❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤


Menulis blog hanya untuk suka-suka. Menulis tentang kehidupan sehariannya yang sangat peribadi dengan harapan tiada siapa yang membaca. Baginya "Blog ku diari ku". Kadang-kadang suka memberi pandangan dan berkongsi sesuatu supaya Si Pembaca mendapat manfaat dan beliau beroleh ganjaran. Ditulis dengan hati, jadi, apa yang anda baca, itulah yang hatinya sedang katakan. Tiada paksaan untuk membaca, mengikuti mahupun mengStalk blog ini. Terima kasih kerana sudi bukak dan baca kisah hidup beliau.



❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 24, 2011

Cabaran yang tak tercabar pun. Err. Belagaknyaa.



Sebelum perjuangan bermula, mahu menulis sesuatu di sini.

Hey anda. Hari saya cukup mencabar. Tapi tak mengapa, saya tahu, saya boleh laluinya. Kadang-kadang saya pun sangat risau dengan ke positif-an yang tersemat dalam diri. terlalu boleh terima semuanya. Cepat sangat redha. Mudah sangat untuk tenang dan cool-cool saja. Macam mana lah kalau suatu hari, tetiba dapat berita yang sungguh-sungguh sangat tidak baik. Saya tak nak semudah itu terima semuanya. Memang lah ketentuan tuhan. Tapi.. tah laa.. Saya pun tak tahu nak tulis, macam mana yang saya harapkan sebenarnya. Biarlah. Janji saya ok ok saja.


Nasib baik ada terapi menarik di hujung hari. Saya dan gadis kegemaran membawak diri ke saloon, berbuat sesuatu untuk rambut, lantas kepala pun manjadi ringan. Hilang semua masalah yang bersarang. Tapi tak hilang sangat laa. Still ada, cuma boleh di lupakan untuk sesaat dua.


Tadi siang, sehari suntuk berjuang untuk hal-hal Program Gunung Senyum. Di tolak kesana, di suruh ke sini, Dari sini mencadangkan pergi ke sana. Bila di sana, katanya, bukan bidang tugas mereka. Macam-macam hal. Malas saya nak senarai dan ingatkan kembali. Boleh serabut kepala nanti. Biasa lah, pentadbiran mana yang tak ada birokrasi. Semua nie akan saya tempuh nanti bila dah di alam pekerjaan. Semoga saya bijak dalam menghandlekannya.


Sekarang mahu mula perjuangan yang lain pulak. Perjuangan untuk research saya yang bernama Incik PS ku sayang. Minggu lepas berjanji-janjian sama supervisor nak hantar yang telah di baiki minggu ini. Dan cuma tinggal esok sehari saja lagi untuk minggu ini. Tapi saya sekitpun belum sentuh, baiki dan upgrade ke chapter 3. Hadoi. Adakah akan menjadi janji-janji manis mu nanti? Owh, Tidakkkkkk. Akan berusaha untuk di siapkan malam nie. Facebook sudah di deactivekan. Semoga tiada lagi gangguan anasir-anasir jahat untuk saya berkerja keras malam nie.


Okeh. Itu saja untuk 9.56 menet malam ini. Selamat mendengar lagu Right Here Waiting for you.













PdanS : Setiap kali dengar lagu Right Here Waiting for you yang sangat slow motion, sungguh mensentimantelkan, saya rasa, hati saya akan tersenyum dengan begitu panjanggggg sekali. Kenapa ek?? Owh. Jangan cakap lirik itu membawa makna apa-apa. Sungguh saya tidak jiwang untuk mengaitkan lirik dengan perjalanan hidup saya. Kahkahkah. I'm not a romantic type girl !! But it doesn't mean i can't be a romantic wife. ^_^

No comments: