❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 4, 2011

Entry tak sengaja.


Hep anda. Macam sangat lama tidak menulis sesuatu di sini kan. Sekarang masa sungguh tak mencukupi. Tersangat padat dan sendat lalu membuat kan nafas saya pun tersekat-sekat. Ceeeywahhh. Macam bepantun pulak ye engkau Senah. Okeh okeh.


Hari nie? Hari nie dan hari sebelumnya sangat menstresskan saya. Semua nie gara-gara hal PS saya. Tapi di petang yang indah dan penuh barakah nie, saya bersyukur sangat sebab SV saya dah menurunkan tandatangan di satu borang kebenaran untuk memvaiva. Nak pergi present proposal pun kena ada pengesahan dari SV. Memang menarik lah management di sini.. Dulu waktu kat UMP, tak dak pulak kejadah-kejadah sebegini. Hadoi. Tak mengapa, SV saya dah sign dah cukup bersyukur, walaupun masih ada kesalahan yang perlu di perbaiki di proposal saya.

So, hari isnin nie boleh la saya pergi bertempur di medah perang. Harapnya semoga tak mati terkorban. Biarlah di tembak bertubi-tubi, tapi nyawa masih ada, supaya saya dapat kutip pengalaman bagaimana yang di katakan sakit itu. Jadi saya boleh belajar bukan. Haha. Sokmo nak bagi ayat sastera Merongmahasuasa. Menci tau. Dah. Tak payah nak jadi ZA. Jadi bekas awek ZA sudah.


Malam nie, hal-hal PS mungkin boleh di lupakan sekejap. Kena mula study untuk paper esok. MULA STUDY? ya, baru nak mula. Hahaha. Sebab semua masa yang ada sebelum nie hanya untuk PS saja. Even PS tu 2 kredit dan paper esok 4 kredit masih nak pulun PS lagi kan. Hadoi.


Lepas tu apa lagi ek yang saya nak tulis. Hurmm. Sebenarnya macam-macam nak cerita tapi bila bukak je blog nie terus hilang. Yang tinggal cerita hal-hal belajar jee. Hadoi.


Hep, tadi tidur saya di hidangkan mimpi indah lagi. Kahkahkahkah. Asal mimpi indah kena gelak setan. Ya la, kalau indah-indah tu semuanya setan yang punya. Di indahkan supaya kita suka dan tak dapat bezakan yang mana baik yang mana buruk. Paham. Tapi macam biasa la kan. Bila yang indah itu dalam mimpi saja, boleh la kita tukar jadi INDAH WATER saja.


Lepas tu, hey hey hey, ramai cakap saya da gumuk. Ye ke? Fine!!!!! Saya tau la saya dah gumuk. Lepas tu tak nak kawan ngan saya sudah laaa. Tak payah komen lagi kat wall saya. Pergi la kawan dengan orang lain. Hina sangat ke kalau saya dah gumuk. Huduh sangat ke di mata kamu. [Munawwarah, boleh tak anda stop merapu]

Haha. Penulisan yang tak baik untuk kesihatan. Sila lupakan ayat di atas. Hahahaha. Munawwarah, bila anda sudah gumuk, lalu pipi pun tembam dan badan jadi tembun, anda seharusnya bersyukur pada tuhan. Sekurang-kurang nya anda tidak kurus kering kerana tiada makanan yang hendak di santapkan. Bila dah tembun, ini bermakna, sungguh banyak makanan yang masuk ke badan anda, sungguh murah rezeki tuhan terhadap anda kan. Tak putus-putus memberi rezeki sampai anda jadi sedikit berisi seperti ini. Jadi bila anda sudah gumuk, anda seharusnya bersyukur bukan???

Tapi kalau dah tergumuk sampai nak jalan pun tak boleh, nak berdiri pun tak mampu.. Owh, sila bersyukur jugak sebab bersyukur itu perlu di setiap masa, baik di waktu kita senang ataupun sedang ditimpa musibah. Tapiii, bersyukurlah sambil berusaha kurangkan obesiti anda itu. Macam tak comel pulak, dok bersyukur dengan gemuk yang ada, tapi tiada sebarang inisiatif nak memulihkannya. Sampai datang pelbagai penyakit, sampai tak bleh jalan, sampai menyiksakan diri sendiri pulak tu. Tak comel bukan..

Sebenarnya, bersyukur tu bukan sekadar perkataan yang di lafazkan macam sebut "Alahamdullilah" okeh aku dah bersyukur. Bukan. Bersyukur nie perlu di sertakan kesedaran dalam hati, lalu di terjemahkan dalam bentuk perbuatan. Barulah boleh di namakan insan yang bersyukur. Saya? Masih di peringkan lafaz je, kesedaran kurang. ^_^


Dah la. Nak tulis dua tiga ayat je tadi. Termelalut panjang pulak. Okeh. Tata.



No comments: