❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 31, 2011

For My Darling friend..


Kehadapan sahabat yang selalu saya ingati dan sentiasa melekat di hati, Rohaya Binti Rasmin. Hep? Berbuat apakah anda? Sudah tidak ingatkah sama saya? Tak mengapalah apa-apa pun family mesti first!! Enjoy your holiday puas-puas with your family okeh.

Dear, di kesempatan ini.. ceyywahh.. macam nak ucap Selamat Hari Raya la pulak. Hadoi. Tak mengapa, mari kita mulakan sekali lagi. Dear, memandangkan hari ini adalah 1 June, jadi saya berkenan untuk dendangkan beberapa wish untuk anda. Terimalah untuk anda, ikhlas dari saya.. [ceywahhh]



- Sahabat, SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN DI LAHIRKAN!!!


- Semoga hari-hari mendatang kamu lebih baik dari hari sebelumnya.


- Semoga tuhan sentiasa merahmati hidup kamu, di berikan kesihatan yang baik, di murahkan lagi rezeki, di berikan kamu jodoh yang soleh, di permudahkan segala urusan kamu, di berikan kebahgiaan yang berpanjangan di dunia serta akhirat dan ahir sekali semoga kamu dimatikan dalam keadaan orang yang beriman... Amin


- Dear, you already 25.. Mungkin nampak sikit saja angka itu, tapi kalau tukar ke hari? ke jam? dan ke saat? Dah 788400000 saat tuhan meminjamkan nyawa itu untuk kamu. Syukur alhamdulillah sebab tuhan masih memanjangkan umur kamu.. Jadi, jangan sia-sia kan setiap saat yang Tuhan berikan itu.


- Owh, jangan lupa, say thanks to your mother sebab lahirkan baby yang comel dan besarkan baby itu sampai ke usia ini. Say thanks jugak dari saya sebab tanpa beliau saya tak dapat kawan yang sangat-sangat-sangat nice seperti kamu.


- Okeh. Itu saja. Mis you and lebiu my friend dunia akhirat. ^_^










PdanS : teringat entry lama saya ke kamu pada tahun lalu.. huhu. Hurm... Sungguh masa itu sangat laju.


Thursday, May 26, 2011

Radiusite Dan Digiwwwow



Hep anda yang cantik dan kacak luar dalam!!!

Jom vote radiusite utk online shop of the year!

Senang saje caranya. Just click banner di bawah ini.

Bila dah masuk vote saja. Siap!!!






Atau kalau nak jalan-jalan sambil shoping online kat Radiusite nie, boleh klik banner di bawah nie. Semua tudung SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT cantik!!!! Pelbagai corak yang menarik. Macam-macam fashion terkini. Rugi kalau tak klik. Ok. Daaaaaaa






Suku. Duka. Suka. Duka. Suka. Suka. Suka.



Suka.


Tadi pergi buat lawatan kat Politmas Jitra, bukan lawatan sangat pun, pi pantau pantau apa yang patut, like jumpa Ketua Jabatan, jumpa penyelia yang akan selia saya sepanjang latihan nanti. Lepas tu bincang subject apa yang boleh nak ngajar. Lepas borak-borak, dapat la 13jam per week subject yang kena mengajar. Highway, geoteknik, autocad. Hoho. Mari kembali mensetadikan diri. Owh yeay!!!!


Lepas tu, mereka-mereka di situ baik jugak la. Ramah je aku tengok. Ok la. Semoga nanti nanti pun akan baik sampai aku habis latihan nanti.




Duka.



Result dah keluar. Jadi perlulah berduka. Result jatuh kedebum kedebum macam bunyi nangka buruk jatuh dari atas pokok yang tinggi dia 35 kaki. Dah la buruk, berulat pulak tu. Lepas jatuh terus hancus bekecai. Ulat-ulat pun besepah di sana sini. Bertempiaran lari. Ada yang hidup, ada yang mati tanpa sempat bertaubat. Sekian.

Kahkah. Macam dasyat sangat je keterukkan result exam aku kan? hohoho.

Entah la nak cakap. Tak ada yang gagal. Macam cantik jugak. A dan B seimbang serta berpasang-pasangan. Cun bukan. Hahaha. Tapi sedikit kaciwa la bila orang lain dapat lebih sikit pada kita. Macam tak best jugak la. Tapi memang kena la dengan diri sendiri yang belajaq pun men-men kan. Dapat la result main-main jugak. ^_^

Apapun pointer sem nie lebih rendah dari sem lepas. Padahal sem lepas lagi la main-main. Nak exam je yang terasa belajaqnya. Tapi resultnya? macam cantik la jugak. Hurm Hurm.. tu la.. rezeki di tangan Allah. Kita dah buat, kalau Dia cakap tak mau bagi tu nak buat macam mana kan. Kita kena rehda la. Mesti dia nak bagi yang lebih menggembikan hati kita lagi ka.. Mana tau. Kot-kot sem depan dapat A semua ka, Tak pun dapat posting awai gila-gila kaaa. Lagi tak sangka, tub-tub dah kawen bulan 12 nie. Haaaaa!!! Sila la masuk balik ke tajuk pembelajaran kita ya. Jagan la lari jauh jauh. kahkahkah.

Apapun. Saya nak say Thank you Allah. Syukur. Alahamdulillah. ^_^

Semoga PS sem depan baik-baik saja. Saya risau yang tu jer.





Suka.


Tadi, tengah-tengah nak sembahyang, tiba-tiba.. Pinnnnnnnn. Bunyi van depan rumah. Ada orang mai. Dah orang yang mai tu adalah lah Van Pos Laju. Wah!!! Ada parcel. Dengan tidak bekelumbung dan berbaju kurung tanpa kain, terus kepala di keluarkan dari tingkap rumah.



"Ya."

"Munawwarah Ismail?"

"Ya saya"

"Okeh. Tulis nama, IC sini, sign sini"

"Okeh"



Dengan rakus membukak parcel. Sembahyang sat lagi nooo. Hahaha. Tahu apa?? Hik hik hik. Minggu lepas saya ada buat enrty tolong promosikan blog Radiusite kat SINI. Dan sepuluh yang terawal yang post akan dapat 2 helai tudung free dari dia. Kebetulan saya memang tak dak keja apa minggu lepas, aset mengonline jee, jadi terserempaklah dengan penawaran yang Blog tu buat. Tanpa berlengah terus update blog. Tak sampai sejam, pertandingan tu dah tutup sebab dah cukup 10. Cepat sungguh orang reply. Alhamdulillah, memang nak jadi rezeki saya kan. Dah la tudung pesen tu dah lama saya usha, cuma tak sampai hati ja nak beli. Mahai sangat. hoho.




Nie inner yer. Bukan tudung yang pakai kat luar. Kenapa saya nak sangat inner nie? Dengan inner nie kita bules buat shawl peshen-peshen macam Hana Tajima dengan Yuna tuh. derang kan suka pakai tudung loose-loose. Alaaa, pesen yang kalau orang tatau itu adalah pesyen dia akan cakap "Eh, ko bangun lewat ke tadi sampai tak sempat nak pakai tudung elok-elok?" Tak pun, "Nie pakai tudung cara orang malaih nie"


















Jadi bila saya try buat pesen loose-loose seperti di atas, ia akan menampak leher saya la. Jadi tak cantik la kan. Dengan adanya inner baru yang saya dapat nie, dapat lah saya membuat pelbagai jenis pesen tudung tanpa perlu segan-segan itu ini terbukak. Hoho. Tapi saya mushkil, bila saya buat pesen-pesen seperti di atas awat tak segak macam dia ha??? Dah, tu je saya nak cakap. Tata. Nak pi pasat malam. Hoyeay!!!









Tuesday, May 24, 2011

Bangun pagi gosok gigi, cuci muka dan mandi....


Hai blog ku sayang. Macam dah lama tak conteng=conteng di dada kamu kan. Alalala muchuk muchuk macam. Meh sini dekat-dekat. Meh nak hug sikit. Cabut bulu dada tiga pat lai.. Alalalaa.. Nomey-nomey nya. Hokeh! Dah cukup.

Actually, banyak je cerita nak tulis, tapi asal idea tu datang je, mesti time aku tengah masak, tengah kemas rumah, tengah layan cita Marimar, tengah ngasuh 3 budak kecik, dan tengah on daway nak tidoq. Errrr. Kukuh tak alasan? Hohoho. Wat everlah. Janji tu la activiti harian aku sepanjang dok kat rumah nie.

Hep, nak tau tak, sekarang nie kan, lepas subuh je i dah tak tidur balik.[cepat cakap, ade aku kesah?] Serius weh. WOW. WOW. Munawwarah kah itu?? Kahkahkah. Ya, itu lah saya bila pulang ke rumah. Akhlak lebih terbela. Ibu suka, Tuhan sayang.

Dari hari Sabtu hari tu aku sampai rumah, memang aku try train diri supaya tak tidur after Subuh. Namo namooo yerr. Dan sudah pun berjaya hingga ke hari ini. Yes!!

Macam pelik je kan tetiba aku jadi bahek semacam. Hahaha. Actually, aku tak tidur nie ada sebab, 1st lagi seminggu aku nak kena pergi latihan mengajar kat Polimas. So, kena la belajar bangun pagi. Tak kan nanti masuk-masuk kelas dengan mata bengkak lebamnya, taik mata tak dan nak buang, baju tak iron gara-gara terbangun lambat. Owh noo. Canot maaaa. Time aku student boley la. Sekarang dah jadi bakal pendidik. Sungguh tabley.

2nd [yang sebenarnya yang nie la 1st. Tapi macam segan pulak nak letak 1st takut orang fikir.. cehh.. budget budak bahek la konon.. piraaaa.. tapi apa da hal. Lantak aku punya suka la kan. Janji aku tak mengguris hati mak bapak aku. Err. TerEmosi sebelum memberi penjelasan pulak. Kahkahkah] Hurm, aku bangun awal sebab kena berebut buat kerja rumah ngan mak aku. Kalau aku bangun pukul 10, sure-sure rumah dah kemas. Sapa yang kemas rumah dan buat kerja rumah segala bagai tuh? Ofkos la my bunda. Anda? Anak yang bangun jam 10 pagi? Tabuat apa-apa selain, bangun pagi ke dapur, angkat tudung saji, bukak nasik lemak daun pisang tu, lepas tu sarap. Aiyoyoyoyo. Sungguh comel punya anak. Namoo la macam nie. Bunda kita bukan bibik kita yer.

Oleh sebab yang demikian la saya bangun di awal pagi supaya semua kerja rumah di bereskan oleh saya. Biasa la, geng mak mak nie, mana ada dalam kamus hidup derang nak tidur-tidur lepas subuh. Celik-celik mata je cari sabun, nak basuh baju, cari penyapu nak sapu sampah. Sediakan makanan kat laki yang nak pi kerja dan anak yang nak pi sekolah. Tu la rutin mak mak yang bergelar suri rumah. Betul tak? Kalau aku dok buat perangai lama bangun lambat-lambat, alamatnya, semua kerja rumah mak aku la buat. Terasa sangat mengHAMBA-ABDIKANkan bunda. Takmooo.

Kamu pun, kalau balik rumah tolong la mak ayah. Kalau tak boleh buat semua, tolong separuh pun dah cukup ok kan.

Okeh. Itu saja. Mari ke bilik. Saya rasa seperti mau selongkar segala khazanah lama-lama. Nanti kalau jumpa sesuatu yang menarik i share-share deh. daaa!!!





Friday, May 20, 2011

Alhamdulillah, aku selamat.


Hep anda. Saya sudah selamat tiba di kampung ku indah permai setelah melaghakan diri di rumah kakak at Sungai Buluh sampai seminggu. Tah apa yang di perbuat pun tatau la. Yang aku tau, bangun di tengah hari [mentang-mentang x dak sapa kat rumah dia], lepas bangun tengok tivi, bukak internet, bila kanak-kanak balik dan cakap lapaq baru masak apa yang patut, like sapu jem kat roti dan bagi derang makan ke or bancuh milo ke [masak ke macam tu? kahkah. Di sebabkan saya nak diet mereka pun tepaksa kena tempias sekali yer] Bila dah agak-agak nak ke pukul 2, kakak akan balk dari sekolah, baru kalut nak kemas rumah, sidai baju apa bagai. Lepas Zohor je tidur. Bangun time asar. Petang tengok tivi. Malam baru ada kesedaran nak mandi. Lepas tu sibuk quilling sambil melanjan internet sampai pengsan. Aktiviti yang kurang bermoral kalau duduk rumah kakak. Tak ada penasihat sahsiah, boleh rosak akhlak nie kalau duk lama-lama. Kahkah. Fine!! Tak lawak.

Alhamdulillah. SAYA SELAMAT SAMPAI RUMAH. Errr. Perlu ke caps lock kan word itu? Sangat perlu.

Kamu tahu tak, dah banyak hari saya bertangguhkan hal mahu pulang ke kampung saya nie, kalau tak silap dari hari isnin hari tu lagi. Last-last semalam, iaitu Jumaat, baru balik kampung. Tu pun buat keputusan betul-betul nak balik bila jam 9 malam. Lepas packing-packing barang, terus ajak kakak pergi jalan duta pukul 10 malam.

Kakak saya tak henti-henti cakap, balik esok laa... balik esok pagi je la.. tapi saya malas nak ikut cakap dia, sebab saya ikut cakap dia la yang saya dok teperam lama kat Sungai Buluh tuh. Dok nak balik esok, esok, esok, haa!! amek kau dah nak dekat seminggu tak balik-balik lagi. Hati saya semalam pun 50-50 je nak balik. Kejap nak balik malam, kejap nak balik pagi esok. Tak boleh nak buat keputusan.

Bila dah buat keputusan nak balik pun, hati still rasa tak sedap. Rasa macam akan berlaku someting wrong. Sebelum pergi station bus, sempat lagi google doa pelindung. Baca suruh Al-Mulk, baca macam-macam jugak la ayat Al-Quran. Dalam bas pun sebelum gerak saya bukak Al-Matsurat yang ada dalam beg. Baca doa pelindung. Saya pun rasa sangat pelik dengan diri sendiri. Tak penah-penah ada Al-Matsurat dalam handbeg, tak penah-penah nak baca doa yang macam-macam jenis nie. Tub-tub malam nie pelik semacam je. Nak mati ke hapa nie? Untuk sedapkan hati, okeh lahh.. "mungkin aku dah dapat hidayah kot. Mungkin laa" Huhu.

Selalu naik bas, masuk-masuk terus tidur. Tapi semalam risau sampai macam apa tah. Tak boleh tidur. Nak tidur pun tak sedap hati. Trip kali nie, aku naik bas dua tingkat dan aku duduk belah bawah dan dapat seat depan sekali. Waktu bas mula gerak tu otak mula la fikir yang bukan-bukan. Entah macam mana boleh dok teringat kisah accident kat Bukit gantang tuh, yang bus 2 tingkat tuh. Kan time tu semua penumpang yang seat bawah semua mati. Lepas-lepas kes tu aku memang tak berani duduk bawah kalau naik bas 2 tingkat nie. Tapi semalam? hurm. Memang nak di jadikan cerita lah....

Waktu sampai kat rawang tiba-tiba aku dengar bunyi yang sangat-sangat kuat. Dan dalam masa yang sama, terasa ada benda tajam yang halus terpelanting ke muka. Time tu Ya Allah, tuhan saja yang tahu debaran yang aku rasa. Bas gelap, jadi aku tak nampak apa yang belaku kat depan. Secara serta merta jugak, driver bas terus bagi signal ke tepi dan terus park kat sebelah highway.

Bila bukan lampu je aku nampak depan aku kaca penuh. Dekat seat sendiri tak payah cerita la. Memang bersepah. Sampai ke belakang kaca tu terpelanting. Time tu satu bas riuh rendah. Tapi orang kat bawah je lah. Ada kot dalam 5 orang. Orang yang duduk atas tatau lagi apa yang berlaku kat bawah nie.

Aku pulak time tu tak berani nak kedepan tengok apa yang belaku. Cuma pindah duduk seat sebelah dan terdiam. Cuak weh. Ada sorang budak pompuan tu dia berani terlebih, siap jalan ke driver siasat apa yang berlaku. Sambil dia dok cakap-cakap dengan pakcik driver aku pun dapat tangkap la apa yang berlaku. Rupa-rupanya cermin depan pecah. Sebab ada batu yang sebesar kepala orang yang menghentam cermin depan waktu bas tengah laju. Memang nampak lah batu tu kat sebelah driver, aku pulak duk depan sekali, memang clear lah.

Ada yang cakap mungkin batu tu jatuh. Mungkin la. Tapi aku tak rasa jatuh pun sebab bukan lalu bawah fly over ke, kat kawasan pembinaan ke. Tub tub ada batu yang saiz besar macam tu menghentam cermin depan. Misteri nusantara ka hapa nie? Dan aku tak rasa batu tu boleh terbang sendiri, mungkin ada orang yang berniat jahat baling ke. Kalau betul lah sangkaan aku. Memang keji la manusia zaman sekarang nie kan. Lepas ke simbah asid, mungkin baling-baling batu ke kenderaan yang lalu lalang akan jadi trend terbaru kot. Bodoh sungguh la. Dah tak dak kerja sungguh laaa.

Lepas tu baru aku tersedar. Ya Allah.... Patut laaa hati rasa tak sedap sangat, rasa lain macam je nak balik malam tadi. Macam-macam perasaan datang. Tapi nasib baik Tuhan gerakkan hati aku untuk baca doa pelindung dan beberapa ayat Al-Quran yang lain tuh. Dan kemudian, dengan kuasa tuhan jugak lah, tak ada apa-apa kecederaan berlaku kat badan. Even memang banyak lah serpihan kaca kecik-kecik terpelanting kena muka aku. Alhamdulillah tak masuk mata, tak ada luka kat mana-mana. Accident kecik je yang berlaku. Nasib baik tak jadi apa-apa kat driver. Kalaulah kaca tu termasuk mata dia, or batu tu sendiri kena kepala dia, terus pak cik driver tu tak boleh tengok depan dah, dan bas yang di pandu pun melelong laluuuu..... tak mengapalah. Sambung sendiri cerita ngeri tuh. ^_^

Yang lagi aku kagum, baru je 3 menet bas tersadai, lain-lain bas yang perjalanan nak ke Kedah jugak yang lalu tepi bas kita orang, semuannya stop. Berhenti tengok. Ada kot dalam 4 bijik bas. Lepas tu semua driver bas yang datang melawat tapak kejadian tuh dengan excitednya suruh naik bas mereka. Tak berkira sungguh kan. Even bukan dari company yang sama. Syukur sangat-sangat kat tuhan walaupun ada masalah berlaku, tuhan masih tolong aku dan permudahkan perjalanan balik aku. Alhamdulillah....

Okeh itu saja yang dapat di ceritain. Moral of the story, kalau hati rasa tak sedap, mungkin tak payah buat la benda tuh. Atau kalau nak buat jugak, mohon doa banyak-banyak kat tuhan. Semoga di lindungi dari apa-apa bencana. Boleh???










Thursday, May 19, 2011

Titik.

Hai anda. Sudah lama tidak titipkan sesuatu di sini. Bila di belek-belek entry untuk bulan nie dan bulan lepas macam dah susut sikit. Kalau tengok balik dari bulan November tahun lepas sampai la ke Mac semuanya 30 plus plus entry yang keluar teptiap bulan. Tipi bila masuk hujung-hujung sem nie. Hehehe.

Sebenarnya nak tulis. Tapi bila penulisan yang isi kompem-kompem adalah sama di setiap hari, jadi malas la nak update. Setiap hari aset bermadu damda dengan hal PS saya saja. Yang tu je yang dapat di ceritain. Busan bukan? Lagi pun otak sangat stress dengan hal-hal belajar. Tak mampu nak update selalu. Okeh lah, tak payah nak kena bagi penerangan yang panjang lebar. Tak dak sapa berminat nak amek tau. Kalau ada orang baca pun kira memang betuah lah. Kahkahkah.

Hep, anda tahu, saya tak suka dengan diri saya sekarang nie. Terlalu lalai dan leka dengan internet. Especially dengan Facebook facebook nie. Nak kata addict tu tak la sangat. Tapi asal bangun tidur je, celik-celik mata, badan pun tak sempat nak turun dari katil, teruskan on kan my Lappy. Wat da hell kan. Lepas tu bila dah start mengadap kejadah itu, mesti semua kerja tak jalan. Saya pun tak paham. Kadang-kadang rasa macam, kenapa lah aku kena jadi hamba kepada benda-benda nie. Kenapa la tak boleh control. Kenapa lah macam sungguh bodoh membukak page yang sama berulang kali sambil menunggu komen orang, sambil membaca status orang dan mengsibuk ambik tahu hal orang. Kenapa saya perlu jadi seperti ini haa???


Dan mulai saat petang tadi, bila kesedaran dah menjelama, saya dah bertekad dengan diri sendiri, berFB bila perlu je, bila segala kerja selesai. Tak payah menjadi hamba sangat kepada kecanggihan-kecanggihan zaman sekarang nie. Bukan saya melarang diri sendiri untuk berFB. Tapi masa yang ada, yang terluang, sepatutnya saya gunakan untuk pergi kemas rumah, pergi mandi, pergi masak untuk anak-anak kecil. Perlukan priority kan benda-benda macan nie dulu. Ini tak, Fb Fb Fb. Rasa macam nak sekeh je kepala sendiri. Hadoi.

Okeh. Full stop untuk semua ativiti melagha-melagha nie. Dah. Sekian!!!






Wednesday, May 11, 2011

PS? Perempuan Simpanan.



Hep. Mana mana dengan presentation PS tadi?

PS tadi? Perhh. Bukan saya kena tembak, malah kena bom, lalu kena bakar dan abu di buang ke dalam Parit Raja. Kejam kan. Hurm.

Tah la macam mana nak cakap. Saya blur. Saya tak mampu nak jawab sebab saya tatau saya patut menjawab dengan tersangat-sangat [lalu menimbulkan kebengangan di minda panel lantas saya di fail kan] atau hanya mengangguk-anggunk waktu di tegur.

Semua orang macam aku tadi. Tak berani nak melawan. Sebab panel-panel itu sangat mengatakan mereka betul dengan mengiggikan suara. Sapa tak takut weh.. Hadoi. Nasib baek suara yang tinggi itu di selangi dengan unsur-unsur kecindan. Kalau dia tak buat lawak dan serius nak mampus, nak gak aku menangis sambil guling-guling kat depan tuh tadi.

Tapi bila balik rumah dan bandingkan dengan kawan-kawan yang buat sama lebih kurang dengan aku. Ok jer derang, panel derang tak cakap ape pun. Tak ada masalah pun kalau buat kaedah tuh. Hep. Apa niee??? Semuanya bergantul pada panel yang judge kita kan. Tak haci la macam nie.

Ada yang dapat panel sangat bagus. Balik present dengan status di FB yang gumbira. Aku? nak bukak baca komen yang orang bagi pun macam dah keciwa.

Banyak jugak aku kena tegur. Aku suka teguran itu. Tapi aku jadi tak suka bila orang lain pun buat sama dengan aku, tapi cara mereka di terima. Cara aku. Awal-awal lagi dah di reject. WTF[what the fun] sungguh kan. Bukan tak suka pada kawan-kawan. Jadi tak suka terus pada panel yang judge aku tadi tuh. Hurm.. Tah laa. Dah la tak nak tulis apa. Aku pun tak paham dengan rasa aku sekarang nie. Kejap nak salahkan panel. Kejap nak salahkan diri sendiri. Kejap nak salah kan kamu yang baca. Apa tak dak keja len dah ka? Pi bukak berita harian lah. Dapat info sikit. Eh, eh, tak payah bukak berita harian. Busan. Aset hal politik ja. Aku benci la berita sekarang. Malah dah nak ambik port. Tapi penah ke aku beminat dengan berita-berita nie? Tah. Macam tak pernah je. Hahaha.

Okeh. Dalam mata sudah ada mengantuk yang teramat. Harus di hentikan. Eh, tapi ada nak cerita satu hal. Tadi time present ayat aku di pertikaikan. Orang lain baca slide je, mungkin ayat dah cun melecun, tak nampak banyak kesalahan. Tapi aku konon macam canggeh, buat point je. Tapi bila explain keluar ayat keling tamil nadhu segala bagai. Terus kena komplen. Baru je slide petama nie, nak sebut tajuk yang dikaji.. Dah kena stop kan presentation. Bagi laluan untuk komen dari panel sebentar. Hahaha. Ya, saya sedar, ayat saya sangat keling. Dah. Sekian.









PdanS : PS iaitu Projek sarjana..








Monday, May 9, 2011

i howttt tak??



Hey, hey, tempat anda panas tak? Ada angin tak? Dah lama tak ujan tak?

Ya Allah, apa sudah jadi dengan bumi parit raja yang saya duduki nie. Panaih dia bukan kepalang. Bukan main-main lagi. Macam duduk dalam oven dengan gelombang micro 180 Daljah salsius. Silap-silap hari bulan, boleh termasak jugak daging badan aku nie. Lepas tu cicah ngan ayaq asam. Perh!! Menjilat jari dowh.

Setiap menet tidur saya tadi sungguh terganggu. Mana taknya, tangan tak boleh terkelepek sikit, nanti bepeluh, bantal tak boleh terlindung lansung badan tuh, nanti melekit-lekit la peluh keluar.

Aset terjaga je tidur tadi. Last-last bangun. Hadoi.

Kamu, ini baru panas dunia, kita dah komplen macam-macam kan. Tak tahan la, panas sangat la, tak boleh tidur la. Panas akhir nanti? Yang 99 kali ganda lagi tuh?? Panas bila dah nak kiamat nanti?? Kepala sejengkal je dengan mata hari?? Nauzubillah..

Dah!!! Semayang Asar jom!!!


Saturday, May 7, 2011

Untuk Mak.

Mak, mak ingat tak lagi, pada tanggal 20.12.1986, di suatu malam, perut mak sakit yang teramat sebab baby dalam perut mak dah nak keluar. Terus suami mak panggilkan bidan. Nak bawak ke hospital mungkin jauh kot waktu tuh. Lepas bidan sampai dan lepas beberapa jam, mak selamat lahirkan baby perempuan yang sungguh comel sekali di rumah sendiri. Lepas tu mak letak nama baby yang comel tu Munawwarah. Alahai sedapnye nama tu kan. Sungguh saya tak boleh bayangkan kalau mak letak nama baby tu Siti Amirah ke? Intan Maimunah ke? Haha. Jangan mak.




Bila baby tu besar dan dah cukup 6 tahun, mak hantar dia ke Tadika untuk bagi pendidikan yang pertama dalam hidup dia. Hari pertama hantar, mak temankan dia sampai la Tadika tu tamat. Hari kedua pulak, dia mengada suruh mak teman sampai waktu pulang. Ok, mak turutkan sebab sayang. Dan bila sampai hari ke 3, 4 dan ke 5 pun masih suruh teman kan lagi. Owh, ini sudah melampau. Ahirya dengan kerjasama cikgu tadika itu, mak pulang secara senyap-senyap dan bila anak mak tu tengok mak dah tak ada, apa lagi. Mengamok lah dia satu tadika, di baling buku bertaburan, di buang platesin ke luar tingkap. Semua-semua nie sebab nak ada mak di sisi. Anak manja katakan. Tapi saat ini lah dia mula belajar hidup berjauhan dengan mak. Pengalaman pertama yang di kutip, cukup bermakna. Terima kasih mak!




Bila masuk sekolah rendah, mak ajar dia macam mana nak solat. Bila masuk umur 9 tahun mak mula pukul bila dia tinggalkan solat. Pernah satu ketika dia tak balik rumah untuk sembahyang zohor sebab sibuk main masak-masak kat rumah jiran sebelah. Mak pergi sana dengan bawak rotan, dan terus pukul dia tanpa cakap apa-apa. Depan-depan kawan dia pulak tuh. Adus, dah la sakit, malu pun dapat jugak. Tapi tak mengapa, memang selayaknya mak didik dia macam tuh, memang di suruh dalam agama.




Kemudian mak ajar kenal Alif ba ta sampai dia pandai mengeja, baca dan boleh khatam satu quran di usia yang muda. Sungguh mak tak percaya pada orang lain untuk didik dia mengenal ayat-ayat al-quran, mak tak hantar pada orang kampung macam mak buat untuk kakak-kakak atas dia, mak ajar sendiri. Dan kadang-kadang bila mak cuti, suami mak yang akan ajar. Masa tu sungguh azab nak habiskan satu baris ayat pun sebab mengaji mesti dalam ketakutan. Lebih teruk lagi, sambil menangis-menangis. Ye la, suami mak garang sangat, mesti la dia takut.




Bila mencecah umur 10 tahun, anak mak mintak nak join net ball untuk sekolah. Mesti la mak kasi sebab mak kan sayang sangat kat dia. Mak selalu pesan, main, main jugak, buku kena baca. Mak ingat semuanya akan ok, tapi bila dah nak dekat UPSR, dia lagi aktif main net ball nie, wakil sana sini sampaikan, satu hari dia terkantoi ujian bulanan dia teruk sangat. Macam mana mak boleh tahu pun tak tau la. Lepas tu mak terus mengamuk. Mak tak benarkan dia main net ball lagi. Sedih dia bukan kepalang, terus merajuk dengan mak, cakap mak kejam. Tak cakap dengan mak beberapa hari. Kalau lah dia boleh paham perasaan mak waktu tuh, mesti dia tak buat benda bodoh tu kan. Lepas dia stop main netball, dia lebih concentrate pada pelajaran. Alhamdulillah, UPSR dia pun ok. Kalau lah mak tak stop kan dia dari main net ball tuh, Hurmm. Entah apa akan jadi la dengan result UPSR dia tu kan. Terima kasih mak!





Bila masuk tingkatan satu, mak hantar dia masuk sekolah dekat rumah, dan dia excited sungguh nak duduk asrama. Mak benarkan, mungkin dia nak belajar hidup jauh berdikari. Tapi apa kejadahnya bila setiap hari dok call mak, setiap minggu suruh mak datang jengok kat asrama sambil oder macam-macam makanan. Hadoi. Tak mengapa, anak kesayangan punya pasai, Mak tetap turutkan. Tapi bertahan setahun je duduk asrama tuh. Bila masuk form 2 and 3, dia mengada nak duduk rumah balik. Dah tak mampu berjauhan dengan mak.




Masuk form 4, dia dapat tawaran masuk sekolah teknik. Ya Allah, jauh. Sungguh excited mak tengok dia, tapi dia tak tahu, dalam hati mak sungguh ada risau yang amat. Tahun pertama duduk sekolah tuh, tak pernah ada perkataan outing ke bandar dalam kamus hidup dia. Asal hari outing je, balik rumah. Bila petang, datang balik Asrama. Even kena naik bas selama sengah jam baru sampai, dia tetap nak balik sebab nak jumpa mak. Sungguh tak senang hidup kalau tak tengok wajah mak dalam seminggu. Dan di awal tahun itu jugak lah dia meragam buat macam-macam hal, asal balik rumah je menangis, tak nak duduk sekolah tu, nak balik sekolah lama. Tapi nasib baek mak tak layan dan tak turutkan. Bertubi-tubi nasihat mak bagi supaya dia sedar. Bila dah masuk form 5, semuanya berahir. Dah tak ada menangis-menangis nak tukar sekolah. Siap jarang balik lagi. Kalau tak ada nasihat mak itu, mesti dia dah lama tukar sekolah, mesti perjalan hidup dia tak indah macam sekarang. Terima kasih mak!







Lepas habis SPM, dia dapat tawaran masuk U kat pahang. Ya Allah, suka mak bukan kepalang. Siap buat kan majlis bacaan yasin lagi kat rumah. Jemput jiran, jemput sedara mara, jemput orang masjid. Ramainyaa. Segan pulak dia bila tengok mak beriya sampai macam tuh sekali. 6 tahun dia kat Pahang, hidup tanpa mak di sisi. Dari situlah dia belajar untuk berdikari, semakin hati semakin kental hatinya. Rasa rindu apatah lagi, memang tak dapat di bendung.






Bila balik kampung je, mesti akan ada lauk yang sedap-sedap yang mak masakkan. Pernah satu ketika dia mengidam nak makan bubur kacang, lalu di tanya dengan emak, macam mana nak buat. Belajar punya belajar, ingatkan nak terus buat, tapi dia hentam pi tidur dulu. Hadoiyai, dia memang begitu. Bila dah bangun dari tidur, bukak-bukak tudung saji, Ya Allah, bubur kacang dah siap masak!!! Sapa lagi yang tolong buat kan kalau bukan mak! Terima kasih mak!!!






Dan bila nak dekat cuti sem saja, mak mesti sibuk tanya, bila nak balik nie. Ye la, mak kat rumah dah sibuk nak tukar langsir baru, nak cari sofa baru. Tapi mak tak percaya dengan taste sendiri. Nak jugak dia ada di sini untuk teman memshoping. Taste pilihan dia adalah cukup cantik dimata mak. Bangga dia.






Bila dah habis belajar di Pahang, bermulalah hidup dia untuk bergelar seorang pekerja. Merata dia cuba cari. Tapi macam susah je. Maklumlah fresh graduate. Mak aset tanya, tak boleh ka jadi cikgu, senang sikit. Hurmmm. Terus tiba-tiba dia buat keputusan untuk sambung lagi belajar, untuk jadi cikgu dan untuk mengembirakan hati mak. Tanggal 27 June 2010, dia daftarkan diri di UTHM. Maka bergelarlah dia student pendidikan A.K.A bakal pendidik untuk setahun setengah di bumi Johor. Hurmm. Jauh lagi dengan mak. Tapi tak mengapa, setiap perbuatan yang mendapat keredhan dari ibu pasti akan di permudahkan oleh tuhan. Dia percaya yang itu. Terima kasih mak!


Sekarang dia di sem 2 dan tinggal satu sem saja lagi untuk di habiskan. Sepanjang tempoh itu, hidup dia memang sangat bergantung harap dengan mak. Bila dah namanya student dan belum bergaji, maka setiap minggu mesti ada ayat-ayat manis yang di hantar ke henpon mak. Dan selalunya akan di balas dengan kabar gembira jugak. Terima kasih mak!!


Sekarang jugak, dia sibuk menulis sesuatu di blog dia, dengan harapan mak boleh baca. Tapi dia tahu, mak mana ada benda-benda canggih macam nie. Tak mengapalah. Sekuranga-kurangnya dengan menulis semua ini, dapat lah dia sedar betapa besarnya jasa emak untuk dia.


Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang mak curahkan kepada dia dari seawal kelahiran sampai lah ke saat ini. Tak terkarang oleh jarinya, tak teringat di mindanya untuk titipkan setiap jasa itu. Dan jika di cari, di usahakan apa-apa bentuk perbuatan pun bagi membalas pengorbanan itu, belum tentu semua itu setimpal denga segala penat lelah yang mak lakukan. Terlalu besar dan infinity. Hanya yang mampu dia lakukan adalah berusaha mengembirakan hati mak dan sudah tentu doa yang berterusan yang tak pernah putus-putus untuk mak yang dia cuba pohonkan.


"Ya Allah Ya Tuhan ku, kau rahmatilah hidup ibuku, kau kasihilah dia sepertimana dia mengasihani aku dari kecil hingga dewasa, kau ambunilah segala dosa-doasanya, kau berikanlah dia kesihatan yang baik, kau murahkan lah rezekinya, kau jauhkanlah dia dari sebarang bencana dan andai, masanya sudah tiba, kau cabutlah nyawanya tika dia dalam keadaan beriman dan tempatkan lah dia dalam kalangan orang beriman. Aminnn..."






Love you Che Sayang Binti Che Man!!




Bukan entry Hari Ibu.


Hello kamu. Saya kebusanan nie. Mencari mood untuk menulis. Mari kita cuba ya. Errrr? Nak menulis pun kena cuba-cuba kah? Owh, memang special edition la engkau nie Senah. Hurm

Tadi busan, jadi mencari la altertanif untuk membelek-belek album lama yang bersemadi dalam laptup nie. Tapi sayang, tak banyak. Semua gambar yang paling latest yang 2,3 bulan yang lalu di ambil je yang di simpan kat sini, yang lain-lain-lain semua dalam komputer lama kat rumah. Dan yang lagi-lagi lama pulak, dalam hard disk yang sudah rosak. Oh mai goshhhh. ROSAK?? Ya, rosak dan tatau boleh baiki ke tak lagi, dah try antar kat kedai, dia cakap dia tak pandai nak baiki. Jadi, jadi? saya rasa saya tak mo bercakap hal Hard disk. Busan. Next topic.

Er.. Busan ke? sebenarnye mata saya dah setim setim siakap 3 rasa dah nie. Mulut pun dah pandai menguap dengan bukaan yang mampu menengoyakkan pipi. Errr.. So, perlukah saya matikan penulisan ini? Sangat tak perlu. Saya nak menulis beberapa bait lagi. Sila terima kalau pengceritaan seakan orang tengah mabuk-mabuk yer.

Hep, mata mula berair. Hidung pun dah menunjukkan tanda-tanda ada cecair yang mahu mengalir keluar dari lubang sempit itu. Tak mengapa. Saya cuba teruskan. Hahaha. Sungguh penggagah la saya nie. Hadoi.

Kamu tahu. Esok, hari ibu. Bila hari ibu haruslah menjadi rindu sama ibu kita bukan. Tapi lain pulak kes saya, tak payah tunggu hari ibu, lain-lain hari pun macam ahad, kamis, selasa memang setiap harilah, hati ini puas menahan rasa itu. Owh, sungguh saya tidak mahu menerbitkan apa-apa cerita tentang hari ibu dalam entry ini sebab saya rasa entry "Hari Ibu" perlu di special edition kan. Mana boleh rojak-rojak saja kan. Tapi berdoalah supaya saya ada kerajian untuk semua itu. Sebab sekarang saya macam dah mula suka melepak di Tumblr. Kehkeh. Maap ye blog. Bukan niat untuk mengkayu tiga kan kamu. Tapi bila mood untuk mengarang itu hilang. Tumblr adalah tempak lepak yang terbaik. Tak perlu kerahkan otak untuk keluarkan tiap butir ayat, cuma duduk, lihat dan baca saja some quote yang cukup meaningful untuk hidup saya sekarang ini. Dan sungguh membuat akal saya berfikir. Saya suka.

Tetiba rasa macam nak tulis entry hari ibu pulak. Dah. Jom ketik new entry!! huhu. Daaaa.






Thursday, May 5, 2011

Mission yang tak complete sangat. Kehkeh.



Hep anda yang kacak. Mari sini. Dekat-dekat sikit. Meh rapat-rapat. Wow. Hahaha. Gilos. Pergi main jauh-jauh kalau tak nak baca entry yang agak berterabur ini.

Saya di mood happy. Jadi suka hati saya la nak menulis apa pun kan. Sekarang mari kita lihat sejauh mana hebatnya jari gemok gedempon ini mampu mengarang sesuatu yang tiada arah tuju. Hanya berpandukan hati yang riang gumbira tanpa sebab. Hahahaha.

Eh, anda tahu, saya baru pulang dari Library, nasib baek weh... nasib baek tak teruskan niat mencuri buku di library. Hadoi. Kawan saya dah hamper kantoi tadi. Hahaha. sungguh melucukan hati. Keluar-keluar pintu library tuh, tiba-tiba tutt tuttt tuttt, pintu berbunyi. Dalam dada memang ada cuak lah. Tapi sebelum sampai pintu lagi saya dah pesan siap-siap, kalau pintu bebunyi, dan ada staff tahan cakap, "Thesis nie SV saya yang bagi, bukan amek dari library nie". Pandai sunggu saya mendidik kawan-kawan menipu kan. kahkah.

Actually thesis tu di ambil dari library satu lagi [library kampus bandar] atas kebenaran orang yang jaga library tuh, siap offer lagi pilih je thesis mana yang nak amek bawak keluar, wow. Ajaib sungguh, bukan ke thesis tu bahan-bahan yang terkawal ke, kalau kat UMP dulu, siap ada perempuan garang lagi dok menilau jaga bilik thesis, kot-kot ada orang nak ambik gambar, inikan nak bawak keluar.. menang tak payah mimpi lah.

Okeh,okeh, sambung cerita tadi, Kemudian, thesis yang di curi atas kebenaran yang senyap-senyap dari kampus bandar itu tadi di bawak masuk ke library kampus induk. Library yang main laa. Semua bar cod yang di pelekat dah selamat di cabut dari thesis berkenaan. Macam, budget bila scan kat pintu keluar tu tak ada apa-apa la. Akan tetapiiii... hujan batu di negeri sendiri, tak payah la berangan otak itu geliga tak terperi. Owh nooo. Comel betul bunyi tadi. Dah la jatam kacak penuh di pintu luar library. Dah la semua staff library sibuk dok kat kaunter sebab dah jam 10.30 malam. Time balik weh.

Bila bebunyi je pintu tu semua orang pandang. Lalu apa lagi, di panggilah kawan saya tadi tuh. Kahkah. Aku pulak, mula la mendrama queen, bok buat tekejut, hey, apasal nie, apasal bunyi bunyi. Kahkahkah.

Nasib baik time tuh staff macam semua kalut nak balik, so derang tanya biasa-biasa je la, bila kawan saya bagi jawapan yang di ajar tadi "Thesis nie SV saya yang bagi, bukan amek kat sini" terus di lepaskan. Macam tak check betul-betul sangat. Lagi pun kawan saya tuh pegang laptup, staff tu cakap mungkin bunyi pintu tu sebab laptup yang di bawak tuh. wat everlah. Janji kami-kami saja yang tahu, buku itu sungguh tiada permit.

Sebelum keluar tadi saya dah pengang satu thesis nie, memang dah nak cabut sticker dan bar code dia, tapi, tak bawak beg plastik la pulak, kalau tak boleh jugak la masukkan thesis tu dalam beg plastik tadi, sambil kuar buat muka sposen. Nasib baik tak buat lagi. Tapi minggu lepas punya cerita, dah siap cabut dah sticker dia. Nak seludup la nie, tapi, last-last bila tak jadi pulak sebab tukar method, so thesis tu jadi tak sesuai la. Lepas tu dok gigih pelekat balik sticker ngan bar code ke thesis tu balik. Hadoii...

Okeh. Itu saja yang saya boleh laporkan kejadian sebentar tadi, pulang dengan hati yang gumbira. Sebab tu la kot rasa riang gumbiranya tak abih lagi. hadoi. Bila gumbira saja mesti tak mo buat apa-apa kerja dah. Nak melagha jaa. Mana bules macam nie baby muchuk muchuk. Owh, serius shit shit shit saya malas. Terlalu gembira sangat dapat menjadikan diri kita malas ke? Hurm.. satu persoalan. Boleh di buat kajian nie. Hurmmm. Okeh. Simpan untuk PHD nanti i kaji. PHD?? wow. saya mahu menyambung PHD? okeh.okeh ke perenggan yang lain pulak kisah nie. Macam dah bercampur baur je aku nengoknye.. Hahaha.


Saya mahu menyambung PHD?? saya?? yang pemalas belajar ini?? yang suka bermain-main ini?? Owh tidak... kalau ada rezeki apa salahnya kan. Hahaha. tapi.. tapi.. namo la duk Parit Raja lagi. Nak duk KL Skarang KL Skarang. Sedey tau. Aset jauh je ngan keluarga. Letih la macam nie. Erk, sudah lari tajuk. Cerita PHD tak bahis lagi dah masuk cerita jauh dari kuarga. Hadoi. Ya, hasrat dihati memang macam nak jee. Entah laa. Tapi, orang tua-tua cakap pompuan tak elok mengaji tinggi-tinggi sangat. Nanti tak dak orang nak masuk minang. errr. Boleh pakai lagi kah di zaman Facebook Twitter nie? releven lagi kah? hahaha. Jodoh pertemuan di tangan tuhan la. Bukan tahap education yang jadi titik penentuan. Paham.

Okeh, buat masa sekarang memang nak bekerja dulu. Mahu mengumpul duit, mahu mencari Incik Jodoh yang batang hidung tak nampak-nampak lagi nie. Nyorok mana tah lama sangat Haish, peluh ketiak nie dok cari. Nak bantu mak ayah. Nak kumpul duit pergi mekah. Banyak tuh perancangan saya. Memang macam kena kerja saja. Tapi tengok lah. Tak boleh nak janji apa. semuanie tuhan yang aturkan. Kita hanya syoq merancang saja. ^_^

Wah, memang tak ada hala tuju la entry nie, entry membalas dendam nie. Setelah beberapa hari tak dapat nak update, sibuk gila vavi. Memang mengstress kan. Hurmm. Biasa la, nama pun belajar dengan tak ikelas, memang la stress. Cuba belajar dengan hati yang iklas. Mesti suka dan bahagia punya. Hahaha. Sila amek cili dan pepak sebijik sebijik. Bertidak sekarang!!!

Tapi kan.. tapi kan.. sesuatu yang saya dah lama perasan dalam diri saya, hati saya nie mudah untuk di bentuk untuk menyukai sesuatu. Mudah menerima sesuatu yang baru, even mula-mula tak suka. Serius. Saya rasa saya dah ter INLOVE dengan dunia pendidikan nie, hey, engkau ingat apa? INLOVE dengan lelaki baik itu. No laa. Mana boleh nak pi tersalasul cerita saya terinlove dengan mamat bahek hati itu. Tak dak maknanya, nantilah kita perdebatkan tajuk tuh. Sekarang di mood pembelajaran.

Serius, saya macam suka buat kajian-kajian sosialnya yang sangat mencerewet kan, tak macam PSM saya dulu, sangat berlainan cara kajiannya. Dulu kaji konkrit, kaji tanah, kaji segala bagai yang ada kaitan dengan awam. Sekarang? kaji orang. Hurm. Menarik. Dah lebih complicated. Sangat-sangat. Setiap persoalan kajian, latar belakang masalah, memang tak boleh taram main-main. Sangat diperbincangkan dengan begitu detail sekali. Boleh jadi kena re-viva kalau salah.

Dulu, degree dulu-dulu, objective pun suka hati letak. Menang suka-suka je lah. Hadoi. Sekarang baru terasa buat research. Nie baru buat coursework, dah terasa bahang kesukaran nak buat PS, kalau betul-betul saya amek research, mesti botak jugaklah kepala nie.

Errr.. jauh nya saya dah termelalut. Hadoi. Syoq jugak yje menulis dengan hati penuh rasa gumbira nie. Tak terasa panjang pun. Tup-tup dah sepuluh peranggan dah. Isi pun main bedal saja. Hahaha.

Okeh lah, saya rasa, saya perlu stop. Perut dah stress nie tak di isi. TAK DI ISI??? Bukan kah petang tadi dah melantak nasik goreng kampung dan telor mata plus ayer limau ais. Pelisss, tolong hapal, saya suka 3 jenis makanan itu buat masa sekarang nie, kalau pi kedai tak dak menda len dah nak oder. Tapi kan, kedai tadi masak tak sedap laa. Bek nasik goreng aku mantob lagi. Hurmmm.. Dah laa.. Tersasar lagi, kalau macam nie bila nak habis kan? Dah tata.











PdanS : Sebab saya suka jugak adalah dengan tiba-tiba adanya kamu!!! Ting!! Jengoi di internet saya. Suka jadi chipsmore tau, kejap ada kejap tak dak, busan sungguh laaa...

Wednesday, May 4, 2011

Entry tak sengaja.


Hep anda. Macam sangat lama tidak menulis sesuatu di sini kan. Sekarang masa sungguh tak mencukupi. Tersangat padat dan sendat lalu membuat kan nafas saya pun tersekat-sekat. Ceeeywahhh. Macam bepantun pulak ye engkau Senah. Okeh okeh.


Hari nie? Hari nie dan hari sebelumnya sangat menstresskan saya. Semua nie gara-gara hal PS saya. Tapi di petang yang indah dan penuh barakah nie, saya bersyukur sangat sebab SV saya dah menurunkan tandatangan di satu borang kebenaran untuk memvaiva. Nak pergi present proposal pun kena ada pengesahan dari SV. Memang menarik lah management di sini.. Dulu waktu kat UMP, tak dak pulak kejadah-kejadah sebegini. Hadoi. Tak mengapa, SV saya dah sign dah cukup bersyukur, walaupun masih ada kesalahan yang perlu di perbaiki di proposal saya.

So, hari isnin nie boleh la saya pergi bertempur di medah perang. Harapnya semoga tak mati terkorban. Biarlah di tembak bertubi-tubi, tapi nyawa masih ada, supaya saya dapat kutip pengalaman bagaimana yang di katakan sakit itu. Jadi saya boleh belajar bukan. Haha. Sokmo nak bagi ayat sastera Merongmahasuasa. Menci tau. Dah. Tak payah nak jadi ZA. Jadi bekas awek ZA sudah.


Malam nie, hal-hal PS mungkin boleh di lupakan sekejap. Kena mula study untuk paper esok. MULA STUDY? ya, baru nak mula. Hahaha. Sebab semua masa yang ada sebelum nie hanya untuk PS saja. Even PS tu 2 kredit dan paper esok 4 kredit masih nak pulun PS lagi kan. Hadoi.


Lepas tu apa lagi ek yang saya nak tulis. Hurmm. Sebenarnya macam-macam nak cerita tapi bila bukak je blog nie terus hilang. Yang tinggal cerita hal-hal belajar jee. Hadoi.


Hep, tadi tidur saya di hidangkan mimpi indah lagi. Kahkahkahkah. Asal mimpi indah kena gelak setan. Ya la, kalau indah-indah tu semuanya setan yang punya. Di indahkan supaya kita suka dan tak dapat bezakan yang mana baik yang mana buruk. Paham. Tapi macam biasa la kan. Bila yang indah itu dalam mimpi saja, boleh la kita tukar jadi INDAH WATER saja.


Lepas tu, hey hey hey, ramai cakap saya da gumuk. Ye ke? Fine!!!!! Saya tau la saya dah gumuk. Lepas tu tak nak kawan ngan saya sudah laaa. Tak payah komen lagi kat wall saya. Pergi la kawan dengan orang lain. Hina sangat ke kalau saya dah gumuk. Huduh sangat ke di mata kamu. [Munawwarah, boleh tak anda stop merapu]

Haha. Penulisan yang tak baik untuk kesihatan. Sila lupakan ayat di atas. Hahahaha. Munawwarah, bila anda sudah gumuk, lalu pipi pun tembam dan badan jadi tembun, anda seharusnya bersyukur pada tuhan. Sekurang-kurang nya anda tidak kurus kering kerana tiada makanan yang hendak di santapkan. Bila dah tembun, ini bermakna, sungguh banyak makanan yang masuk ke badan anda, sungguh murah rezeki tuhan terhadap anda kan. Tak putus-putus memberi rezeki sampai anda jadi sedikit berisi seperti ini. Jadi bila anda sudah gumuk, anda seharusnya bersyukur bukan???

Tapi kalau dah tergumuk sampai nak jalan pun tak boleh, nak berdiri pun tak mampu.. Owh, sila bersyukur jugak sebab bersyukur itu perlu di setiap masa, baik di waktu kita senang ataupun sedang ditimpa musibah. Tapiii, bersyukurlah sambil berusaha kurangkan obesiti anda itu. Macam tak comel pulak, dok bersyukur dengan gemuk yang ada, tapi tiada sebarang inisiatif nak memulihkannya. Sampai datang pelbagai penyakit, sampai tak bleh jalan, sampai menyiksakan diri sendiri pulak tu. Tak comel bukan..

Sebenarnya, bersyukur tu bukan sekadar perkataan yang di lafazkan macam sebut "Alahamdullilah" okeh aku dah bersyukur. Bukan. Bersyukur nie perlu di sertakan kesedaran dalam hati, lalu di terjemahkan dalam bentuk perbuatan. Barulah boleh di namakan insan yang bersyukur. Saya? Masih di peringkan lafaz je, kesedaran kurang. ^_^


Dah la. Nak tulis dua tiga ayat je tadi. Termelalut panjang pulak. Okeh. Tata.



Sunday, May 1, 2011

Hati yang paling indah.


Sehingga saat ini, saya masih termenung panjang tatkala mengulang baca sebuah sajak yang baru saya siarkan dua hari yang lalu.

CINTA 100%.



Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk ayah ibumu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu pada suamimu?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa peratuskah cintamu untuk anak-anakmu?
Pasti jawapanku 100%.
Andai ada yang bertanya, berapa pula peratus cintamu untuk saudara seakidahmu?
Pasti jawapanku, 100%.

Andai mereka bertanya, lalu berapa pula peratus cintamu untuk dirimu sendiri?
Pasti jawapanku, 100%.
Andai mereka keliru lantas tertanya-tanya, masakan begitu?
Bukankah setelah dibahagi, cinta itu pasti berkurang peratusannya?
Pasti jawapanku, beserta senyum malu-malu,
Ada satu di dunia ini, walau dibahagi seberapa banyakpun, ia tetapkan sama..
Tidak berkurang walau sedikitpun,
Itulah CINTA…

Anugerah paling berharga dari Yang Maha Esa.


KETIDAKADILAN
Saya akui, dalam melewati pertengahan usia tiga puluhan ini, dari sehari ke sehari kian kerap saya mengimbas pengalaman masa lalu, mengutip pengajaran dari kehidupan, terutama kenangan-kenangan yang pahit dan mencabar. Yang banyak merobek hati dan menitiskan airmata kepedihan.

Walau siapa pun saya, saya tetap seorang manusia biasa yang adakalanya tewas dengan emosi sendiri. Dan saya yakin, tiada seorang pun yang terkecuali dari mengalami situasi ini.

Telah banyak kita membaca, mendengar dan menyaksikan, bagaimana sebahagian orang mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak-anak; makan minumnya dijaga rapi, pakaian, permainan, hiburan dan segala yang diinginkan oleh si anak dari kecil hingga menginjak dewasa diberi tanpa banyak soal.

Namun, bila melihat sikap si anak yang bagai melupakan budi orang tua, mereka kecewa. Limpahan kasih mereka kepada si anak dibalas dengan curahan kata-katanya yang menyakitkan, memberontak, tidak mendengar nasihat dan seumpamanya.

Berapa ramai pula para isteri yang meluah masalah, telah melakukan yang terbaik untuk suami tercinta. Memasak makanan kesukaannya, menatahias kediaman mereka agar bersih dan selesa, membasuh dan menyediakan pakaiannya, mengasuh dan mendidik anak-anak sewaktu ketiadaan suami di rumah, berusaha menenangkannya saat suami berhadapan masalah, merawat kesakitannya dan lain-lain khidmat bakti seorang isteri buat suami yang dikasihi.

Namun, bila satu-satu ketika, isteri juga memerlukan perhatian serupa, suami bagaikan tidak perasan, lebih bersikap acuh tak acuh dalam mempamerkan penghargaan. Lalu, isteri makan hati dan merajuk kerana merasa dirinya tidak dihargai dan disayangi.

Demikian seterusnya, suami menjeruk rasa terhadap isteri, rakan sesama rakan, jiran antara jiran, pendakwah terhadap mad’unya, kakitangan bawahan terhadap majikan/pihak atasan mereka dan lain-lain lagi.

Di satu pihak mereka merasa hanya banyak memberi, tetapi tidak terlalu kerap menerima.

Terbit justifikasi, adilkah keadaan sebegini?

KISAH SEKEPING HATI
Suatu ketika, seorang pemuda yang tampan berdiri di tengah-tengah kota dan mendakwa bahawa dia memiliki sekeping hati yang paling cantik. Lalu diangkat hatinya setinggi yang boleh agar kilauan dari hati yang indah itu dapat dilihat oleh orang lain di sekitarnya.

Tersebar bicara kekaguman orang ramai. Sememangnya hati pemuda itu, tiada cacat celanya. Tidak carik walau sedikitpun. Permukaannya licin sempurna. Warnanya juga segar dan menyerlah pesona seorang anak muda.

Pemuda tampan itu mulai merasa bangga dengan pujian yang diterima. Sorakannya semakin kuat mewar-warkan betapa indah sekeping hati yang dimilikinya.

Tiba-tiba, di tengah-tengah keriuhan itu, muncul seorang tua. Langkahnya perlahan menuju ke arah pemuda tampan. Lagaknya, seolah dia mahu membicarakan sesuatu.

“Wahai anak muda, mengapa kulihat hatimu hampir tidak seindah hatiku?” Orang tua tersebut bertanya dalam nada suara yang agak lemah tetapi penuh keyakinan. Orang ramai dan si pemuda mulai berkeliling mengerumuni orang tua.

Mereka mendengar degup yang kuat tercetus dari hatinya, tetapi hati itu dipenuhi luka. Di satu sisi, kelihatan permukaannya bertampal-tampal. Ada potongan hati yang diambil dan potongan yang lain dimasukkan ke dalamnya, tetapi ia kelihatan tidak berpadanan. Pada satu sudut yang lain, terdapat pula beberapa tanda patah. Bahkan, di beberapa tempat, terdapat lubang yang dalam, di mana seluruh bahagian permukaannya telah hilang.

Melihat itu, orang ramai saling berpandangan.

TERTANYA-TANYA
"Bagaimana orang tua ini boleh mengatakan bahawa hatinya lebih indah?" fikir mereka.
Sementara itu, pemuda tampan tertawa.

"Tentu engkau bergurau, wahai orang tua," katanya.

"Kalau dibandingkan hatimu dengan hatiku, apa yang aku ada ini adalah sangat sempurna, sedangkan kepunyaanmu begitu berantakan dengan bekas-bekas luka dan air mata," lanjutnya lagi.

"Ya, memang benar" tukas si tua penuh kesabaran.

"Kepunyaanmu adalah sempurna, namun aku tidak sesekali akan menukarnya dengan hatimu. Andai saja kau lihat wahai anak muda, setiap bekas luka di hatiku ini mewakili setiap seorang yang telah aku berikan cintaku buat mereka. Aku merobek sepotong hatiku dan memberikannya kepada mereka, dan setiap kali itu juga mereka memberiku sepotong dari hati mereka untuk mengisi tempat kosong di hatiku ini, tetapi kerana potongan-potongan itu tidak tepat, lalu menyebabkan ketidaksempurnaannya, bahkan ia kelihatan kasar dan tidak rata.

Namun, aku tetap menghargainya, kerana pemberian mereka mengingatkanku pada cinta yang terbina bersama antara kami. " Panjang lebar bicara orang tua. Si pemuda tampan terpaku mendengar patah katanya.

"Kadang-kadang aku telah memberikan potongan hatiku, tetapi orang yang kuberikan potongan hatiku itu, tidak memberikan kembali sepotong hatinya kepadaku. Inilah yang mengakibatkan wujudnya lubang-lubang ini. Kau tahu wahai anak muda, sesungguhnya memberikan cinta adalah bermakna memberikan peluang dan kesempatan. Walaupun bekas robekan itu menyakitkan, ia akan tetap terbuka lantas mengingatkanku tentang cinta yang masih aku miliki untuk mereka. Dan aku berharap suatu ketika nanti mereka akan kembali dan mengisi lompong-lompong kosong yang sekian lama kutunggu-tunggu agar ia diisi.

Nah, sekarang fahamkah engkau tentang kecantikan sejati? " Si tua mengakhiri kata-katanya.

Pemuda tampan itu terus terdiam. Dia menundukkan kepala dengan air mata mengalir di pipinya. Dia menghampiri orang tua, mengambil hatinya yang sempurna, muda dan cantik itu dan merobek keluar satu potongan darinya. Dia menawarkan potongan tersebut kepada orang tua dengan tangan gementar.

Si tua itu menerima pemberian tersebut lalu meletakkannya pada hatinya dan kemudian mengambil pula sepotong dari bekas luka lama di hatinya dan menempatkannya untuk menutup luka di hati pemuda itu.

Sungguhpun ia sesuai, tetapi ia tidak sempurna, kerana ada beberapa tanda patahan.
Orang muda itu menatap hatinya yang tidak lagi sempurna tetapi kini lebih indah dari sebelumnya, lantaran cinta dari hati orang tua itu kini mengalir kepada hatinya. Mereka bergandingan dan berjalan bersama meninggalkan orang ramai terus terpaku dengan peristiwa menginsafkan itu.

HATI YANG PALING INDAH
Saya menangis. Seakan terpancar kefahaman di dalam diri ini bagaimana anjuran ‘mencintai’ yang dimaksudkan oleh junjungan mulia, Muhammad SAW menerusi sabdanya yang bermaksud :

“Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik radiallahuanhu, pembantu Rasulullah SAW, dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ia bermaksud, memberi sepenuh hati. 100%. Yang terbaik!

Sebagaimana kita menginginkan yang terbaik buat diri sendiri, begitulah juga sewajarnya yang kita lakukan/berikan kepada orang di sekitar.

Tetapi, dengan satu ingatan. Jangan pula mengharap balasan yang sama, 100% , terhadap apa yang telah diberikan itu, kerana bila pemberian mengharap balasan, maka dibimbangi tiada lagi keikhlasan padanya.

Justeru itu, tidak hairan mengapa Rasulullah SAW diiktiraf oleh ALLAH SWT sebagai semulia-mulia insan. Setelah sekian banyak hinaan, cacian dan penderitaan yang dialami, baginda tetap tampil menyebar salam beserta senyuman.

Tujahan batu-batu, diganti dengan kalungan doa, lemparan najis, diganti dengan untaian budi.

Firman ALLAH SWT :

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ

Maksudnya : “Dan sesungguhnya engkau ( wahai Muhammad ) benar-benar berbudi pekerti yang agung.” ( Surah al Qalam ayat 4 )

Justeru itu, mari bersama kita usahakan, walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti.

Ingatlah, andai satu ketika kita tidak mengenal erti kehancuran, kita tidak akan pernah tahu apa yang membuatkan kita utuh dan teguh untuk hari-hari seterusnya.

Yakinlah :





ALLAH mahu mendidik kita, DIA ingin mengingatkan kita bahawa tiada cinta yang sempurna selain cinta-NYA, yang hanya dapat dirasakan oleh pemilik hati-hati yang mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Hati yang sering dilukai lalu sembuh setelah dirawat dengan zikir kepada ilahi, adalah hati yang indah, bercahaya dengan kasih dan sayang dari Yang Maha Esa. Walaupun luka masih ada, namun sifat sabar, reda dan bersedia memaafkan menjadi ‘antiseptik’ yang menahan luka itu dari dijangkiti kuman dendam yang membawa derita berpanjangan.

Akhirnya, bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai.






SUMBER DARI SINI







Coretan yang indah ini cukup terkesan buat hati saya, menyedarkan tentang beberapa perkara yang sering saya keluh kan. Dan yang paling penting, persoalan dalam hati ini sudah terjawab.

'Tetapi, dengan satu ingatan. Jangan pula mengharap balasan yang sama, 100% , terhadap apa yang telah diberikan itu, kerana bila pemberian mengharap balasan, maka dibimbangi tiada lagi keikhlasan padanya.''

"walau kasih tidak dihargai, kita tetap memberi. Walau khidmat tidak dipeduli, kita terus mencurah bakti."

Ya, berikan yang terbaik tanpa mengharap balasan. ^_^








Insan keliru.


Yups. Saya rasa hidup saya nie terlalu untuk menjaga hati orang, lalu diri sendiri pun tak terjaga..

Kawan-kawan ajak bersuka ria.. ok.. Ikutkan saja, walaupun duit di tangan tak ada, janji kawan hepi, kawan bahagia, yang penting akan menampakkan kita nie seorang yang tak pentingkan diri sendiri untuk kawan. Tapi bila balik bersuka ria, duit di tangan??? hurm..

Entah lah, lepas nie, bila nak buat keputusan bukan untuk menjaga hati orang, tapi untuk kepentingan diri sendiri. Sangat perlu!! Especially dalam hal-hal yang melibatkan duit. Kerna nak menjaga hati orang, kerna tak nak di tuduh kera sumbang, kerna tak nak di lable anti sosial dan belagak, sombong, pentingkan diri sendiri, terpaksa la buat keputusan yang mana masa depan akan gelap.. Dan kadang-kadang saya terpaksa belajar untuk menyukai hidup yang di pilih atas dasar menjaga hati kawan, bukan yang mejadi pilihan sendiri.. Dah, tak nak jadi orang yang macam itu..

Tapii.. tapii.. tah la.. memang sekarang saya berani untuk cakap begini, tapi bila dah berhadapan dengan pelawaan itu.. Hurmm.. Tak tahu laa.. Kadang-kadang saya tak suka menjadi diri sendiri. Terlalu baik pada semua orang. Biarlah tak ada kena mengena dengan saya, tak close pun dengan saya [yang mana ahirnya bila kebaikkan di beri, saya di tinggalkan macam tak pernah terjadi apa-apa], kadang-kadang orang itu hanya nak get advantage dari saya, dan even untuk orang yang pernah menyakitkan hati saya, masih mahu TERLALU BAIK terhadap mereka. Mudah sungguh saya lupakan. Senang sungguh saya terima dia kembali... Sepatutnya saya hanya perlu menjadi baik-baik sahaja, bukan TERLALU BAIK kan.

Dengan masalah yang sedang saya hadapi sekarang nie, memang betul-betul buat saya keliru. Nak pilih untuk membuat keputusan A dengan keselesaan yang saya ada hilang lalu kena berdepan dengan kesukaran demi menjaga hati seorang kawan.

Ataupun nak memilih keputusan B yang mana, saya suka, tak memeningkan saya, lebih akan buat saya hepi, wang ringgit lebih akan terjamin.. tapi akan memampakkan saya seorang yang SANGAT SANGAT pentingkan diri sendiri.

Arrhhh.. hiduppp.. hidupppp.. Sebenarnya, nak menjaga hati orang ada batasnya. Tak perlu lah di korbankan untuk hal-hal yang mana hidup kita sendiri akan terkorban dengan teruk sekali. Kan. Dah. Sekian.






"Kawan yang sejati, yang setia itu bukan sahaja berada di sisi kita untuk bergelak ketawa bersama-sama, tapi di waktu sedih kita, dia lah yang akan datang untuk pinjamkan bahu, untuk buang habuk di mata, untuk buat hati kita tersenyum kembali dan cuba yakinkan kita, esok ada pelangi indah yang tuhan hadiahkan buat kita. Tapi berapa banyak la kawan yang macam tu kan. Mungkin langsung tak ujud di sekeliling kita"









PdanS : Kita selalu nak menjadi sahabat yang baik, tapi pernahkan kita cuba menjadi anak yang baik, yang solehah?? Selalu kah kita berbaik-baik dengan abang, kakak dan adik kita sepertimana closenya kita dengan BFF kita??? Manusia selalu macam nie, bila hal kawan-kawan terlalu di pentingkan. Tapi hal keluarga, mudah sungguh di abaikan. [Owh, kata-kata ini merujuk kepada saya. Kalau nak terasa meh la join ]