❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 28, 2011

Cukup ke 4 tu Abang oii???


Hep, lama tidak menyonteng di sini. Di pagi jumaat yang mulia nie mari kita menulis sesuatu yang mungkin menarik untuk masa depan, tapi buat masa nie sangat tak menarik. Okeh. Kita mulakan dengan sesuatu yang indah dulu. Kehkehkeh.


HAL 1

Indah? Indah ke? Semalam bermimpi yang indah-indah. Tapi memandangkan itu adalah mimpi, lalu indah itu menjadi Indah Water. Sekian.

Semoga mimpi itu.. mimpi itu.. akan menjadi kenyataan.. hurm.. tak nak lah.. saya nak mengharapkan sesuatu yang paling terbaik dari tuhan. Tak nak turutkan kata hati. Boleh??



HAL 2

Hal-hal belajar. Boleh skip ke hal yang berikutnye, sebab belajar saya bukan menjadi permasalahan hidup anda bukan. Tapi kalau nak menyibuk tau jugak, okeh. Saya mengalu-alukan penerusan anda!! ^_^

Kamu tahu, saya perlu memvaiva project untuk mengGrad kan saya pada 9.5 ini, hari isnin minggu depan dan depan. So, ada 1 minggu lebih lagi kan. Kemudian, segala report chapter 1-3 perlu di submit seminggu sebelum dat day. Mean saya kena hantar semua-semua tu pada hari Selasa ini. OK fine.

Semalam saya menjumpai SV saya. Setelah berdiskusi lebih 3 jam. Lalu tajuk yang saya usahakan buat lebih 2 bulan di ubah sikit. Okeh. Lalu akan ada perubahan pada objective yang mana akan effect yang lain-lain. Tak mengapa.

Kemudian pulak, tiba-tiba hati saya terdetik untuk mengubah method nya pulak. Hadoi. Kalau di ubah methodnya, lalu akan jadi 100% report saya akan berubah. Dan saya ada masa lebih kurang 4 hari untuk siapkannya dengan berkeadaan method yang saya nak buat tu saya belum memahaminya lagi. Belum di kaji lagi. Tapi saya rasa itu method yang terbaik untuk saya buat sebab tajuk yang saya pilih dah menjadi kebiasaan orang buat. Macam tak ada beza pun dengan orang lain. Mesti tak menarik hati panel dan tak menggembirakan hati SV saya. Dan kalau saya pilih method baru ini, hati SV saya memang sangat akan gembira sebab itu memang bidang dan kepakaran beliau.

Lalu, saya berharap, keputusan yang saya buat ini betul, even akan menserabutkan saya untuk seminggu dua ini. Tak mengapalah, saya percaya tuhan itu maha pengasih dan maha penyayang. Dia tetap akan tolong hambanya kan. Semoga Tuhan akan mempermudahkan segala hal-hal itu. Hurmmm.

Effect pada keserabutan di atas, saya rasa mungkin masa saya akan jadi tersangatlah padat untuk ke 9 Mei ini. Jadi, jadi, jadi, jadi, saya pun tatau apa akan terjadi. Saya tak nak berjanji apa-apa dengan mereka-mereka yang saya sayang. Tapi akan cuba buat yang terbaik semoga ada senggang-senggang masa yang boleh saya rehat dan tenangkan fikiran. Kalau tak ada pun, semoga saya ada keberanian untuk mencuri sedikit masa bagi membuat kamu tersenyum.



HAL 3

Owh. Kewangan sangat tak stabil. Sangat terjejas. If, saya tidak dapat menjoinkan apa-apa pelawaan kamu untuk bersuka ria, bukan bermakna saya sangat anti sosial, sangat pentingkan diri. Bukan. Buat masa sekarang setiap sen yang ada di tangan sangat bernilai. Saya tak boleh bazirkan untuk hal-hal berseronok-seronok sahaja.

Saya dah habis idea untuk mengarang ayat-ayat berbunga bagi dipersembahkan kepada Haji Ismail. Selalu sangat dah mintak. Sekarang menjadi semakin segan nak mintak selalu-selalu. Kena berjimat cermat pulak. Hurmmm..




HAL 4

Apa nie, aset tulis hal-hal sedih saja. Okeh. Jangan bimbang saya positif orangnya. Semua nie akan bisa menjadi baik-baik saja.

Saya akan terus menulis dan menulis sebab menulis meringankan beban di otak saya, menghilangkan sedikit stress saya.

Owh. Hal qulling. Macam semakin rancak je orang mengoder. Dah la tak cukup kaki tangan nie. Hadoi. Tapi ini pun saya akan buat jugak even saya macam akan ketandusan masa, terapi jiwa beb. Haha.

Saya dah tatau apa yang boleh di lawak jenaka kan sekarang nie. Sekarang nie susah sungguh untuk menulis sambil hati riang gumbira. Mungkin saya sedang menulis di mood yang serius.

Okeh lah, dah tak nak teruskan. Sekian.










No comments: