❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 20, 2011

Alhamdulillah, aku selamat.


Hep anda. Saya sudah selamat tiba di kampung ku indah permai setelah melaghakan diri di rumah kakak at Sungai Buluh sampai seminggu. Tah apa yang di perbuat pun tatau la. Yang aku tau, bangun di tengah hari [mentang-mentang x dak sapa kat rumah dia], lepas bangun tengok tivi, bukak internet, bila kanak-kanak balik dan cakap lapaq baru masak apa yang patut, like sapu jem kat roti dan bagi derang makan ke or bancuh milo ke [masak ke macam tu? kahkah. Di sebabkan saya nak diet mereka pun tepaksa kena tempias sekali yer] Bila dah agak-agak nak ke pukul 2, kakak akan balk dari sekolah, baru kalut nak kemas rumah, sidai baju apa bagai. Lepas Zohor je tidur. Bangun time asar. Petang tengok tivi. Malam baru ada kesedaran nak mandi. Lepas tu sibuk quilling sambil melanjan internet sampai pengsan. Aktiviti yang kurang bermoral kalau duduk rumah kakak. Tak ada penasihat sahsiah, boleh rosak akhlak nie kalau duk lama-lama. Kahkah. Fine!! Tak lawak.

Alhamdulillah. SAYA SELAMAT SAMPAI RUMAH. Errr. Perlu ke caps lock kan word itu? Sangat perlu.

Kamu tahu tak, dah banyak hari saya bertangguhkan hal mahu pulang ke kampung saya nie, kalau tak silap dari hari isnin hari tu lagi. Last-last semalam, iaitu Jumaat, baru balik kampung. Tu pun buat keputusan betul-betul nak balik bila jam 9 malam. Lepas packing-packing barang, terus ajak kakak pergi jalan duta pukul 10 malam.

Kakak saya tak henti-henti cakap, balik esok laa... balik esok pagi je la.. tapi saya malas nak ikut cakap dia, sebab saya ikut cakap dia la yang saya dok teperam lama kat Sungai Buluh tuh. Dok nak balik esok, esok, esok, haa!! amek kau dah nak dekat seminggu tak balik-balik lagi. Hati saya semalam pun 50-50 je nak balik. Kejap nak balik malam, kejap nak balik pagi esok. Tak boleh nak buat keputusan.

Bila dah buat keputusan nak balik pun, hati still rasa tak sedap. Rasa macam akan berlaku someting wrong. Sebelum pergi station bus, sempat lagi google doa pelindung. Baca suruh Al-Mulk, baca macam-macam jugak la ayat Al-Quran. Dalam bas pun sebelum gerak saya bukak Al-Matsurat yang ada dalam beg. Baca doa pelindung. Saya pun rasa sangat pelik dengan diri sendiri. Tak penah-penah ada Al-Matsurat dalam handbeg, tak penah-penah nak baca doa yang macam-macam jenis nie. Tub-tub malam nie pelik semacam je. Nak mati ke hapa nie? Untuk sedapkan hati, okeh lahh.. "mungkin aku dah dapat hidayah kot. Mungkin laa" Huhu.

Selalu naik bas, masuk-masuk terus tidur. Tapi semalam risau sampai macam apa tah. Tak boleh tidur. Nak tidur pun tak sedap hati. Trip kali nie, aku naik bas dua tingkat dan aku duduk belah bawah dan dapat seat depan sekali. Waktu bas mula gerak tu otak mula la fikir yang bukan-bukan. Entah macam mana boleh dok teringat kisah accident kat Bukit gantang tuh, yang bus 2 tingkat tuh. Kan time tu semua penumpang yang seat bawah semua mati. Lepas-lepas kes tu aku memang tak berani duduk bawah kalau naik bas 2 tingkat nie. Tapi semalam? hurm. Memang nak di jadikan cerita lah....

