapa berminat nak amek tau. Kalau ada orang baca pun kira memang betuah lah. Kahkahkah.

Hep, anda tahu, saya tak suka dengan diri saya sekarang nie. Terlalu lalai dan leka dengan internet. Especially dengan Facebook facebook nie. Nak kata addict tu tak la sangat. Tapi asal bangun tidur je, celik-celik mata, badan pun tak sempat nak turun dari katil, teruskan on kan my Lappy. Wat da hell kan. Lepas tu bila dah start mengadap kejadah itu, mesti semua kerja tak jalan. Saya pun tak paham. Kadang-kadang rasa macam, kenapa lah aku kena jadi hamba kepada benda-benda nie. Kenapa la tak boleh control. Kenapa lah macam sungguh bodoh membukak page yang sama berulang kali sambil menunggu komen orang, sambil membaca status orang dan mengsibuk ambik tahu hal orang. Kenapa saya perlu jadi seperti ini haa???


Dan mulai saat petang tadi, bila kesedaran dah menjelama, saya dah bertekad dengan diri sendiri, berFB bila perlu je, bila segala kerja selesai. Tak payah menjadi hamba sangat kepada kecanggihan-kecanggihan zaman sekarang nie. Bukan saya melarang diri sendiri untuk berFB. Tapi masa yang ada, yang terluang, sepatutnya saya gunakan untuk pergi kemas rumah, pergi mandi, pergi masak untuk anak-anak kecil. Perlukan priority kan benda-benda macan nie dulu. Ini tak, Fb Fb Fb. Rasa macam nak sekeh je kepala sendiri. Hadoi.

Okeh. Full stop untuk semua ativiti melagha-melagha nie. Dah. Sekian!!!






1 comment:

fahmimustakim said...

kak muna, saya datang melawat :)