❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 21, 2011

Buat semua yang bernama PENULIS



Buat semua penulis, khususnya WARTAWAN akhbar, penulis majalah, pemilik blog, web & yg sepertinya. SEDARI & KETAHUI bahawa TULISAN/LAPORAN anda boleh menambah jutaan dosa, gaji HARAM & murka Allah bila sengaja MENCIPTA CERITA X BENAR @ kajian x berhati2. Boleh menambah PAHALA berjuta2, apabila tulisanmu membawa manfaat baik kpd manusia. Justeru, pilihan ditangan masing-masing. [ Zaharuddin.net, 2011]




Kata-kata dari Ustaz ini buat saya terfikir, dah bertahun saya menulis dalam blog Si Merah nie, agak-agak berapa kerat je lah entry yang dapat beri ilmu bermanfaat pada pembaca, berapa peranggan saja la isi-isi yang berfaedah yang saya tulis kepada semua. Hurmm. Ada, memang ada, tapi mungkin boleh dikira dengan jari saja kan. Entry dalam blog nie lebih kepada cerita kehidupan saya, mungkin sebab tu la kurangnya penulisan yang bermanfaat. Tak mengapalah, mungkin lepas nie boleh selitkan dengan entry-entry yang berfaedah pulak. Aset hal-hal dunia saja.


Lagi membuatkan minda saya berfikir, hati saya gelisah, agak-agak ade tak entry-entry yang mencipta perkara yang tidak benar ataupun fitnah ataupun umpat mengumpat [errrr.. macam ada jeee ^_^]. Hurmm.? Macam mana kalau ada orang baca, kemudian percaya. Dan macam mana pulak kalau semakin hari semakin bertambah ramai yang baca dan percaya? Ye la. Setiap entry yang kita post akan di publishkan sampai bila-bila. Mungkin tak ada orang yang rajin nak belek entry lama-lama kita. Tapi orang yang menggoogle dan kemudian tersesat ke entry tersebut. Lantas membaca dan terus percaya. Macam mana tuh? Semakin hari semakin bertambah la dosa kita walaupun kejahatan yang di buat cuma sekali saja. Hurm. Mari renungkan bersama-sama.


Lepas nie kalau nak tulis, memang sangat kena berhati-hati sebab yang baca bukan hanya kita seorang, seluruh dunia lihat. Seluruh dunia akan baca. Kalau isi yang kita berikan itu berfaedah, maka, tak putus-putus la pahala yang akan kita peroleh sehingga hari mendatang. Tapi, kalau cerita yang di sampaikan itu buruk? berbentuk fitnah? mengumpat? maka, setiap hari bertambah-tambah la dosa yang kita dapat. Kan? Pilihan terletak pada tangan kita. Jadi, pilihlah mengikut akal, bukan nafsu.


Atas kesedaran yang ada pada malam nie. Ada beberapa kata-kata hikmah yang saya suka dan ingin saya kongsikan dengan kalian semua. Maknanya sangat mendalam jika kita cuba fahami.





~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.


Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaan-Nya. Cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya

Hindarilah diri dari menjadi manusia yang suka berpuak puak dan berpecah pecah. Contohilah resam semut bila bertemu seakan bersalam dan suka bekerja sama di antara satu sama lain.

Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibudari segala ketenangan jiwa.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."




~~~~~~~~~~~~~~~~~~












PdanS : Sharing is loving. Sharing is caring. Sampaikan walau sepatah.


No comments: