❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 7, 2011

Bukan entry Hari Ibu.


Hello kamu. Saya kebusanan nie. Mencari mood untuk menulis. Mari kita cuba ya. Errrr? Nak menulis pun kena cuba-cuba kah? Owh, memang special edition la engkau nie Senah. Hurm

Tadi busan, jadi mencari la altertanif untuk membelek-belek album lama yang bersemadi dalam laptup nie. Tapi sayang, tak banyak. Semua gambar yang paling latest yang 2,3 bulan yang lalu di ambil je yang di simpan kat sini, yang lain-lain-lain semua dalam komputer lama kat rumah. Dan yang lagi-lagi lama pulak, dalam hard disk yang sudah rosak. Oh mai goshhhh. ROSAK?? Ya, rosak dan tatau boleh baiki ke tak lagi, dah try antar kat kedai, dia cakap dia tak pandai nak baiki. Jadi, jadi? saya rasa saya tak mo bercakap hal Hard disk. Busan. Next topic.

Er.. Busan ke? sebenarnye mata saya dah setim setim siakap 3 rasa dah nie. Mulut pun dah pandai menguap dengan bukaan yang mampu menengoyakkan pipi. Errr.. So, perlukah saya matikan penulisan ini? Sangat tak perlu. Saya nak menulis beberapa bait lagi. Sila terima kalau pengceritaan seakan orang tengah mabuk-mabuk yer.

Hep, mata mula berair. Hidung pun dah menunjukkan tanda-tanda ada cecair yang mahu mengalir keluar dari lubang sempit itu. Tak mengapa. Saya cuba teruskan. Hahaha. Sungguh penggagah la saya nie. Hadoi.

Kamu tahu. Esok, hari ibu. Bila hari ibu haruslah menjadi rindu sama ibu kita bukan. Tapi lain pulak kes saya, tak payah tunggu hari ibu, lain-lain hari pun macam ahad, kamis, selasa memang setiap harilah, hati ini puas menahan rasa itu. Owh, sungguh saya tidak mahu menerbitkan apa-apa cerita tentang hari ibu dalam entry ini sebab saya rasa entry "Hari Ibu" perlu di special edition kan. Mana boleh rojak-rojak saja kan. Tapi berdoalah supaya saya ada kerajian untuk semua itu. Sebab sekarang saya macam dah mula suka melepak di Tumblr. Kehkeh. Maap ye blog. Bukan niat untuk mengkayu tiga kan kamu. Tapi bila mood untuk mengarang itu hilang. Tumblr adalah tempak lepak yang terbaik. Tak perlu kerahkan otak untuk keluarkan tiap butir ayat, cuma duduk, lihat dan baca saja some quote yang cukup meaningful untuk hidup saya sekarang ini. Dan sungguh membuat akal saya berfikir. Saya suka.

Tetiba rasa macam nak tulis entry hari ibu pulak. Dah. Jom ketik new entry!! huhu. Daaaa.






1 comment:

Munirah said...

haha..secara tak langsung dah buat entry hari ibu :P