Waktu sampai kat rawang tiba-tiba aku dengar bunyi yang sangat-sangat kuat. Dan dalam masa yang sama, terasa ada benda tajam yang halus terpelanting ke muka. Time tu Ya Allah, tuhan saja yang tahu debaran yang aku rasa. Bas gelap, jadi aku tak nampak apa yang belaku kat depan. Secara serta merta jugak, driver bas terus bagi signal ke tepi dan terus park kat sebelah highway.

Bila bukan lampu je aku nampak depan aku kaca penuh. Dekat seat sendiri tak payah cerita la. Memang bersepah. Sampai ke belakang kaca tu terpelanting. Time tu satu bas riuh rendah. Tapi orang kat bawah je lah. Ada kot dalam 5 orang. Orang yang duduk atas tatau lagi apa yang berlaku kat bawah nie.

Aku pulak time tu tak berani nak kedepan tengok apa yang belaku. Cuma pindah duduk seat sebelah dan terdiam. Cuak weh. Ada sorang budak pompuan tu dia berani terlebih, siap jalan ke driver siasat apa yang berlaku. Sambil dia dok cakap-cakap dengan pakcik driver aku pun dapat tangkap la apa yang berlaku. Rupa-rupanya cermin depan pecah. Sebab ada batu yang sebesar kepala orang yang menghentam cermin depan waktu bas tengah laju. Memang nampak lah batu tu kat sebelah driver, aku pulak duk depan sekali, memang clear lah.

Ada yang cakap mungkin batu tu jatuh. Mungkin la. Tapi aku tak rasa jatuh pun sebab bukan lalu bawah fly over ke, kat kawasan pembinaan ke. Tub tub ada batu yang saiz besar macam tu menghentam cermin depan. Misteri nusantara ka hapa nie? Dan aku tak rasa batu tu boleh terbang sendiri, mungkin ada orang yang berniat jahat baling ke. Kalau betul lah sangkaan aku. Memang keji la manusia zaman sekarang nie kan. Lepas ke simbah asid, mungkin baling-baling batu ke kenderaan yang lalu lalang akan jadi trend terbaru kot. Bodoh sungguh la. Dah tak dak kerja sungguh laaa.

Lepas tu baru aku tersedar. Ya Allah.... Patut laaa hati rasa tak sedap sangat, rasa lain macam je nak balik malam tadi. Macam-macam perasaan datang. Tapi nasib baik Tuhan gerakkan hati aku untuk baca doa pelindung dan beberapa ayat Al-Quran yang lain tuh. Dan kemudian, dengan kuasa tuhan jugak lah, tak ada apa-apa kecederaan berlaku kat badan. Even memang banyak lah serpihan kaca kecik-kecik terpelanting kena muka aku. Alhamdulillah tak masuk mata, tak ada luka kat mana-mana. Accident kecik je yang berlaku. Nasib baik tak jadi apa-apa kat driver. Kalaulah kaca tu termasuk mata dia, or batu tu sendiri kena kepala dia, terus pak cik driver tu tak boleh tengok depan dah, dan bas yang di pandu pun melelong laluuuu..... tak mengapalah. Sambung sendiri cerita ngeri tuh. ^_^

Yang lagi aku kagum, baru je 3 menet bas tersadai, lain-lain bas yang perjalanan nak ke Kedah jugak yang lalu tepi bas kita orang, semuannya stop. Berhenti tengok. Ada kot dalam 4 bijik bas. Lepas tu semua driver bas yang datang melawat tapak kejadian tuh dengan excitednya suruh naik bas mereka. Tak berkira sungguh kan. Even bukan dari company yang sama. Syukur sangat-sangat kat tuhan walaupun ada masalah berlaku, tuhan masih tolong aku dan permudahkan perjalanan balik aku. Alhamdulillah....

Okeh itu saja yang dapat di ceritain. Moral of the story, kalau hati rasa tak sedap, mungkin tak payah buat la benda tuh. Atau kalau nak buat jugak, mohon doa banyak-banyak kat tuhan. Semoga di lindungi dari apa-apa bencana. Boleh???










No comments: