❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, March 26, 2011

Magic lagi dan lagi.


Hep. Saya ke udara lagi. Walaupun hari nie udara sangat menyejukkan lalu membekukan, tak mengapa. Dah lama bertekak dengan cuaca. Aset panas je memanjang. Tapi hari nie lain, cuaca sangat comel. Atas arahan Tuan Penciptanya, cuaca dah berbaik dengan saya. Dia dah tak belagak dah. ^_^

Hep, hari nie kita bersiaran langsung dari Library UTHM lagi. Saya dan Library? Seperti sesuatu yang biasa untuk sejak ahir-ahir nie, tapi begitu luar biasa untuk sepanjang 25 tahun saya hidup. Kahkah. Tak pernah-pernah suka pergi library, tapi sekarang nie? Wow!! i heart you library.

Di kesempatan otak dah sedikit jem berkaitan hal-hal PS nie, mari kita rehatkan minda dengan menulis sesuatu di sini dulu ya. ^_^ Tapi tak nak bercakap hal libarary di hati ku, or PS kechintaan ku. Tamo tamo.

Semalam apa cer?? Wow. Sangat memBESTkan sekali hidup saya semalam. Dari petang sampai ke malam dan kemudian bawak ke pagi-pagi buta. hehe. Best tahap mak dan nenek moyang Gaban la gua cakap luuu.

I don't have any experience with paintball game. Tapi semalam telah melakar satu sejarah baru yang perlu di kenang sangat-sangat dan boleh di ceritakan kat anak cucu nie yang nenek dia pernah maen Paintball waktu zaman moda-moda dulu. ^_^

Nak cerita secara excited sekali tak ada gambar pulak yang boleh di jadikan bukti pembelian. Tapi memang best laaaaa.

Mula-mula main memang sangat jujur dan amanah sebab baru kena tembak sekali dah pergi pergi angkat tangan dan mengaku dekat reff tu yang diri kena tembak even reff tu tak perasan yang kita kena tembak. So, terus kena out laa. Sebenarnya sangat takut gilaaa. Tu yang nak cabut awal-awal. Hahaha.


Tapi bila dah 2nd time main, third time, apa gua kisah. Selagi reff tu tak perasan yang diri dah kena tembak, mari kita teruskan perjuangan. Best oooo walaupun aku tak bergerak ke depan dan kemana-mana pun, aset dok menyorok belakang pokok jeee, tapi kebest dia tu tetap terasa bila berjaya shoot pihak lawan.

Waktu main semalam aku tak kena tembak langsung yerr. Kalau engkau tanya tahap kesakitan bila kena bedil dengan peluru dia tu, maap, i tak dapat jawab. Kehkeh. Tapi menurut kawan-kawan yang lain, derang cakap pedih gak laaa.

Lepas berhempas pulas secara berhabis-habisan berlandasakan strategi yang di pasang, ahirnya saya and the geng dapat no 3 dari 5 group. Ok la kan. 1st experince. Lepas tu jate 1 jah dalam group saya. Memang susah la nak kalahkan group tempat ke 2 tuh, yang semua ahli derang adalah jate saja-saja. Group 1st even ada 2 jate saja, tapi kedua-dua tuh sangat hebat dan selalu dah main paintball nie. No wonder laaa time lawan ngan group aku, derang menang. Mana tak nya, baru je reff tu cakap start, dia dah terus lari ke tengah padang dan pegi terkam amek bendera untuk menggame overkan dan istihar group derang menang. Yang kita orang nie baru nak kalut pergi lari kat belakang pokok, mana sempat nak tengok pihak lawan buat apa. Tak terfikir pulak derang akan terus lari pergi amek bendera tuh. Tapi tak best la kalau main guna strategi cam gini, tak samapi 3 second main dan game over. Aku tak sempat lagi nak amek port, dah abeh. Aigooooo.


Okeh. Dan cerita lepas tu pulak. Macam biasa, i kan suka buat magic-magic nie. Petang semalam pun buat lagi. Pukul lapan malam jee... orang lain sibuk nak earth our, aku sibuk mencantikkan diri dan secara tiba-tiba jugak, Tingggggg!!!!! Saya di Danga Bay!!!!

Memang tak plan langsung. Habis je game paintball tu, terus rakan kegemaran ajak keluar, tapi dah malas nak layan Batu Pahat. So, apa lagi. Danga Bay skarang!! Danga Bay sekarang laa..

Lepas sesat sana sini, pukul 10 malam lebih-lebih baru sampai. Lepak danga bay sambil isi perut, tengok orang ramai, kutuk masakan tak sedap, snap 3, 4 keping gambar, lepas tu pergi Uptown Pandan pulak.

Kena bersesat-sesat dulu, baru boleh sampai Uptown Pandan tuh. Dalam pukul 1, 2 pagi jugak laa baru sampai.. Tapi kemeriahan dia macam baru 8 malam. Orang sangat lah ramai. Warga singapore tak payah cerita laa. Memang bersepah. Jalan sana sini, belek itu ini. Lepas tu balik. Sampai rumah jam 3 sengah pagi. Wow!! Menarik kan. Tetiba rasa macam jadi gadis-gadis liar pulak. Kehkeh.

Waktu nak balik tu pun, kita orang sesat lagi. Termasuk highway Senai-Desaru kot. Tu highway baru. Sepanjang 25km perjalanan, dari masuk toll sampai keluar toll memang tak ada kereta langsung yang sama arah ngan kita orang, cuma terserempak dari arah lain lawan je, tu pun 2,3 bijik tak salah aku. Dah la kawasan sekeliling pokok kelapa sawit jahh. Wow. Mengseramkan sungguh. Bila dah kuar toll tu dan masuk Highway Plus balik, dan nampak kereta dah banyak, baru lega sikit.


Seharian berlagha ke sana-sini di kala duit tinggal sekankang kera. Errrr. Tah laaa. Susah sungguh nak say No tu ajakkan kawan-kawan, kalau tak join takut di salah tafsirkan pulak. Tapi memang napsu meronta-ronta suruh join pun. Hehe, Otak je yang selalu menghalang. Jangannnn... Duit tinggal sikit jaah... Okeh, lepas nie buat keputusan pakai otak yee. Pakai napsu bila duitt dah jadi beranak pinak.. ^_^


Okeh. Jom sambung kerja. Tata.







NOTE : Setelah sengah jam mengpublish entry ini, tetiba lihat di FB ada rakan yang telah upload gambar Paintball semalam. Jadi i telah mencurik sekeping dua yang ada muka selekeh i nie sebagai bukti pembelian. Hehe. Selamat mensaksikan.












PdanS : Petang nie, akan ke Batu Pahat pulak demi memenuhi hajat dan ajakan rakan. huhu. Teman jeee. Bukan nak beli apa pun...


1 comment:

ayarasmin said...

lalink..
u nampak gemup sikit...sikit je..