❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 31, 2011

Love the way YOU Test me.


Hey hey heyyyy. Memandangkan nak bertolak ke gunung senyum pukul 11 nanti, maka masa yang ada macam agak banyak, dan saya seperti tak dak kerja yang perlu di bereskan, yang tinggal ringan-ringan je, maka... jom tulis sesuatu di sini !!! ^_^


Perlu ke penulisan hari ini di sajikan dengan lauk pauk seperti cerita gunung senyum lagi?? Owh.. sangat lah perlu. Sapa tamo baca sila pergi penjuru belah kanan screen, kat belah atas ada butang X. Tekan saja pangkah situ. Tataaa.


Okeh Hal 1. Aktiviti yang saya bersama 4 orang lagi kawan handel nie merupakan satu aktiviti dalam satu subject pengurusan kokurikul yang tak ada kuliah langsung, tak ada kuiz, tak ada test, tak ada assignment, tapi kena handel satu program kokurikulum. Dan yang ajaibnya jugak, bila Jadual Final exam keluar, ada tersenarai sekali subject nie. Wow! Dia nak tanya apa nanti?? sebab kami-kami memang tak belajar apa pun dalam subject nie.

Subject nie paling serabut antara yang serabut, saya penah cerita hal-hal subject nie satu masa dulu kat SINI. Jemput ketik. Dalam tu saya agak mencaci maki jugak la itu ini. Tapi sekarang lepas macam-macam berlaku, baru saya perasan, dan baru saya sedar. yang paling kita serabut, yang paling kita tak suka, yang tu la yang akan bagi kemanisan sangat-sangat kat kita. Macam program Fasi hari tuh, mula-mula memang mencaci maki kami satu kelas, tiba-tiba disuruh buat kerja yang tak ada kaitan dengan subjek, kena cari sponser sendiri, pergi sendiri, buat modul sendiri, pendek kata semuanya sendiri laaaa. Semua orang stress minggu tuh.

Tapi bila dah pergi sana, handle program tuh, Ya Allah, tatau nak cakap, enjoy sangat-sangat. Memang buat saya tersenyum sampai beberapa hari. Terus tu masuk dalam diary jadi kenangan indah waktu study sini. Err.. Ada diari ke?? Blog huduh ada laa.

Macam program gunung senyum nie. Di awalnya memang kami bermati-matian mintak dengan lecture nak cancelkan je program nie dan buat yang lebih mudah. Tapi dia tak nak. Dia cakap, dia nak ada satu kumpulan yang buat program yang boleh keluar dari Parit Raja nie. So, terpaksa lah akur. Nur redha abang...

Mula-mula nak settle kan hal-hal surat menyurat, memang sangat complicated, complicated dengan staff kat fakulti. Macam-macam masalah. Sampai terbawak ke pihak atas, last kali nasib baik boleh settle.

Lepastu hal Peserta, memang target nak jak orang luar dan budak sekolah. Tapi sebab benda nie, last minit punya kerja, last sekali jadi budak kelas je pergi. Tak mengapa, lagi senang nak handle, lagi tak mengserabutkkan otak.

Di sebabkan nak kelulusan cepat untuk kertas kerja nie, jadi kami tak mintak la sponser, just mintak duit dari peserta jee dan nak cari sponser dari luar. Alhamdulillah sangat-sangat sebab Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani mempermudahkan segala urusan kami untuk semua hal. Niat hati nak cari duit je untuk topup apa yang tak cukup, tapi dapat 9 hamper dan duit yang tak tersangka-sangka banyaknya. Tak de la sampai beribu riban, tapi cukup la untuk beli barang-barang keperluan. Bersyukur sangat-sangat dengan keajaiban yang tuhan bagi. Dari hal-hal macam nie la, saya jadi lebih positif dan meyakinkan saya dengan satu ayat ini.

"Kadang kadang Allah sembunyikan kita matahari, dan Allah berikan kita hujan dan kilat. Kita tertanya-tanya kemanakah perginya matahari, rupa-rupanya Allah berikan kita pelangi. "

It's true dear. ^_^ Lepas nie jangan mengeluh dengan kesusahan yang tuhan bagi, ujian yang tuhan beri sebab lepas habis je semua dugaan-dugaan tuh, ada kemanisan yang tersangan indah untuk kita. Terus lupa segala pahit dan perit itu.

Saya tak tahu perjalanan program nie akan jadi sesmooth yang di rancang kan atau tidak, tapi berharap sangat untuk boleh jadi yang terbaik sebab kami 4 orang dah buat yang sehabis mungkin, sampai nak deman-deman. Sampai macam dah lama tak bergaul dengan housemate sebab siang memang tak lekat kat rumah urus itu ini, malam, balik rumah je nampak katil. So, bila nak sembang menyembang sambil tengok tivi. Memang tak ada masa-masa indah tuh.

Okeh. Saya nak kemaskan barang sikit lagi. Jadi sampai di sini dulu yer. Doakan saya dan kawan-kawan baik-baik saja. Nanti balik, i hidangkan u oll cerita-cerita kat sana pulak. Tata. Lebiuuuu.. Mishhyouuu...









No comments: