❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 21, 2011

Kotornya hati mereka.


Antara tanda seorang itu berhati 'kotor' atau sedang ditipu oleh perangkap SYAITAN adalah, apabila dia melihat, mendengar atau membaca seseorang berkongsi nasihat, tazkirah & inti yang baik dengan yg lain, DIA AKAN MULA MENYERANG si penasihat dgn plbgai tuduhan buruk, atau berkata 'dia pun pernah buat juga' & ungkit apa2 kelemahan individu penasihat yg silam atau dgn fitnah. Hati-hatilah...[Zaharuddin.net, 2011]





Lepas baca status yang di postkan oleh Ustaz Zaharuddin nie, sungguh membuat aku terfikir betapa ramainya manusia seperti yang di gambarkan [kadang-kadang penulis pun tak terkecuali] kat dunia nie.

Banyak. Sangat banyak. Susah sangat untuk terima teguran orang lain, even teguran itu ke arah ke baikan. Alasannya yang mudah saja, "Eleh nak nasihat aku konon, dia pun 2 x 5. Lebih teruk lagi ada"

Ya Allah, kadang-kadang pandangan/nasihat orang itu betul. Sesiapa pun beliau, sejahat mana pun beliau, seburuk mana pun dia, selagi nasihat/pandangan itu adalah ke arah kebaikan, tak salah kan kita ikut. Apa kata, jangan tahu membangkang saja. Buang ego kamu tu.



Kadang-kadang ada jugak yang boleh menerimanya. Tapi dalam hati tetap ada prasangka buruk,
"Eleh nak menunjukkan kat orang la tuh yang dia konon warak"

Hadoi yai. Tak boleh ke bersangka baik. Susah sangat ke??? Hurmmm.




Tu lah manusia, kita buat baik sikit pun dah nak mengata. Kalau buat jahat apatah lagi, sampai 7 keturunan tak habis di mengumpatnyeee kan. Semoga kita semua bukan di kalangan manusia yang behati "Kotor" itu.

Penulis bukanlah di kalangan mereka-mereka yang terpilih. Mereka-mereka yang suci. Masih jahil lagi dalam hal-hal agama. Mungkin boleh dikatakan sedang dalam proses membersihkan hati. Tapi biasa lah manusia, hatinya memang sentiasa berbolak baik. Mungkin malam nie baik, esok, kembali ke tabiat asal, kembali lalai kepada yang Satu. Harapnya, tuhan akan menetapkan iman dalam dada kita semua dan berdoalah semoga tidak terpesong lagi dengan hasutan Syaitan yang di rejam itu. Aminnn.












PdanS : Sharing is loving. Sampai kan walau sepatah. Sekian.

No comments: