❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 26, 2011

Suku. Duka. Suka. Duka. Suka. Suka. Suka.



Suka.


Tadi pergi buat lawatan kat Politmas Jitra, bukan lawatan sangat pun, pi pantau pantau apa yang patut, like jumpa Ketua Jabatan, jumpa penyelia yang akan selia saya sepanjang latihan nanti. Lepas tu bincang subject apa yang boleh nak ngajar. Lepas borak-borak, dapat la 13jam per week subject yang kena mengajar. Highway, geoteknik, autocad. Hoho. Mari kembali mensetadikan diri. Owh yeay!!!!


Lepas tu, mereka-mereka di situ baik jugak la. Ramah je aku tengok. Ok la. Semoga nanti nanti pun akan baik sampai aku habis latihan nanti.




Duka.



Result dah keluar. Jadi perlulah berduka. Result jatuh kedebum kedebum macam bunyi nangka buruk jatuh dari atas pokok yang tinggi dia 35 kaki. Dah la buruk, berulat pulak tu. Lepas jatuh terus hancus bekecai. Ulat-ulat pun besepah di sana sini. Bertempiaran lari. Ada yang hidup, ada yang mati tanpa sempat bertaubat. Sekian.

Kahkah. Macam dasyat sangat je keterukkan result exam aku kan? hohoho.

Entah la nak cakap. Tak ada yang gagal. Macam cantik jugak. A dan B seimbang serta berpasang-pasangan. Cun bukan. Hahaha. Tapi sedikit kaciwa la bila orang lain dapat lebih sikit pada kita. Macam tak best jugak la. Tapi memang kena la dengan diri sendiri yang belajaq pun men-men kan. Dapat la result main-main jugak. ^_^

Apapun pointer sem nie lebih rendah dari sem lepas. Padahal sem lepas lagi la main-main. Nak exam je yang terasa belajaqnya. Tapi resultnya? macam cantik la jugak. Hurm Hurm.. tu la.. rezeki di tangan Allah. Kita dah buat, kalau Dia cakap tak mau bagi tu nak buat macam mana kan. Kita kena rehda la. Mesti dia nak bagi yang lebih menggembikan hati kita lagi ka.. Mana tau. Kot-kot sem depan dapat A semua ka, Tak pun dapat posting awai gila-gila kaaa. Lagi tak sangka, tub-tub dah kawen bulan 12 nie. Haaaaa!!! Sila la masuk balik ke tajuk pembelajaran kita ya. Jagan la lari jauh jauh. kahkahkah.

Apapun. Saya nak say Thank you Allah. Syukur. Alahamdulillah. ^_^

Semoga PS sem depan baik-baik saja. Saya risau yang tu jer.





Suka.


Tadi, tengah-tengah nak sembahyang, tiba-tiba.. Pinnnnnnnn. Bunyi van depan rumah. Ada orang mai. Dah orang yang mai tu adalah lah Van Pos Laju. Wah!!! Ada parcel. Dengan tidak bekelumbung dan berbaju kurung tanpa kain, terus kepala di keluarkan dari tingkap rumah.



"Ya."

"Munawwarah Ismail?"

"Ya saya"

"Okeh. Tulis nama, IC sini, sign sini"

"Okeh"



Dengan rakus membukak parcel. Sembahyang sat lagi nooo. Hahaha. Tahu apa?? Hik hik hik. Minggu lepas saya ada buat enrty tolong promosikan blog Radiusite kat SINI. Dan sepuluh yang terawal yang post akan dapat 2 helai tudung free dari dia. Kebetulan saya memang tak dak keja apa minggu lepas, aset mengonline jee, jadi terserempaklah dengan penawaran yang Blog tu buat. Tanpa berlengah terus update blog. Tak sampai sejam, pertandingan tu dah tutup sebab dah cukup 10. Cepat sungguh orang reply. Alhamdulillah, memang nak jadi rezeki saya kan. Dah la tudung pesen tu dah lama saya usha, cuma tak sampai hati ja nak beli. Mahai sangat. hoho.




Nie inner yer. Bukan tudung yang pakai kat luar. Kenapa saya nak sangat inner nie? Dengan inner nie kita bules buat shawl peshen-peshen macam Hana Tajima dengan Yuna tuh. derang kan suka pakai tudung loose-loose. Alaaa, pesen yang kalau orang tatau itu adalah pesyen dia akan cakap "Eh, ko bangun lewat ke tadi sampai tak sempat nak pakai tudung elok-elok?" Tak pun, "Nie pakai tudung cara orang malaih nie"


















Jadi bila saya try buat pesen loose-loose seperti di atas, ia akan menampak leher saya la. Jadi tak cantik la kan. Dengan adanya inner baru yang saya dapat nie, dapat lah saya membuat pelbagai jenis pesen tudung tanpa perlu segan-segan itu ini terbukak. Hoho. Tapi saya mushkil, bila saya buat pesen-pesen seperti di atas awat tak segak macam dia ha??? Dah, tu je saya nak cakap. Tata. Nak pi pasat malam. Hoyeay!!!









No comments: