❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 12, 2011

Hari tanpa buku.



Helo helo helooooo. Malam nie boleh menulis dengan jiwa yang tenang dan hati yang sangat gumbira. Hoyeay!!!! Hep, saya takmo bercakap lagi hal-hal PS or wat ever kerja sekulah yang menserabutkan tuh. Malam nie adalah malam tanpa bahan-bahan berilmiah.

Bila masa berjalan dengan pantas tanpa menoleh ke belakang, diri pulak sibuk memikirkan apakah yang perlu di kerjain?? Melihat jam di dinding. Wau! 9 malam!! Asmara 2!! Hoyeay!!

Sambil menonton tangan sibuk berQuilling. Dah lama hobi itu tak di kerjain. Malam nie memang balun puas-puas. Ya, membalun membuat quilling sampai pukul 2.30 pagi. Wow. Memang hebat lah saya. Macam bukan seorang student yang ambik PS sem ini.










So, malam nie i dapat 9 kad yang tatau untuk di beri pada siapa. Buat secara syoq-syoq saja. Tak ada arah tuju. Haha. Sesapa rasa nak tempah untuk buat quilled kad, jangan la segan-segan untuk email saya deh. Ok. Untuk besday ke? Gewe ke? Konvo ke? Wedding ke? Jemputan kawen/tunang ke? InsyaAllah, saya akan cuba untuk buat. Huhu. Mentang-mentang la akan cuti panjang. Best je memberi kata janji-janji manis muu. Memang menariklah. ^_^


Best buat quilling nie. Sangat memberi kepuasan bila dah jadi. Nak-nak bile tengok ada bentuk baru yang orang buat, bentuk-bentuk tu pulak memang cun melecun habis la, terus hati akan tidak tenteram selagi tak dapat try buat. Nasib baik la hari nie hari berehat sedunia. Hari tanpa bahan-bahan ilmiah. Hanya tidur dan menonton tb saja. Ow-Yeay.


Okeh. Sampai di sini saja. Nanti bersambung lagi. Tata anda!!











No comments: