❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 24, 2011

Bangun pagi gosok gigi, cuci muka dan mandi....


Hai blog ku sayang. Macam dah lama tak conteng=conteng di dada kamu kan. Alalala muchuk muchuk macam. Meh sini dekat-dekat. Meh nak hug sikit. Cabut bulu dada tiga pat lai.. Alalalaa.. Nomey-nomey nya. Hokeh! Dah cukup.

Actually, banyak je cerita nak tulis, tapi asal idea tu datang je, mesti time aku tengah masak, tengah kemas rumah, tengah layan cita Marimar, tengah ngasuh 3 budak kecik, dan tengah on daway nak tidoq. Errrr. Kukuh tak alasan? Hohoho. Wat everlah. Janji tu la activiti harian aku sepanjang dok kat rumah nie.

Hep, nak tau tak, sekarang nie kan, lepas subuh je i dah tak tidur balik.[cepat cakap, ade aku kesah?] Serius weh. WOW. WOW. Munawwarah kah itu?? Kahkahkah. Ya, itu lah saya bila pulang ke rumah. Akhlak lebih terbela. Ibu suka, Tuhan sayang.

Dari hari Sabtu hari tu aku sampai rumah, memang aku try train diri supaya tak tidur after Subuh. Namo namooo yerr. Dan sudah pun berjaya hingga ke hari ini. Yes!!

Macam pelik je kan tetiba aku jadi bahek semacam. Hahaha. Actually, aku tak tidur nie ada sebab, 1st lagi seminggu aku nak kena pergi latihan mengajar kat Polimas. So, kena la belajar bangun pagi. Tak kan nanti masuk-masuk kelas dengan mata bengkak lebamnya, taik mata tak dan nak buang, baju tak iron gara-gara terbangun lambat. Owh noo. Canot maaaa. Time aku student boley la. Sekarang dah jadi bakal pendidik. Sungguh tabley.

2nd [yang sebenarnya yang nie la 1st. Tapi macam segan pulak nak letak 1st takut orang fikir.. cehh.. budget budak bahek la konon.. piraaaa.. tapi apa da hal. Lantak aku punya suka la kan. Janji aku tak mengguris hati mak bapak aku. Err. TerEmosi sebelum memberi penjelasan pulak. Kahkahkah] Hurm, aku bangun awal sebab kena berebut buat kerja rumah ngan mak aku. Kalau aku bangun pukul 10, sure-sure rumah dah kemas. Sapa yang kemas rumah dan buat kerja rumah segala bagai tuh? Ofkos la my bunda. Anda? Anak yang bangun jam 10 pagi? Tabuat apa-apa selain, bangun pagi ke dapur, angkat tudung saji, bukak nasik lemak daun pisang tu, lepas tu sarap. Aiyoyoyoyo. Sungguh comel punya anak. Namoo la macam nie. Bunda kita bukan bibik kita yer.

Oleh sebab yang demikian la saya bangun di awal pagi supaya semua kerja rumah di bereskan oleh saya. Biasa la, geng mak mak nie, mana ada dalam kamus hidup derang nak tidur-tidur lepas subuh. Celik-celik mata je cari sabun, nak basuh baju, cari penyapu nak sapu sampah. Sediakan makanan kat laki yang nak pi kerja dan anak yang nak pi sekolah. Tu la rutin mak mak yang bergelar suri rumah. Betul tak? Kalau aku dok buat perangai lama bangun lambat-lambat, alamatnya, semua kerja rumah mak aku la buat. Terasa sangat mengHAMBA-ABDIKANkan bunda. Takmooo.

Kamu pun, kalau balik rumah tolong la mak ayah. Kalau tak boleh buat semua, tolong separuh pun dah cukup ok kan.

Okeh. Itu saja. Mari ke bilik. Saya rasa seperti mau selongkar segala khazanah lama-lama. Nanti kalau jumpa sesuatu yang menarik i share-share deh. daaa!!!





No comments: