❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 5, 2011

Mission yang tak complete sangat. Kehkeh.



Hep anda yang kacak. Mari sini. Dekat-dekat sikit. Meh rapat-rapat. Wow. Hahaha. Gilos. Pergi main jauh-jauh kalau tak nak baca entry yang agak berterabur ini.

Saya di mood happy. Jadi suka hati saya la nak menulis apa pun kan. Sekarang mari kita lihat sejauh mana hebatnya jari gemok gedempon ini mampu mengarang sesuatu yang tiada arah tuju. Hanya berpandukan hati yang riang gumbira tanpa sebab. Hahahaha.

Eh, anda tahu, saya baru pulang dari Library, nasib baek weh... nasib baek tak teruskan niat mencuri buku di library. Hadoi. Kawan saya dah hamper kantoi tadi. Hahaha. sungguh melucukan hati. Keluar-keluar pintu library tuh, tiba-tiba tutt tuttt tuttt, pintu berbunyi. Dalam dada memang ada cuak lah. Tapi sebelum sampai pintu lagi saya dah pesan siap-siap, kalau pintu bebunyi, dan ada staff tahan cakap, "Thesis nie SV saya yang bagi, bukan amek dari library nie". Pandai sunggu saya mendidik kawan-kawan menipu kan. kahkah.

Actually thesis tu di ambil dari library satu lagi [library kampus bandar] atas kebenaran orang yang jaga library tuh, siap offer lagi pilih je thesis mana yang nak amek bawak keluar, wow. Ajaib sungguh, bukan ke thesis tu bahan-bahan yang terkawal ke, kalau kat UMP dulu, siap ada perempuan garang lagi dok menilau jaga bilik thesis, kot-kot ada orang nak ambik gambar, inikan nak bawak keluar.. menang tak payah mimpi lah.

Okeh,okeh, sambung cerita tadi, Kemudian, thesis yang di curi atas kebenaran yang senyap-senyap dari kampus bandar itu tadi di bawak masuk ke library kampus induk. Library yang main laa. Semua bar cod yang di pelekat dah selamat di cabut dari thesis berkenaan. Macam, budget bila scan kat pintu keluar tu tak ada apa-apa la. Akan tetapiiii... hujan batu di negeri sendiri, tak payah la berangan otak itu geliga tak terperi. Owh nooo. Comel betul bunyi tadi. Dah la jatam kacak penuh di pintu luar library. Dah la semua staff library sibuk dok kat kaunter sebab dah jam 10.30 malam. Time balik weh.

Bila bebunyi je pintu tu semua orang pandang. Lalu apa lagi, di panggilah kawan saya tadi tuh. Kahkah. Aku pulak, mula la mendrama queen, bok buat tekejut, hey, apasal nie, apasal bunyi bunyi. Kahkahkah.

Nasib baik time tuh staff macam semua kalut nak balik, so derang tanya biasa-biasa je la, bila kawan saya bagi jawapan yang di ajar tadi "Thesis nie SV saya yang bagi, bukan amek kat sini" terus di lepaskan. Macam tak check betul-betul sangat. Lagi pun kawan saya tuh pegang laptup, staff tu cakap mungkin bunyi pintu tu sebab laptup yang di bawak tuh. wat everlah. Janji kami-kami saja yang tahu, buku itu sungguh tiada permit.

Sebelum keluar tadi saya dah pengang satu thesis nie, memang dah nak cabut sticker dan bar code dia, tapi, tak bawak beg plastik la pulak, kalau tak boleh jugak la masukkan thesis tu dalam beg plastik tadi, sambil kuar buat muka sposen. Nasib baik tak buat lagi. Tapi minggu lepas punya cerita, dah siap cabut dah sticker dia. Nak seludup la nie, tapi, last-last bila tak jadi pulak sebab tukar method, so thesis tu jadi tak sesuai la. Lepas tu dok gigih pelekat balik sticker ngan bar code ke thesis tu balik. Hadoii...

Okeh. Itu saja yang saya boleh laporkan kejadian sebentar tadi, pulang dengan hati yang gumbira. Sebab tu la kot rasa riang gumbiranya tak abih lagi. hadoi. Bila gumbira saja mesti tak mo buat apa-apa kerja dah. Nak melagha jaa. Mana bules macam nie baby muchuk muchuk. Owh, serius shit shit shit saya malas. Terlalu gembira sangat dapat menjadikan diri kita malas ke? Hurm.. satu persoalan. Boleh di buat kajian nie. Hurmmm. Okeh. Simpan untuk PHD nanti i kaji. PHD?? wow. saya mahu menyambung PHD? okeh.okeh ke perenggan yang lain pulak kisah nie. Macam dah bercampur baur je aku nengoknye.. Hahaha.


Saya mahu menyambung PHD?? saya?? yang pemalas belajar ini?? yang suka bermain-main ini?? Owh tidak... kalau ada rezeki apa salahnya kan. Hahaha. tapi.. tapi.. namo la duk Parit Raja lagi. Nak duk KL Skarang KL Skarang. Sedey tau. Aset jauh je ngan keluarga. Letih la macam nie. Erk, sudah lari tajuk. Cerita PHD tak bahis lagi dah masuk cerita jauh dari kuarga. Hadoi. Ya, hasrat dihati memang macam nak jee. Entah laa. Tapi, orang tua-tua cakap pompuan tak elok mengaji tinggi-tinggi sangat. Nanti tak dak orang nak masuk minang. errr. Boleh pakai lagi kah di zaman Facebook Twitter nie? releven lagi kah? hahaha. Jodoh pertemuan di tangan tuhan la. Bukan tahap education yang jadi titik penentuan. Paham.

Okeh, buat masa sekarang memang nak bekerja dulu. Mahu mengumpul duit, mahu mencari Incik Jodoh yang batang hidung tak nampak-nampak lagi nie. Nyorok mana tah lama sangat Haish, peluh ketiak nie dok cari. Nak bantu mak ayah. Nak kumpul duit pergi mekah. Banyak tuh perancangan saya. Memang macam kena kerja saja. Tapi tengok lah. Tak boleh nak janji apa. semuanie tuhan yang aturkan. Kita hanya syoq merancang saja. ^_^

Wah, memang tak ada hala tuju la entry nie, entry membalas dendam nie. Setelah beberapa hari tak dapat nak update, sibuk gila vavi. Memang mengstress kan. Hurmm. Biasa la, nama pun belajar dengan tak ikelas, memang la stress. Cuba belajar dengan hati yang iklas. Mesti suka dan bahagia punya. Hahaha. Sila amek cili dan pepak sebijik sebijik. Bertidak sekarang!!!

Tapi kan.. tapi kan.. sesuatu yang saya dah lama perasan dalam diri saya, hati saya nie mudah untuk di bentuk untuk menyukai sesuatu. Mudah menerima sesuatu yang baru, even mula-mula tak suka. Serius. Saya rasa saya dah ter INLOVE dengan dunia pendidikan nie, hey, engkau ingat apa? INLOVE dengan lelaki baik itu. No laa. Mana boleh nak pi tersalasul cerita saya terinlove dengan mamat bahek hati itu. Tak dak maknanya, nantilah kita perdebatkan tajuk tuh. Sekarang di mood pembelajaran.

Serius, saya macam suka buat kajian-kajian sosialnya yang sangat mencerewet kan, tak macam PSM saya dulu, sangat berlainan cara kajiannya. Dulu kaji konkrit, kaji tanah, kaji segala bagai yang ada kaitan dengan awam. Sekarang? kaji orang. Hurm. Menarik. Dah lebih complicated. Sangat-sangat. Setiap persoalan kajian, latar belakang masalah, memang tak boleh taram main-main. Sangat diperbincangkan dengan begitu detail sekali. Boleh jadi kena re-viva kalau salah.

Dulu, degree dulu-dulu, objective pun suka hati letak. Menang suka-suka je lah. Hadoi. Sekarang baru terasa buat research. Nie baru buat coursework, dah terasa bahang kesukaran nak buat PS, kalau betul-betul saya amek research, mesti botak jugaklah kepala nie.

Errr.. jauh nya saya dah termelalut. Hadoi. Syoq jugak yje menulis dengan hati penuh rasa gumbira nie. Tak terasa panjang pun. Tup-tup dah sepuluh peranggan dah. Isi pun main bedal saja. Hahaha.

Okeh lah, saya rasa, saya perlu stop. Perut dah stress nie tak di isi. TAK DI ISI??? Bukan kah petang tadi dah melantak nasik goreng kampung dan telor mata plus ayer limau ais. Pelisss, tolong hapal, saya suka 3 jenis makanan itu buat masa sekarang nie, kalau pi kedai tak dak menda len dah nak oder. Tapi kan, kedai tadi masak tak sedap laa. Bek nasik goreng aku mantob lagi. Hurmmm.. Dah laa.. Tersasar lagi, kalau macam nie bila nak habis kan? Dah tata.











PdanS : Sebab saya suka jugak adalah dengan tiba-tiba adanya kamu!!! Ting!! Jengoi di internet saya. Suka jadi chipsmore tau, kejap ada kejap tak dak, busan sungguh laaa...

No comments: