❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 22, 2011

Dalam bersahabat.


Jam di penjuru laptup menunjukkan 5.53 menet pagi. Subuh sudah masuk. Semayang jom!!!!!!

Okeh-okeh, sebelum bershulat mari menulis satu dua kata untuk pagi yang hening nie.

Exam mood sudah tiba. Jadi waktu tidur akan tidak menentu, yang pastinya time orang tidoq aku menjadi Sang Burung hantu dan bila orang sibuk jaga aku pulak kalut menghantu bawah selimut. Huhu. Biasalah adat menjadi student yang tidak bedisplin. Macam nie la jadual hidupnya.

Hurm, pagi-pagi cam gini kalau boleh pergi breakfast McD pun best jugak nie, tapi.. tapi.. tapi.. rakan yang bersekedudukan sekarang nie tidak mahu ke sana. Dah puas menggoda jom breakfast McD. Nak study jugak dia. Hadoi, kalau lah ada wanita kegemaran di sini, mesti dah ON dah. Mereka nie pantang je di ajak jalan. Tak payah cakap tempat, ajak je Jom keluar, terus HOKEHHH!!!! Thats why la kasih dan sayang saya pada mereka itu tak penah pudar, pandai saja melayan napsu ibu mengandung saya tuh ^_^

Bila bercakap tentang mereka-mereka itu, sungguh, hati kecil ini sangat merindui wajah-wajah keriangan itu. Setelah berjauhan dengan mereka-mereka ini belum ada lagi rakan-rakan yang boleh tandingi keBESTsan kalian. Itu memang di akui. Bukan mereka yang baru saya jumpa itu, semuanya tidak manis. Baik-baik belaka. Memang boleh di buat kawan, teman. Tapi untuk berjumpa seperti kalian memang susah.

Setiap kali berkawan dengan rakan-rakan baru di sini, mesti akan hati kecil terindu-rindu sama kalian, dan cuba bandingkan cara mereka dan kalian. Berbeda memang berbeda. Mereka ada cara dan kelebihan mereka sendiri, kalian pulak ada gaya masing-masing. Tapi, tak mengapalah. Saya terima. Tak menarik jugak kalau hidup di hidangkan dengan perkara-perkara indah saja. Perlu jugak menempuh benda-benda pelik, melihat perkara-perkara ajaib. Baru pengalaman dapat di cipta bukan. Baru la pengajaran dapat di peroleh.

Jadi, atas keREDHAan dari di hati ini, "Nur redha abang" , memberikan saya belajar banyak perkara baru setelah melihat orang-orang di sekeliling dan hidup bersama mereka.

Setelah hidup selama 24 tahun 4 bulan dan mempunyai pelbagai jenis rakan-rakan sepanjang tempoh bergelarnya peminjam nyawa dari Tuhan, saya nak buat beberapa kesimpulan. Dalam bersahabat nie :




Harus tidak ada istilah kawan makan kawan. Marilah makan McD, lagi enak berkrim.

Harus tidak menjadi talam yang mempunyai banyak muka.

Harus tidak mudah percaya atas kata-kata sebelah pihak dan terus menJudge manusia itu dengan cerita yang di dengar tanpa usul periksa.

Harus sayang pada semua rakan-rakan biarpun ada perkara buruk yang mereka lakukan terhadap kita. Kadang-kadang dengan mengignorekan semua perbuatan buruk, memberi layanan seperti biasa/baik kepada mereka, akan buat mereka jadi malu dengan tidak tanduk buruk yang telah mereka buat pada kita. Bila yang buruk di layan dengan yang baik pasti ada persaan malu yang tinggi di situ. Jadi bila perasaan segan itu timbul, maka adalah kesedaran bagi pihak yang bersalah itu. Selesailah semua masalah.

Harus tidak ada buruk sangka terhadap rakan-rakan kita.

Harus berkawan dengan niat bukan atas kekayaannya, kecantikkannya, kepopularannya atau sebab-sebab kepentingan peribadi.

Harus menjadi seorang yang pemaaf dan cubalah untuk melupakan worst things itu.

Harus berkawan dengan semua orang, bukan yang menjadi kegemaran kita saja.





Memang sedap menegur, sedap memberi nasihat, tapi kadang-kadang penulis pun bukan sahabat yang baik. Sometime terbuat jugak perkara-perkara di atas, termengumpat jugak di belakang rakan-rakan. Tapi akan cuba di kurangkan. Taknak makan daging sendiri. Cukup-cukuplah dosa aurat saya, dosa termiss solat saya, dan banyak lagi dosa yang dalam tidak sedar.


Ada beberapa kata-kata indah yang saya suka :





Whatever you give to life, it give you back. Do not hate anybody. The hatred which comes out from you will someday comeback to you. Love others. And Love will comeback to you.


Bak kata pepatah, berkawanlah dengan si penjual minyak wangi, walaupun tidak membeli tetapi dapat juga harumnya. Jika berkawan dengan si tukang besi, sudah pasti baju kotor dan buruk pun kita dapat.





Rindu wanita ini.















PdanS: Ashraf Muslim yang kacak dan sungguh penggoda hati saya akan bertunang hari nie. Dengan wanita yang bukan di kalangan artis pulak tuh. Tapi bereducated, bakal Doktor, perempuan biasa yang bertudung. Kagum dengan pilihan beliau. Lepas sorang, sorang nak bertunang. Semalam cerita si ZA nak bertunang, harinie Ashraf Muslim pulak. Hadoi. Jangan esok keluar paper kata Justin Bieber nak engaged jugak sudah laaa. [errrr..kantoi peminat kipas mati JB!!! haha]


4 comments:

S.U.R.I.A. said...

sedey dgn segera

Roy Roches said...

reply for 2nd quote anda...
kalau kite wat baek kat orang yang tak bape kite nak suke...bukan talam 2 muke namenye tp itu maknenye kite makin matang~ :)

mOOn said...

S.U.R.I.A : nak pinjam bahu ke???



Roy Roches :

talam 2 muka pada pendapat saya :

Depan si A kita baik gila terbabas. Tapi belakang si A, kutuk kau2 punya... sangat tak elok di amalkan.

Macam talam yang ada 2 muka.. satu bahagian depan yang sentiasa cantik untuk di pamerkan kepada orang.. satu lagi bahagian belakang yang buruk, yang kadang2 ada karat..tapi orang tak tahu.. ^_^

Yups setuju dengan anda, kalau buat baik dengan orng y x bape kite suka, mungkin bleh mematangkan kita.

Imzainieyzulkipli said...

akak2 top student ump!